






| Mansor Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Angkat Sumpah Rabu Depan | 
|  | 
| Calon Parti Keadilan Rakyat adalah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang baru demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam blognya. Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu dilahirkan di Kedah dan mempunyai tiga ijazah sarjana. Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Kemenangan beliau hari akan menjadi kenangan manis baginya kerana sebelum Penanti beliau pernah bertanding dalam dua pilihan raya DUN pada 1999 dan 2004 dan PRU 2008 tetapi kalah dalam semua pertandingan. PRK Penanti merupakan yang keenam setelah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Barisan Nasional sehingga kini kalah dalam kesemua lima PRK yang diadakan di Semenanjung Malaysia. | 
| More News | 
| Calon KeADILan menang besar di Penanti | 
| Harakahdaily Sun | May 31, 09 | 7:30:17 pm MYT | |
| PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini. Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi. Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara. Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas. Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya. BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. - mns_ |