Himpunan Bersih: Dr Asri minta Putrajaya tubuh panel khas siasatan
 KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sementara polemik mengenai Himpunan Bersih 2.0 berterusan, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan satu badan khas bagi menyiasat kebenaran mengenai dakwaan kekerasan melibatkan pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sementara polemik mengenai Himpunan Bersih 2.0 berterusan, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan satu badan khas bagi menyiasat kebenaran mengenai dakwaan kekerasan melibatkan pihak berkuasa.
Kata bekas mufti Perlis ini (gambar), selepas pendedahan rakaman video yang didedahkan polis semalam ia telah menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kekerasan yang digunakan pihak keselamatan semasa menghuraikan perhimpunan yang turut disertai pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat.
Asri yang dilihat sebagai pemerhati politik negara berkata demikian sehari selepas polis mengumumkan hasil siasatan melibatkan enam jawatankuasa mereka semalam.
Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pulang dari luar negara mendakwa perhimpunan 9 Julai lalu bertujuan menggulingkan kerajaan pimpinannya.
Petang tadi, Suhakam mengumumkan terma rujukan mengenai usaha mereka mahu mengadakan siasatan awam mengenai kekerasan pihak berkuasa sebelum dan selepas perhimpunan 9 Julai.
Namun kata Asri, rakaman yang diperoleh oleh peserta dan media menunjukkan sebaliknya tentang apa yang berlaku berbeza dengan apa yang didedahkan polis.
“Saya rasa kita perlu hentikan cerita apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 2.0 dan saya cadangkan kerajaan tubuhkan badan analisis yang akan menganalisis secara jujur tentang peristiwa yang berlaku.
“Hasil dari analisis itu kerajaan perlu membuat penilaian semua tindakan mereka terhadap Himpunan Bersih 2.0 dan pertimbangkan cadangan yang diberikan oleh badan itu agar kerajaan dapat mengawal imej mereka,” katanya pada sidang media selepas Forum Kepimpinan Wanita Dari Perspektif Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi, hari ini.
Jelas beliau, hasil daripada analisis itu juga turut boleh diguna pakai oleh Putraya sebagai panduan selain untuk tujuan penambahbaikan sistem yang sedia ada.
Ketika dihubungi the Malaysian Insider kemudian, Asri berkata badan itu perlu membuat analisis secara jujur demi kepentingan sama ada yang memihak kepada kerajaan ataupun pihak lain.
“Sekarang ada maklumat kata pihak kerajaan yang betul, malah ada maklumat kata penganjur dan pembangkang... kita kena ada jalan penyelesaian,” katanya yang yakin bahawa hasil siasatan panel bebas ini akan membantu menaikkan imej kerajaan bahawa ia terbuka dan bersedia mendengar pandangan ramai.
Asri juga mahu kerajaan bersikap terbuka dengan menyediakan ruang dalam media sama ada di saluran televisyen kendalian RTM ataupun memberikan lesen siaran kepada pembangkang.
“Di Bahrain, kerajaan mendakwa pembangkang pergi kepada media luar sebab tiada ruang di media dalam negara... jika kita tidak menyediakan ruang kepada pihak lain termasuk pembangkang, mereka pasti akan mencari media alternatif,” jelas beliau.
Semalam polis telah menayangkan rakaman video berhubung Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara sambil menegaskan tiada kekerasan dilakukan ke atas peserta perhimpunan kecuali mengakui insiden Hospital Tung Shin.
Hasil siasatan mengenai insiden hospital itu dijangka siap minggu depan.
Asri menambah, ekoran daripada perhimpunan anjuran Bersih 2.0 imej negara di mata dunia telah terjejas.
Justeru kata beliau, badan khas itu perlu bersikap adil dan jujur dalam memberikan cadangan kepada kerajaan.
“Jawatankuasa badan ini boleh terdiri daripada pakar atau pemerhati politik yang tidak menyebelahi mana-mana parti.
“Mereka perlu mengkritik tanpa berpihak pada mana-mana parti dan cadangan yang diberikan adalah untuk kepentingan kerajaan. Mereka perlu ambil orang seperti ini untuk kebaikan negara,” tegasnya.
Jelas Asri lagi, jawatankuasa Bersih 2.0 boleh terus meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanan tuntutan yang dikemukakan namun mesti mengikut prosedur yang betul.
“Tuntutan dari gabungan Bersih 2.0 perlu dibuat secara matang. Saya harap pihak kerajaan dan SPR tidak menutup pintu rundingan.
“Saya harap kerajaan ambil ikhtibar dari negara teluk. Media sepatutnya diberi ruang untuk membincangkan isu seperti ini,” katanya sambil menambah lapan tuntutan Bersih 2.0 itu mesti dibincangkan secara matang.
Selain itu kata beliau, bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit media perlu menganjurkan forum atau perbincangan secara langsung agar rakyat boleh membuat penilaian dengan adil.
“Jika mereka menyiarkan sebuah forum antara gabungan Bersih 2.0 bersama pihak SPR dan berbincang, rakyat boleh tengok dan nilai secara matang.
Ini juga boleh mengelakkan demonstrasi. Media perlu diberi ruang. Kerajaan juga perlu mulakannya sekarang kerana kini kita sedang berada di era baru. Jadi kerajaan perlu mulakan dengan cara yang lain. Kita perlu buka ruang antara Bersih dan SPR,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai tayangan video oleh polis, Asri berkata, kedua-dua pihak baik polis dan Bersih 2.0 mempunyai kesilapan mereka sendiri.
Beliau berkata, jika kebenaran untuk berhimpun di dalam stadium diberikan dan polis mengawalnya dengan baik, imej polis tidak akan terjejas di peringkat antarabangsa.
“Kita telah mengawal perhimpunan ini secara emosi. Kita perlu belajar sesuatu daripada peristiwa ini. Majoriti ahli sarjana berpendapat pengendalian isu ini tidak akan memuaskan imej kerajaan. Jika mahu kendalikannya, kendali secara profesional,” katanya
 
 

 Berikutan tekanan melampau yang dikenakan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir (baca agen UMNO) ke atas siswa/wi, satu memorandum telah dibuat reaksi terhadap sikap tidak profesional mereka. Siswa/wi ditendang kuliah, diugut, diancam, dihina, tidak diberi kerjasama dalam buat urusan dan macam-macam lagi. 19 Julai siswa/wi mendirikan Solat Hajat beramai-ramai. 20 Julai pula mereka ingin menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Berikutan tekanan melampau yang dikenakan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir (baca agen UMNO) ke atas siswa/wi, satu memorandum telah dibuat reaksi terhadap sikap tidak profesional mereka. Siswa/wi ditendang kuliah, diugut, diancam, dihina, tidak diberi kerjasama dalam buat urusan dan macam-macam lagi. 19 Julai siswa/wi mendirikan Solat Hajat beramai-ramai. 20 Julai pula mereka ingin menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi. Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu (gambar). Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.
Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu (gambar). Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan. KUALA LUMPUR, 22 Julai – Suhakam meminta pihak yang mempunyai bahan bukti atau maklumat berkaitan dakwaan mengenai penggunaan kekerasan melampau pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 9 Julai lalu agar menyerahkannya kepada badan itu sebelum 2 Ogos ini.
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Suhakam meminta pihak yang mempunyai bahan bukti atau maklumat berkaitan dakwaan mengenai penggunaan kekerasan melampau pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 9 Julai lalu agar menyerahkannya kepada badan itu sebelum 2 Ogos ini. “Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, “merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat.”
“Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, “merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat.”


 Tidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.
Tidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.  Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".
Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?". Beliau pada hari itu ditugaskan sekitar kawasan Jalan Pudu dan Menara Maybank - antara tempat yang menyaksikan paling ramai orang berkumpul.
Beliau pada hari itu ditugaskan sekitar kawasan Jalan Pudu dan Menara Maybank - antara tempat yang menyaksikan paling ramai orang berkumpul.
 Wahai Ibrahim Ali,
Wahai Ibrahim Ali,