Rihat Minda


Friday 5 June 2009

Datuk A Samad Said dan Datuk Hassan Ahmad Terima Anugerah Pejuang Bahasa


Bahasa seksa bangsa! Itulah slogan bahasa, Umno-Barisan Nasional menggantikan Bahasa Jiwa Bangsa bermula tahun 2003 lalu, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
Justeru, rakyat harus bangkit dan sama-sama berjuang mengembalikan slogan lama yang menepati matlamat asal kemerdekaan iaitu memperjuangkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan.
“Saya luka hati kerana saya dapati bahawa pemerintah tidak menghormati pujangganya, tidak menghormati sastrawan Negara nya, tidak menghormati professor-professornya dan organisasi yang cuba mewaraskan soal perjuangan ini.
“Bagi saya, tahun 2003 adalah berakhirnya slogana ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan bermulanya, slogana ‘Bahasa Seksa Bangsa’, jadi sekarangni kita berada dalam era itu, Bahasa seksa bangsa. Jadi saya akan terus berjuang untuk sampai kepada daerah Bahasa Jiwa bangsa semula,” katanya.
Datuk A Samad Said dan Budayawan, Datuk Hassan Ahmad menerima Anugerah Pejuang Bahasa daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis perasmian Muktamar PAS ke-55 di Stadium Melawati, Shah Alam, hari ini.
Beliau turut diserang dengan gas pemedih mata dan meriam air berasid sewaktu berarak bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada baginda yang dipertuan agong pada 7 Mac lalu.
Sementara itu, Datuk Dr Hassan menyifatkan usaha mereka untuk memansuhkan PPSMI tidak sia-sia, malah mendapat sokongan ramai.
“Pada saya tidak ada kepentingan parti, bahasa merentas parti politik, kaum dan sebagainya, sebab kita menghadapi masalah rakyat, musuh Negara. Itu yang cuba kita pertahankan iaitu bahasa kebangsaan, bukan bahasa melayu.
“Bahasa kebangsaan ada fungsi lain, misalnya peranan perpaduan, menuntut ilmu yang sama dalam bahasa yang sama, misalnya orang-orang bukan melayu, cina, banyak yang telah Berjaya dalam system yang ada tu,” jelas beliau.
Datuk Hassan, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka menolak penjajahan bahasa dan menganggap kemerdekaan bukan sahaja pada Negara, malah meliputi politik, ekonomi dan budaya.
Daya kepimpinan beliau dapat mengembleng tokoh-tokoh lain yang memimpin 148 badan bukan kerajaan, termasuk persatuan guru dan lembaga pengurus sekolah cina dan persatuan guru sekolah tamil untuk turut serta dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).
More News

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive