

Gambar dibawah menunjukkan jalan masuk ke surau telah ditar oleh Majlis Daerah Hulu Selangor,( Pengerusi dan Ajk surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada MDHS )sementara gambar diatas menunjukkan kerja-kerja menaikkan tiang stor baru telah dimulakan yang diketuai oleh Sdr Mohd Riduwan dan Sdr Abd Rashid .
Pada peringkat awal kerja-kerja meroboh stor lama dilakukan oleh Sdr Rashid dan Sdr Khairul . Sumbangan kewangan amat dialu-alukan, sila berhubung terus dengan bendahari atau masukkan terus ke akaun bank seperti tertera di blog ini.
No comments:
Post a Comment