Rihat Minda


Tuesday, 25 May 2010

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir
Tamrin Ghafar

Assalamualaikum w.b.t. Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir BaharomTerlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim. Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”. Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia. Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut. Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut. Yang Berhomat Dato’, Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis? Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang? Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya. Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu? Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini. Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219) Dan juga larangan selanjutnya: Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90) Yang Berhormat Dato’ Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri? Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya. Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:
i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGAAkan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.
ii) BELUNGGU HUTANG Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.
iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.
iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUNBudaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri. Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah. Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis. Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini? Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill. Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116. Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW, “Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad]. Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
TAMRIN TUN GHAFAR
Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan AgongKebawah DYMM Raja Raja Melayu
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNOAhli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Ahli Majlis Fatwa KebangsaanMufti Mufti
Media Cetak dan Elektronik

TUSUKAN 300 PEDANG
Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul MautSabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi) Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW . Ka’b al-Ahbar berpendapat :"Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.Imam Ghozali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”. Imam Ghozali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka bisa mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul dari salah satu kuburan.“Wahai manusia !”, kata pria tersebut. “Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.” Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeda untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang. Mustafa Kemal Attaturk, bapak modernisasi (sekularisasi) Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik), seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi.Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezhaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah. Read more...

Posted by Nabilah Binti Azinan at 4:48 PM , 0 comments

KEHARUSAN MENZIARAHI ORANG KAFIR YANG SAKIT

Anas r.a berkata:”Seorang anak Yahudi yang berkhidmat dengan nabi s.a.w telah jatuh sakit, maka baginda s.a.w telah datang melawatnya. Baginda duduk di sisi kepala serta berkata kepada anak itu:”Terimalah Islam (iaitu masuklah kamu ke dalam agama Islam)”. Anak itu melihat kepada bapanya yang berada di sisinya, lalu bapanya itu berkata kepadanya:”Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini.“ (mendengar bapanya berkata demikian) dia terus menerima agama Islam (dengan mengucapkan dua kalimah syadahadah). Selepas itu nabi s.a.w keluar dari tempat itu lantas bersyukur kepada Allah dengan ucapan:”Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan dari api neraka.”
(Bukhari)
Read more...
Posted by Nabilah Binti Azinan at 8:12 AM , 0 comments

Mulianya Anak Yatim
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” Riwayat Bukhari
Read more...

Posted by Nabilah Binti Azinan at 12:12 AM , 0 comments
Sunday, May 23, 2010

WANITA SOLEHAH ITU INDAH
" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya." " Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."" Sabda Nabi S.A.W: "Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."Read more...

Posted by Nabilah Binti Azinan at 11:43 PM , 0 comments

PERTEMPURAN KE SYURGA
Semasa pertempuran sengit sedang berkecamuk di bumi Balqa' di Syam Rasulullah saw sedang duduk bersama para sahabat di Madinah sambil memperkatakan tentang mereka. Tiba-tiba sedang mereka bercakap keadaan menjadi tenang dan sunyi, Rasulullah saw terdiam dan kedua matanya jadi basah berkaca-kaca.Baginda mengangkat wajahnya dengan mengerdipkan kedua kelopak matanya untuk melepaskan air mata yang bergenang disebabkan rasa duka dan belas kasihan seraya memandang kepada para sahabat dengan pandangan yang hiba, lalu baginda berkata "Panji yang dipegang oleh Zaid bin Harithah, dia bertempur bersamanya hingga dia gugur sebagai syahid.Kemudian diambil alih oleh Ja'far dan dia bertempur pula bersamanya sampai syahid pula..." Baginda diam sebentar lalu diteruskan ucapannya "Kemudian panji itu dipegang oleh Abdulah bin Rawahah dan dia bertempur lalu dia juga syahid.."Kemudian Rasulullah saw diam lagi seketika..Sementara mata baginda bercahaya menyinarkan kegembiraan, ketenteraman dan kerinduan...lalu baginda berkata.."Mereka bertiga diangkat oleh Allah ke syurga dimana mereka akan tinggal bersama denganku nanti.."Read more...

Posted by Nabilah Binti Azinan at 8:30 AM , 0 comments
Saturday, May 22, 2010

MATI MATA TERBELIAK

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka, “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi:”Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.”(Muslim)
Read more...

Posted by Nabilah Binti Azinan at 8:39 PM , 0 comments

ALAM BARZAKH PASTI

Seksa kubur adalah benar, sabit dengan nas-nas syarak yang tidak boleh diragukan.
Antaranya Firman Allah (yang mafhumnya): "...alangkah dahsyatnya sekiraya kamu melihat sewaktu orang-orang yang zalim menghadapi seksaan sakratul maut, sedang para malaikat memukul (menyeksa) mereka dengan tangan mereka, sambil berkata (dengan menengking dan mengejek); "Keluarlah nyawa mu, pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang amat menghinakan." (Surah al-An'aam ayat 93)
Firman Allah (yang mafhumnya): "Dan sesungguhnya kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (segera) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah as-Sajdah ayat 21)
Dalam Tafsir at-Tabari, juzuk 12 halaman 443, disebut dengan jelas yang bermaksud, ayat tersebut adalah merujuk kepada seksa kubur.
Kenikmatan di alam kubur disebut dengan jelas sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Jika sekiranya orang yang meninggal itu maqamnya hampir dengan Allah (Muqarrabin. Maka (dia akan beroleh) rehat dan kesenangan (di alam kubur) dan rahmat kesegaran serta syurga kenikmatan)." (Surah al-Waq'iah ayat 88 -89)
Hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. amat banyak menceritakan perihal azab kubur, antara lainnya Imam Bukhari dalam kitab dalam bab jenazah, hadis 1372, meriwayatkan hadis daripada A'ishah r.a (mafhumnya): "Beliau bertanya Rasulullah s.a.w. tentang seksa kubur. Rasulullah menjawab, Ya, seksa kubur adalah benar (haq)."
Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas r.a, mafhumnya): "Bahawa Rasulullah s.a.w. mengajar sahabat-sahabatnya doa untuk mengelak daripada azab kubur."Hadis-hadis mengenai azab kubur, adalah sabit dan dikatakan sampai ke attawatur (tahap kesahihan yang tinggi).
Semua dalil ini mengambarkan keyakinan bahawa wujudnya seksa kubur dan tidak ada ruang langsung untuk mengingkarinya.Ada pun yang rakan anda baca dalam majalah Al-Islam itu, ia adalah pendapat yang tidak berdasarkan kepada nas-nas syarak. Dalam satu hadis lain Nabi s.a.w menyebut (mafhumnya): "Ruh orang-orang yang mati itu, tergantung-gantung di antara dunia dan alam kubur atau di dalam alam kubur dengan sebab hutang-hutang yang tidak dilunas."
Pernah berlaku pada zaman Rasulullah, ada sahabat yang meninggal dunia dalam keadaan menanggung hutang.
Rasulullah s.a.w. enggan untuk menyembahyangkan jenazahnya sehingga anggota keluarga menjelaskan hutang-hutangnya.Hanya selepas hutang itu dilangsaikan, barulah Rasulullah s.a.w. menyembahyangkan jenazah tersebut.

Sunday, 23 May 2010

Lapar Rasulullah S.A.W.
www.iluvislam.com
dihantar oleh: CoolServant
editor: deynarashid

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: "Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"
Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa: "Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)
Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata: "'Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: "Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)
Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: "Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: "Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata: "Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan.
Rupa-rupanya peneroka Felcra selama ini teraniaya

Posted on Sunday, May 23 @ 09:14:54 PDT by paktam

KEWUJUDAN Felda adalah untuk melaksanakan projek pembangunan tanah dan penempatan dengan tujuan melahirkan masyarakat petani yang makmur dan bahagia selain membanteras kemiskinan tegar. Malangnya, kini Felda didakwa banyak melakukan penipuan terhadap peneroka. Apakah Felda sudah lari dari dasarnya sebenar dan menyeleweng? Ikuti temubual SALMIYAH HARUN bersama Peguam, Wan Rohimi Wan Daud yang telah memenangi kes saman Peneroka Felda Kemahang, Kelantan terhadap Felda.
Daripada kes yang dikendalikan Saudara, kes apa yang sering dibangkitkan oleh peneroka terhadap Felda. Penipuan, penganiayaan atau apa?
WAN ROHIMI WAN DAUD: Terdapat dua aduan besar yang sentiasa dibangkitkan oleh peneroka di seluruh negara. Pertama ialah dari sudut 'greding' sawit yang amat rendah dan tidak munasabah. Rata-rata buah sawit peneroka di seluruh negara diberikan greding pada sekitar 17%. Kadar Perahan Gred (KPG) hingga 19% KPG sahaja. Buah-buah sawit peneroka hakikatnya berhak kepada greding yang lebih baik dari itu.
Bahkan berdasarkan beberapa ujian yang dibuat secara berasingan, terdapat buah-buah sawit yang masak (iaitu apabila 8 biji buah sawit gugur dari tandan sawit, sebagaimana yang disyaratkan oleh Manual Penggredan MPOB – Malaysian Palm Oil Board) yang melebihi 25% KPG. Kehilangan bagi setiap peratus KPG bagi setiap tan sawit, akan menyebabkan peneroka kehilangan pendapatan sebanyak lebih kurang RM50 bagi setiap tan (ini bergantung kepada harga semasa sawit).
Banyak juga kerugian yang dialami peneroka?
Dalam kes peneroka di Kemahang 3, perbezaan harga ini dijelaskan lagi apabila terdapat peneroka yang 'mencuri' jual buah sawit ke kilang luar, iaitu Pusat Pembelian Buah Sawit di Bukit Tandak, Rantau Panjang yang dikendalikan oleh Felcra.
Buah yang dibeli oleh Felcra Bukit Tandak, dan buah yang dibeli oleh Felda di Kilang Kemahang 3 pada hari dan waktu yang sama, akan menunjukkan perbezaan sehingga 3% KPG, iaitu Felcra Bukit Tandak membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Walhal Felcra Bukit Tandak tidak mempunyai kilang, tetapi hanya pusat pembelian dan pengumpulan buah, dan buah yang dibeli tersebut akan dijual kembali kepada Kilang Felda di Kemahang 3.
Itu jelas satu penipuan. Apakah terdapat penipuan lain yang menimbulkna rasa tak puas hati peneroka?
Satu perkara lagi yang sentiasa menjadi rungutan peneroka berkenaan dengan greding sawit iaitu apabila peneroka menghantar buah sawit mereka ke Kilang Felda, akan membuat potongan kononnya 'buah reject'. Buah reject ini bagaimana pun tidak dibenarkan oleh peneroka untuk dibawa pulang.
Bahkan buah yang kononnya di'reject' tersebut akan diambil kembali oleh Kilang Felda untuk diproses bersama-sama dengan buah yang baik. Ini menunjukkan bahawa buah 'reject' tersebut sebenarnya adalah buah yang baik, yang sengaja diisytihar 'reject' untuk memanipulasi greding.
Rata-rata peneroka telah kehilangan pendapatan lebih kurang ½ tan setiap peneroka pada setiap bulan. Pada masa kini, harga sawit lebih kurang RM500 setiap tan, maknanya peneroka telah dinafikan pendapatan sebanyak RM250 setiap bulan. Jumlah ini amat besar bagi peneroka.
Bagaimana dengan isu caruman Tabung Tanam Semula?
Pada peringkat awal menyertai Rancangan, peneroka akan diwajibkan membayar kepada Felda, melalui potongan wajib, wang caruman Tabung Tanam Semula sebanyak RM4 bagi setiap ekar selama 20 tahun. Ini membawa maksud setiap seorang peneroka dipaksa mencarum sebanyak RM40 (bagi 10 ekar tanah ladang) selama tempoh 20 tahun.
Caruman tersebut adalah wang peneroka, untuk tujuan simpanan bagi mengendalikan aktiviti menanam semula sawit selepas pokok sawit mencecah umur 25 tahun, atau tidak lagi ekonomik untuk diusahakan. Malangnya, bagi peneroka yang enggan menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda Tecnoplant (anak syarikat Felda) dan enggan menyerahkan pengurusan ladang kepada Felda, mereka tidak akan dibenarkan menuntut wang caruman ini.
Pelbagai alasan yang dikemukakan oleh Felda untuk menyusahkan peneroka. Kes ini berlaku di seluruh negara. Felda sebenarnya berhutang sebanyak RM17,000 seorang (bagi yang memiliki ladang seluas 10 ekar) kepada setiap peneroka.
Terdapat banyak keadaan yang mana walau pun selepas 10 tahun, 15 tahun peneroka tanam semula ladang dengan wang sendiri pun, Felda masih lagi enggan membayar caruman peneroka.
Saya tidak tahu kalau ada ulama atau mufti dalam negara ini yang boleh menghalal tindakan Felda yang menahan harta rakyat miskin seperti ini? Pada saya menahan harta orang adalah perbuatan haram yang perlu dikecam, yang perlu dikeji dan perlu ditentang. Setakat ini hanya 2 jenis kes sebagai mana yang tersebut di atas yang menjadi tuntutan peneroka di seluruh negara.
Daripada kes yang dikendalikan saudara misalnya di Felda Kemahang, apa yang boleh disimpulkan?
Kesimpulan saya mudah. Nun di sana pemimpin dan pembesar kita terutama yang berada di anjung kuasa, yang mengawal dan memerintah Felda adalah tidak amanah dan tidak jujur.
Mereka sebenarnya seolah-olah tidak pernah menghayati amanah Tun Razak sewaktu menubuhkan Felda. Tun Razak menubuhkan Felda, dan menggubal Land (Group Settlement Act) 1960 (Akta GSA) dengan satu harapan – iaitu nak beri tanah kepada rakyat luar bandar yang tidak bertanah, nak bagi tanah yang cukup untuk menyara keluarga, bagi rakyat yang mempunyai tanah yang sedikit.
Dengan kata lain, Tun Razak nak kayakan penduduk luar bandar dengan memberikan satu kawasan bercucuk tanam bagi rakyat dapat menyara hidup dengan sempurna. Ini amanat Tun Razak, yang boleh dibaca melalui Handsard Parlimen bertarikh 27 April 1960.
Malangnya, selepas penswastaan Kilang Felda pada 14 September 1995, dengan kelahiran Felda Palm Industries Sdn Bhd, pemimpin Felda hanya mementingkan ringgit dan sen. Tiada lagi impian murni untuk membantu masyarakat luar bandar yang miskin.
Peneroka dikekalkan dalam keadaan supaya terus menjadi buruh murahan, yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi Felda menjadi institusi yang paling kaya selepas Petronas, namun taraf hidup peneroka masih hidup seumpama 40 – 50 tahun dulu. Walau pun tanah tersebut adalah milik peneroka, namun peneroka seolah-olah bekerja untuk makan gaji, dan dikelilingi hutang sehingga ke liang lahad.
Sistem yang dipertahankan Felda masa kini, membuatkan peneroka yang bersemadi ke liang lahad, akan terpaksa memindahkan beban hutang kepada waris – anak dan isteri selepas kematian mereka!
Apa pendapat saudara tentang Felda atau perjanjian-perjanjian yang dibuat antara Felda dengan Peneroka yang dikatakan berat sebelah...
Pada saya perjanjian itu tidak salah. Tetapi perbuatan memanipulasi perjanjian tersebut untuk memperdaya peneroka dengan cara mencuri pendapatan peneroka secara tidak telus dan meragukan. Bagi peneroka yang menyerahkan kembali urusan tanam semula dan pengurusan ladang mereka kepada Felda, tiap-tiap bulan Felda akan membuat potongan sebanyak 57.21% tanpa gagal.
Walau pun hasil sawit peneroka mencecah RM5,000 sebulan, namun hasil akhir yang diterima peneroka hanyalah RM1,200 sebulan. Yang lebih meragukan, Felda tidak pernah mengeluarkan penyata hutang yang lengkap kepada peneroka. Kalau kita buat pinjaman perumahan atau beli kereta, 6 bulan sekali bank akan memberikan kita penyata hutang yang lengkap dan kita akan tahu jumlah sebenar hutang berbaki, faedah yang dikenakan, serta bayaran yang telah dibuat.
Tetapi ini tidak disediakan oleh Felda kepada Peneroka. Kadang-kadang hutang peneroka tahun lepas, adalah lebih rendah daripada hutang terkini. Jadi ruang ini digunakan untuk mengenakan caj-caj yang meragukan serta membebankan peneroka. Kesimpulannya, Felda tidak lagi dipimpin sebagai institusi amanah, tetapi dipacu seolah-olah syarikat sendirian berhad yang hanya mementingkan keuntungan, yang mana titik akhirnya akan menyebabkan peneroka akan terus merempat di atas tanahnya sendiri.
Bagaimana dengan isu pemberian hak milik tanah kepada para peneroka.
WAN RAHIMI WAN DAUD: Saya melihat isu pemberian tanah amat penting. Jika kita kaji Akta GSA, hubungan pemilikan tanah adalah kuasa mutlak Kerajaan Negeri. Ia tiada kaitan dengan Felda. Maknanya Kerajaan Negeri boleh berikan hakmilik kepada peneroka, walau pun masih terdapat hutang kepada Felda. Hubungan peneroka dengan Felda berkenaan hutang, adalah hubungan kontrak. Hubungan peneroka dengan Kerajaan Negeri adalah berkenaan milikan tanah. Ia adalah 2 hubungan yang berbeza dan tidak berkaitan.
Saya katakan adalah amat perlu untuk Kerajaan Negeri memberikan hak milik kepada semua peneroka yang layak, serta-merta. Ini kerana apabila peneroka telah menerima hak milik, maka Akta GSA tidak lagi terpakai ke atas peneroka. Tiada siapa lagi yang boleh mengugut untuk menghalau peneroka dari kawasan rancangan. Bahkan, kalau Akta GSA sudah tidak lagi terpakai ke atas peneroka, perjanjian antara peneroka dan Felda juga akan berakhir.
Dengan itu, Felda tidak berhak lagi mewajibkan peneroka menjual buah sawit mereka ke kilang Felda. Hakikatnya, Perjanjian Peneroka dan Felda, serta Akta GSA hanya berkenaan dengan proses penyertaan peneroka seawal memasuki rancangan sehingga Hakmilik diberikan. Mereka ini dikategorikan sebagai "pendudukan dalam jangkaan hakmilik (in expectation of title)".
Di bawah Akta GSA ini, apa kuasa Felda?
Sebenarnya, dibawah Akta GSA, Felda tidak mempunyai apa-apa kuasa pun. Semua kuasa di bawah Akta tersebut adalah pada Kerajaan Negeri. Bahkan untuk Felda melantik Pengurus Rancangan dan menggubal undang-undang kecil yang mengikat peneroka, maka ia perlu merujuk dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri – Land Collector – Pentadbir Tanah.
Oleh itu, jika peneroka tertindas, kita tidak boleh menyalahkan Felda sepenuhnya, tetapi kita perlu mempersoalkan Kerajaan Negeri yang memerintah, kenapa Kerajaan Negeri berpeluk tubuh dan enggan menggunakan kuasanya dibawah Akta GSA untuk campurtangan dan membela peneroka?
Tapi ramai peneroka yang diusir sewenang-wenangnya dari tanah rancangan oleh Felda atas pelbagai alasan.
Hakikatnya, Felda tidak mempunyai kuasa mengusir peneroka. Perbuatan Felda mengusir peneroka, adalah salah dan tidak sah serta bercanggah dengan Akta GSA, yang memperuntukkan bahawa kuasa mengusir HANYA terletak pada Land Collector – Pentadbir Tanah. Itu pun jika peneroka melanggar peruntukan Akta GSA sahaja. Sebab itulah pentingnya peneroka dikurniakan Hakmilik kerana selepas Hakmilik dikeluarkan, tiada siapa lagi boleh mengusir peneroka termasuk Kerajaan Negeri sendiri.
Amat malang sekali di negara kita, semua Kerajaan Negeri seolah-olah tidak mempedulikan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta GSA untuk membela peneroka. Semuanya dilepaskan ke bahu Felda. Kerajaan Negeri boleh berbuat sesuatu berkenaan dengan greding sawit, undang-undang tanam semula dan lain-lain berkenaan tanah Rancangan.
Isu generasi, bagaimana mereka (waris) boleh mendapatkan hak mereka daripada kedua ibu bapa mereka (peneroka asal)?
Saya rasa isunya di sini, ialah terdapatnya sekatan dalam Akta GSA untuk turun milik tanah selepas kematian peneroka asal. Tidak semua anak dibenarkan untuk didaftarkan sebagai pemilik atas tanah tersebut.
Isu ini tidak ada jalan lain, pergi ke Parlimen dan pinda Akta GSA, itu sahaja. Jadi terpulanglah kepada semua pemimpin politik untuk menangani masalah ini.
Felda dulu tolong, kini along... daripada pengalaman pihak saudara mengendalikan kes, apakah persepsi ini benar?
Kalau kita baca Handsard Parlimen - ucapan pembentangan Akta GSA oleh Tun Razak pada 27 April 1960, 50 tahun dulu, kita akan lihat dengan jelas amanah Tun Razak untuk "beri tanah kepada yang tidak bertanah", membantu masyarakat luar bandar, dan mengayakan rakyat yang miskin. Nampaknya amanah Tun Razak telah dikuburkan oleh semua pembesar dan pemimpin Felda sekarang, termasuk oleh anak kesayangan Tun Razak sendiri!
Bubar Dun Kedah:Noktah selepas ini.

Oleh DR HJ MOHD HAYATI HJ OTHMAN

Spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang nampaknya malam tadi terhenti dengan dengan adanya penegasan daripada 4 wakil rakyat yang berada didalam PR di Kedah malam tadi yang mendapat liputan meluas daripada seluruh media negara sejak sebulan yang lalu sehingga setiap mereka tidak dapat menumpukan kepada kerja dengan baik dan bersemangat dek sanag mulut capoi yang menyatakan ada ADUN dan MP yang akan melompat menjadi katak di Kedah ini.
Dengan adanya penegasan daripada mereka malam tadi, maka ternoktahlah apa yang disebarkan selama ini oleh menusia yang dengki dan irihati dengan apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PR di Kedah ini yang berusaha membantu rakyat keluar daripada kepompong penindasan dan kezaliman BN sebelum ini.
Mereka yang dimaksudkan oleh YB Hj Ahmad Kassim Ketua PKR Kedah malam tadi sebagai manusia dari Merbok. Harap rakyat tahu siapa manusia yang dimaksudkan itu.!
Irihati mereka melihat kesepakatan ADUn daripada Pakatan mentadbir sehingga menggangu pentadbiran MB DS Ust Azizan untuk melaksanakan janji kepada rakyat .
Mereka irhati melihat apa yang dilakukan mereka sebelum jatuh dahulu, menaikkan cukai tanah sehingga membebankan rakyat tetapi diturunkan semasa PR memerintah sehingga 70 %, maka ramailah rakyat ana di Pendang ini terutama kaum Siam yang terkejut dengan apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR ini, bawa RM 1000 tetapi masih ada baki lagi 300 untuk dibawa balik, kalau dulu kata mereka bawa sebanyak itu mungkin tak cuklup.
Walaupun kerajaan kekurangan RM 50 juta dengan penurunan hasil dari cukai tanah ini, tetapi kerajaan atas kecekapan dan ketelusan pentadbiran, mendapat balik sejumlah RM 38 juta hasil tender balak setahun yang sebelum ini hanya RM 8 juta sahaja setahun dengan seluasan yang sama, ditambah dengan hasil perbatuan senyak 18 juta setahun. Maka sejumlah RM 56 juta tersebut sudah boleh menampung penurunan cukai tanah yang faedahnya dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat.
Begitu juga mereka irihati melihat rakyat mendapat faedah dari skim kafalah yang dilaksanakan dengan menyumbangkan RM500 kepada waris setiap kematian yang berlaku kepada mereka yang miskin dan kurang berkemampuan. Ini tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini, wang hasil penjimatan kerajaan yang dapat dilaksanakn oleh PR di Kedah ini.
Mereka juga irihati dengan perkembangan KUIN yang sedang membangun di Kuala Ketil dengan keluasan 830 ekar kerana selama 14 tahun ia berjalan, mereka tidak dapat mengembangkan sayapnya , kerana daripada 4 kursus yang ada pada masa mereka memimpin, kini setelah 2 tahun diterajui oleh PR, ia sudah mengembang kepada 40 kursus dan penuntut seramai 7000 orang, termasuk pelajar antarabangsa dan PHD serta mereka dilatih dalam 3 bahasa untuk fasih dan cekap. Walaupun Kedah tidak banyak wang, tetapi Bank swasta sanggup membantu membangunkan KUIN ini dengan pembiayaan daripada mereka, alhamdulillah.
Mereka juga irihati dengan perkembangan positik yang berlaku di Pantai Sg Limau dimana kalau dulu semasa BN perintah, 4000 relong tanah dan kampung akan musnah nak dibuat pusat penapisan minyak, kini SULIHH akan dibuat didalam laut dan tidak mengganggu tanah sawah petani dan kampong dan khabarnya akan dimulakan pada September nanti.
Mereka irihati bila mendapat seorang Ketua Perhubungan orang luar nun dari Sabah untuk mengendalikan hal ehwal politik mereka dengan mengenepikan Ketua mereka dahulu yang pernah menjadi Menteri Besar, seolah-olah bekas MB mereka ini tiada nilai lagi bagi mereka untuk mengendalikan politik mereka ditanah tumpah darahnya sendiri.
Mereka irihati diatas keakraban hubungan Istana dengan pentadbiran politik pakatan dan keakraban dengan KCS maka dibuat pelbagai tohmahan sehingga sanggup menfitnah derhaka dan sebagainya, padahal merekalah yang menjadi punca kepada penghapusan imuniti raja-raja semasa bekas PM menjadi PM Malaysia dahulu, bahkan merakalah yang menendang pagar Istana, merekalah yang membuat spanduk menggelarkan 'natang' dan merekalah yang menelanjangkan segala tingkah laku raja kita suatu ketika semasa krisis perlembagaan dahulu, sejarah tidak boleh dipadan wahai mereka dan kamu sekelian.
Oleh itu, maka wujudlah manusia yang disebut oleh Allahyarham Dato'Fadhil Nor, kalau beliau bercakap 10, 11 tak boleh percaya , digunakan untuk menyatakan ada MP dan ADUN Kedah akan lompat parti, dan PR Kedah tergugat.Itu saja ceritanya, tujuannya hanya nak mengharu-birukan pentadbiran , tetapi selepas malam tadi, diharap tidak ada lagi gangguan ini berlaku.
Sejarah PAS menguasai 13 ADUN Kedah semasa YB Saifuddin menang di Lunas dahulu, perlu dijadikan iktibar kerana PAS tidak melobi untuk mereka lompat parti walaupun MB ketika itu cukup di meluati oleh ADUN mereka, tetapi kita tunggu dan buat kerja parti sehingga pilihanraya, kita masuk secara gentleman walaupun lepas tu kita kalah teruk , tetapi terus berusaha ikut lunas demokrasi, jadi kita juga menyeru agar mereka juga tunjukkan sikap gentlemen sehingga PRU 13 dan lihat siapa yang akan diberi kepercayaan oleh rakyat
. England menjadi pak turut kita dalam demokrasi , kenapa bila Goldon Brown jatuh, dia serahkan tugas denganbaik dan tidak pun menunggu untuk ada ahli yang nak lopat parti, dan sekarang Cameron pula yang menjadi PM. Belajarlah menjadi pembangkang yang baik dan berdisiplin. Manusia yang cakap 10 tak boleh dipercayai sebelas ini, pasti akan berkubur sebelum mati.

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive