 Penyangga
Penyangga
 peluru berpandu dan semua muncung senapang Umno kini berpusing kepada 
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kedudukan 90 darjah. Dua tiga
 hari lepas Umno menghala muncung senapang dan meriamnya terhadap Nurul 
Izzah Anwar, dan menyerang pemimpin wanita berbakat itu ekoran 
pandangannya mengenai sepotong firman berbunyi; 
tidak ada paksaan di dalam agama.
Bertalu-talu serangan dilemparkan kepada Nurul Izzah, pelurunya 
bagaikan hujan batu di waktu malam sehingga ahli parlimen Lembah Pantai 
itu tidak dapat 'mengah'. Ini termasuklah seorang mufti yang melakukan 
taubat 10 kali sehari dan merasakan dialah paling hebat dan tawaduk 
menyuruh Nurul Izzah bertaubat. 
 Walaupun mufti itu tidak menghalusi dan mengkaji dari sudut agama atas empat ilmu 
syariat, tarikat, hakikat dan 
marifah terlebih dahulu ke atas kenyataan Nurul Izzah itu, tetapi beliau sudah menjatuhkan hukuman bersalah - minta bertaubat. 
 Begitulah, dan benarlah kata hukama bahawa empat dari hakim itu tiga 
akan masuk neraka kerana membuat penghukuman tanpa usul periksa dan 
lebih kepada menggunakan tukul untuk cari makan. Sebab itulah mereka 
yang beriman dan beramal dengan imannya menolak dari dilantik menjadi 
hakim atau mufti.  
 Kalau Nurul Izzah hanya memberi padangan general begitu sudah diserang bertalu-talu apatah lagi dengan Nik Aziz yang 
direct
 menunding kepada Umno seakan sudah murtad itu, lagilah marah 
orang-orang Umno. Barang kali ada yang naik gila dan melondehkan kain 
sambil menghala 'anunya" kepada gambar Nik Aziz ekoran kata-kata ulasan 
Nik Aziz semalam itu. 
 Para ulamak Umno juga akan 'bercongek 
ekor' macam murai gila dengan kenyataan Nik Aziz itu. Sudah pasti dari 
semalam membawa ke Subuh ini, ada ustaz-ustaz Umno yang membelek 
kitab-kitab baru dan lama mencari hujah-hujah dan nas-nas untuk membaham
 Nik Aziz balik. Apakah erti dan guna semua itu? Kita bercakap soal 
perpaduan, soal perlunya ukhwah tetapi bila satu pihak dari kita 
melakukan kesalahan atas tafsir kita, kita pula membalas kesalahan itu 
dengan juga kesalahan lebih teruk. Hamlau... 
 Tidak mustahil 
juga dalam masa terdekat Majlis Fatwa Kebangsaan akan diperintah 
bersidang untuk membincang kata-kata Nik Aziz itu. Sebelum itu tentulah 
para pemimpin NGO-NGO Ubi Kayu, Ubi Keladi atau pun Ikan Ubi akan 
membuat 
report polis kononnya kenyataan Nik Aziz itu boleh 
menimbulkan huru-hara, memecah perpaduan dan mencemari kesopanan Islam. 
Tidak mustahil akan berlaku kerana ketumpulan jiwa terhadap agama 
menyebabkan berlaku apa yang tidak sepatut dilakukan itu.   
 
Semuanya tindakan-tindakan itu bertolak daripada ulasan Nik Aziz 
berhubung doa yang dibaca oleh adiknya Nik Razi Nik Mat selepas solat 
hajat dalam satu rapat rakyat di stadium Sultan Muhamad Ke IV malam 
Jumaat lalu. Adik Nik Aziz di dalam doanya menyebut dan memohon agar 
Allah menghancurkan Umno, seperti mana Allah menenggelamkan Firaun, 
Haman, Namrud dan Abu Jahal kerana kejahatan dan kezaliman dilakukannya. 
 Umno cukup marah dengan patah-patah doa itu dianggap sebagai melampau. 
Umno merasakan Nik Razi telah menyifatkan mereka sebagai Firaun, Haman, 
Namrud, Abu Jalal dan Abu Lahab. Umno sepatutnya tidak hairan kalau Nik 
Razi melabelkan watak dan karektor itu kepada mereka, kerana bekas 
presiden mereka sendiri pernah mengakui dan mengatakan; 
saya adalah Mahafiraun.  
 Umno juga kurang cerdik dalam melayan doa berkenaan. Silap bagi Umno 
memberi respons sebegitu sekali. Dalam hal ini yang paling silap dan 
celaka sekali ialah media massa, seperti TV3 yang memetik dan menyiarkan
 audio visual setiap malam. Kalau TV3 tidak 
carry berita 
berkenaan mungkin ia akan lenyap begitu saja dan Umno tidak menghadapi 
masalah dengannya. Tanggungjawab sosial dan agama stesen tv berkenaan 
boleh dipertikaikan.  
 Sebenarnya jalan mudah bagi Umno untuk 
tidak berserabut dengan doa itu, parti itu lupakan saja. Ia boleh 
dianggap sebagai doa politik yang biasa dan boleh terjadi lebih dahsyat 
dari itu. Bahana kepada Umno apabila media menyiarkan doa itu 
menyebabkan orang ramai yang tidak tahu kaedah berdoa, akan memahami 
peranan dan juga bentuk-bentuk doa. Gara-gara itu akan ada di kalangan 
Umno berjumpa dengan guru mursyid bertanya mengenai status doa 
berkenaan. Lainlah kalau semua orang Umno memperakui Abdullah Samaah dan
 Harussani Zakaria sebagai guru mursyid mereka. Kalau ini berlaku 
walhasilnya Umno akan mengalami kerugian. 
 Itulah saya katakan 
media-media PB ini kadang-kadang tidak bijak dalam menangani isu. Media 
terutamanya wartawan dan editor merasakan apa yang dibuatnya sudah hebat
 dan penuh bijaksana. Sebenarnya ia menjadi liabiliti kepada taukehnya 
sendiri. Umno sendiri menerusi pegawai sarafnya harus memantau tingkah 
laku dan peranan media ini. Sepatutnya pegawai saraf Umno tidak mengiya 
secara buta tuli apa dilakukan oleh media massa PB. 
 Motif Umno 
hendak menjadikan doa itu sebagai isu politik ia tidak banyak memberi 
untung. Bagi mereka yang sudah kemas pengangan Islam, memahami segala 
ilmu didalam Islam akan melihat ia begitu saja tanpa menganjak hati 
mereka untuk menumpaskan simpati kepada Umno. 
 Dalam menghadapi 
peperangan politik Umno kena tenggelam isu yang dilemparkan oleh 
pembangkang yang jelas tidak relevan dengan perkembangan semasa. Ada isu
 yang boleh diketengahkan sekiranya ia mengalih pandangan dan mendapat 
sokongan rakyat, ada isu yang perlu didiamkan saja. Misalnya isu doa 
yang jelas sesuatu yang tepat kena ke atas muka Umno, sepatutnya 
disembunyikan. Janagan ambil bicara ke atas isu berkenaan. Umno tidak 
perlu menyelak kainnya untuk isteri sendiri di tengah ramai. 
 
Umno kena faham apa yang berlaku itu ialah bersifat politik. Doa dibaca 
oleh Nik Razi itu adalah doa politik. Majlis munajat dan doa itu adalah 
majlis orang-orang politik. Doa politik atau apa-apa doa terserah kepada
 Tuhan sama ada hendak makbul atau tidak. Sesungguhnya Tuhan Maha 
Bijaksana menghitungnya. 
 Dan sebagai badan politik Umno juga 
boleh berdoa. Panggillah sekalian para ustaz dan ulamaknya berhimpun di 
Stadium Merdeka atau Bukit Jalail adakanlah solat hajat. Lawan apa yang 
Pas dan Pakatan Rakyat lakukan. Hujah lawan hujah, doa lawan doa. Solat 
lawan solat. Dalam kaedah Islam ada istilah "mubahalah". Nah lakukan. 
Mubahalah
 ini boleh dilakukan satu pihak atau kedua-dua
 pihak serentak. Selalu Umno menolak untuk melakukan kegiatan agama itu 
kononnya tidak mahu menunjuk-nunjuk dan memperalatkan agama untuk 
politik. Loya mendengar alasan ini sedangkan Umno tergamak menggunakan 
perkara lebih jijik dari itu untuk tujuan politik. Gambar lucah yang 
direkayasa telah digunakan Umno sedangkan ia lebih jijik dari doa Umno 
KO itu. 
 Apabila Umno nampak kecut perut dangan doa, nampak 
sangatlah Umno jahil mengenai agama. Kejahilan Umno takutkan kepada doa 
samalah ketakutan orang berdosa untuk menunaikan haji ke Makkah. Orang 
berdosa dikejar bayangan dosanya sendiri dengan membayangkan sesuatu 
yang buruk akan berlaku tatkala dia memijak laman Kabaah atau tanah 
haram. Ketakutan sebegitu adalah satu bidaah. Umno sebenarnya sedang 
berendam dalam lautan mitos dan bidaah. 
 Pas berbuat begitu 
kerana ia yakin dengan perbuatan Umno adalah satu kekejaman dan 
kezaliman. Mereka mengira penarikan balik projek pembinaan lebuh raya, 
di Kelantan satu kezaliman. Penafian hak rakyat Kelantan terhadap 
royalti petroleum satu kezaliman. Dengan segala macam penafian lagi oleh
 kerajaan BN yang ditulangi Umno satu pengkhianatan. Dalam kamus Pas 
wajarlah kalau Umno didoakan agar ditenggelamkan Allah seperti mana 
Haman, Namrud dan lain-lainnya. 
 Demikian juga kenyataan dan 
ulasan Nik Aziz, Umno sebagai murtad adalah benar dan persepsi cermin 
keyakinan agamanya. Apabila Umno tidak mahu melaksanakan Islam dan hanya
 bercakap saja, ianya ada ciri-ciri munafik dan murtad. Murtad bukan 
sahaja meninggalkan agama Islam dengan memeluk agam lain. Murtad ialah 
seseorang yang tidak patuh dan ingkar atau bertindak di luar batas-batas
 syariat Islam. Sesetengah ulamak menghukumkan pesalah murtad dengan 
hukuman mati. 
 Berdasar takrifan itu tepat kalau Nik Aziz 
merasakan Umno sudah murtad. Ada beberapa bukti jelas yang Umno menolak 
Islam. Enggan melaksanakan hudud, malahan memperlecehkan hudud adalah 
sebahagian tanda-tanda keingkaran kepada agama, ia juga murtad. Tidak 
menempati janji-janji sebagai pemerintah seperti mana disuruh oleh 
Quran, adalah ciri-ciri murtad. 
 Jadi Umno kena akur kepada apa 
yang Nik Aziz kata. Dengan menyerang Nik Aziz, Umno tidak akan mendapat 
apa-apa kelabaan, melainkan letih dan lelah semata-mata. Nik Aziz tidak 
boleh dikalah dengan peluru dan serangan hendap. Tubuh Nik Aziz kalis 
dengan peluru dan dia sendiri sudah mangli dengan serangan-serangan 
berbentuk moralis. Dia sudah kebal dan keramat. Kekebalannya bukan dia 
menuntut ilmu batin tetapi kerana keyakinan dan sokongan rakyat ke atas 
istiqamahnya dalam beragama.
Jalan keluar bagi Umno dalam berhadapan dengan pembangkang 
terutamanya Pas ialah, Umno harus mencuba melaksanakan beberapa tuntutan
 politik yang Pas inginkan yang juga berkebetulan sehasrat dengan Umno. 
Perkara pokok sekali ialah Umno isytiharkan bahawa Quran dan hadith 
adalah pegangannya. Tidak salah kalau Umno meralatkan atau bertaubat 
atas dosanya itu. Jika Umno berbuat demikian, nescaya Nik Aziz dan Pas 
akan mati akal. Umno juga akan mendapat dua pahala, pahala meninggalkan 
kemungkaran, pahala kerana menegakkan kebenaran. Di sini relatifnya Umno
 memperolehi pahala lebih banyak dari Pas?  
 Percayalah dengan 
menyerang, memburuk-burukkan Pas ia tidak akan memberi bekas. Apa lagi 
pemburukan itu dilakukan oleh orang yang ditohok oleh Pas. Pas kini 
umpama sinar terang yang tidak akan bertambah dengan sinaran bikinan 
manusia seperti Umno. Carilah lampu yang berkuasa tinggi mana sekali pun
 sinar yang ada kepada Pas yang terpancar dari langit yang bersalutkan 
Nur Islam tidak akan terlawan.  
 Kehadiran Umno dengan membawa 
cerita-cerita di mulut yang mahukan kepada Islam tidak ubah sebutir 
mentol kalimantang yang digantung di langit pada waktu siang tatkala 
mentari 'terik mengeni'. Kehadirannya tidak akan terasa dan dirasai 
sedikitpun. Tambahan hari ini, bukan saja Melayu yang beriman, tetapi 
yang kafir; Cina, India, Dayak, Iban dan segala macam juga turut sama 
mahu tumpang berteduh di bawah lambayung Kaabah bikinan Pas. Soalnya 
kenapa Umno tidak sudi untuk sama-sama membina Kaabah bersama Pas dan 
selama mana Umno mahu menjadi tentera Abrahyah? - 
http://msomelayu.blogspot.com/