Wan Nordin Wan Yaacob Fri | Nov 06, 09 | 9:45:51 am MYT | |||||||
Analisis:
Adapun parti yang memerintah negeri-negeri seperti Kelantan (PAS- kini), Terengganu (PAS 1999-2004); Perak (Pakatan Rakyat,DAP-PAS-KeADILan sejak Mac 2008-Februari 2009); Selangor Mac 2008-kini), Kedah (Mac 2008-kini) dan Pulau Pinang (Mac 2008-kini), semuanya dianak-tirikan dari menerima bantuan pembangunan oleh kerajaan pusat. Sejak itu juga, Umno/BN menggunakan 'kesempatan' dengan agensi kerajaan, media dan kuasa untuk mencengkam jiwa-jiwa orang melayu dan kaum-kaum lain bagi mengekalkan kuasa mereka. Malah dengan akta-akta seperti Ordinan Darurat, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Umno/BN berjaya 'menutup' mulut-mulut rakyat, dan setiap kali getir melanda periuk nasi Umno/BN, pastinya akta-akta ini digunakan bagi emnakut-nakutkan rakyat. Dalam masa yang sama, bak kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan dengan kakitangan Harakah pada 28 Oktober lalu di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Umno/BN memperbodohkan rakyat dengan akhbar-akhbar mereka hingga rakyat menjadi 'pak turut'. Berita-berita yang dimuatkan dalam media milik Umno/BN hanya memaparkan pandangan sebelah pihak, selebihnya menghentam dan memfitnah pembangkang. Sejarah pastinya tidak akan melupai akan Umno/BN lah yang mengurangkan kuasa Raja-raha Melayu, yang menderhaka kepada Sultan apabila di Terengganu, selepas pilihan raya umum 2008, Umno/BN tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Terengganu melantik Dato' Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh. Mereka (Umno/BN) turun ke jalan-jalan raya bagi membantah tindakan Sultan hinggakan slogan 'natang' ditujukan kepada Sultan dan Istana.Penderhakaan ini tidakpun diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa hingga kini. Sementara AJK PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar pada satu majlis di Gombak satu ketika lalu pernah mengingatkan bahawa rakyat tidak akan lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga sekarang di bawah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Ujarnya pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. sedangkan Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu. Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan bermula pada zaman pemerintahan Dr Mahathir hinggalah hari ini apabila sistem kehakiman semakin dibobrokkan. Bekas Perdana Menteri (Dr Mahathir) itu juga, telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas. Kemudian, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana. Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan. Pada zaman Dr Mahathir juga, Umno/BN memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia.Hak tunggal bahasa Melayu ini dicabuli dan pemimpin Umno/BN mempertahankannya. Akibatnya, dasar yang digubal dan dilaksanakan itu akhirnya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik, selain keciciran Melayu di kawasan pedalaman. Rakyat pastinya tidak akan lupa dengan tindakan Umno/BN menarik semula geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.Umno/BN melaungkan bahawa SAR tempat melahirkan pengganas, dan ia adalah menurut kajian orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda yang pernah dikaitkan dengan dakwaan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu. Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu: 1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu. 2. Melemahkan sistem kehakiman negara. 3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu. 4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu. 5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu. 6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu. 7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu. 8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu. 9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu. 10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu. 11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation. 12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja. 13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno. 14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana. 15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan. 16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu. 17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra. 18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa. 19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004. 20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009. Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin. Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja. Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh. _ |
Rihat Minda
Thursday, 5 November 2009
Wednesday, 4 November 2009
Wednesday, November 4, 2009
Royalti Petroleum: Kelantan kaji batal perjanjian dengan Petronas
Kerajaan Kelantan mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petonas jika royalti petroleum tidak diberikan kata Exco ekonomi dan kewangannya, Datuk Husam Musa.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Meteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Kelantan hanya akan diberi Wang Ehsan oleh Kerajaan Pusat daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di peraiaran Kelantan.
Kerajaan negeri membuat tuntutan tahun ini berdasarkan laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.
Keputusan untuk kemungkinan membatalkan perjanjian hak cari gali itu dicapai dalam mesyarat Exco hari ini berikutan pengumuman Najib pagi ini di Parlimen dan ia akan dikaji oleh panel peguam yang akan dilantik oleh kerajaan negeri.
Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang hsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu , Sabah dan Sarawak.
"Nyata asas yang disebut oleh Perdana Menteri (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautika adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu."
Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan," katanya.
Hussam juga berkata, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar terus kepada kerajaan negeri dan sebuah badan penyelaras akan ditubuhkan yang akan turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut.
Beliau berharap Perdana Menteri dapat mengkaji semula dan mengambil kira tuntutan ini berdasarkan prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisma yang utuh serta penghormatan perjanjian yang temaktub demi kesejahteraan dan kehormanian Malaysia.
Menurut Husaam antara isu yang akan dicadang di pertimbangkan oleh panel peguam ialah:
1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah untuk membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk cari gali dan mengeluarkan sumber petoleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.
2. Kerajaan negeri mungkin akan mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antarabangsa.
Segala keputusan muktamad akan ditentukan kemudian setelah mengambil pandangan dari penal peguam tersebut.
Monday, 2 November 2009
Tuesday, November 3, 2009
Penangkapan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin Perlu Bertenang Dan Rasional
Agak mengejutkan, selepas pulang dari sembahyang subuh dari surau dan ke pejabat dan sebelum menulis, didahului dengan melayari maklumat dari internet dan dapati Dr. Mohd Asri ditangkap atas tuduhan mengajar di sebuah bangunan bungalow (bukan surau atau masjid) tanpa tauliah.
Termenung juga seketika tentang kewajaran seorang bekas mufti ditangkap atas alasan tiada permit mengajar, sedang di sana ramai yang mengajar, tetapi tidak dikenakan aturan sedemikian atau sengaja diabaikan. Tauliah sesungguhnya bukan hukum Allah, tetapi dibuat manusia sebagai aturan. Ada juga e-mail dihantar kepada penulis mengutuk penangkapan itu sekeras-kerasnya dan menganggap tindakan JAIS akan mempercepatkan tamat hayat kerajaan PR di Selangor. Ada kemunasabahan jua pendapat pengirim e-mail tersebut yang melihat penangkapan merupakan exploitasi pihak tertentu bagi merosakkan imej kerajaan yang memerintah. Namun penulis tidak mahu beremosi dan membuat keputusan mengutuk membuta tuli serta membelakangi rasional.
Teringat penulis kepada maklumat mengenai memorandum Persatuan Peguam Shari`I dan 15 NGO yang menghantar memorandum berkenaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung (12 Oktober) membantah tawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) kepada Dr. Mohad Asri. Ini membuat penulis kembali mencari dan membaca maklumat berhubung dengan bantahan tersebut.
Hujah bantahan itu agak berat yang antaranya dikatakan Dr. Mohd Asri cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahlul Sunnah wal Jamaah melalui kelompok tertentu, terutama di kalangan kumpulan elit dan pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi, khususnya di Selangor, beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Pengajaran dan faham yang dibawanya dikatakan tidak diterima dan ditolak oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jawatakuasa Penyelarasan dan Pendidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Dr. Mohd Asri mahu Persatuan Peguam Islam Malaysia (PGSM) yang diketuai Presidennya Mohamad Isa Abd. Ralip dan 15 NGO membuktikan tuduhan bahawa beliau mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi dan menolak Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dr. Mohd Asri mau pembuktian sama ada daripada tulisan beliau atau ucapannya.
Melihat kepada pertentangan antara kedua belah pihak penulis juga berpendapat tindakan menangkap dilakukan oleh JAIS (sebab ini semata-mata sebagaimana ditegaskan oleh Pengarah JAIS) dapat dipersoalkan kewajarannya, khususnya bagi seorang yang bersifat intelektual, ulama dan Bekas Mufti (Perlis). Pendekatan secara lembut dapat diambil melalui peringatan, memanggil pertemuan, muzakarah dan mengeluarkan tauliah atau permit mengajar atau ceramah kepada Dr. Mohd Asri. Tauliah atau permit pada dasarnya bukan `hukum` dari Allah, yang disuruh ialah berdakwah, menyebarkan ilmu. Tauliah adalah alat bagi pengawalan. Bahan tauliah bukan keutamaan, tetapi kelayakan adalah tujuan.
Namun dari satu segi kebimbangan pada kecelaruan dan keharmonian dari segi pegangan dan amalan ada kewajaran. Dalam kata lain jika tumbuh aliran dan amalan berlainan akan menimbulkan kekacauan dari segi amalan dan pentadbiran, sebab itu perlu dikawal dari peringkat permulaan sebelum merebak dan memasalahkan.
Sebenarnya lahirnya pandangan baru dan mazhab baru bukan satu yang baru. Pada tahun 1960an (lanjutan dari sebelumnya) pernah berlaku polimik antara Kaum Muda dan Kaum Tua. Aliran yang disifatkan sebagai Kaum Muda ketara lahir dari Perlis yang dipelopori oleh tokoh yang dikenali dengan Ustaz Abu Bakar Ashari. Banyak perbezaan pendapat yang dibawa beliau, khususnya berhubung dengan amal ibadat. Faham Kaum Muda di Perlis ini bersumber kepada fahaman yang dibawa oleh Hassan Bandung dari Jawa. Kaum Muda yang dipelopori Abu Bakar Ashari di Perlis dikembang dan dilanjutkan oleh pengikut-pengkutnya di Perlis sehingga Perlis hingga kini mendukung mazhab yang berlainan dari negeri-negeri lain di Malaysia. Apakah perpecahan lebih dari yang sedemikian kita mahu di Malaysia ? Tentu tidak, kerana ia mencelarukan pegangan dan ikutan dan memasalahkan dari segi pentadbiran.
Apakah secara kebetulan Dr. Mohd Asri yang kebetulan dari Perlis merupakan penjelmaan baru dari Perlis sebagai Abu Bakar Ashari Moden yang lebih intelektual sesuai dengan masa kini ? Berhubung dengan Kaum Muda di Perlis ini penulis semasa menjadi pensyarah di UKM pernah membuat penyelidikan di Perlis sebagai negeri yang berlainan mazhab pada akhir 1980an.
Untuk memastikan amalan dan perbezaan penulis menghadiri kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Pendukung Kaum Muda, iaitu Tuan Guru Haji Nor dan guru-guru pembantunya dan berjamaah di Masjid dan surau bagi meneliti kelainan dar segi ibadat sembahyang.
Sebenarnya gerakan Wahabi berlaku dan aktif didukung oleh mereka yang dilatih dan dididik dengan faham ini di negeri dan Negara ini, termasuklah berlaku di kampus-kampus pengajian tinggi. Semasa penulis menjadi pensyarah di UKM dan mengajar antaranya kursus yang berhubung dengan pemikiran Islam, penulis pada masa itu menjadi sasaran hantaran bahan-bahan keset (ceramah) dan bahan-bahan tulisan di dalam bahasa Arab beraliran Wahabi bagi mempengaruhi penulis dengan pemikiran tersebut. Sudah tentulah jika pengaruh sedemikian berlaku di dalam aliran pemikiran setempat, lebih mencelaru dan memasalahkan dari segi amalan dan pentadbiran.
Sebenarnya kita berdepan dengan dilemma antara menggalakkan pertumbuhan ilmu, berdialog dan berseminar dan menghasilkan karya-karya bagi kesuburan ilmu itu sendiri dan antara kebimbangan menularnya berbagai aliran pemikiran yang berkait dengan agama yang menggugat kemantapan amalan yang dipegang dan diikut selama ini. Di sini antara perkara yang dibimbangkan berhubung dengan apa yang dibawa oleh Dr. Mohd Asri, apa lagi jika ianya merupakan penjelmaan baru dari faham Kaum Muda oleh Abu Bakar Ashari itu.
Jalan terbaik bagi mengatasi masalah dan kebimbangan ialah melalui perbincangan, dialog dan perbahasan tertutup. Dr. Mohd Asri boleh memanggil pendukungnya bagi mempertahankan pendapat dan pemikirannya. Pihak Persatuan Peguam Shar`I dan 15 NGO seharusnya mengkompailkan semua tulisan Dr. Mohd Asri, bahan-bahan ucapan, bahkan tesis yang pernah beliau hasilkan bagi membuktikan arah, kecenderungan dan pemikiran beliau, bahkan membuktikan tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Tokoh-tokoh berwibawa yang boleh dibawa untuk membahaskan pemikiran Dr. Mohd Asri barangkali antaranya Profesor Mahmud Zuhdi, Ustaz Uthman El-Muhammadi, Ustaz Mohd Hazazan – sekadar menyebut beberapa mereka yang berkelayakan bagi mempastikan arah pemikiran, mengelak dari kecelaruan dan mengembalikan kepada kejernihan.Pendek kata pendekatan secara hikmah dan mauizah adalah pendekatan terbaik mencari kebenaran dan kejernihan. Semoga inisiatif diambil oleh pihak berwibawa.
Sekian.
Berceramah di Masjid Putra Perdana, Puchong
Masjid Putra Perdana, Puchong, 12 Zulkaedah = 31 Oktober (Sabtu):
ADUN Bangi dijemput oleh Nazir Masjid di atas, iaitu Ustaz Asni Bin Ghazali melalui Saudara Suhaizil berceramah di Masjid di Masjid Putra Perdana dengan tajuk Mengeratkan Silatul Rahim.
Pendekatan yang disampaikan ialah dengan menghuraikan maksud mengeratkan Silatul Rahim. Ia merupakan seni komunikasi individu dengan individu atau kelompok secara mesra berdasarkan nilai murni sebagaimana yang disaran agama dan budaya. Lantaran itu mereka yang terlibat perlu berilmu, bermaklumat, faham dan beramal dengan kaedah bersilatul Rahim yang mampu membuahkan kasih sayang, hormat menghormati dan menjadikan kehidupan dalam keadaan harmoni.
Olahan seterusnya yang banyak didasarkan kepada ayat-ayat Qur`an dan Hadith bahawa bersilatul Rahim ialah menjaga adab, adat dan peraturan berlaku di antara individu dengan individu, keluarga, kelompok, masyarakat, antara kaum dan meningkat kepada peringkat umat.
Contoh-contoh dibawa dari peringkat individu hinggalah peringkat umat sebagaimana berlaku di dalam amalan ibadat haji yang merupakan perhubungan silatul Rahim dan muktamar terbesar bagi mengikat hubungan antara umat yang tidak membezakan keturunan dan latar belakang. Islam amat menekakan kepentingan silatul rahim. Ia merupakan sebahagian dari nilai adab dan akhlak yang mempertingkatkan kualiti umat. Sesungguhnya peranan Rasulullah dibangkitkan bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak dan Baginda menjadi qudwah terbaik.
Sekian.
Monday, November 2, 2009
Siri Penerangan Dewan Harian PAS Selangor
Puchong, 13 Zulkaedah = 01 November (Ahad)
Dewan Harian PAS Selangor memulai siri lawatan ke anjung-anjung PAS Selangor malam tadi. Anjung pertama dilawati ialah Anjung Selatan yang terdiri dari kawasan Puchong, Serdang, Sepang dan Kuala Langat.
Lawatan bertujuan memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa, khususnya mengenai kemelut kepimpinan yang sedang hangat diperbincangkan. Kunjungan malam tadi diketuai oleh YB Dato` Dr. Hassan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco kerajaan negeri. Beliau diiringi, Ketua Dewan Ulama, Ketua Dewan Muslimat, Ketua Penerangan dan Setiausaha Pas Selangor. Dewan komuniti di Puchong Perdana yang agak kecil itu penuh dihadiri oleh pimpinan dan AJK-AJK PAS dari Anjung Selatan.
Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Dewan Ulama itu bermula dari jam 9.00 malam dengan ucapan dari Pesuruhjaya dan diikuti dengan dialog-dialog yang boleh disifatkan tidaklah begitu hangat, walaupun di dalam dewan yang agak hangat.
Anggota Parlimen antara 5 akan didakwa Selasa atas tuduhan rasuah & cubaan menipu
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, adalah di antara lima orang yang akan didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa atas dakwaan rasuah dan percubaan menipu.
Ketiga-tiga mereka iaitu Anggota Parlimen itu bersama pembantunya serta seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor bersama dua lagi, iaitu seorang pembantu khas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari DAP dan seorang pengarah syarikat akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Selasa bagi menghadapi pertuduhan rasuah dan menipu, menurut SPRM dalam satu kenyataan di sini, petang Isnin.
SPRM berkata, Anggota Parlimen itu dan pembantunya ditahan oleh SPRM Selangor hari ini atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 iaitu mengemukakan invois-invois yang "mengandungi butiran palsu" semasa beliau menjadi ADUN Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan.
Pembantunya pula ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN itu dalam membuat tuntutan bagi program yang sama, menurut kenyataan SPRM lagi.
SPRM Selangor turut menangkap seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor hari ini atas kesalahan mengikut Kanun Keseksaan iaitu kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan dengan melibatkan nilai sebanyak RM50,000.
Menurut kenyataan SPRM lagi, pembantu khas Exco Selangor pula akan dituduh mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu, yang dikemukakan kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan 2008 yang mana ianya tidak dibekalkan.
Beliau juga akan dituduh atas dua kesalahan pecah jenayah amanah mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, pengarah syarikat itu akan dituduh di atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 kerana mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan.
Kuliah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA)
(bekas Mufti Perlis)
bertajuk ‘Gelombang Fitnah’
Tarikh : 3 November 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Institut Al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam
tuesday, november 3, 2009
Umno pengumpul sampah dan barang lusuh kata Aziz Bari
Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan.
Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.
Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.
Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun.
Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.
Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.
Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah.
03 november 2009
Tangkap Asri: MB Selangor arah Jais beri penjelasan
Ini kerana, pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat, kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.
Khalid mengulas penangkapan yang dibuat oleh sekumpulan pegawai Jais dengan bantuan polis ketika Asri sedang mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang malam tadi.
Turut mendengar kuliah itu adalah Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.
Menurut Khalid, Kerajaan Negeri Selangor prihatin kepada pelbagai reaksi yang timbul daripada masyarakat umum berhubung dengan tangkapan yang dibuat oleh Jais ke atas Dr Mohd Asri atas alasan mengajar tanpa tauliah.
Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Jais - yang memiliki kuasa yang bebas dari kekangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Eknamen Pentadbiran Agama Islam Selangor - sedang menyiasat perkara tersebut dan tiada sebarang dakwaan dikenakan sehingga kini.
Khalid yakin bahawa Jais akan bertindak profesional dalam menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Asri.
"Saya pasti Jais akan menjalankan siasatan yang adil dan akan mengambil kira seluruh aspek bagi memastikan keadilan terjamin bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga Dato' Asri," kata Tan Sri Khalid.
HarakahDaily.Net/-
PERMOHONAN MAAF
FEEDJIT Live Traffic Map
Blog Archive
-
►
2013
(14)
- ► 03/17 - 03/24 (7)
- ► 02/03 - 02/10 (7)
-
►
2012
(139)
- ► 12/16 - 12/23 (2)
- ► 11/18 - 11/25 (7)
- ► 11/04 - 11/11 (1)
- ► 10/21 - 10/28 (2)
- ► 10/07 - 10/14 (1)
- ► 09/02 - 09/09 (4)
- ► 08/05 - 08/12 (5)
- ► 07/22 - 07/29 (2)
- ► 07/15 - 07/22 (3)
- ► 07/08 - 07/15 (4)
- ► 06/24 - 07/01 (4)
- ► 05/20 - 05/27 (3)
- ► 04/29 - 05/06 (11)
- ► 04/22 - 04/29 (6)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 03/11 - 03/18 (2)
- ► 03/04 - 03/11 (3)
- ► 02/26 - 03/04 (14)
- ► 02/19 - 02/26 (2)
- ► 02/12 - 02/19 (8)
- ► 02/05 - 02/12 (5)
- ► 01/29 - 02/05 (1)
- ► 01/22 - 01/29 (11)
- ► 01/15 - 01/22 (22)
- ► 01/08 - 01/15 (9)
- ► 01/01 - 01/08 (1)
-
►
2011
(108)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 12/18 - 12/25 (4)
- ► 11/27 - 12/04 (2)
- ► 11/06 - 11/13 (4)
- ► 10/02 - 10/09 (1)
- ► 09/11 - 09/18 (2)
- ► 09/04 - 09/11 (6)
- ► 08/28 - 09/04 (5)
- ► 08/14 - 08/21 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (7)
- ► 07/24 - 07/31 (8)
- ► 07/17 - 07/24 (27)
- ► 07/10 - 07/17 (14)
- ► 07/03 - 07/10 (7)
- ► 06/19 - 06/26 (2)
- ► 06/12 - 06/19 (2)
- ► 06/05 - 06/12 (9)
- ► 05/29 - 06/05 (1)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
-
►
2010
(169)
- ► 06/27 - 07/04 (2)
- ► 06/20 - 06/27 (2)
- ► 05/30 - 06/06 (1)
- ► 05/23 - 05/30 (5)
- ► 05/09 - 05/16 (2)
- ► 05/02 - 05/09 (3)
- ► 04/25 - 05/02 (1)
- ► 03/28 - 04/04 (1)
- ► 03/14 - 03/21 (3)
- ► 03/07 - 03/14 (3)
- ► 02/28 - 03/07 (11)
- ► 02/21 - 02/28 (11)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (17)
- ► 01/31 - 02/07 (11)
- ► 01/24 - 01/31 (13)
- ► 01/17 - 01/24 (20)
- ► 01/10 - 01/17 (18)
- ► 01/03 - 01/10 (16)
-
▼
2009
(286)
- ► 12/27 - 01/03 (18)
- ► 12/20 - 12/27 (13)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 12/06 - 12/13 (1)
- ► 11/29 - 12/06 (3)
- ► 11/22 - 11/29 (4)
- ► 11/15 - 11/22 (7)
- ► 11/08 - 11/15 (10)
-
▼
11/01 - 11/08
(8)
- 20 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu ...
- Wednesday, November 4, 2009 Royalti Petroleum: ...
- Tuesday, November 3, 2009Penangkapan Dr. Mohd Asri...
- Anggota Parlimen antara 5 akan didakwa Selasa atas...
- PENGUMUMANKuliah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr M...
- tuesday, november 3, 2009
- 03 november 2009Tangkap Asri: MB Selangor arah Jai...
- PERMOHONAN MAAF
- ► 10/04 - 10/11 (4)
- ► 09/27 - 10/04 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (2)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/06 - 09/13 (10)
- ► 08/30 - 09/06 (7)
- ► 08/23 - 08/30 (12)
- ► 08/16 - 08/23 (8)
- ► 08/09 - 08/16 (8)
- ► 08/02 - 08/09 (9)
- ► 07/26 - 08/02 (11)
- ► 07/19 - 07/26 (6)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 06/14 - 06/21 (9)
- ► 06/07 - 06/14 (15)
- ► 05/31 - 06/07 (7)
- ► 05/24 - 05/31 (14)
- ► 05/17 - 05/24 (12)
- ► 05/10 - 05/17 (16)
- ► 05/03 - 05/10 (14)
- ► 04/26 - 05/03 (9)
- ► 04/19 - 04/26 (8)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 03/22 - 03/29 (2)
- ► 03/15 - 03/22 (3)