Rihat Minda


Thursday, 12 April 2012

Pakatan teliti cadangan reformasi pendidikan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang kepada Pakatan Rakyat untuk menyediakan kertas cadangan lengkap mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara ini.

Menurutnya, kertas itu akan mengambil kira pemberian elaun, kos sara hidup, yuran dan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai komitmen untuk memberikan pendidikan percuma.

Kertas yang dirancang itu bertemakan "pendemokrasian akses kepada pendidikan berkualiti".

NONE"Sekarang ini tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA), universiti awam terbatas maka, terpaksa pergi ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan kosnya dua kali ganda. Kalau di IPTA (kosnya) RM25,000, di IPTS RM50,000.

"Beban boleh dikurangkan, maknanya kalau kita ambil alih sahaja, saya akan mengarahkan menteri pendidikan yang baru, terus sahaja runding dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat kerajaan, dan kerajaan terus tambah (peruntukkan).

"Takkan tahun pertama kita nak buat 10 universiti. Tak mungkin. Mungkin satu dahulu, kemudian dua, tiga, yang sendirinya (akan) memberikan ruang dan peluang yang lebih baik (kepada mahasiswa)," katanya.

Bagaimanapun, Anwar yang juga ketua pembangkang tidak menjelaskan secara spesifik bila beliau akan mengemukakan cadangan tersebut.

Nizar: Ikat hingga habis hutang

Bercakap dalam siri wacana politik bertajuk "Pendidikan Percuma: Adakah Satu Mimpi?" di Shah Alam malam tadi, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri bagaimanapun, tidak menafikan kepentingan IPTS di negara ini.

DalamNONE majlis sama, seorang mahasiswa turut membangkitkan kebimbangan mengenai sara hidup mereka sekiranya PTPTN dimansuhkan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dasar pendidikan percuma akan juga mengambil kira penyediaan elaun sara hidup oleh kerajaan.

"Kalaulah dalam keadaan tertentu di mana elaun tambahan diperlukan, sebahagian daripada kita boleh pinjam... Tetapi pendidikan percuma tiada siapa yang boleh dibatalkan atau dinafikan hak mendapatkan pendidikan percuma ini.

"Sebagai contoh, seorang (mahasiswa) daripada Hulu Terengganu, datang Kuala Lumpur. Pak dia menoreh getah. Dia nak duduk di mana? Nak makan apa. Itulah mesti menjadi tanggungjawab kita," katanya.

NONETurut hadir dalam wacana tersebut ahli Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa pemimpin pelajar.

Sebelum itu, Mohammad Nizar yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, pinjaman PTPTN yang disediakan kerajaan hanya menjadikan mahasiswa "mandom, tidak bebas dan terikat".

"Jika tidak habis selesai hutang, selagi itu mahasiswa diikat dan kebebasan juga diikat," katanya.

Pegawai kerajaan jangan termakan ‘umpan’ bantu sindiket buat IC, kata Abdul Hadi

April 11, 2012

KUALA LUMPUR, 11 April — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan pegawai kerajaan agar tidak termakan “umpan” yang ditawarkan pihak tertentu untuk membantu mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini bagi membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti.

Dalam tulisan di laman Facebook, Abdul Hadi (gambar) berkata mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dalam perkara tidak elok akan memberikan kesan buruk kepada diri sendiri pada masa depan.

“Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri.

“Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya,” kata Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang ini.

Sebelum ini, PAS mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa dan ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara.

Perkara itu terlebih dahulu didedahkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan wujud “task force” yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti.

Mahfuz mendakwa “task force” itu diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta beberapa pegawai lain di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun Wan Ahmad menafikan dakwaan itu.

Jelas Abdul Hadi, sekiranya Umno serius untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam ia perlu dilakukan mengikut saluran sepatutnya bukan melakukan penyelewengan untuk menang pilihan raya.

Kewujudan “task force” itu dipercayai sebagai langkah untuk membantu kemenangan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-13 tidak lama lagi.

“Pertahankan Melayu dan Islam bukan cara tipu, kena guna jati diri Islam. Yang hakis Melayu adalah kerana kerja-kerja penyelewengan yang dibuat Umno sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,” kata Abdul Hadi.

Sekadar tunggu disembelih?

Ahmad Lutfi Othman,13 Apr 2012
Minggu ini suhu politik tanahair makin membahang dan panas menikam.

Bapa Altantuya Shaariibu, model Mongolia yang dibunuh kejam, Setev Shaariiibu, yang berada di Kuala Lumpur dalam lawatan tiga hari, mendakwa pernah melihat gambar anaknya diambil bersama Perdana Menteri, Najib Razak.

Dua akta primitif, yang mengekang kebebasan bersuara, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing dibentang di Dewan Rakyat untuk pindaan dan pemansuhan (tetapi diganti dengan rang undang-undang pencegahan, yang juga dilihat keras).

Apa pun, ramai percaya, tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak akan melewati Jun ini, selepas beberapa kali ramalan tersasar. Najib masih belum kejap hatinya untuk turun ke medan meskipun saban hari berkempen politik menggunakan dana dan kemudahan awam.

Dalam pada itu. setiap program ceramah, debat dan diskusi politik Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat, tidak kira siapa yang mengisinya. "Paling kurang, kutipan derma dapat menampung kos program, tapi selalunya mampu meningkatkan hasil tabung PRU13," usik aktivis PAS Kuala Lumpur.


Di Parlimen, laporan PSC berhubung penambahbaikan proses pilihan raya bukan saja menimbulkan kontroversi ekoran sikap Speaker yang bebal itu, namun suasana menjadi lebih kritikal apabila pelbagai pendedahan membongkar konspirasi membabitkan lebih kurang 11 nama pegawai kanan kerajaan, yang bersedia menjadi "barua Umno-BN" bagi mempertahankan Putrajaya dan merampas Selangor daripada Pakatan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyebutkan beberapa nama yang dikatakan terlibat dalam 'task force' untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

"Ini isu serius kerana saya anggapnya seperti menjual negara kepada rakyat asing," kata Mahfuz. "Jika semua ini benar, hak rakyat akan dikuasai warga asing malah masa depan negara turut ditentukan warga asing," tambahnya.

Tentu nama-nama yang disebut itu bingkas menyanggah atau sekadar memberi daleh, "saya tidak tahu apa-apa", misalnya Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Omar Wan Ahmad dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mahfuz juga menyebut beberapa nama lain seperti Penasihat kepada Perdana Menteri, Othman Razak, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah JPN beserta tiga pegawai kanannya, dan juga orang-orang penting di MKN dan SPR.

Wartawan Saidah Hairan melaporkan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dalam satu taklimat kepada penggerak parti di Selangor, hujung minggu lalu, turut menyebut 11 nama berkenaan. Ia menjadikan senarai daftar pemilih yang ada "begitu kotor dan sukar sekali dibersihkan".

"Mereka buat kerja dengan tersusun. Jika Pakatan Rakyat Selangor kalah, bukan kerana rakyat menolak kerajaan tetapi disebabkan kemasukan daftar pemilih warga asing. Apakah Selangor menjadi negeri ketiga (selepas Sabah dan Terengganu) yang dirampas BN dengan cara begini," katanya.

Sementara itu, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi respons tegas terhadap mereka yang didakwa terlibat dengan 'task force' ini: "Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri. Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat sayalah."

Dalam tinjauan rambang, saya dapat rasai kegelisahan dan kebimbangan aktivis Pakatan, khususnya pendokong PAS. Mereka mahu tindakan segera diambil, dan bukannya sekadar menunggu perhimpunan besar-besaran Bersih 3.0, 28 April nanti.

Harakah sendiri dilihat tidak cukup responsif untuk menelanjangkan komplot jahat "sekumpulan pengkhianat dan penderhaka" yang dibayar imbuhan oleh wang rakyat ini. Ramai pemanggil mendesak saya agar menimbulkan isu 'task force' ini dalam Harakah secara lebih terperinci.

"Kalau begini jadinya, memang Pakatan akan kalah, tapi tewas bukan disebabkan penolakan atau kemarahan rakyat. Ia berpunca daripada kerja jahat Umno. Dan kita kena ingat, ini hanya salah satu daripada perancangan jelik mereka, mungkin banyak lagi strategi busuk yang belum dapat kita kesan," kata seorang pembaca setia Harakah dari Setapak

Saya merujuk pandangan Mohd Khairudin Othman, Setiausaha Perhubungan PAS Selangor tentang isu 'task force' itu. "Hal ini serius ... sebab sesiapa yang dapat IC melalui cara ini, maka nama dia secara automatik masuk dalam senarai daftar pemilih," katanya.

Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hasan dan wartawan kanan, Wan Noordin Wan Yaacob memaklumkan kepada saya rumusan temubual mereka dengan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang mendedahkan usaha terancang strategis Umno memindahkan pengundi ke kawasan yang dikenal pasti berpotensi untuk dimenangi BN.

"Banyak kerusi Pakatan yang bakal terlungkup, termasuk Tumpat," kata Rashidi, merujuk kawasan yang diwakili Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah. "Dahsyat betul perancangan jahat Umno ini, Pakatan di Selangor mungkin jatuh kalau ianya berjaya," tegas Wan Nordin.

Difahamkan sasarannya lebih tertumpu kepada kerusi yang dimenangi secara majoriti tipis oleh PAS atau KeADILan. Dengan cara itu DAP akan dibiarkan menang dengan kelebihan undi yang besar asalkan BN dapat merebut kawasan bersebelahan apabila penyokong mereka dipindahkan ... (Saya pernah melontarkan kekhuatiran bahawa PAS mungkin akan menjadi parti paling malang dalam PRU13!)

Turut dibangkitkan salahlaku SPR "memperbetulkan" sempadan kawasan pilihan raya tanpa kelulusan Parlimen, satu lagi komplot untuk memenangkan BN, walaupun ia jelas aktiviti yang menyalahi undang-undang, iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan kawasan pilihan raya Dun mahupun kerusi Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Saya tertanya-tanya, mampukah Bersih 3.0 pada 28 April nanti "membersihkan" segala kekotoran dalam senarai daftar pemilih itu? Apa yang kita harapkan daripada "Duduk Bantah" itu? Jika Najib dan konco-konconya terus bersikap pekak-badak telinga tebal, apa yang boleh kita cetuskan lagi?

"Takkan nak biar Umno sembelih kita mudah-mudah macam itu saja. Sabah jatuh dengan taktik sama, Terengganu pun seperti itu, mana boleh kita tunggu Selangor juga tumbang dengan komplot jahat di bawah perancangan orang sama," marah seorang pembaca Harakah, dari Terengganu, yang mengaku "tidak dapat bersabar" lagi.

Ketika saya bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) cuba berkempen dan melobi untuk memastikan hak pemilih untuk mendapat maklumat yang komprehensif, tepat dan cepat sebelum mengundi dalam pilihan raya paling sengit nanti, serta mendesak tempoh kempen minimum dilanjutkan kepada 21 hari, isu daftar pemilih menganggu tumpuan KAMI.

"Pakatan juga mesti tekankan bahawa semua pengundi pos, yang menjadi 'simpanan tetap' BN selama ini, mesti ditukar kepada kategori pengundian awal," kata seorang sarjana sains politik, dan tambahnya, "pastikan juga dakwat kekal memang benar-benar digunakan kali ini."


II.

Saya terpaksa menangguhkan dahulu ulasan terhadap isu mendesak manipulasi senarai daftar pemilih bagi meneruskan catatan perjalanan ke Bumi Kenyalang, 1 April lalu.

Saya menghadiri kursus kewartawanan dan media baru di Miri, sambil cuba menyelami pergolakan politik Sarawak, yang semakin diperhatikan terutama selepas pilihan raya negeri (PRN), April 2011.

Sarawak menyumbang kerusi Parlimen paling banyak, iaitu 31, dengan hanya Bandar Kuching dapat dikuasai DAP dalam PRU12 (ditambah satu lagi, juga melalui DAP di Sibu, dalam pilihan raya kecil, Mei 2010).

Namun dalam PRN10, DAP mendapat tambahan 100 peratus kerusi Dun, iaitu daripada enam kepada 12. KeADILan pula mencatatkan kemenangan di tiga kawasan, sedangkan PAS masih belum meraih kejayaan.

"BN sendiri mengakui kesukaran kali ini. Saya difahamkan, pemimpinnya hanya berani mendakwa lebih kurang 20 kerusi Parlimen sebagai kawasan selamat," kata Jofri Jaraiee,
Yang Dipertua PAS Miri, dikenali dengan blog dwibahasanya yang cukup aktif, pas-miri.blogspot.com.

Semasa berucap meraikan kedatangan saya dan petugas Jabatan IT PAS Pusat, Jofri melahirkan keyakinannya bahawa bumi Sarawak memang tapak yang subur buat Parti Islam jika setiap potensi digembleng sebaiknya.

Beliau turut mengharapkan Harakah dapat memuatkan lebih banyak perkembangan siasah negeri itu. Sambil mengakui masih ada kelompok yang memandang serong PAS, Jofri lega dengan sikap masyarakat Tionghua "yang lebih terbuka dan menghargai sumbangan kita".

"Begitu juga dengan respons masyarakat Iban di sini, begitu positif. Apatah lagi kemungkinan besar PAS akan meletakkan seorang calon Iban, yang juga merupakan seorang personaliti televisyen terkenal, di kawasan Parlimen Sibuti," kata Jofri.

Ditemani Yeo Kian Leong, Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak, yang turut hadir sepanjang pagi kursus kewartawanan media baru itu, Jofri membawa 'menjelajah' kawasan Sibuti.

"Kawasan ini luas, mungkin hampir sama dengan Selangor, itulah yang saya sebut tadi, kalau tempoh kempen dibenarkan sebulan pun belum tentu kita dapat berjumpa semua pengundi," katanya sambil menunjukkan ladang kelapa sawit yang sebahagiannya 'dirampas' daripada tanah adat masyarakat pribumi.

Sebenarnya saya lebih tertarik dengan sembang santai Yeo, sepanjang perjalanan kami. Beliau lebih banyak menggunakan istilah "Parti Islam" atau "Parti Tok Guru" semasa merujuk kepada PAS.

Insya-Allah keluaran depan saya cuba merakamkan idea dan sudut pandangan Yeo yang cukup bernas dan praktikal, khususnya untuk membantu kempen PAS di Sarawak.

Pada malam 2 April, tidak sampai 24 jam saya tiba dari Miri, Jofri mengirim SMS memaklumkan ayah Yeo meninggal dunia di Krokop. Rombongan PAS Kawasan berkunjung ke rumahnya dan mengucapkan takziah.

Pakatan tidak dendam pada Umno walau dizalimi

Harakahdaily,13 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 13 April: Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia memaafkan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN asalkan mereka sanggup mengaku salah terhadap kesalahan mereka terhadap rakyat.

Justeru, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar)melahirkan keyakinan, Pakatan Rakyat akan memberikan contoh yang terbaik dalam pemerintahan nanti.

“Semua rakyat akan diperlakukan dengan adil dan saksama dan tidak akan insan yang akan menerima nasib sebagaimana yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kata beliau DPPM meyakini akan berlaku kejutan dan perubahan dalam pemerintahan negara selepas PRU13 nanti.

Ini, katanya dapat dilihat melalui petunjuk daripada mood serta sokongan rakyat akhir-akhir ini kepada Pakatan Rakyat yang semakin meningkat mendadak.

Ini juga, tambahnya menandakan bahawa era pemerintahan Umno BN bakal berakhir tidak lama lagi.

Justeru, ujarnya DPPM meminta pemimpin Umno BN bersedia menerima kenyataan sekiranya rakyat menghukum dan menolak kepemimpinan mereka dalam PRU13.

Oleh itu, katanya lagi DPPM meminta supaya Umno BN tidak menggunakan taktik kotor dalam PRU13 semata-mata mahu mengekalkan kuasa mereka.

“Bagi DPPM, cara ini adalah cara yang tidak beradab kerana menolak hak rakyat yang sebenar di negara ini.

“Pemimpin Umno BN juga diminta berlapang dada dan berjiwa besar dengan tidak menggunakan taktik ganas seperti mengugut, memukul atau mencederakan mana-mana aktivis atau pemimpin PR,” katanya.

Bagi DPPM, tambah Riduan kezaliman Umno BN sudah berada di kemuncaknya.

Menurutnya, selama berpuluh tahun rakyat bersabar di atas segala penindasan yang dilakukan seperti ISA, OSA, AUKU, fitnah pemimpin PR melalui media, akses media yang berat sebelah, serta ugutan-ugutan terhadap rakyat.

Kini,kata beliau adalah masa rakyat meluahkan segala kemarahan mereka melalui PRU13.

Dalam pada itu, beliau berkata DPPM menegaskan bahawa segala kezaliman yang dilakukan oleh Umno BN tidak akan dibalas dengan bentuk kezaliman yang sama sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti.

“Segala akta yang menjerut rakyat akan dihapuskan manakala rakyat akan dibantu semaksimum mungkin bagi meringankan beban hidup mereka,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, hak rakyat yang diambil pula akan diberikan kepada mereka kembali.


Kerabat NS yakin Pakatan Rakyat lebih baik

Nazri Abdullah,12 Apr 2012

NILAI, 12 April: Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan(gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.

Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.

"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.

"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.

Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.

Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Bardul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.

Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.

"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.

"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.


Siapakah Anak Mufti Umno Bersama Ceramah Pas Ini..??

http://karatijau.blogspot.com/,12 Apr 2012
Peribahasa Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,yang bermaksud..macam mana bapa macam itulah anak,tidak boleh digunakan dalam perjuangan menegakkan agama Allah apabila Anak kepada Mufti Umno Perak (Dato' Harussani) berbaju coklat dan berketayap putih turut bersama YB Salehudin Ayub semasa ceramah Pas di Taman Soon Choon Ipoh...Peribahasa yang masih kekal sampai bila-bila ialah "Melayu Bangang Umno Menangggg.."dan "Dimana Umno Kuat disitu Banyak Maksiat"

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive