Rihat Minda


Friday, 22 May 2009

FRIDAY, MAY 22, 2009

Perjuangan belum berakhir

Bermula dengan Nabi Adam sehingga hari akhirat perjuangan menegakkan Agama Allah akan diteruskan oleh pejuang-pejuang yang sentiasa menurut perintah Allah .Setiap perjuangan penuh dengan ujian dan dugaan.Kita sebagai perjuang Islam haruslah bersabar menerima ujian dari Allah.Sesungguhnya setiap yang terjadi Allah telah tentukan hikmahnya.

Walaupun hari ini kita tewas bukan bermakna kita akan tewas selama-lamanya.Ini baru satu ujian dari Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan kita sebagai perjuang Islam. Nabi sendiri pernah tewas didalam perperangan untuk menegak syiar Islam.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini adalah satu ujian buat kita semua. Hari ini Allah uji kita dengan dua berita yang menyedihkan kita ,satu kembalinya adun Manek Urai dan Kekalahan YAB Ir Nizar di Mahkamah Rayuan.Walaupun kedua dua berita sedih itu tetapi ada hikmahnya.Melalui PR Manek Urai nanti kita semua akan bekerja keras untuk mempertahankan Dun manek Urai milik kita.Dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini ,YAB Ir Nizar akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.Kerajaan Perak tetap akan dilanda krisis selagi DUN tidak dibubarkan.YB Sivakumar yang dirampas kuasanya pada 7 mei lalu tidak akan membiarkan perkara itu tanpa tindakan.

Sebagai perjuang Islam kita harus terima keputusan kerana setiap yang berlaku Allah telah tetapkan dan ada hikmahnya.

http://tumpatdaily.blogspot.com

FRIDAY, MAY 22, 2009

TERIMA KEPUTUSAN DENGAN SABAR DAN TAQWA

Orang yang beriman akan menerima apa sahaja musibah dengan sabar dan taqwa, tetapi ia bukan bermakna kita tidak boleh berusaha untuk memperjuangkannya. Hj Nizar telah melakukan apa yang terbaik dan wajar dalam memperjuangkan haknya. Proses yang dilaluinya penuh perit, tetapi beliau tabah dan sabar.

Saya percaya keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga hakim tidak mengecewakan, tidak mendukacitakan dan tidak menyebabkan beliau dan seluruh penyokong-penyokongnya hilang semangat.

Ramai lawan kita mengutuk, menghina, mencaci dan bermacam-macam lagi ungkapan dihamburkan kepada kita. Baca sahajalah dalam ruang komen ke atas setiap tulisan dalam blog ini, ungkapan dan kata-kata yang biadab bagai mereka itu tidak beriman kepada Allah swt. Saya baca dan tersenyum sahaja. Saya sengaja tidak mahu buang. terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog yang tolong jawab.

Hj Nizar ada peluang lagi yang terakhir dalam menuntut keadilan, iaitulah Mahkamah Persekutuan. Saya tahu, Hj Nizar tidak mudah kalah dalam perjuangan. Walaupun peluang untuk menang di Mahkamah Persekutuan mungkin peratusnya kecil, tetapi kita tetap mencubanya disertai dengan doa dan tawakkal.

Mahkamah hanyalah proses menuntut keadilan, ia belum tentu boleh menyelasaikan kemelut politik di Perak. Para hakim adalah manusia biasa, apa yang diputuskan boleh jadi menjadi mengikut pertimbangan akalnya semata-mata. Apa sahaja yang diputuskan sudah pasti ada pihak yang puas hati dan sebaliknya.

Justeru itu, penghakiman yang paling adil adalah mahkmah rakyat melalui pilihanraya yang bersih. Rakyat tetap mahukan DUN dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang baru.

22 mei 2009

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain. Mstar.

22 mei 2009

Hairan, BN sudah umum tanding di Manek Urai, adakah mungkin BN letak calon di Penanti esok?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan di Singapura bahawa BN akan meletakkan calonnya bagi mencabar PAS di kerusi manek Urai Kelantan.

Sementara itu Barisan Nasional dikatakan akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, umum timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Tanpa ada mesyuarat rasmi dan sebagainya nampaknya UMNO sudah membuat keputusan "berani mati" @ berani kalah bila mengesahkan akan bertanding di DUN Manek Urai Kelantan itu setelah ada kekosongan bila ADUNnya kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.

Sedang kenyataannya bagi mengumumkan tidak berlawan di Penanti BN dan UMNO melalui sekurang-kurang tiga mesyuarat penting.

Hairan dan ajaib cepat pula Najib dan Muhyiddin satu kepala membuat keputusan untuk bertanding sedangkan di penanti belia sangat takut kepada Pakatan rakyat.

Melihat kepada reaksi mereka berdua pada hari ini saya semacam tidak percaya mereka tidak akan meletakkan calon di Penanti esok. Apapun kita tunggu dan lihat adakah benar sangkaan saya , manalah tahu tiba-tiba Najib dan Muhyiddin akan muncul di Penanti dengan calonnya.

Alasan saya kalau boleh di Manek Urai, kenapa tidak boleh di Penanti ?

Wednesday, 20 May 2009

Pakatan Rakyat Perak Anjur Puasa Sunat, Mogok Lapar Sehari Isnin Depan

   

Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan puasa sunat dan mogok lapar Isnin depan sebagai langkah rohaniah agar doa rakyat Perak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dalam masa terdekat dimakbulkan.

Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata keputusan puasa sunat dan mogok lapar itu dibuat pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Perak semalam.

"Saya menyeru umat Islam seluruh negeri Perak supaya bersama-sama berpuasa sunat pada hari Isnin depan dan bagi rakyat bukan Islam pula melancarkan mogok lapar selama sehari.

"Tujuannya adalah bagi mendoakan adar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan secepat mungkin dan langkah ini diambil bersama-sama rakyat seluruh negeri Perak," kata beliau.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka melancarkan usaha rohaniah tersebut di Ipoh pada pukul 10.00 pagi bersama-sama Speaker V. Sivakumar.
  

20 mei 2009

Fakta-fakta menelanjang katak Behrang

Oleh: Jantantuya

Kali ini biarlah teman menyentuh dahulu tentang Si Lompat Behrang. Dalam siri 1 pendedahannya di Agenda Daily, ada dua perkara yang disentuh iaitu tentang Camry dan Hak Milik Tanah Bukan Melayu.

Si Lompat dengan bangganya memberitahu bahawa dialah yang mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli 15 buah Camry. Beliau juga yang menentang pemberian hak milik tanah kepada bukan Melayu. Beliau mendakwa yang MB Nizar menurut segala perintah dan kehendak Ngeh dan Nga.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Sibuk betul Si Lompat dengan urusan tanah dan Camry. Tugasnya sebagai Exco Pertanian diabaikan. Setiap kali Mesyuarat Pertanian Negeri diadakan, Si Lompat hanya duduk di kerusi pengerusi tanpa mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Perak.

Si Lompat mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu. Bodoh benar rupanya MB Nizar mengagih-agihkan tanah Perak kepada rakyat.

Tetapi sedarkah Si Lompat berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun.

Tanah TOL yang diwarisi turun temurun begitu berat untuk diberi status hak milik oleh UMNO sebelum ini. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’.

Agaknya Si Lompat tidak pandai menggunakan kalkulator untuk menghitung dan membahagikan keluasan tanah per pemilik. Dia hanya mampu menggunakan sepuluh jari untuk mengira jumlah penerimanya sahaja. Bengap.

Si Lompat juga pandai menyindir dan memperli keputusan MB Nizar. Adakah Si Lompat sedar yang pengundi di DUN Behrang telah dan sedang menyumpah seranah celaka tujuh keturunan kepadanya?

Si Lompat peduli apa, janji kebodohannya untuk memajukan pertanian rakyat dapat ditutup rapat serapat-rapatnya. Kuat betul semangat patriotik Si Lompat kepada negara. Utamakan Perdana V6 daripada Camry. Jangan bazirkan duit rakyat demi Camry. Perdana V6 lebih murah berbanding Camry.

Kerajaan negeri boleh jimat lebih RM700k jikalau membeli Perdana V6. Pandai juga Si Lompat mengira. Tetapi kira tak habis. Kos penyelenggaraan Perdana V6 lebih mahal berbanding harganya.

Si Lompat buat-buat tidak mengetahui tentang rekod-rekod dan kos penyelenggaraan V6 exco terdahulu. Camry ada tiga tahun gerenti berbanding setahun untuk Perdana V6. Memang Camry mahal, tetapi untuk jangka masa panjang Camry menjimatkan duit rakyat. Tengin.

Teman tidak begitu yakin Si Lompat bijak menyusun kata-kata untuk membuat kenyataan akhbar. Penulis kenyataannya ialah Hanapiah Man. Memang mereka berdua mempunyai hubungan awal semasa menggerakkan PKR di Perak.

Hanapiah Man berkebolehan dalam mengolah dan memutar belit kenyataan yang tidak betul menjadi kelihatan betul. Jikalau Si Lompat seorang yang bijaksana menyusun kata-kata indah, sudah tentu ia mampu mempengerusikan mesyuarat. Sudah tentu Si Lompat mampu menjana idea untuk memajukan ekonomi pertanian orang-orang Melayu.

Alangkah bagusnya jikalau Si Lompat mendesak MB Nizar memperuntukkan harga sebuah Camry untuk setiap daerah bagi memulakan CERIA. Tetapi Si Lompat tetap tongong dan terus tongong.

Soalan untuk Si Lompat, kenapa Jelapangpun lompat sedangkan MB Nizar dikatakan sentiasa mengutamakan orang Cina? Takkanlah Jelapang lebih sayangkan Melayu daripada duit. Tetapi Behrang dan Changkat Jering adalah manusia yang beriman. Rakyat didahulukan. Duit tak mainler …

dari blog
bypass308.blogspot.com

20 mei 2009

Nizar : Saya mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari tadi di Istana Iskandariyyah

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Hj Muhammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dia diperkenan mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari tadi di Istana Iskandariyyah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang. Demikian dinyatakan oleh Hj Nizar dalam taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak tadi.


Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Dalam kesempatan yang singkat itu, digunakan oleh Hj Nizar bagi memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini sekiranya apa sahaja insiden yang berlaku mengguris hati Tuanku.

Beliau juga bagi pihak PR mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Tuanku Sultan Azlan Shah yang juga bapa saudara Raja Nazrin.

Kesempatan itu juga digunakan oleh Dato' Seri secara berterus terang dengan penuh berhimah memberi pandangan-pandangan terhadap senario dan kemelut politik di Perak. Dato' Seri merayu supaya Tuanku memberi penghormatan kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan di negeri Perak, kerana melalui pembubaran DUN sahajalah kemelut ini akan berakhir.

Pakatan Rakyat akan menghormati pendirian dan keputusan rakyat yang samada memilih Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional. Dato' Seri juga memberi pandangan supaya tidak ada sidang DUN diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir, beliau memberi gambaran insiden sidang DUN 7 Mei yang lalu dibimbangi akan berulang semula sekiranya sidang DUN diadakan juga, dan ianya akan hanya memalukan imej Tuanku dan negeri Perak.

Pertemuan singkat antara YAB Dato' Seri Hj Nizar dengan DYTM Raja Nazrin merupakan pertemuan yang cukup berharga walaupun pertemuan itu mengikut sumber yang disiariakn dalam posting blog ini dari seumber yang kami perolihi cuma sekitar 15 minit sahaja.

Mesej rakyat yang mahukan DUN dibubarkan telah disampaikan oleh Hj Nizar. Kini, semuanya terserah kepada Tuanku, Diharap rakyat terus menerus mengadakan solat Hajat dan bermunajat mudah-mudahan dilembutkan hati Tuanku bagi memperkenan DUN Perak dibubarkan.

Satu maklumat tambahan yang kami perolihi dimana pertemuan itu di sertai sama oleh Dato' Anuar Zaini dan Dato' Temenggong.

Maksiat berleluasa undang azab Allah
Isu Semasa

Maksiat berleluasa undang azab Allah

Mega: Apabila berlaku musibah, orang beriman akan menganggapnya sebagai ujian. Adakah terdapat perbezaan antara bala dan azab Allah?

ZAHAZAN: Secara literal, al-bala' bermakna al-ikhtibar (ujian). Istilah bala' sendiri digunakan untuk menggambarkan ujian yang baik maupun yang buruk (Imam ar-Razi, Mukhtar al-Shihah, hal. 65).

Dalam kitab al-Tibyan fi Tafsir Gharib al-Quran dinyatakan, bahawa bala' itu memiliki tiga bentuk;

1. Nikmat (kenikmatan),

2. Ikhtibaar (cubaan atau ujian), dan

3. Makruuh (sesuatu yang dibenci) (Syihab al-Din Ahmad, al-Tibyan fi Tafsir Gharib al-Quran, juz 1, hal. 85).
Read More... (6.93 KB) | (30 reads) comments? | Printer Friendly Page  Send to a Friend | Score: 0
« Prev

Monday, 18 May 2009

Manfaat dari Ber'couple'

Assalamualaikum

Maaf andainya t'kasar bahasa... 
Utk pengajaran b'sama... 
Andai ada yg terasa maaflah... 
Sekadar p'kongsian b'sama... 
Saling ingat mengingati...

 

Antara p'kara yg ber"manfaat" drpd ber'couple' ;

1) Seronok (dpt fitnah)... 
2) Seronok (dpt dosa)... 
3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)... 
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)... 
5) Byk habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)...tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan... 
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)... 
7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek...kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...

8) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj....yg lain dah tak kisah.)... 
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...

 

Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/kajian ana t'dpt beberapa sbb yg m'jadi PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi ;

1) Byk sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg b'tanggungjawab utk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak...

2) P'kara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada p'dpt (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... Pd p'dpt mrk, keluar dating di khalayak ramai, bukannya b'duaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Ana bab nie yg payah nak jawab...ada aje alasan dia org utk melepaskan diri. Org kata kalau dah nak buat tu mmg macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Bykkan b'sabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah m'jadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sbb itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas -ve dan +ve. Hasil drpd pentarbiyahan Islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka t'jadinya perhubungan(kwn2) sebelum ada ikatan yg sah, dan ada setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga kata ibubapa t'sebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yg buruk...tp tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) B'tambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga seperti cara b'gaul, bercakap, dan sbgnya. Ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak percaya cuba pergi lepak (tujuan utk mengambil iktibar) kat KL... Ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance nie...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mrk pun goda le lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yg banyak dapat awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau takde awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lg kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling mempengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dlm bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa le EGO..... ego tak kena tempat...

8) Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2... ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept le mamat tu. Ada juga awek yg manja sikit bila nak minta tlg maka lelaki akan terperasan yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula, jangan la perasan cepat sangat....

9) Ada kaitan dengan fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yang dok tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yang lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yang jadi macam tu...

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati...

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. Yg haram akan tetap haram, sbg mana hadith Rasullullah...

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(RA): Sabda Rasulullah(SAW) ;

"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirinya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)

Jangan TAK terase yek...    

Nauzubillahi min zalik...

Wallahu'alam...

 

Sumber : Forwarded Email dari my Sahabat~~

MONDAY, MAY 18, 2009

PAS lancar dana bina kompleks RM27 juta di Putrajaya

PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

MONDAY, MAY 18, 2009

Gambaran dalam Kaabah



Begini rupanya keadaan dalam Kaabah. Subhanallah.

18 mei 2009

Nizar mohon kesnya didengar lima hakim Mahkamah Rayuan

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mstar.

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive