Rihat Minda


Saturday, 16 May 2009

Kewajipan hidup berjiranPDFCetakE-mail
Ditulis oleh Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid   
SOALAN :Assalamualaikum. Saya me mpunyai masalah yang telah lama bermain di fikiran. Jiran saya membuat rumah hampir-hampir melanggar sempadan dan saya kira terdapat sedikit bahagian yang telah masuk ke sempadan tanah rumah orang tua saya. Bahagian bumbung memang telah melebihi sempadan dan kadang-kadang sampah dari dapur mereka dibuang ke kawasan rumah saya.

Hati kecil saya sering mengatakan yang saya tidak menghalalkan seinci pun tanah yang dilanggar oleh jiran saya. Saya bercadang untuk membuat tembok batu bagi menggantikan pagar yang sedia ada yang rosak akibat tingkap yang dibuka oleh jiran saya. Soalan saya adakah jiran saya itu dikira berdosa besar dan bolehkah saya berniat tidak menghalalkan apa yang bukan hak jiran saya? Setiap malam apabila tidur saya cuba untuk memaafkan semua orang muslimin muslimat tetapi apabila mengenangkan jiran yang tidak peduli soal kejiranan ini hati saya semakin sakit tambahan pula orang tua saya tinggal keseorangan di kampung. Harap ustaz dapat beri panduan
 . – Ingin Tahu, Yassir Lutfi

Jawapan: Hak berjiran adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam. Dalam Islam, jiran adalah mereka yang dekat dengan rumah kita. Dalam bahasa klasik disebut, 40 buah rumah ke kanan dan 40 rumah ke kiri, 40 ke atas dan 40 ke bawah.

Ukuran ini menjadi relevan dengan rumah pangsapuri dan flat pada hari ini. Malah kehidupan dalam sesebuah taman perumahan. Semua mereka itu adalah jiran anda. Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah menganmalkannya:

(a) Jangan menyakiti jiran

Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga hadis Bukhari ada menyebut “Tidak beriman mereka yang menyakiti jiran.”

Manakah lagi satu perbuatan keji selain daripada berzina dengan anak jiran atau mencuri hak mereka. Ia boleh diibaratkan membuang najis ke dalam periuk nasi.

(b) Memelihara jiran
Setiap daripada kita wajib nmemelihara jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi s.a.w. mengingatkan “Siapa yang memenuhi hajat jirannya, Allah akan memenuhkan hajatnya.”

Kebalikan daripada kejahatan segala kebaikan hendaklah diberikan kepada jiran.

(c) Berbuat baik kepada jiran.
Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

Sebagai orang yang dekat, jiranlah tempat kita memohon pertolongan apa sahaja keperluan .Kepada jiran dalam perkara ini melebihi keluarga sendiri yang tinggal jauh. Jika habis air, garam,beras atau keperluan harian yang lain, maka jiranlah tempat mengadu, apa lagi di kampung. Jika ada kenduri kendara memerlukan kawasan, mangkuk pinggan, atau peralatan dapur, siapa lagi jika bukan jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan.

Sikap dan perbuatan jiran anda yang di sebut di atas, bertentangan sama sekali dengan itu semua. Namun bagi kita pula hendaklah mengambil sikap dasar seterusnya.

(d) Menanggung kejahatan jiran.
Kata pepatah Melayu ‘‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”. Memang jika diikutkan hati yang panas, apa sahaja mahu dilakukan kepada jiran yang sebegitu rupa. Tetapi Islam meletakkan mereka yang membalas kejahatan jiran dengan kebaikan sebagai kedudukan yang paling mulia.

Rasulullah s.a.w selalu memuji orang yang berlapang dada, mudah memaafkan, memberi kepada mereka yang enggan berbuat begitu kepada kita, malah menghubung silaturrahim dengan mereka yang memutuskan silaturrahim.

