Rihat Minda


Saturday, 9 May 2009

Kerana Assabiyah....

dikarang 6ARAB2'08 SITES


Seperti yang kita ketahui kita semua dilarang bersatu dan berjuang atas dasar perkauman yang jelas-jelas diharamkan dalam islam melalui hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.Rasulullah telah bersabda:

"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah"[HR Abu Dawud]

"Sesiapa yang menyeru kepada assabiyyah, seolah-seolah dia menggigit kemaluan bapanya [diriwayatkan di dalam Mishkat al Masabih]

"Tinggalkanlah (assabiyyah) kerana ia busuk" [HR Muslim dan Bukhari]

“Barangsiapa yang tidak memperhatikan kepentingan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk di antara mereka, dan barangsiapa yang tidak berada di waktu pagi dan petang selaku pemberi nasihat bagi Allah dan Rasul-Nya, bagi kitab-Nya, bagi pemimpinnya dan bagi umumnya kaum muslimin, maka bukanlah ia termasuk di antara mereka.” (HR Thabrani).
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Ana teringin hendak berkongsi peristiwa yang berlaku pada zaman para salafushalih.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku semasa baginda SAW dan para sahabat berjuang mempertahankan madinah. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Ambillah pengajarannya dan janganlah sekali-kali mensia-siakan hidup kita atas nama perkauman.sesungguhnya hanya perjuangan demi agama sahaja yang diredhai oleh Allah swt.Wallahu'alam

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.

Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."

Ia bermaksud: �Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.

Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.

Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan. - lanh _

Friday, 8 May 2009

Golongan yang wajib mendapat kasih sayang Allah


Daripada Muaz ra daripada Rasulullah saw: Allah berfirman (hadis qudsi):

وَجَبَتْ مَحَبَّتِيْ لِلْمُتَحَابِّيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَجَالِسِيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَبَاذِلِيْنَ فِيَّ ، وَالْمُتَزَاوِرِيْنَ فِيَّ 

“ Wajib mendapat kasih sayang ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana ku, orang-orang yang duduk bersama-sama kerana ku, saling hadiah menghadiah kerana ku dan orang-orang yang saling menziarahi kerana ku.”


Hr Ahmad dgn sanad yg sahih, Tabrani, Hakim dan Baihaqi di dalam kitab Syuabul Iman. 

Ada 4 ciri orang yang wajib mendapat kasih sayang Allah.

CIRI PERTAMA: BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH 

Berkasih sayang adalah dengan mencintai diri sahabatnya seperti mencintai dirinya. Nabi saw bersabda:


لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه 

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kasih kepada saudaranya seperti mana kasih kepada dirinya.”
 Hr Bukhari dan Muslim.

Kasih sayang mereka terhadap saudaranya sehingga mengutamakan nyawa orang lain dari nyawanya.

Ini jelas dari peristiwa yang berlaku kepada Abu Hasan an-Nuri. 
Suatu ketika khalifah telah menjatuhkan hukuman pancung terhadap 3 orang soleh. Diantaranya adalah Abu Hasan an-Nuri. Beliau telah maju ke depan supaya menjadi orang yang pertama di pancung. Khalifah berasa hairan dengan tindakannya dan bertanya apakah sebab perlakuannya itu. Abu Hasan an-Nuri menjawab:

أحببت أن أوثر إخواني بالحياة في هذه اللحظات

“Aku lebih mengutamakan saudara-saudaraku untuk hidup pada saat-saat ini lebih dari ku.” Akhirnya khalifah mengampunkan mereka dan melepaskan kesemuanya kerana kagum dengan sikap Abu Hasan an-Nuri. 

Kasih sayang orang beriman terhdap saudaranya sehingga sanggup bersusah payah demi saudaranya. Ini yang terjadi kepada Safwan bin salim.
 Suatu malam yang sgt sejuk beliau keluar dari masjid. Tiba2 beliau mendapati seorang yang telanjang. Lantas beliau menanggalkan bajunya dan memakaikan orang yang tidak berpakaian itu. Lalu safwan menggeletar kesejukan tanpa baju. Beginilah kisah orang salafus soleh dalam berkasih saying terhadap sesama muslim.

Namun perlu kita jelas bahwa sifat ithar (mengutamakan orang lain) yang dituntut adalah dalam perkara dunia. Adapun dalam amal soleh (termasuklah pasangan yang boleh membawa ke syurga) perlu kita mengutamakan diri kita. Ini kerana Allah menyuruh kita bersaing dalam perkara yang membawa kepada akhirat. Firman Allah swt:

وفي ذلك فليتافس المتنافسون

"Dan hendaklah kamu bersaing untuk mendapatkan nikmat syurga." (26 : al-Mutaffifin)

Nabi saw menggalakkan supaya ummatnya berebut mendapat amal kebaikan. Nabi saw bersabda:

لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول ثم لا يجدوا إلا أن يستهموا لاستهموا

"Kalau manusia tahu ganjaran azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak memperolehinya melainkan dengan mengundi nescaya mereka akn mengundi."

Mengutamakan orang lain dalam ibadat adalah makruh berdasarkan kaedah:


الإيثار في القربى مكروه 

“Mendahulukan orang lain dalam ibadat adalah makruh.”
 

CIRI KEDUA: SALING DUDUK BERSAMA-SAMA KERANA ALLAH
 

Duduk bersama-sama dalam majlis diredai Allah seperti majlis ilmu, tadarus al-Quran, majlis zikir, majlis taaruf dan lain-lain. Nabi saw bersabda:


إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا ، قالوا : وما رياض الجنة؟ قال: حلق الذكر 

“Apabila kamu lalu di taman-taman syurga hendaklah kamu singgah.” Para sahabat bertanya “Apakah taman syurga itu?” Nabi saw menjawab “Halaqah2 zikir.” 
Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi dan al-Baihaqi.

Setengah riwayat menyebut حلق العلم “Halaqah2 ilmu.” Hr Thabrani. 

Namun jika majlis itu mengandungi perkara2 yang haram seperti mengumpat yang dilarang, memaki orang beriman, cerita-cerita lagho hendaklah seseorang itu beradar dan menjauhinya. Firman Allah:

والذين هم عن اللغو معرضون 

“Dan orang-orang beriman itu yang menjauhi dari perkara-perkara yang lagho. (3: al-Mukminun)
 

Lebih baik bersendirian dari mendampingi teman yang teruk. Nabi saw bersabda:

الوحدة خير من جليس السوء 

“Berseorangan lebih baik dari mendampingi teman yang buruk.” (Hr Al-Hakim) Ini teman pergaulan, kalau teman hidup lagila kena hati2 mencarinya.

Lebih baik berseorangan dulu dari kahwin dengan pasangan yang membawa kita kepada cinta dunia dan menjauhkan dari perjuangan Islam. 

CIRI KETIGA: ORANG-ORANG YANG SALING MEMBERI HADIAH

Nabi saw bersabda:

تَهَادُوْا تَحَابُّوْا 

“Hendaklah kamu saling memberi hadiah sesama kamu pasti kamu akan berkasih sayang.” (Hr Thabrani – sanad hasan)


Nabi saw bersabda:

تهادوا فإن الهدية تذهب وحر الصدر 

“Hendaklah kamu saling memberi hadiah, sesungguhnya ia boleh menghilangkan permusuhan dan kedengkian.” (Hr Tirmizi)


Seorang syeikh (guru) telah memberikan anak muridnya sehelai baju. Apabila murid itu beredar, syeikh bertanya “adakah engkau ada sesuatu untuk kau berikan kepadaku.?” Anak murid itu menjawab “Aku ada kain sejadah ku.” Lalu dia memberi sejadah itu kepada gurunya. Syeikh itu memberitahu “Aku hendak kau beri sejadah itu bukan kerana sebagai balasan baju yang kuberi.” Maksudnya guru itu ingin termasuk dalam golongan “orang-orang yang saling memberi kerana Allah.” 

Memberi hadiah utk mengeratk ukhuwah tujuan dakwah adalah dituntut. Marilah kita menghidupkan budaya ini kerana Allah.


CIRI KEEMPAT: SALING MENZIARAHI KERANA ALLAH 

Nabi saw bersabda:


أن رجلا زار أخا له في قرية أخرى ، فأرصد الله له على مدرجته ملكا ، فلما أتى عليه ، قال : أين تريد؟ قال : أريد أخا له في هذه القرية. قال : هل لك من نعمة تربها؟ قال : لا ! غير أني أحببته في الله عز جل ، قال : فإني رسول الله إليك ، بأن الله قد أحبك كما أحببته فيه

“Sesungguhnya seorang lelaki menziarahi saudaranya di kampعng yang lain. Lalu Allah swt menugaskan satu malaikat untuk menjaganya di dalam perjalanannya. Bila malaikat itu tiba, dia bertanya: Kamu hendak kemana? Lelaki itu menjawab : Aku hendak berjumpa saudaraku di kampعng ini. Malaikat bertanya lagi : Adakah engkau menziarahinya kerana ada nikmat keduniaan yang engkau kehendaki? Lelaki itu menjawab: Tidak sama sekali, aku hanya mencintainya kerana Allah. Malaikat berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, sesungguhnya Allah cinta kepada mu seperti mana engkau cintakannya kerana Allah.” 

Hadis riwayat Muslim


Jadi, kita kena periksa hati kita sebelum hendak menziarahi saudara2 kita. Pastikan tujuan dan niatnya kerana Allah semata2.

Nabi saw bersabda:

زر غبا تزداد حبا 

“Ziarahlah sesekali, pasti akan menambah kasih sayang.” (Hr Bazzar, Hakim dan Thabrani – sanad sahih)


Oleh marilah kita sama2 meluangkan sedikit masa untuk menziarahi saudara seislam kita kerana Allah. 

KESIMPULAN: Orang-orang yang dikasهhi Allah adalah orang-orang yang mempunyai hubungun kuat dan utuh dengan sesama muslim. Mereka berkasih sayang, saling menziarahi, memberi hadiah dan duduk bersama-sama semata-mata kerana Allah. Bukannya kerana habuan dunia, bukan kerana makanan, bukan kerana pangkat dan jawatan, bukan kerana ia terkenal dan niat-niat yang lain selain daripada kerana Allah. Ia berukhuwah semata-mata kerana ke agungan Allah yang menyuruhnya berukhuwah. Allah swt berfirman dlm hadis Qudsi:


الْمُتَحَابَّوْنَ فِيْ جَلَالِيْ لَهُمْ مَنَابِرُ مِنْ نُوْرٍ ، يُغْبِطُهُمْ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ 

“Orang-orang yang saling berkasih-sayang kerana keagunganku mereka mendapat minbar daripada cahaya yang mana para Nabi dan syuhada rasa cemburu dengan mereka."

Hadis riwayat Tirmizi - sanad sahih.

Rujukan: Mushaf, ar-Raudah al-Bahiyyah oleh Mula Ali al-Qari, Tuhfatul Ahwazi oleh Mubarak furi dan kasyul khufa oleh 'ajluni.
Fadhilat Istighfar:Menghapus dan Menutup Dosa
www.iLuvislam.com
HarakahDaily.net
Oleh : akrimimathwa
mawaryangtinggi



Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut dijelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian mengingati Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindungi daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf. Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya. Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya. Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun" (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain. Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur. Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar untuk menarik perhatian manusia.




Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian. Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu. Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.

Thursday, 7 May 2009

4 PERKARA UNTUK SIHAT - Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan.

  1. Makan daging
  2. Memakai haruman
  3. Kerap mandi
  4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan.
  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Selalu cemas
  3. Banyak minum air ketika makan
  4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
  1. Duduk mengadap kiblat
  2. Bercelak sebelum tidur
  3. Memandang yang hijau
  4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
  1. Memandang najis
  2. Melihat orang dibunuh
  3. Melihat kemaluan
  4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
  1. Tidak banyak berbual kosong
  2. Rajin bersugi (gosok gigi)
  3. Bercakap dengan orang soleh
  4. Bergaul dengan para ulama

 MAY 2009

Adegan Panas Luar Dewan...

Foto di luar Dewan SUK Perak ..!



Adun Teratai, Janice Lee

Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar


Salahudin Ayub, Ketua Pemuda Pasyang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian


Tazkirah Jumaat: Penting memelihara nama baik Islam
Ustaz Zainudin Hashim 

Kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang dipilih khusus oleh Allah SWT sebagai Nabi dan Rasul terakhir, adalah untuk membawa agama yang benar daripada Allah serta memelihara nama baiknya daripada tercemar. Justeru baginda melakukan yang terbaik bagi memastikan kesinambungan nama baik Islam terus berada pada tahap dan keadaan yang sempurna.

Dalam Sirah baginda, jelas menunjukkan bahawa baginda sedaya upaya menjernihkan Islam daripada angkara keceluparan mulut, tindakan atau perbuatan yang boleh merudumkan nama baik Islam seperti tidak berakhlak mulia di hadapan bukan Islam, sedangkan ketika bersama sesama Islam baginda berbuat baik dengan mereka. Baginda tidak memakai pakaian yang boleh menjatuhkan imejnya bukan sahaja sebagai seorang Nabi, tetapi sebagai seorang Muslim yang mempratikkan Islam.

Contoh mengenainya terlalu banyak berdasarkan Sirah baginda mendaulatkan Islam selama 23 tahun yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam. Ia dapat dilihat bagaimana baginda menunjukkan sikap positif terhadap semua bangsa manusia, tidak kira sama ada mereka golongan sahabatnya, bukan Islam atau musuh-musuh Islam yang terkenal pada masa itu dengan golongan 'munafiqin' atau 'Zindiq' yang berpura-pura menerima Islam di hadapan Rasulullah s.a.w.

Jabir bin Abdullah antara sahabat Nabi yang banyak meriwayatkan hadis pernah berkata: "Ketika baginda membahagikan harta rampasan perang (ghanimah) bani Hawazin di kalangan orang ramai di Jaaranah, maka seorang lelaki daripada bani Tamim bangun lalu berkata: 'Wahai Rasulullah! Bahagikan ghanimah itu dengan adil', maka baginda s.a.w. pun memarahinya sambil menegaskan; jika Muhammad tidak berlaku adil, maka siapa yang lebih adil daripada aku? Jika aku tidak berlaku adil sudah tentu ramai orang termasuk engkau juga tidak mendapat keadilan sewajarnya, mereka semua akan rugi."

Saiydina Umar bin al-Khattab pun bangun lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Biarkan aku saja yang membunuh lelaki ini? Nabi bersabda: 'Aku berlindung daripada Allah supaya tidak akan ada umat yang akan berkata bahawa Muhammad membunuh sahabatnya', Rasulullah pun menambah: "Sesungguhnya lelaki berkenaan dan sahabatku juga adalah mereka yang membaca al-Quran, cuma mungkin tidak memahaminya dengan baik." - Hadis sohih riwayat Imam Ahmad dan Imam Bukhari

Dalam satu peristiwa lain, satu daripada para sahabat ada menyaksikan beberapa individu di Madinah melakukan perbuatan sumbang, iaitu memburuk-burukkan nama baik negara yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan pentadbiran berasaskan 'Piagam yang adil' atau Piagam Madinah. Maka baginda memanggil para pembesar sahabat yang menjawat jawatan menteri dan penasihat negara, supaya bertindak ke atas mereka dengan pelaksanaan undang-undang (ta'zir) yang setimpal dengan perbuatan mereka, akan tetapi baginda berpesan supaya mengelak daripada cemuhan manusia yang mungkin akan berkata bahawa Muhammad membunuh para sahabatnya.

Begitu juga dalam mengukuhkan hubungan dengan para pembesar negara-negara dunia ketika itu, terdapat daripada mereka yang bukan Islam, baginda amat menitik-beratkan pendekatan 'Robbaniyyah/ketuhanan' ketika berurusan dengan mereka. Perkara ini ditegaskan Allah menerusi ayat 58 surah al-Anfal yang bermaksud: "Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat."

Demikian juga dengan para sahabat baginda Rasulullah s.a.w., di mana setiap individu daripada mereka amat mementingkan penjagaan nama baik agama Islam, sehingga tidak terdapat seorang pun daripada mereka melakukan tindakan, perbuatan atau keceluparan mulut mereka yang boleh merosakkan nama baik, sama ada dari sudut penmapilan diri, hubungan sesama manusia, mentadbir negara, dalam peperangan, semuanya dilakukan berdasarkan ajaran baginda Rasulullah s.a.w. agar Islam sentiasa dipandang mulia.

Adakah umat hari ini menjaga nama baik Islam?

Islam bukanlah hak untuk orang-orang terdahulu daripada kita semata-mata, atau untuk sesuatu bangsa tertentu, tetapi ia adalah hak mutlak kepada semua mereka yang beragama Islam tanpa mengira asal-usul keturunan, kedudukan, pangkat, jantina atau warganegara. Justeru setiap individu Muslim baik lelaki atau perempuan bertanggungjawab untuk memelihara dengan semaksimum mungkin.

Persoalannya di sini, benarkah kita selaku umat Islam yang ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad lalu menuruti jejak langkah yang ditunjukkan oleh baginda kepada kita, yang paling penting kita menunjukkan segala pusaka ilmu yang diwariskan kepada kita dapat dibuktikan dengan sebaik-baiknya.

Itulah yang dikehendaki oleh Islam daripada kita, namun terdapat individu yang menconteng arang ke arah Islam dengan melakukan tindakan, perbuatan, perkataan yang berbaur penghinaan terhadap Islam, sekali gus merosakkan nama baik Islam pada mata bukan Islam.

Ia dapat dilihat bagaimana umat Islam hari tidak menjaga Islam hingga sanggup terlibat dalam memberi dan menerima rasuah, lebih buruk lagi istilah itu digantikan dengan politik wang. Ada yang terlibat dengan pembunuhan kejam hingga meletupkan jasad mangsa bagi menghilangkan bahan bukti, tidak kurang juga yang merompak, merogol lalu membakar mangsanya, meragut, menderhaka terhadap kedua-dua ibu bapa hingga sanggup membawa kes ibu kandung ke mahkamah dan banyak lagi.

Tidakkah mereka terfikr bahawa tindakan bodoh mereka itu sebenarnya telah mengaibkan Islam pada mata bukan Islam, apakah mereka (non-Muslim) terdorong untuk menerima dan memeluk Islam jika melihat tindak-tanduk umat Islam yang boleh dianggap sebagai tidak bertamadun.

Apakah penglibatan remaja-remaja dalam program-program realiti hari ini mencerminkan mereka sebagai orang Islam? Kalau tidak keterlaluan untuk disebut di sini program Akademi Fantasia yang mendedahkan percampuran bebas peserta lelaki dan wanita dalam sebuah banglo yang mendapat tunjuk ajar daripada guru-guru yang bebas bersalam antara satu sama lain, berpeluk seolah-olah macam saudara kandung sendiri. Apakah penampilan mereka itu direstui baginda Rasulullah s.a.w. apatah lagi ia berlangsung pada bulan 'Maulidur Rasul' dan 'Bulan Dakwah' peringkat kebangsaan.

Dan banyak lagi perbuatan, tindakan, perkataan umat hari ini yang tidak selari dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Kesemua itu berlaku akibat membelakangkan pendekatan baginda Rasulullah s.a.w. menerusi Sirahnya yang tidak lagi dianggap penting oleh umat hari ini. Sama-samalah kita fikirkan, kerana setiap diri akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari Kiamat kelak. - lanh _


Darah keluar ketika hamil ; pandangan Islam dan perubatan


Para ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum darah yang keluar ketika wanita hamil kepada dua pendapat seperti berikut:


Pendapat pertama: Darah yang keluar ketika wanita hamil adalah darah haid.


Ini adalah pendapat mazhab Syafie dan Maliki. Ia juga pendapat az-Zuhri, Qatadah, laith, Ishak, Aisyah ra, Yahya bin Sa’id dan lain-lain.


Pendapat kedua: Darah yang keluar ketika wanita hamil adalah bukan darah haid.


Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan Hambali. Ia juga pendapat Ibnu Abbas, Thauban, Sa’id bin Musayyab, Ato’ Ikrimah, as-sya’bi, at-thauri dan lain-lain.


Dalil pendapat pertama:


1. Umumnya ayat tentang haid:


Firman Allah swt:


ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض


“Dan mereka bertanya kamu tentang hukum haid. Katakanlah haid adalah kotoran yang menyakiti. Hendaklah kamu tidak menyetubuhi isteri-isteri kamu ketika mereka berhaid.” (222 : al-Baqarah)


Bentuk pendalilan: Ayat ini menyebut secara umum tentang haid tanpa membezakan diantara dalam keadaan hamil atau tidak hamil.


2. Nabi saw bersabda:


إذا كان دم الحيضة فإنه دم أسود يعرف


“Sekiranya darah haid, ia adalah darah hitam yang dikenali.” (Hr Abu Daud)


Hadis ini umum tanpa menyatakan perbezaan diantara yg hamil dan tidak hamil


3. Darah ini dianggap haid kerana keluar pada hari biasa (bukannya pada hari istihadah). 


Dalil pendapat kedua:


1. Nabi saw bersabda:


لا توطأ حامل حتى توضع ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة


“Wanita tawanan perang yang dijadikan hamba dan hamil tidak boleh dijimak sehinggalah dia melahirkan anak. Tidak dijimak wanita tersebut yang tidak hamil sehinggalah dia berhaid dan habis haidnya.” (Hr Abu Daud – 2157)


Hadis ini menunjukkan kepada wanita yg hamil tidak berhaid. Ini kerana perbezaan hukum diantara yang hamil dan tidak hamil. Hukum yang tidak hamil dgn haid. 


2. Nabi saw bersabda yg ditujukan utk lelaki yang menceraikan isterinya ketika haid:


مره فليراجعها ثم ليطلقها طاهرا او حاملا


“Suruhlah dia rujuk semula dan ceraikan wanita itu dalam keadaan suci atau hamil.”(Hr Muslim)


Hadis ini menunjukkan hukum hamil adalah sama dgn suci. Iaitu boleh dijatuhkan cerai. Ini menunjukkan darah yg keluar ketika hamil bukanlah darah haid.


Pendapat yang ditarjihkan


Pendapat yang dipilih oleh pengarang kitab أحكام المرأة الحامل في الشريعة الإسلامية Yahya Abdurrahman al-Khotib adalah pendapat yang kedua yg berpendapat darah yang keluar waktu hamil bukanlah darah haid dan ia adalah darah istihadah. 


Ini dikuatkan lagi dari segi perubatan moden. Dr Muhyiddin Kahalah pakar bedah dan pakar penyakit puan dan peranakan O&G menyatakan bahwa darah tersebut bukanlah darah haid. Adapun sebab-sebab darah keluar pada masa hamil adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:


  1. darah keluar dr org hamil sebab pecahnya kantung ovum yg berlaku ketika 2 minggu kandungan.

  1. Darah keluar kerana merembes ovum di dinding rahim sehingga memberi kesan kpd dinding rahim yg menyebabkan pendarahan. Ini selepas 3 minggu kandungan.

  1. Turun darah berterusan dari 3 hingga 9 minggu yg awal kandungan dengan sebab janin tidak memenuhi ruang rahim.

  1. Pendarahan berlaku dengan sebab berlaku radang leher rahim.

  1. Pendarahan berlaku dengan sebab pendagingan di leher rahim.

  1. Luka pada uri janin yg menyebabkan pendarahan.

  1. kanser.
  2. Pendarahan berlaku apabila kandungan tabung uji dan rahim menjadi kosong.

Rujukan: أحكام المرأة الحامل في الشريعة الإسلامية oleh Yahya Abdurrahman al-Khotib


FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive