Rihat Minda


Saturday, 11 April 2009

15 MAKSIAT MENGUNDANG BALA .
www.iluvislam.com
Maksud hadis : 
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: 
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu. 

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 

3. Zakat dijadikan hutang. 


4. Suami yang menuruti kehendak isteri. 


5.
Anak derhaka kepada ibunya. 


6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. 


7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 


8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 


9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka. 


10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 


11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. 


12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) 


13. Para artis disanjung (menjadi pujaan). 


14. Muzik banyak dimainkan. 


15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.
Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.


Thursday, 9 April 2009

KEBESARAN ALLAH SWT

Salam

Saksikan video clip yang telah diambil dari sebuah hotel berdekatan dengan Masjidil Nabawi. Subhanallah..... Masyaallah.....Allahuakbar...... Lihatlah cahaya terang benderang di atas Masjidil Nabawi apabila dilaungkan nama Nabi Muhammad SAW ketika azan berkumandang...


Terima kasih kepada Fathiyah Alwani atas sumbangan video ini.


lamanannur@yahoo.com

Baca lagi...

Sunday, 5 April 2009

KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN DAN MEMBINA STOR BARU SEDANG BERMULA





Gambar dibawah menunjukkan jalan masuk ke surau telah ditar oleh Majlis Daerah Hulu Selangor,( Pengerusi dan Ajk surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada MDHS )sementara gambar diatas menunjukkan kerja-kerja menaikkan tiang stor baru telah dimulakan yang  diketuai oleh Sdr Mohd Riduwan dan Sdr Abd Rashid .
 
Pada peringkat awal kerja-kerja meroboh stor lama  dilakukan oleh Sdr Rashid dan Sdr Khairul . Sumbangan kewangan amat dialu-alukan, sila berhubung terus dengan bendahari atau masukkan terus ke akaun bank seperti tertera di blog ini.

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive