Rihat Minda


Tuesday 17 January 2012

Pasai apa pulak bukan Dr. Rani yang jadi Exco?

Cenangau.blogspot.com,18 Jan 2012

Harakahdaily melaporkan:
SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.. - Hrkh.
Ulasan
Memang ramai yang mushkil, pasai apa pulak Dr. Rani tak dilantik sebagai Exco. Sepatutnya kalau ikut standard politik Malaysia, Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor kena la dilantik sebagai Exco, bukan setakat Exco tapi kena dilantik Exco kanan.

Memang tak pernah dibuat orang, pemimpin parti memerintah yang paling kanan di negeri yang memerintah takdak jawatan dalam kerajaan, memang tak pernah terjadi. lain la kalau dia kalah dalam pilihanraya.

Tapinya, itulah uniknya PAS kalau dibandingkan dengan Umno. Kalau dalam Umno tobat lahum tak boleh jadi lagu tu. Kalau nak lantik jugak orang lain, orang lain tu nak kena dilantik sebagai ketua perhubungan negeri dulu.

Dalam PAS benda-benda jawatan ni bukan benda yang dikejar, ada banyak benda lain yang lebih menjadi perkiraan.

Dalam situasi di Selangor ni, aku yakin Dr. Rani sendiri yang sungguh-sungguh menolak, tak mau kejawatan tu. Mungkin dia rasakan dia lebih sesuai tak duduk dalam kerajaan buat masa ni terutama sekali PRU13 pun dah tak lama lagi. Mungkin dengan bebanan tanggungjawab untuk hadapi pilihanraya yang cukup penting untuk membentuk masa depan politik PAS di Selangor terutamanya, lebih elok dia tak pegang jawatan sebagai Exco.

Sebelum ni SinarHarian ada melaporkan:
SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai pengganti Hasan daripada pimpinan tertinggi Pas pusat mengenai pengganti Hasan ketika ini.

Menurutnya, beliau sendiri berharap namanya tidak dicalonkan dan mahu orang lain dari pimpinan Pas Selangor mengisi kekosongan jawatan Exco tersebut.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan menerima dan menyokong sebarang keputusan pimpinan parti itu untuk melantik mana-mana pemimpin termasuklah beliau sendiri.

“Lagi elok sekiranya orang lain yang dicalonkan untuk jawatan itu, saya khuatir dengan beban dan tanggungjawab sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri itu tidak mampu saya pikul.

“Namun, itu semua terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi Pas Pusat, kami di peringkat Pas Negeri hanya menerima apa jua keputusan,” katanya kepada Sinar Harian. - Sinarharian 9 Jan.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive