Rihat Minda


Sunday 17 March 2013


Tujuh dosa: Nik Aziz bidas kenyataan Najib
Posted on Sunday, March 17 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

BeritaOleh Noor Faizal Ghazali & Ridauddin Daud
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri itu dan umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Najib itu tidak benar dan cuba mengaburi rakyat Malaysia dengan menyembunyikan fakta sebenar tentang pentadbiran PR di Kelantan.

“Dosa pahala ini sebutan Islam, dalam kebangsaan tiada sebutan dosa pahala. Bila kebangsaan menyebut dosa pahala, maknanya mereka mahu meniru dan mengaburi. Ini cara menipu rakyat Malaysia.

“Persaingan perlu dibuka, dalam politik pun kena ada saingan tapi kenapa persaingan itu tutup,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, pencapaian terkini di Kelantan membuktikan negeri tersebut mampu membangun bersama Islam.

“Kita harus kembangkan Islam dalam semua bidang. Bila sebut pasal Islam, ia bukan hanya pada solat dan puasa tetapi merangkumi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan politik.

“Justeru itu, rakyat wajib pilih kerajaan yang mahu menggerakkan Islam, bukan kerajaan yang mengasingkan agama daripada politik,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu terbaru gambar kontroversi mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  beliau berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana cuba mengaibkan Anwar tanpa bukti sahih.

“Mereka belum puas ‘cincang’ Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Ekspo Kelantan 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan membawa pelbagai maklumat berkenaan pembangunan negeri itu untuk informasi rakyatnya yang berada di luar Kelantan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pertunjukan gasing terbang, demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dan persembahan dikir barat.

Sumber: Sinar Harian 


Lawatan Presiden PAS suntik semangat Anis Afida

Harakahdaily,17 Mac 2013
Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan di hadapan rumah keluarga Afida yang disimbah cat merah.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam turun ke Pengerang untuk melawat Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli yang menerima ugutan daripada pihak-pihak tertentu.

Turut sama dalam rombongan lawatan ke Pengerang itu ialah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Johor , Datuk Dr. Mahfodz Mohamed bersama kepimpinan PAS negeri yang lain.

Kehadiran Presiden PAS telah menyuntik semangat kepada Anis Afida untuk terus memperjuangkan nasib penduduk Pengerang ekoran pembinaan PICC Pengerang oleh kerajaan, lapor Nusajaya Kini.

Rumah Anis Afida telah disimbah cat merah pagi semalam, dua minggu selepas menerima ugutan pertama berupa batu nisan pada 24 Februari yang lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dibawa melawat kawasan-kawasan yang akan terjejas akibat daripada projek yang akan dijalankan di Pengerang nant

Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya

Harakahdaily,17 Mac 2013
KUALA TERENGGANU: Sesebuah kerajaan itu pasti berakhir apabila sampai masanya sebaliknya akidah Islam akan terus berkembang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus kelmarin, beliau berkata, PAS yakin Islam yang diperjuangkan parti itu akan kekal.

"Setiap kerajaan itu ada tempoh masanya, ada ajalnya, sampai umur akan mati, walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh, walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga, habis kekuatan, habis kewangan, apabila sampai masanya dia akan tumbang.

"Kita (PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah dan Nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan," katanya.

Menurut beliau, PAS tidak memberikan wang ringgit kepada rakyat agar mereka mengundi PAS seperti yang dilakukan oleh Umno BN sebaliknya PAS memberikan keyakinan serta menanmkan akidah ke dalam hati rakyat.

Oleh itu, katanya, PAS tidak gentar dengan persiapan yang dilakukan oleh musuh dalam menghadapi PRU 13.

"Sebab itu kita tidak gentar dan takut dengan persiapan oleh lawan kita, setiap kali kita menghadapi pilihanraya bukan dengan kewangan yang cukup, tetapi kita berbeza dengan mereka,

Mereka bagi duit, duit akan habis, kita tak bagi duit (tapi) kita bagi idea, bagi pandangan, mantap akidah (dan) keyakinan (kerana) sebanyak mana kita beri pun (modal) kita tak habis, tidak akan habis apa yang kita sampaikan,"ujarnya.

Najib 'meniru' untuk kaburi mata rakyat - TG Nik Aziz

Harakahdaily,17 Mac 2013
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut soal dosa pahala sebagai meniru untuk mengaburi mata rakyat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebutan berkait dosa pahala sinonim dengan perjuangan Islam tetapi agak kontra jika ia disebut oleh parti yang mempejuangkan kebangsaan.

Oleh itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu dibuat Najib hanya untuk menampakkan imej Islam pada perjuangan kebangsaan.

"Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu.

"Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,' katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang juga presiden Umno di Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Kelantan pada Jumaat lalu.

Najib dalam ucapannya antara lain menghukum tujuh dosa besar PAS terhadap rakyat dan umat Islam.

Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW, apabila seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar semata-mata ingin menyaingi masjid Nabi.

"Dia tengok masjid Nabi ramai orang, dia pun buat masjid jugak yang dipanggil masjid dirar," katanya.

Terdahulu, ribuan hadirin hadir mendengar ucapan Tuan Guru sebelum merasmikan Expo Kelantan 2013 di sini.

Expo Kelantan 2013 telah bermula kelmarin dan akan melabuhkan tirai lewat petang ini.

Lebih 80 gerai pameran dan jualan disediakan untuk pengunjung.

Antara lain, objektif utama expo ini adalah bagi 'membawa' Kelantan ke Kuala Lumpur supaya masyarakat luar Kelantan dapat melihat sendiri wajah sebenar negeri Serambi Mekah itu selain hanya mendapat maklumat dari media arus perdana semat-mata.

Noryn, Yatt dan Najwa meriahkan Karnival Wanita Kelantan

Salmah Mat Husain,17 Mac 2013
KOTA BHARU: Artis Noryn Aziz, Yatt Hamzah dan Najwa Latif, telah memeriahkan majlis Karnival Wanita Kelantan Peringkat Negeri Kelantan.

Program yang diadakan di Kelantan Trade Center itu anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

Noryn Aziz menyampaikan dua buah lagu ‘Mutiara’ termasuk sebuah lagu baru ketuhanannya yang bertajuk ‘Tinta Putih’.

Najwa pula menyampaikan tiga buah lagu hitsnya termasuk lagu ‘Kosong’.

Sementara itu, Yatt pula tampil dipentas bicara santai bersama Noryn dan Najwa.

Kupasan yang diberikan banyak berkisar penghijrahan masing-masing kecuali Najwa yang menceritakan bagaimana beliau mula dikenali di Youtube.

Noryn ketika berucap di majlis itu berharap penghijrahannya akan berkekalan buat semalamanya kerana ketenangan begitu dirasai sejak berhijrah.

“Noryn memohon pada semua supaya turut mendoakan semoga Noryn sentiasa istiqamah dalam penghijrahan ini,”ujarnya.

Bagi Yatt, hijrah sahaja belum mencukupi sekiranya tidak ditambah dengan ilmu.

Kerana itu menurutnya, beliau sering mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh beberapa orang tokoh ulamak.

Noryn terkenal sebagai artis irama jazz sering muncul membuat persembahan di majlis-majlis koprat.

Najwa Latif pula melahirkan rasa terima kasih kepada seorang bloger yang memuatkan kisah berhubung dirinya sehingga membuatkan tontonan youtube nyanyiannya meningkat lebih 2,000 permulaannya.

“Saya tahu sekiranya kisah saya tidak ditulis oleh seorang abang dalam blognya, saya yakin saya tidak akan dikenali masyarakat,”ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, ketika berucap pada majlis itu memberitahu penghijrahan para artis, tidak bererti berkuburnya kerjaya mereka sebagai seorang artis.

Menurutnya, masih banyak ruang yang boleh mereka ceburi dalam bidang itu, kerana seni dan hiburan tidak dihalang oleh Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam.

Katanya, kerajaan negeri menganjurkan pertandingan Wanita Kelantan Got Telent 2 khusus untuk mencungkil bakat baru disamping untuk memberi peluang mereka berhibur secara tertutup.

Sementara itu, Tuan Nor Fatin Tuan Yusof, muncul johan dalam pertandingan itu dengan lagu Nirmala yang dipopularkan Datuk Siti Nurhaliza.

Manakala johan tarian pula dimenangi Kumpulan Jastera dari Kota Bharu.