Membalas kejahatan dengan kejahatan akan merosakkan perpaduan. Jika ada ruang untuk membaiki keadaan secara baik, itulah jalan paling selamat. Justeru itu kita dituntut memiliki perasaan bersabar dan tidak mudah jadi pemarah. Jangan bersikap panas baran

Dalam perkara ini pendidikan sejak awal perlu disemai, di mana setiap orang dididik agar tahu dan amalkan sikap berbaik-baik dengan jiran ini. Wallahualam.
Komen (0)Add Comment

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa...


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda: 

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ' 
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah... 

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim 

~ dah nampak dah skrg... 

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² 
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik... 


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & 
hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak 
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam 
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang 
tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal... 

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada.... 


8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang 
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa... 

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah
hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)... 


10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani 

~ tak caya gi tengok... 


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie...... 


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ... 

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN! 

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda: 
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

0 ulasan


10 Ciri-ciri kite dah TUA..(18sx...???)



Betul ke????


ade ke yg mcm ni....kuikuikui. ..

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit. ( kena pakai cermin mata).

2. Dulu kalau nak buang air kecil, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! !Sekarang, kalau nak buang air kecil, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru masuk...( Ikut sunnahnya kita kena duduk mencangkung)

3. Dulu, masa tidur mengadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggung
saja..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu
je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !!
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlm
kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12
bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"

Fadhilat Istighfar:Menghapus dan Menutup Dosa
www.iLuvislam.com
HarakahDaily.net
Oleh : akrimimathwa
mawaryangtinggi



Firman Allah SWT yang bermaksud: 

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti meminta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindungi supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya. 

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram. Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya. 

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut dijelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian mengingati Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawaAllah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindungi daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf. Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya. Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya. Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun" (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17) 

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain. Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur. Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT. 

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar untuk menarik perhatian manusia. 




Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud:"Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian. Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaanyang tidak terhingga. 

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya. 

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu. Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.







12 Comments · 2964 Reads · Print

Friday, 15 May 2009


Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat



1) Penaklukan Baitulmuqaddis. 
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 

2) Zina bermaharajalela. 
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim 

3) Bermaharajalela alat muzik. 
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah 

4) Menghias masjid dan membanggakannya. 
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. 

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. 
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim 

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad 

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat. 
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani 

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." 

10) Bulan sabit kelihatan besar. 
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. 
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim 

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. 
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad 

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.




23 Comments · 2014 Reads · Print
11 Disiplin Bentuk Pendakwah Berjaya

ORANG yang pada mulanya berminat memahami isu agama dan cuba untuk mendalaminya, akhirnya lari dan menyepikan diri kerana sikap ditunjukkan 'pendakwah awam' atau umat Islam yang tidak bijak membicarakan ilmu agama. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal dengan sabda yang bermaksud: 

"Permudahkanlah orang dan janganlah kamu menyusahkan mereka! Gembirakanlah orang dan janganlah membuatkan mereka lari daripada kamu." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Konsep 'memberi kemudahan' serta 'menggembirakan' orang yang ingin mengenali Islam disuruh Nabi SAW kepada umatnya. Tidaklah menghairankan dalam masa kurang daripada 100 tahun risalah dakwah dibawa Nabi Muhammad SAW, suara azan sudah berkumandang di benua timur dan barat, melepasi batas budaya dan sempadan negara. 

Bagi menghasilkan natijah terbaik pada diri individu Muslim yang ingin menjadikan dirinya sebagai seorang pendakwah berjaya, ada beberapa faktor penting yang perlu dikaji antaranya: 

  1. Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.
  2. Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumahseperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan.



  3. Pendakwah perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu syariat secukupnya. Ilmu syariat mempunyai peringkat, tahap berbeza dan perlu diambil oleh mereka menurut kemampuan akal seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

  4. "Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan nescaya dia akan diberikan kefahaman oleh Allah dalam urusan agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

  5. Pendakwah juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira usia, budaya, agama, pangkat dan etnik. Kemahiran itu penting bagi membina hubungan baik dengan mereka serta menjadi peribadi disukai ramai.
  6. Pendakwah perlu mempelajari kemahiran berdakwah melalui cara terbaiksemasa berinteraksi dan berkomunikasi, dialog semasa, memberi kesan kepada pendengar, menarik minat mereka untuk terus mendengar dan isu yang diutarakan sesuai dengan tajuk semasa.
  7. Pendakwah perlu mempelajari cara dan teknik terkini yang lebih mantapdengan penuh kesungguhan supaya tidak terus ketinggalan. Segala bentuk maklumat terbaru diperlukan untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah kepada orang ramai.
  8. Pendakwah secara peribadi harus memahirkan dirinya menyusun masanya yang sesuai untuk membuat sebarang perjumpaan dan pertemuan, menentukan waktu terbaik menyampaikan ceramah, waktu berkesan dan mampu mempengaruhi pendengar. Teknik pengurusan masa menjadikan keberkesanan dalam dakwah yang dijadualkan secara lebih rapi dan kemas tanpa melupuskan waktu senggang bersama keluarga. Masa yang terurus dan teratur ini akan memudahkan lagi usaha dakwahnya. 
  9. Sumber lain yang perlu ada pada diri pendakwah ialah dengan mempelajari dari pendakwah lain yang lebih maju dan profesional. Mereka sepatutnya mempunyai banyak jaringan dan mampu bersahabat dengan ulama serta pendakwah terkenal lain. 
  10. Mereka juga perlu berkongsi dalam aktiviti dakwah dan melatih diri ke arah pencapaian lebih baik. 
  11. Selain itu, mereka perlu meluangkan masa untuk melawat ke pusat dakwah dan badan dakwah yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan. 
  12. Di samping itu, mereka perlu berjumpa pendakwah veteran dengan mengkaji dan mengutip segala pengalaman.

Apa yang perlu diteliti pendakwah sebelum berdakwah ialah menilai tahap kemampuan orang yang ditujukan dan ingin disampaikan mesej dakwah. Setiap manusia mampu untuk berdakwah menurut kemampuan dan kebolehan dianugerahkan Allah kepadanya. Pendakwah perlu bersikap dengan lebih berhati-hati dalam percubaan menyampaikan dakwah dan kesemua ini dapat dicapai melalui latihan berterusan dan berkesinambungan serta penuh kesungguhan mengikut keupayaan termampu.







6 Comments · 1333 Reads · Print

Wednesday, 13 May 2009


Ikhtilaful Hadith 2

Sahabat-sahabat pembaca sekalian,

Saya akan mulakan sambungan artikel berkenaan Iktilaful Hadith pada beberapa masalah yang sering disalah fahami dikalangan kita terlebih dahulu. Selain dari masalah-masalah yang masyhur tersebut, akan saya susulkan pada artikel berikutnya nanti. InsyaAllah. Adapun, dalam permasalahan-permasalahan ini, saya usahakan meringkas sekadar untuk difahami mengapa berlaku perbezaan dalam memahami hadith tersebut sahaja.

a) Menyentuh kemaluan –

Hadith 1: Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa menyentuh kemaluannya, maka hendaklah ia berwudhu’.

Hadith 2: Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa yang menyentuh kemaluannya, maka janganlah ia solat sehingga dia berwudhu’.

Hadith 3 : Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan bertanya tentang orang yang menyentuh kemaluannya, apakah ia perlu berwudhu’. Sabda Rasulullah : “Sesungguhnya itu hanyalah sepotong daging darimu”.

Masalah : Hadith 1 dan 2 dilihat bertentangan dengan hadith ke-3.

Penjelasan : Ulama’ mazhab Syafi’I berpendapat menyentuh kemaluan membatalkan wudhu’ berdasarkan hadith 1 dan 2. Bagi ulama’ mazhab Hanafi berpendapat tidak membatalkan wudhu’ berdasarkan hadith ke-3.

Pandangan ulama’ menyatakan bahawa terbatal wudhu’ bagi orang yang mengenggamnya iaitu menyentuh dengan tapak tangan bahagian dalam dan mungkin menimbulkan rangsangan. Ini tidak diragukan lagi dan wajiblah berwudhu’ berdasarkan hadith 1 dan 2.

Adapun hadith ke-3 itu merujuk kepada orang yang sudah lanjut usia. Maka, itu tanpa sengaja atau tanpa syahwat, tidaklah membatalkan wudhu’nya. Wallahua’lam.

b) Kencing berdiri –

Hadith 1: Nabi s.a.w tidak pernah kencing berdiri.

Hadith 2: Nabi s.a.w melarang seseorang kencing dengan berdiri.

Hadith 3: Kata Aisyah r.a : Siapa yang menceritakan kepada kalian bahawa Nabi buang air berdiri, maka janganlah kalian percayainya. Beliau tidak pernah buang air kecil kecuali dengan duduk.

Hadith 4: Kata Huzaifah “aku melihat Nabi mendatangi tempat pembuangan sampah sebuah kaum, lalu baginda membuang air kecil dengan berdiri”.

Masalah : Hadith 1, 2 dan 3 dilihat bertentangan dengan hadith ke-4.

Penjelasan : Nabi s.a.w kencing berdiri di tempat pembuangan sampah ( tempat buang pelepah kurma di Madinah ) kerana kesukaran untuk Nabi duduk ditempat yang sebegitu dengan kondisi sampah dan kemungkinan kotoran lain. Maka Nabi pun berdiri dan berlindung dibelakang seseorang sebagai pendindingnya.

Maka, jika ada yang mengatakan Nabi kencing berdiri, itu benar tetapi dalam kondisi darurat sahaja yang dibenarkan berdasarkan kaedah Fiqh : Keadaan darurat mengharuskan hal-hal yang dilarang.

c) Minum berdiri –

Hadit 1: Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa yang minum berdiri, maka hendaklah ia muntahkannya.

Hadith 2: Ada sahabat yang melihat Nabi minum berdiri di tepi telaga Zam-Zam.

Masalah : Hadith 1 dilihat bertentangan dengan hadith ke-2.

Penjelasan : Nabi minum berdiri ditepi telaga zam-zam kerana pada saat itu suasana ditepi telaga itu penuh sesak dengan orang ramai. Jika Nabi duduk disitu, pasti akan mengganggu orang lain yang menghampiri telaga untuk mengambil air. Keduanya, sengaja Nabi berdiri agar perbuatannya minum air zam-zam dapat dilihat oleh para sahabat sebagai makluman kepada mereka bahawa antara manasik (perkara-perkara sunat ) dalam musim haji adalah minum air zam-zam. Jika Nabi minum duduk, mungkin sahabat tidak nampak.

Maka, jika ada yang mengatakan Nabi membenarkan minum berdiri, itu tidak benar kecuali dalam suasana seperti Nabi dan jika ada yang mendakwa bahawa minum air zam-zam itu sunat sambil berdiri, maka itu juga tidak benar. Wallahua’lam.

d) Buang air menghadap kiblat
 –

Hadith 1: Sabda Rasulullah s.a.w : Jangalah kalian menghadap kiblat saat membuang air besar atau air kecil.

Hadith 2: Ibnu Umar r.a berkata “ketika aku naik ke rumah Hafsah, aku melihat Rasulullah sedang buang hajat dengan menghadap arah Syam dan membelakangi kiblat.

Masalah :
 Hadith 1 dilihat bertentangan dengan hadith ke-2. Sedangkan Nabi melarang buang air menghadap ke kiblat atau membelakangi kiblat.

Penjelasan :
 Nabi membuang air menghadap arah Syam dan membelakangi kiblat dirumah Hafsah kerana Baginda duduk dalam bangunan tertutup ( jamban ). Maka, larangan Nabi agar tidak menghadap kibalt atau membelakanginya hanya pada kawasan yang terbuka seperti padang dan seumpamnya yang tidak mempunyai bangunan atau tabir yang melindungi kita. Adapun jika dalam bangunan yang tertutup, dibenarkan.

e) Pakai kasut tali putus
 –

Hadith 1: Sabda Rasulullah s.a.w: Jika putus tali sandal (kasut ) salah seorang dikalangan kamu, maka janganlah ia berjalan dengan kasut sebelah.

Hadith 2: Tali kasut Nabi putus, lalu Baginda berjalan dengan kasut sebelah hingga beliau memperbaiki yang lainnya.

Masalah :
 Hadith 1 dilihat bertentangan dengan hadith ke-2.

Penjelasan :
 Nabi melarang memakai kasut sebelah apabila putus sebelah lagi kerana Nabi melihat seorang lelaki yang melakukannya begitu dan memegang kasut yang putus itu ditangannya. Lalu ia berjalan seperti orang pincang. Ia kelihatan amat buruk dengan keadaan begitu jika berjalan dalam jarak yang jauh dan lama dan tidak enak dilihat. Pun begitu, larangan ini hanya bersifat makruh.

Adapun Nabi pula putus tali kasut dan Nabi berjalan perlahan sehingga selesai perbaiki kasutnya. Kerana saat itu, Baginda dekat sahaja dari rumahnya. Baginda mengikat kasutnya dengan sesuatu. Sampai dirumah, Baginda lalu memperbaikinya. Maka, bezanya adalah jarak yang dekat dan jauh, lama atau dekat. Itu sahaja. Wallahua’lam.

Sumber rujukan : Hadith Shohih Yang Disalah Fahami
 – Pustaka At-Tazkia, Jakarta.
Karangan 
Prof.Dr Umar bin Abdul Aziz Quraisyi.

Penjelasan penulis :
 Maka dalam mempelajari hadith, bukan sahaja perlu kita tahu mensyarahkan hadith, namun sebelumnya juga perlu mengetahui ilmu berkaitan Asbabul Wurud Hadith iaitu ilmu yang mengkaji sebab-sebab disabdakan hadith yang meliputi bila Nabi bersabda, kepada siapa Nabi bersabda dan dimana Nabi bersabda sebagaimana di dalam Al-Qur’an juga ada Asbabun Nuzul. Mudah-mudahan Allah permudahkan kita memahami Islam. InsyaAllah. SILA MAKLUM JIKA ADA KESALAHAN DALAM TULISAN INI.

Solat bersama muzik-muzik...

Baru sahaja memulakan wirid selepas solat Isya’ secara perlahan, Ust menghentikannya sebentar dan terus memberi teguran spontan secara umum kepada semua ahli jama’ah apabila bunyian panggilanhandphone seorang makmum dibiarkan begitu sahaja tanpa dimatikan. Ketika itu pemilik handphone masih solat.


“ solat dengan muzik atau bunyi-bunyian itu adalah solatnya orang-orang Nasrani ( Kristian ) “ Saya yang duduk agak hujung kurang jelas apa lagi yang disampaikan oleh Ust sehingga membuatkan semua ahli jama’ah diam dan mengangguk-angguk.


Sampai di kelas, sebelum menyambung pengajian, kami terus menyoal semula. Jelas Ust pada kami “ ana pelik melihat segelintir dikalangan kita yang apabila handphonenya berbunyi sedangkan ia sedang solat, lalu dibiarkan sahaja tanpa dimatikan…apakah tidak bisa dimatikan atau terbatal solat jika dimatikan ? Padahal dia bisa mematikan dengan menekan menggunakan jarinya..dan jika berada dilantai dihadapannya, dia bisa memijak dengan jarinya…


“ Ust, bagaimana kalau handphone itu berada dalam sarungnya yang diletakkan dipinggang seperti orang tadi?” Ust tersenyum kerana memahami kemusykilan kami tentang pergerakan 3 kali yang membatalkan solat. “ yang membatalkan solat kerana pergerakan 3 kali itu secara sengaja atau darurat ?” tanya Ust. “yang batal itu pergerakan berturut-turut atau tidak?”


“ antum bisa keluarkan dari sarung dipinggang itu, kemudian mematikannya dengan jari..itu baru satu pergerakan..dengan jari bukan pergerakan anggota besar…kemudian memasukkannya semula..baru 2 kali..yang dilarang adalah berturut-turut dengan anggota besar…namun, dalam keadaan begini..antum bayangkan jika kita solat, ular melintas dihadapan pun, kita bisa bergerak untuk memukulnya..agak-agak berapa kali kamu bergerak untuk memukul ular?” apatah lagi dalam kondisi ini…ular hanya mengganggu kamu seorang…muzik dihandphone bisa mengganggu semua ahli jama’ah…Maka jika antum ke pesantren-pesantren, antum akan belajar masalah pergerakan yang dibenarkan ini..bahkan pengajian Fiqh Moden hari ini pun membenarkan pergerakan ketika darurat ( sangat memerlukan handphone dipadamkan )…


Selesai menjawab kemusykilan kami, Ust menambah lagi, “ inilah kejayaan Kristian..mereka solat dengan muzik-muzik..lalu mereka mahukan umat Islam meniru ibadah seperti mereka..namun, untuk mereka masukkan muzik-muzik kedalam masjid, itukan tidak mungkin…maka, masukkan muzil lewat ( melalui ) bunyi-bunyian dari handphone…kita pun solat hari ini dengan pelbagai bunyi-bunyi muzik..yang rock pun ada…


Catatan penulis: Solusinya, elakkan membawa handphone diwaktu solat atau jika diperlukan sangat, pastikan anda ‘mewajibkan’ diri untuk off kannya atau silent sebelum solat dan apa-apa cara lain. Bagi pemanggil ( pembuat panggilan ) , anda juga perlulah menjadi manusia yang faham bilakah waktu yang sesuai untuk membuat panggilan dan tahu waktu-waktu solat serta anggaran selesainya waktu itu. So, sama-samalah faham ya. Jadi,janganlah bangga pula bila handphone berbunyi ketika solat, semua orang memandang kerana best dengan lagu dari handphone anda:)..


3 Jenis Manusia di Majlis Ilmu..

Sekurang-kurangnya dalam majlis ilmu baik di masjid, bilik kuliah di kampus, dewan seminar atau apa sahaja, ada 3 jenis manusia dalam bab memberikan pertanyaan :


1) Bertanya kerana benar-benar tidak tahu soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia benar-benar ingin mengetahui.


2) Bertanya sesuatu yang dia sudah tahu soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia meyakini masih ada orang ( pendengar ) yang tidak mengetahui permasalahan itu bahkan tidak terfikir untuk bertanya. Maka, mudah-mudahan apabila penceramah atau pengkuliah menerangkan permasalahan itu, bisa memahamkan orang lain juga.


3) Bertanya untuk mengenakan orang soalan diajukan untuk test power ilmu penceramah untuk melihat sejauhmana kemampuannya atau bertujuan untuk mengenakan mana-mana individu atau mana-mana kelompok dalam majlis ilmu tersebut. Contohnya : Ditanya soalan tentang perangai ‘kuat makan, kuat tidur, hisap rokok dan sebagainya’ bertujuan ingin menyakitkan mereka. ( Tetapi kalau sengaja ditanya secara umum dengan niat yang ikhlas untuk memperbaiki, itu dibenarkan. Yang penting keikhlasan ketika bertanya )


Jadi, pilihlah antara ketiga-tiga jenis tukang soal ini yang ingin anda terapkan pada diri anda sebagai ahlul ilmi. InsyaAllah.


Sekadar perkongsian…mudah-mudahan bermanfaat.

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive