Solat bersama muzik-muzik...
Baru sahaja memulakan wirid selepas solat Isya’ secara perlahan, Ust menghentikannya sebentar dan terus memberi teguran spontan secara umum kepada semua ahli jama’ah apabila bunyian panggilanhandphone seorang makmum dibiarkan begitu sahaja tanpa dimatikan. Ketika itu pemilik handphone masih solat.
“ solat dengan muzik atau bunyi-bunyian itu adalah solatnya orang-orang Nasrani ( Kristian ) “ Saya yang duduk agak hujung kurang jelas apa lagi yang disampaikan oleh Ust sehingga membuatkan semua ahli jama’ah diam dan mengangguk-angguk.
Sampai di kelas, sebelum menyambung pengajian, kami terus menyoal semula. Jelas Ust pada kami “ ana pelik melihat segelintir dikalangan kita yang apabila handphonenya berbunyi sedangkan ia sedang solat, lalu dibiarkan sahaja tanpa dimatikan…apakah tidak bisa dimatikan atau terbatal solat jika dimatikan ? Padahal dia bisa mematikan dengan menekan menggunakan jarinya..dan jika berada dilantai dihadapannya, dia bisa memijak dengan jarinya…
“ Ust, bagaimana kalau handphone itu berada dalam sarungnya yang diletakkan dipinggang seperti orang tadi?” Ust tersenyum kerana memahami kemusykilan kami tentang pergerakan 3 kali yang membatalkan solat. “ yang membatalkan solat kerana pergerakan 3 kali itu secara sengaja atau darurat ?” tanya Ust. “yang batal itu pergerakan berturut-turut atau tidak?”
“ antum bisa keluarkan dari sarung dipinggang itu, kemudian mematikannya dengan jari..itu baru satu pergerakan..dengan jari bukan pergerakan anggota besar…kemudian memasukkannya semula..baru 2 kali..yang dilarang adalah berturut-turut dengan anggota besar…namun, dalam keadaan begini..antum bayangkan jika kita solat, ular melintas dihadapan pun, kita bisa bergerak untuk memukulnya..agak-agak berapa kali kamu bergerak untuk memukul ular?” apatah lagi dalam kondisi ini…ular hanya mengganggu kamu seorang…muzik dihandphone bisa mengganggu semua ahli jama’ah…Maka jika antum ke pesantren-pesantren, antum akan belajar masalah pergerakan yang dibenarkan ini..bahkan pengajian Fiqh Moden hari ini pun membenarkan pergerakan ketika darurat ( sangat memerlukan handphone dipadamkan )…
Selesai menjawab kemusykilan kami, Ust menambah lagi, “ inilah kejayaan Kristian..mereka solat dengan muzik-muzik..lalu mereka mahukan umat Islam meniru ibadah seperti mereka..namun, untuk mereka masukkan muzik-muzik kedalam masjid, itukan tidak mungkin…maka, masukkan muzil lewat ( melalui ) bunyi-bunyian dari handphone…kita pun solat hari ini dengan pelbagai bunyi-bunyi muzik..yang rock pun ada…
Catatan penulis: Solusinya, elakkan membawa handphone diwaktu solat atau jika diperlukan sangat, pastikan anda ‘mewajibkan’ diri untuk off kannya atau silent sebelum solat dan apa-apa cara lain. Bagi pemanggil ( pembuat panggilan ) , anda juga perlulah menjadi manusia yang faham bilakah waktu yang sesuai untuk membuat panggilan dan tahu waktu-waktu solat serta anggaran selesainya waktu itu. So, sama-samalah faham ya. Jadi,janganlah bangga pula bila handphone berbunyi ketika solat, semua orang memandang kerana best dengan lagu dari handphone anda:)..