Program ini diadakan disebelah pagi, dimana Noryn Aziz sebagai ketua juri.

Sempena majlis ini juga diadakan demontrasi tudung oleh perunding imej Mastura Mansur dari Profesional Trainer Training International Sdn Bhd dan Yatt Hamzah.                                                                               

Sambutan penyertaan pertandingan tahun ini begitu meningkat berbanding tahun lalu sehingga 100 peratus apabila 75 peserta memohon untuk mengambil bahagian.

Turut berucap pada majlis itu, Anggota Dewan Negara, Khairiah Mohamed.

Hadir sama, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan Pengarah Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Zainiah Halim.

26 pemuda Dun Pinang Tunggal sertai PAS

Mohd Sabri Said,17 Mac 2013
Sebahagian pemuda yang menyertai PAS di Dun Pinang Tunggal.

KEPALA BATAS: Seramai 26 pemuda sekitar Kampung Kubang Menerong dalam kawasan Dewan Undangan (Dun) Pinang Tunggal bertindak menyertai PAS.

Tindakan yang diambil mereka itu bersempena majlis perasmian Bilik Gerakan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan HamimimTaib Azamuden semalam.

Kebanyakan mereka adalah pengundi baru termasuk bekas pemuda Umno yang tidak sebulu dengan kepimpinan cawangan dan bahagian.

Menurut Pengarah Piihanraya Dun Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad rata-rata mereka memilih PAS kerana yakin parti berlandaskan Islam itu yang bersama Parti Keadilan Rakyat dan DAP mampu mengubah lanskap politik negara.

Lagipun sambungnya, perkembangan itu bukan berlaku pada Jentera Daerah Mengundi (JDM) Kubang Menerong sahaja malahan sepuluh JDM seluruh Dun Pinang Tunggal.

"Satu perkembamgan yang sihat di mana ramai kalangsn muda pilih Pakatan Rakyat berbanding Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka akan menjadi jentera untuk memanggil seramai mungkin rakan yang lain supaya tinggalkan Umno,” ujarnya yang juga Penyelaras Dun Pinang Tunggal.

Rakyat Kedah tuntut BN pulangkan duit rakyat RM403 juta


Laporan & Foto: Pak Dee Jantan

Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan. Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing. Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat.

Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian. Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.






Friday 8 February 2013


Gambar : Ceramah Anwar di kepung oleh Warga Melaka..? pasai apa Jom Lihat..

Menyampaikan Tazkirah Selepas solat Maghrib berjemaah di Markas UPU PAS Pengkalan Minyak, Ayer Molek Melaka



 Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah di Markas UPU PAS, Pengkalan Minyak, Ayer Molek, Melaka.

 Anwar Ibrahim mengetepikan protokol dan duduk bersama warga Melaka sebelum mengambil giliran berceramah di Kg. Bukit Gedung, Tanjung Kling.

Anwar Ibrahim berucap di depan lebih dua ribu warga Melaka di Ceramah Demi Rakyat di Kg. Bukit Gedung, Tanjung Kling.
 Anwar Ibrahim berucap di depan ribuan warga Melaka dalam ceramah Merdeka Rakyat di Kg. Rim, Jasin.
Rakyat Melaka di Kg. Rim, Jasin yang dahagakan maklumat tekun mendengar penjelasan Anwar Ibrahim tentang pelbagai isu semasa khususnya melibatkan kepentingan rakyat dan negara.


Kalau Otak Jenis Tertutup Akan Terbelit Jadinya

Kalau begini jadinya
 
 
Maka inilah hasilnya
Maunya tak kecut perut?

08 FEBRUARY 2013

Umno cakap kosong

PAS Perlis menyindir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri terlebih dahulu dengan melihat pergolakan dalaman Umno-BN di negeri itu terlebih dahulu yang didakwa "tidak berkesudahan" sebelum meramal BN mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang .
Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Perlis Mohd Anuar Tahir berkata rakyat di negeri itu sudah bosan dengan perebutan kuasa, pangkat dan kedudukan yang didakwanya di kalangan pemimpin Umno dianggapnya "tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda".
"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Mohd Anuar yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilapor yakin BN mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Menteri pelajaran itu dilapor berkata keyakinan menang semua kerusi DUN dan parlimen berdasarkan taklimat persiapan pilihan raya yang disampaikan BN Perlis kepadanya semalam dan turut menyatakan terdapat petanda sokongan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan.
Pada pilihan raya umum 2008, BN menang semua tiga kerusi parlimen dan 13 daripada 15 kerusi DUN. Dua lagi kerusi DUN - Simpang Empat dan Sanglang - dimenangi PAS.
Sehubungan itu, Mohd Anuar menganggap kenyataan Muhyiddin itu sebagai terdesak dan semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong demi meraih sebanyak mungkin simpati kepada parti itu.
"Beliau sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal.
Ini dilihat bilamana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acapkali turun ke Perlis.
"Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini," katanya sambil mendakwa perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di negeri itu akan dihadiri oleh orang yang sama termasuk orang luar yang diarahkan hadir.
Menurut Mohd Anuar lagi, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.
"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rakyat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya.
"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini.
Saya lihat mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," sindir Mohd Anuar.

Ceramah Anwar di Felda pula dihalang macai UMNO..


Program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Bukit Kuantan, dihalang oleh beberapa kumpulan anak muda petang tadi.

Program yang sepatutnya bermula jam 5.45 itu akhirnya dibatalkan selepas Ketua Umum PKR itu mengambil keputusan untuk berpatah balik ke lokasi lain di Cenderawasih, Kuantan (Parlimen Indera Mahkota) akibat tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingin.

Menurut sumber, hampir 20 orang anak muda yang bukan dilihat bukan anak tempatan menunggu ketibaan rombongan Anwar di kesemua lokasi masuk ke Felda terbabit.

Tidak cukup dengan halangan manusia, mereka juga meletakkan beberapa buah lori yang bertujuan untuk menghalang kenderaan masuk.

Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas tragedi serangan di program ceramah Mazlan Aliman dekat Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Seperti biasa, dapat dilihat beberapa orang anggota polis juga ada bersama mereka.

Tidak dapat dipastikan, polis memantau atau sebaliknya.

Namun, jika dilihat kepada kejadian di Sungai Tengi, kemungkinan senarionya adalah sama.

Apapun, mujurlah tiada insiden lebih buruk berlaku. Orang ramai yang menunggu Anwar di lokasi ceramah akhirnya beramai-ramai keluar selepas mengetahui rombongannya dihalang.

Kawalasan pintu masuk dibuka semula selepas kesemua mereka mendapati rombongan Anwar telah berpatah balik meninggalkan lokasi terbabit.

Apapun kejadian ini adalah satu agi cara untuk menghalang program Pakatan Rakyat dalam sebuah negara demokrasi berpelembagaan seperti Malaysia ini.

Ia jelas bercanggah dengan hak-hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Tambahan pula parti pembangkang adalah pertubuhan yang sah dari segi undang-undang.

Felda Bukit Kuantan terletak dalam DUN Sungai Lembing kawasan Parlimen Paya Besar.

Apapun, semua yang berlaku ini menambahkan amarah rakyat kepada BN pada Pilihanraya umum ini sebenarnya. ~ Pahang Daily Online 

Gambar di atas datangnya dari FB Haji Abas Haji Awang.. beliau melaporkan..

Kumpulan umno memagar di setiap jln masuk ke FELDA BUKIT KUANTAN.DSAI DI JADUAL MEMBERI CERAMAH DI FELDA INI JAM 5,45 ptg.DSAI DINASIHATKAN TIDAK HADIR KERANA KESELAMATAN.Memang tidak selamat,setiap jln di blok oleh kira 40 org berbaju merah macam samseng.Aku dan isteri terlepas masuk sekejap dan bila di beritau DSAI tidak dtg aku segera mahu pergi ke TAMAN CENDERAWASIH tempat baru.Tapi aku tak boleh keluar.
Anda mungkin juga meminati:

Foto Terbaik : Tok Guru Nik Aziz Dan Tukang Jahitnya


Tok Guru Nik Aziz sedang diukur saiz badan untuk dijahit pakaian di kedai Wan Ali Taylor selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu pagi tadi. Kedai ini merupakan antara kedai jahit kebiasaan Tok guru menempah pakaiannya sejak sekian lama ~ FB Tok Guru

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive