3 Jenis Manusia di Majlis Ilmu..
Sekurang-kurangnya dalam majlis ilmu baik di masjid, bilik kuliah di kampus, dewan seminar atau apa sahaja, ada 3 jenis manusia dalam bab memberikan pertanyaan :
1) Bertanya kerana benar-benar tidak tahu – soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia benar-benar ingin mengetahui.
2) Bertanya sesuatu yang dia sudah tahu – soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia meyakini masih ada orang ( pendengar ) yang tidak mengetahui permasalahan itu bahkan tidak terfikir untuk bertanya. Maka, mudah-mudahan apabila penceramah atau pengkuliah menerangkan permasalahan itu, bisa memahamkan orang lain juga.
3) Bertanya untuk mengenakan orang – soalan diajukan untuk test power ilmu penceramah untuk melihat sejauhmana kemampuannya atau bertujuan untuk mengenakan mana-mana individu atau mana-mana kelompok dalam majlis ilmu tersebut. Contohnya : Ditanya soalan tentang perangai ‘kuat makan, kuat tidur, hisap rokok dan sebagainya’ bertujuan ingin menyakitkan mereka. ( Tetapi kalau sengaja ditanya secara umum dengan niat yang ikhlas untuk memperbaiki, itu dibenarkan. Yang penting keikhlasan ketika bertanya )
Jadi, pilihlah antara ketiga-tiga jenis tukang soal ini yang ingin anda terapkan pada diri anda sebagai ahlul ilmi. InsyaAllah.
Sekadar perkongsian…mudah-mudahan bermanfaat.