Rihat Minda


Friday, 28 August 2009

Rahsia tarian POCO -poco terbongkar !

Written by admin on August 29, 2009 – 02:15 -


Makcik pun menari poco-poco

By: PakarHowTo

Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.

Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.
Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.

Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html


Blog Widget by LinkWithin


Tags:
Posted in Sang Kelulut | No Comments »

Tidak Mencela Makanan

diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Saw tidak pernah mencela setiap makanan (yang dihidangkan kepadanya), tetapi jika ia menyukainya akan dimakannya, sebaliknya jika tidak, Nabi Saw akan meninggalkannya (tanpa memperlihatkan ketidaksukaannya).

Cara Berbicara Nabi

diriwayatkan dari Aisyah ra. : Nabi Saw selalu berbicara dengan terang dan jelas sehingga seandainya seseorang ingin menghitung kata-kata yang diucapkannya, maka ia dapat menghitungnya.


diriwayatkan dari Aisyah ra. : "Rasulullah Saw tidak pernah berbicara cepat dan terburu-buru atau samar-samar seperti kalian".

Terdakwa Harus Mengambil Sumpah

diriwayatkan dari Ibn Abbas ra. : Nabi Saw. telah memberikan keputusan bahwa orang terdakwa harus mengambil sumpah.

Arahan, Larangan Dan Hikmah!

Bila tuhan suruh kita pakai tudung.. Ramai yang dok argue.. Sama juga apabila muslimah berpudah ramai yang pandang serong suatu masa dulu dan masa sekarang. Tak sesuailah, orang arab pakai pasal banyak debulah, ribut pasirlah tempat depa.
Tiba-tiba Allah tunjukkan hikmahnya! Tak kira laki ke perempuan, takut punya pasal kena pakai purdah walaupun tak pakai tudung! Nampak apa rahsia yang dah lama terpendam?

Bila Allah melarang dari memakan binatang ini, ramai yang melawan. Ramai yang tak kisah dan tak takut. Makin dilarang, inilah makanan yang paling disukai. Siap boleh cium, tepuk dan belai lagi. Boleh gaduh satu negeri pasal nak mempertahankan binatang ni.

Akhirnya Allah bagi hadiah benda H1N1 ni. Ramai manusia yang mati walaupun tak ada babi yang mati dalam negeri. Nampak apa yang hikmah Allah larang makan benda ni?

Lalu menjelma bulan Ramadhan di mana awalnya rahmat, pertengahannya Maghfirah dan Penghujungnya Pembebesan dari api neraka. Lalu kita dok lah bergaduh pasal cakap hadis dhaif la, mungkar la! Tak habis-habis bergaduh? Kenapa suka sangat kita nak bergaduh? Kenapa kita tak sibuk-sibuk dan pulun habis untuk melakukan segala amalan yang kita belajar untuk dipratikkan di bulan Ramadhan? Dan pratikkan sebaik-baiknya sepanjang hidup kita?


Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua! Amin! Marhaban ya Ramadhan!

Friday, August 28, 2009

Jemput Rakan Bukan Islam Ke Masjid -Nik Aziz

Atas: Rakan bukan Islam yang hadir.
Bawah: Majlis tazkirah.

Tok Guru sedang menyampaikan hadiah kepada warga miskin.

KOTA BHARU, 28 Ogos 2009: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatankuasa Masjid perlu menjemput rakan-rakan dari kaum lain yang belum Islam seperti di majlis sambutan Maulidurrasul, Israk Mikraj, Sambutan Awal Muharram yang sering diadakan di masjid, bertujuan bagi memperkemaskan lagi institusi masjid.

"Mereka ini memerlukan pendedahan yang sebenarnya terhadap kemurnian agama Islam yang tidak mengamalkan sebarang keganasan, bila mereka ada bersama, mereka akan dapat melihat dengan jelas keadaan yang sebenar berlaku di masjid, masjid bukan hanya tempat bersembahyang semata-mata,"katanya lagi.

Sebelumnya beliau berkata, perubahan perlu diadakan di setiap masjid negeri itu iaitu dengan menyediakan imam-imam atau penceramah agama dari pelbagai kaum seperti kaum Tionghua dan India. "Kalaulah kaum ini juga diterima sebagai penceramah di masjid-masjid, nescaya kita akan lebih memahami masalah kaum mereka dan ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama kaum di negeri ini," katanya lagi.

Nik Aziz juga berkata tanggapan orang ramai yang mengatakan bulan Ramadhan hanya untuk berpuasa sahaja perlu dikikis, kerana Ramadhan meliputi pelbagai program yang sudah diatur oleh Allah swt seperti setiap amalan dilipat gandakan ganjarannya, perbanyakkan sedekah, melakukan amalan solat sunat, membaca Al-Quran dan pelbagai lagi perkara yang berfaedah.

Dalam majlis itu, seramai 60 warga miskin Kota Bharu telah dipilih oleh Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Darulnaim untuk menerima sumbangan RM100 setiap orang bagi meringankan beban sempena bulan Ramadhan.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan MB yang juga Pengerusi Jawatankuasa masjid tersebut Ir.Mohd Ariff Fahmi Abdul Rahman ketika ditemui di majlis Perasmian Sambutan Ihya Ramadhan peringkat Kompleks Kerajaan negeri Kelantan itu berkata, seperti di tahun-tahun lepas, masjid yang terletak dipinggir pagar komplek kerajaan negeri tersebut akan menyediakan program tazkirah pada setiap hari bermula jam 12 tengahari dan berharap kakitangan kerajaan dapat mengambil menafaat tersebut.

Perasmian Ihya Ramadhan tersebut telah dirasmikan oleh Tok Guru. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato'Aiseri Ilias, Pegawai Kewangan Negeri Mohd Faudzi Mat Jusoh, Exco negeri, Wakil-Wakil Rakyat, Ketua jabatan dan kakitangan kerajaan negeri dan swasta.

Sementara itu Tuan Guru semasa menyampaikan tazkirah pertamanya berharap pada tahun ini rakyat negeri itu dapat menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan meraikan Al-Quran kerana Al-Quran telah diturunkan pada bulan yang mulia ini.

"Kita sering menyambut puja umur (hari lahir) manusia seperti isteri,anak-anak kita, Pemimpin Negara kita juga sambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw, oleh itu bulan Ramadhan ini kita pakat-pakat (ramai-ramai) sambut kedatangan Al-Quran iaitu dengan membacanya seberapa banyak yang boleh, bertaddarus mahupun mentafsirkannya," kata beliau.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 300 orang termasuk dari masyarakat India dan Tioghua. (2MA)

0 COMMENTS:

Thursday, 27 August 2009

Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut SunnahPDFPrintE-mail
Written by admin

Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

Adab-adab berhubung dengan ibadat mestilah merujuk kepada apa yang ditunjuk ajarkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Ada sebahagian pihak yang cenderung untuk mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana itu boleh mengurangkan keletihan dan sekaligus menghilang kelebihan puasa.

Read more...

Wednesday, 26 August 2009

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS
Zulkifli Sulong
Wed | Aug 26, 09 | 7:05:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

ImageMengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! _

Hikmah Ramadhan حكمة رمضان
Ramadhan adalah tamu yang sangat agung yang selalu dinanti dan ditunggu oleh kaum muslimin di seluruh dunia. Bulan Ramadhan memiliki banyak nama, diantaranya ialah:


1. Syahrut-Tarbiyah (Bulan Pendidikan) شهر التربية
Kenapa bulan Ramadhan disebut dengan Syahrul al-Tarbiyah/bulan pendidikan?
 Jawapannya: Kerana pada bulan ini kita dididik secara langsung oleh Allah SWT. Seperti makan pada waktunya sehingga kesihatan kita terjaga, mengatur waktu dalam kehidupan kita; bila waktu makan, bila waktu bekerja, bila waktu istirehat dan bila waktu ibadah.

2. Syahrul Jihad شهر الجهاد
Pada zaman Rasulullah s.a.w, peperangan banyak terjadi pada bulan Ramadhan dan telah dimenangi oleh kaum muslimin. Yang paling penting kita rasakan sekarang adalah kita berjihad melawan hawa nafsu sendiri, sehingga kita tetap bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti kita.

3. Syahrul al-Qur'an شهر القرآن
Al-Qur'an diturunkan di bulan Ramadhan dan pada bulan ini sebaiknya kita banyak membaca dan mengkaji kandungan Al-Qur'an sehingga kita faham dan mengerti perintah Allah yang terkandung di dalamnya.

4. Syahrul Ukhuwah شهر الأخوة
Pada bulan ini kita merasakan sekali ukhuwah diantara kaum muslimin terjalin sangat erat dengan selalu berinteraksi di Masjid/Surau untuk melakukan solat berjamaah. Dan diantara tetangga juga saling mengantarkan makanan sehingga antara kaum muslimin terasa sekali kebersamaan dan kesatuan kita.

5. Syahrul Ibadah شهر العبادة
Bulan Ramadhan disebut juga dengan bulan ibadah kerana pada bulan ini kita banyak melakukan ibadah-ibadah sunnah disamping ibadah wajib seperti solat sunat Dhuha, Rawatib dan Tarawih ataupun Qiyamullail serta tadarus al-Qur'an.


http://www.hidayatullah.com/opini/93-hikmah-ramadhan.html. (Kiriman Abu Mahbub)

SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?

pada anda, manakah antara dua ini yang adil, dan mana yang zalim??

SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?

Apabila seseorang disabitkan kesalahan bahawa dia memang minum arak, maka hukuman yang dikenakan kepadanya adalah sebat.

Dalam hadis, didapati sebat terhadap pesalah minum arak ada dua keadaan, iaitu 40 kali sebatan dan 80 kali sebatan.

Memandangkan dalam dua keadaan ini, menyebabkan lahirnya tiga pendapat ulama tentang sebat terhadap pesalah arak.

Pertama :

hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 40 kali sebatan. Dibenarkan menaikkan bilangan sebatang sebanyak 80 kali sebagai ta’zir.

Golongan ini didokong oleh As-Syafie,, Imam Ahmad dan Abu Sur.

Kedua:

Hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 80 kali sebatan.

Golongan ini didokong oleh Abu Hanifah dan Imam Malik.

Ketiga:

Hukuman pesalah arak adalah ta’zir. Terpulang kepada kebijaksaan pihak kerajaan Islam menentukan hukuman pesalah arak.

Golongan ini didokong oleh satu riwayat dari Hanabilah dan satu pendapat dari mazhab As-Syafie.

DALIL

PERTAMA;

Dalil-dalil golongan yang mengatakan hukuman pesalah arak adalah hudud dengan 40 kali sebat adalah seperti berikut;

1- hadis;

Abu Said Al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengenakan hudud kepada pesalah arak dengan memukul sebanyak 40 kali dengan kasutnya.

2- hadis;

Anas bin malik meriwayatkan bahawa rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Lalu, baginda SAW memukulnya dengan 40 kali sebat dengan pelepah tamar. Anas bin Malik menyatakan, tindakan ini dilakukan juga oleh Abu Bakar.

ISTIDLAL

Dari kedua-dua hadis yang dikemukakan, terbukti bahawa hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ia merupakan hukum hudud. Hal ini merujuk kepada tindakan Nabi SAW dan Abu Bakar.

Adapun penambahan sebanyak 40 kali sebat sehingga menjadi 80 kali sebat seperti yang berlaku pada zaman Omar, itu merupakan ta’zir.

Justeru, kepada pemerintah Islam, hukuman yang hendaklah dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ini adalah bilangan yang minimum. Pun begitu, jika mahu menambah 40 kali sebat lagi sehingga menjadi 80 kali sebat, maka itu dibenarkan kepada pihak kerajaan Islam, kerana ia merupakan ta’zir, sepertimana yang berlaku pada zaman Omar.

KEDUA;

Golongan kedua adalah golongan menyatakan hukuman pesalah arak adalah 80 kali sebat. Ia merupakan hudud.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

1- hadis;

Sur bin Zaid Ad-Daili meriwayatkan bahawa Omar didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Ali bin talib menyatakan, “aku berpandangan, orang yang minum arak dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Ini kerana, orang yang minum arak, adalah mabuk. Apabila dia mabuk, maka dia meracau. Apabila dia meracau, maka dia akan mengarut” makanya, Omar pun menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kepada peminum arak.

2- Hadis;

Dalam riwayat Abu Daud, dinyatakan bahawa Omar bertanya pandangan Abdur Rahman bin Auf tentang hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak. Abdur Rahman bin Auf berkata, ”aku berpandangan bahawa dijadikan kepada pesalah arak seringan-ringannya sebanyak 80 kali sebat”

ISTIDLAL

Keputusan Omar itu dihadiri oleh sebilangan sahabat yang besar. Tindakan itu tidak ditentang oleh sahabat nabi yang lain. Justeru, ia merupakan ijmak.

KETIGA;

Golongan ketiga berpendapat, hukuman terhadap pesalah arak bukanlah hudud; iaitu tidak ditetapkan secara khusus hukuman yang dikenakan kepadanya. Malah, ia merupakan hukuman ta’zir; dibenarkan kepada pihak pemerintah islam untuk menentukan hukumannya.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

1- Hadis;

Abdur Rahman bin Azhar R.A meriwatkan bahawa Rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang melakukan kesalahan arak. Ketika itu, mereka berada di Hunain. Nabi SAW mengambil tanah dan melemparkan kepada wajah pesalah arak itu. Lalu Nabi SAW menyuruh para sahabat melakukan hukuman terhadapnya.

Ada dari kalangan sahabat yang memukulnya dengan kasut. Dan ada yang memukulnya dengan tongkat dan sebagainya.

ISTIDLAL

Dari hadis yang dikemukan ini, didapati bahawa Nabi SAW tidak menentukan bilangan khusus terhadap pesalah arak. Ada ketika, nabi SAW menyuruh sahabat memukul tanpa menentukan bilangan khusus.

Dalam hadis yang lain pula, didapati Nabi SAW dan Abu Bakar mengenakan hukuman terhadap pesalah arak sebanyak 40 kali. Dalam hadis lain pula, didapati Omar bin Al-Khattab menentukan bilangan sebat kepada pesalah arak sebanyak 80 kali.

Justeru, dapat difahami bahawa hukuman ini tidak ditetapkan bilangan khusus, menandakan ia merupakan ta’zir, bukan hudud. Ini kerana, hudud adalah satu ketetapan dari Allah dan rasul, tanpa ada pertikaian pun.

KESIMPULAN

Dari ketiga-tiga pendapat yang mewakili golongan masing-masing, didapati kekuatan dalil yang wujud adalah pada golongan yang ketiga, iaitu golongan yang mengatakan bahawa hukuman pesalah arak adalah hukuman ta’zir, bukan hudud.

Justeru, sebagai kerajaan Islam, sebarang hukuman yang hendak dikenakan kepada pesalah arak, hendaklah memerhatikan maqasid disebalik perlaksanaan tersebut.

Sesuatu kesalahan yang hendak dikenakan kepada setiap pesalah, hendaklah merujuk kepada dua perkara, iaitu (1) Radi’ah dan (2) zajirah.

Radi’ah bermakna mencegah pelaku kesalahan dari mengulangi kesalahan yang telah dibuat. Adapun makna zajirah adalah mencegah orang lain daripada melakukan jenayah

Sekian

p/s : artikle ini bersumber dari dua buah kitab, iaitu kitab”’Uqubah Al-’Idam : m.s 640 – 648” dan kitab ”dirasah Fiqh As-Syafie : 4/23”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

Solat Sunat sebelum dan selepas solat fardhu


Informasi berkenaan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka.” (Abi Daud dan at-Tirmizi)

Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” (at-Tirmizi)

Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.

Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.

Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)

Sumber: http://ahmadzaki.wordpress.com

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive