Rihat Minda


Friday, 11 November 2011

Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung
Posted on Friday, November 11 @ 08:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaOleh Muhammad Yusri Amin


KOTA BHARU, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini sebentar tadi.

Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan.

Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti.

Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini.

Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011.

Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini.

Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung



Hudud: Pemuda PAS junjung kasih kepada Sultan Brunei
Dr Raja Ahmad Al-Hiss   
KeBawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
Istana Nurul Iman,
Jalan Tutong,
Bandar Seri Begawan
BA1000, BRUNEI DARUSSALAM

Assalamualaikum wrt,

Ampun Tuanku

MENJUNJUNG KASIH MERAFAK SEMBAH BERSAMA KERAJAAN BRUNEI DIATAS TITAH PELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM


Patik, dari Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM)  ingin merafak sembah menjunjung kasih diatas titah Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Kerajaan Brunei Darul Salam diatas hasrat dan saranan Tuanku yang mahu memartabatkan Syariat Islam di negara Tuanku.

Sebagai pemerintah kerajaan berdaulat yang majoritinya adalah umat Islam, usaha Tuanku untuk memartabatkan Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara Brunei merupakan usaha luhur dan murni yang perlu dijadikan contoh tauladan kepada semua negara Islam khususnya dari Asia Tenggara. Betapa kekukuhan iman yang mendalam mendorong Tuanku Sultan bertegas untuk melaksanakan syariat Islam di negara Tuanku dengan mengenepikan segala persepsi buruk musuh Islam terhadap syariat Islam.

Patik berpandangan, seharusnya pemimpin Islam di negara umat Islam yang lain merasa cemburu serta teruja untuk melaksanakan perkara yang sama di negara masing-masing. Islam yang diturunkan oleh Allah SWT perlu ditegakkan dalam semua lapangan kehidupan sama ada individu, keluarga, masyarakat mahupun negara dan merangkumi semua bidang daripada pendidikan, perekonomian, perundangan, pentadbiran, sehinggalah kenegeraan. Islam juga membawa keamanan dan kesejahteraan serta mampu menyelesaikan permasalahan gejala keruntuhan akidah dan akhlak yang sangat serius dalam masyarakat. Ternyata Tuanku Sultan telah mendahului perkara ini dengan hasrat melaksanakan syariat Islam di Brunei dan membuktikan tidak ada halangan untuk dilaksanakan. Justeru tidak ada alasan bagi pemimpin umat Islam di negara lain untuk melaksanakan perkara yang sama di negara masing-masing.

LA DPPM dan seluruh rakyat di Malaysia juga merasa bangga kerana Tuanku Sultan menekankan peri pentingnya menjadikan Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai pegangan tertinggi dalam kehidupan rakyat di negara Brunei dan sudah pastinya suasana kehidupan di Brunei hasil dari syariat Islam yang diterapkan menjadi suatu impian indah kepada umat Islam di Malaysia. LA DPPM yakin, hasil dari pelaksanaan syariat Islam nanti, maka lahirlah masyarakat dan negara yang penuh dengan barakah, keamanan, keharmonian, ketenteraman dan keadilan. Ia juga sudah tentu menjadi suatu dakwah yang berkesan kepada negara-negera bukan Islam lainnya di rantau Asia ini.

Akhirnya, LA DPPM dan seluruh umat Islam di Malaysia sentiasa mendoakan kesihatan dan kekuatan kepada Tuanku Sultan agar terus mentadbir negara Brunei Darussalam. Umat Islam juga turut mendoakan agar negara Brunei Darussalam terus dberikan keamanan dan ketenteraman, jauh dari malapetaka, bala bencana serta hidup dalam keredhaan Ilahi dibawah lembayung Syariat Islam.

Ampun Tuanku, Patik sudahi dengan menjunjung kasih.

Wassalam

Yang Diamanah


YM DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Merangkap Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Thursday, 10 November 2011


Zionis dan Amerika nak serang Iran?
Posted on Wednesday, November 09 @ 22:48:41 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

ArtikelOleh Syed Imran

Sudah gah berita yang menyebut bahawa rejim Zionis Yahudi dan Amerika Syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran dengan alasan untuk menghalang republik Islam itu daripada memiliki senjata nukliar.

Rejim Zionis secara terang-terangan memberi amaran bahawa ia akan melancar serangan unilateral ke atas kemudahan loji nukliar Iran sebelum negara Islam itu berjaya memuktamadkan penghasilan senjata  nukliar atau peledak atom.

Kita tahu bahawa Zionis Yahudi dan Amerika Syarikat serta pelesit mereka di Eropah bimbang sekirnya Iran berjaya menghasilkan senjata nukliar sedangkan negara sekutu mereka tidak dihalang atau dicegah daripada memiliki senjata pemusnah besar-besaran itu.

Walaupun Iran telah beberapa kali menyatakan bahawa program nukliarnya adalah untuk tujuan   keamanan  dan bukan ketenteraan tetapi ia terus ditentang oleh musuh-musuh Iran.

Jika benarpun Iran cuba membangun senjata nukliar untuk mempertahan kedaulatan negaranya, itu adalah hak mereka sama seperti negara-negara lain yang memiliki senjata nukliar. Kenapa Iran disekat dan dinafikan hak tersebut?

Kenapa Amerika dan dunia Barat membisu seribu bahasa apabila rejim Zionis Yahudi menghasil dan memiliki peledak nukliar? Jika Zionis Yahudi boleh kenapa Iran atau negara-negara lain di Asia Barat tidak boleh?

Zionis Yahudi atau Israel adalah satu-satunya negara di Asia Barat yang memilik senjata nukliar, bahkan dikatakan jauh lebih maju daripada yang dimiliki oleh Britain dan Perancis.

Program senjata nukliar Israel dimula oleh David Ben Gurion, perdana menteri pertama negara Yahudi itu pada lewat tahun 1950-an. Program itu bertapak  di Pusat Penyelidikan Nukliar Negev, di pinggir kota Dimona dan berasaskan keupayaan reaktor nukliar Dimona, Israel dikatakan memiliki tidak kurang daripada 200 peledak nukliar. Progam itu disokong dan dibantu terutamanya oleh Perancis.

Selain senjata nukliar, Israel turut memiliki senjata kimia dan biologi.

Jelas sekali Israel adalah satu-satunya negara di Asia Barat yang mengancam keselamatan bukan sahaja serantau tetapi dunia dan bukan Iran atau mana-mana negara Arab/Islam.

Barat tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Israel kerana mereka membantu dan menyokong pemilikan senjata nukliar, senjata kimia dan senjata biologi Israel.

Barat berbuat demikian kerena mereka tahu bahawa ekonomi di negara mereka dikuasai oleh Yahudi dan tanpa sokongan Yahudi, negara mereka boleh muflis.

Tindakan serta campur tangan dan pencerobohan ke atas beberapa negara Arab/Islam oleh kuasa-kuasa Barat yang diketuai Amerika Syarikat jelas memperlihat satu muslihat jahat untuk menghancur dan memusnahkan Islam itu sendiri. Mereka bertindak kononnya atas nama keadilan dan demokrasi. Mereka menghasut rakyat di negara-negara berkenaan untuk bangkit menentang pemerintah dan apabila pemberontakan atau kebangkitan rakyat itu berjaya, maka mereka, iaitu kuasa-kuasa Barat, akan menguasai semua hasil bumi negara berkenaan, terutama minyak dan gas.

Negara berkenaan akan menjadi negara boneka Barat dan pemimpinnya pula akan dicucuk hidung untuk mengikuti apa sahaja yang diarah dan diperintah oleh Barat. Lihat saja keadaan di Iraq dan Afghanistan dan selepas ini di Tunisia dan Libya. Mesir mungkin terlepas daripada kongkongan Barat kerana apa yang berlaku di negara itu bukan dihasut oleh Barat atau CIA Amerika Syarikat.

Amerika kini menguasai minyak Iraq sepenuhnya manakala Britain, Perancis dan Itali akan menguasai pengeluaran minyak Libya. 

Dalam kes Iran, pengganas Zionis Yahudi  akan berdepan dengan cabaran paling hebat jika mereka cuba menyerang Iran. Negara majoriti Syiah itu bukan mudah ditakut-takutkan kerana Iran juga memiliki kekuatan yang setanding walaupun tiada senjata nukliar.

Sekiranya Zionis Yahudi dan Amerika menyerang Iran, mereka  melakukan satu kesilapan besar yang  akan mengaitkan negara-negara lain termasuk yang memiliki senjata nukliar. Sudah tentu Israel dan Amerika serta pelesit mereka di Eropah akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan bodoh.

Adalah sesuatu yang bukan mustahil peperangan nukliar akan tercetus sekiranya Iran di serang.
Zionis dan Amerika nak serang Iran?

UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan.
Posted on Wednesday, November 09 @ 17:06:31 PST
Dilulus untuk paparan oleh aya

ArtikelOleh  SERIKANDI MUJAHIDAH

Sejak kebelakangan ni...Kedah dilanda musibah..ribut...lepas ni mungkin banjir pula..walau pun kita harap tidaklah seteruk tahun lepas. Nak menongkah kehendak Allah memang siapalah kita...Allah hantar musibah banyak sebabnya selain nak duga kita, ianya juga sebagai kifarah kepada kesilapan dan dosa-dosa kita padaNya. Orang beriman akan menerima ujian ini dengan sabar dan berbaik sangka dengan Allah dan tak lupa ambil iktibar dari peringatan-peringatan tersebut.

Musibah-musibah seumpama itu sebenarnya menguji sejauh mana kesungguhan dan keprihatinan pemimpin membantu rakyat  dan selain itu menguji kesungguhan pejuang-pejuang Islam turun padang menghulurkan bantuan.

SM nak cerita sedikit al-kisah mengenai kejadian ribut yang melanda Taman Bersatu, baru-baru ini. Secara keseluruhan, tindakan kerajaan negeri cepat dan pantas...dalam kesibukan dengan tugas-tugas rutin Menteri Besar dan Exco-Exco mampu turun padang menjengah masalah rakyat dan memberi sumbangan untuk meringankan bebanan. Orang tua-tua berkata.." mai tengok pun...dah rasa lapang dan ringan dah kat kami nieh..", apatah lagi kalau datangnya bersama bantuan.





Bukan setakat hulurkan wang malah ada diantara rumah-rumah mangsa ribut diperbaiki oleh Pasukan Unit Amal. Mereka ini bekerja tidak mengharapkan wang ringgit malah sanggup berhujan berpanas...memberi sumbangan walau pun kadang kala terpaksa meninggalkan kerja mereka sendiri..



Nisa juga sanggup berpanas membantu membersihkan kawasan-kawasan yang dilanda ribut....mengutip cerbisan-cerbisan bumbung yang ranap menghempap bumi..daun-daun yang luruh memenuhi halaman. Pada ketika itu, tuan-tuan rumah tentunya sibuk 'mendobi' rumah masing-masing maklumlah dah basah dek kerana hujan dan nak sambut Edul Adha pula...Jadi sumbangan yang kecil seumpama ini secara tidak langsung meringakan bebanan mereka.



Kita juga menyediakan makanan, bukan hanya untuk petugas malah kepada mangsa ribut..petugas-petugas sanggup bersengkang mata tak kira siang malam memberi sokongan moral kepada para mangsa. Bayangkan hati siapa tak sayu..rumah kediaman sendiri hampir musnah...tentulah sedih.

Lainlah dengan Skuad Sayang dan geng-geng UMNO APCO ...yang kerjanya hanya menanti di dewan sekolag sahaja. Yang syoknya, buat laporan polis bila PAS nak masuk bantu mangsa-mangsa ribut di dewan tersebut. Macam laa dewan tu hak milik UMNO. Tapi mereka seperti menang sorak saja...walhalnya kerja-kerja membantu mangsa tidak dihiraukan...lain dengan petugas PAS tak kira samada PAS Kawasan, MTD, Pemuda,Muslimat, Unit Amal dan Nisa.



MKK di situ pun memainkan peranan yang baik. Rumahnya dijadikan tempat mendaftar mangsa-mangsa kejadian. Secara tidak langsung, mangsa kejadian lebih tumpukan kepada rumah beliau dari dewan sekolah yang " di kongker" oleh UMNO APCO. 'Kongker' pun nak buat apa..sekadar nak ambil nama....tunggu pemimpin UMNO datang bagi bantuan...tapi tak terasa nak jengah atau bantu rumah-rumah yang terlibat.



Teringat SM semasa banjir tahun 2010 yang lalu. Masa tu SM bertugas bersama Unit Amal di Sek. Men. Agama Kedah. Puak-puak wanita UMNO ni dok mengendeng buku pendaftaran mangsa banjir....dah ada perancangan nak curi..tapi Alhamdulillah unit pendaftaran Unit Amal sentiasa menjaga dan mengawasi buku tersebut. SM tak mau la tuduh melulu untuk apa buku pendaftaran tu begitu diminati oleh wanita UMNO..tentulah ada sebabnya...tepuk dada tanyalah iman...tak gitu...


Begitulah halnya walau dimana juga sekirannya berlaku musibah dan ada penempatan mangsa-mangsa kejadian. UMNO ni berebut-rebut sangat nak mengusai dewan-dewan, urusan makan, barangan keperluan, pendaftaran, tapi bab nak tolong-tolong cuci, tolong-tolong angkat orang-orang tua atau wanita bersalin..tak pula nak dijadikan rebutan...

SM: tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera..kalau tanya selera...habis semua nak anggut bawa balik rumah.....
UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan...

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive