Rihat Minda


Tuesday, 10 July 2012


Katanya 50 ribu orang sambut PM, kasihan…
Posted on Tuesday, July 10 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

ArtikelOleh: imamsurau

"

JANJI DITEPATI. TERAS JERNANG, BANDAR BARU, BANGI.

Katanya, Ahad lalu PM turun ke Bangi Selangor atas pentas ‘Janji Ditepati’ dengan sambutan 50,000 penduduk negeri Selangor. Hebat benar sambutan ini, kita tak dapat membayangkan dengan begitu ramai sokongan rakyat kepada PM kita, tapi Najib masih tidak sanggup membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Harus diingat, pilihan raya yang bakal diadakan kelak merupakan medan pertama Najib diuji dengan sebenar-benarnya. Kita tidak pernah lupa bahawa selama ini Najib naik kerana ‘bertenggek’ atas kapasiti giliran dan nasib.

Mudahnya dia naik

Masa mula-mula beliau terlibat dalam politik, adalah kerana menggantikan kerusi wakil rakyat milik ayahandanya yang meninggal dunia ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika itu Najib dipilih oleh rakyat atas budi dan nama baik serta simpati kepada perjuangan ayahandanya.

Kemudian, rentetan sejarah jawatan beliau dalam parti dan kerajaan juga seakan rezeki terpijak. Beliau jadi Menteri Besar Pahang yang termuda, semua tahu ketika itu tiada wakil UMNO yang benar-benar layak dan disukai oleh istana Pahang, maka Najib mendapat laba dari situasi itu.

Kemudian dia naik jadi Ketua Pemuda UMNO kerana Anwar naik pangkat ke Naib Presiden, seterusnya beliau jadi Naib Presiden bila Pak Lah naik jadi Timbalan setelah Anwar ditendang keluar dari UMNO dan Kabinet. Selepas itu, Najib naik ke takhta no.1 kerana Pak Lah ditendang keluar oleh UMNO sendiri.

Begitulah nasib yang sentiasa menyebelahi Najib Tun Razak. Beliau belum pernah diuji dilapangan sebenar, dan pilihanraya akan datang pastinya akan menjadi medan ujian sebenar sama ada Najib betul-betul dikehendaki oleh rakyat Malaysia atau tidak.

Hebat-hebat Najib, pakai Utusan juga

Dalam rentetan ini, kini Najib sibuk ke hulu ke hilir berkempen baik atas kapasiti kerajaan mahu pun parti. Kita sebagai rakyat biasa, sudah tak boleh nak beza yang mana kempen guna duit parti yang mana guna duit cukai rakyat. Najib dan UMNO, main sapu sahaja.

Dalam banyak adegan kempennya, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia sering sahaja ‘menggubah’ sokongan orang ramai kepada Najib, seolah-olah Najib sudah dipilih oleh rakyat secara automatik dalam siri-siri kempen menggunakan wang cukai rakyat ini.

Yang terbaru, tanpa sebarang gambar yang menunjukkan orang yang menyambut Najib, tiba-tiba Utusan yang terkenal sebagai akhbar fitnah telah mendakwa sejumlah 50,000 orang telah menyambut Najib. Pelik, tapi inilah hakikatnya.

Dulu sewaktu Bersih 3.0, Utusan dakwa hanya 30 ribu orang sedangkan orang yang hadir, wartawan antarabangsa yang berada di ibu kota masa itu, gambar-gambar dimuat naik ke internet menunjukkan sebaliknya, malah jauh besar dari dakwaan Utusan itu.

Najib cetus kesesakan lalu lintas dengan bas-bas sewa

Teman terpanggil nak mengutuk di sini kerana dah rimas dengan dakwaan 50,000 di sana, 70,000 di sini. Kebetulan pula, teman terperangkap dalam kesesakan lalulintas sewaktu acara Najib itu berlangsung. Ya memang ramai orang yang datang, kebanyakan budak-budak sekolah.

Namun, dalam banyak-banyak itu, rasanya bas-bas sekolah lebih banyak dari pengunjung. Plat bas-bas ini ada yang bermula dengan P, D, C, A, N dan J. Pastinya bas-bas ini disewa khas dari negeri tersebut.

Selain dari bas persiaran dan bas sekolah, banyak juga bas-bas dari kolej swasta. Kasihan budak-budak kolej dipaksa datang menyambut PM. Jumlahnya sekitar 100 buah. Semua bas-bas ini diletakkan di luar kawasan tapak pesta.

Projek bawa orang datang guna bas charter ke program UMNO atau kerajaan BN pastinya projek yang cukup lumayan. Saiz tapak majlis sekitar 700 meter persegi. Kalau dikira dengan jari, pasti muatnya tidak lebih dari 5,000 orang. Itu pun kalau kawasan parking tak penuh.

Kalau nak membohong pun, agak-agak la. Tapi itu Utusan kan…

Bagi Najib yang hadir sebagai VIP, pastinya tidak akan melihat gambaran sebenar di luar pentas acara. Yang dilihat adalah mereka yang telah duduk bersimpuh di hadapannya. Pasti juak-juaknya akan berbisik, “ Dato’ Seri, inilah penyokong kita, kita mesti sukses punya”.

Tanpa sedar bahawa semua yang hadir, majoritinya (mungkin 5,000 agaknya) bukanlah penduduk Selangor. Kasihan Najib, kena main dengan pengelola majlis.

Nampaknya, perjalan politik Najib kali ini pastinya sukar. Tiada lagi tiket untuk bertenggek selesa demi menjamin kekuasaan seperti dahulu. Sudahlah dia disindir dua kali oleh Dato’ Chua Soi Lek – kerana ketua MCA sanggup berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng – pastinya Najib semakin tertekan untuk mengelak dari berdebat dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim.

Kini Najib harus terima realiti, dia kena tunjuk kekuatan yang sebenar dengan menerima jemputan debat Perdana dengan Anwar Ibrahim. Tak perlulah bergantung dengan Utusan yang sudah berkali-kali kalah dalam saman fitnah. Najib kena disedarkan bahawa rakyat belum lagi memilih Perdana Menteri sejak PRU 2008. Tunggulah sehingga PRU13 nanti.

sumber"
 


Pulau Pinang bawah DAP
Posted on Tuesday, July 10 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

RencahOleh: paklongdin

"Salam semua...

Lama beralih umoq ni besa la, kudrat yang Tuhan bagi ni koi-koi dok berkurang. Mata koi dok rabun, rambut koi dok jarang. Kepala pun dah beransoq senja, nak pikiaq lebih-lebih pun rasa seksa...

Bukannya apa, Pak Long tengok Pulau Pinang la ni tak serupa dulu dah... pelik sungguh, banyak sangat berubahnya.

Pak Long tak heran sangat bila dalam Umno Penang Melayu tak dak tempat...

Lantak pi kat depa la bab tu...

Pak Long pun tak risau sangat bila Perkasa Penang berlagak hero tak kena tempat...

Pasai peshen tu saja yang depa pandai buat...

Tapi yang Pak Long haghu pasai Pulau Pinang neh... macamana Padang Kota Lama boleh berubah rupa. Padang yang elok-elok dulunya tempat muda-mudi merendek, tetiba habih bertukaq jadi lautan manusia mengagungkan yang Esa.


Bukan tak suka tapi terkesima, ini dah jadi sejarah neh....

Ishh... tak terpikiaq pulak Pak Long yang padang penuh bersejarah nie akan mencipta lagi satu sejarah Pulau Pinang moden...

Ni pun lagi satu yang Pak Long haghu pasai Pulau Pinang neh... macam tak percaya pun ada. Macamana Pulau Pinang boleh hantaq pompuan bertudung wakili depa dalam sukan SUKMA? SUKMA ni sukan penting negara, bukan tempat untuk suka-suka...


Tapi ni la kenyataannya, bukannya Pak Long tak suka tapi besa la... TERKESIMA. Pasukan takraw pompuan Pulau Pinang yang turun bertudung telah berjaya menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan dalam sukan SUKMA yang buat kat Pahang tue...

Ishh... tak terpikiaq pulak Pak Long, Pulau Pinang yang penuh bersejarah nie akan mencipta lagi satu sejarah Pulau Pinang moden... Ahli sukan wanitanya bertudung ketika mewakili negeri...

Errr... Pulau Pinang la ni bukan dibawah titah perintah DAP ka?

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/"
 


Kalau 1malaysia Boikot PETRON , Mahathir Confirm Demam & Mokhzani Bunuh Diri
Posted on Tuesday, July 10 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

PendapatOleh: ulitmayang

"Di usia mahathir 87 tahun, nafsu tamak kepada harta dunia tidak berkurang, malah bertambah haloba.

Mana kan tidak, terbaru bilamana diberitakan MAS sudah menandatangani kontrak dengan PETRON, sebuah syarikat milik mokhzani, iaitu anak Mahathir bagi menggunakan bahan api.

Samada kita hendak berburuk sangka atau tidak, itu terpulang lah kepada sikap masing – masing, tetapi hakikatnya dan fakta yang jelas menunjukkan betapa pengaruh Mahathir tidak berkurang walaupun sedikit dalam menentukan semua urusan perniagaan dalam negara ini.

Kalau lah rakyat 1Malaysia, dengan ambil tindakan paling mudah saja, iaitu pemimpin Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP melancarkan satu kempen seluruh negara, iaitu memboikot semua stesen minyak jenama PETRON, mulai hari ini, ini merupakan satu strategi berkesan untuk menumpulkan tumpuan ‘come back’ Mahathir di arena politik negara.

Tumpuan Mahathir, kalau pun tidak besar tetap akan meninggalkan kesan kepada fokus kerja pilihanraya nya. Diberitakan Mahathir masih lagi ‘mastermind’ juga kepada aktiviti politik UMNO/BN, sehingga kini

Kesan boikot sangat besar dalam usaha untuk mengumpul sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, iaitu kesan langsung disamping menjejaskan ekonomi Mahathir dan anak – anaknya. Kaedahnya mudah, Cuma perlunya kepada pemimpin – pemimpin utama Pakatan Rakyat menggerakkannya, dengan dimulai oleh ketua kepada parti PAS, PKR dan DAP. Adakan pelancaran di peringkat nasional, negeri dan daerah, parlimen dan DUN.

Kesanya nanti bukan saja kepada soal ekonomi Mahathir anak beranak, tetapi kesedaran politik sangat menyeluruh, dimana hampir disetiap daerah mempunyai stesen minyak jenama PETRON ini.

Apa kata kita mulakan dari sekarang? KLIK - Berita berkaitan 

Nota

Cuba lah mulakan dari sekarang. Yang paling confirm kesihatan Mahathir akan terganggu. Beliau bukan nya boleh tolerate dengan bebanan yang berat lagi. Dah acap kali jantung di'review'. Kira2 2nd hand dah. Kalau pun tak demam, tapi psiko nya pasti terjejas. Mokhzani pulak, jangan lah cuba bunuh diri macam Mirzan tak kala konsortium perkapalan nya lingkup suatu ketika dulu.


Untuk menjatuhkan Mahathir, Najib & UMNO/BN, strategi perlu lah pelbagai. Andai kata kaedah boikot PETRON ini berjaya, ianya sesuai lah dengan perumpamaan 'serampang dua mata', salah satu ekonomi Mahathir hancur, dan yang lebih penting politik UMNO/BN bungkus.

Elok kalau Yb Mahfuz dapat lead exercise ini"
 


Fulamak !!!! Kalau Bro Bikers Pun dah Sokong Tok Guru..pening kepala lagi Amano.
Posted on Tuesday, July 10 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

RencahOleh: abuluqman

"
Tok Guru Nik Aziz Melepaskan para peserta...


Tok Guru menyampaikan sepatah dua kata


Himpunan Kelantan International Bikers


Tiga Peserta Bikers bergambar dengan Tok Guru Kite


berebut rebut The Bikers kita nak salam dengan Tok Guru


Para peserta berkonvoi keluar dari Kota Darul Naim


Ketua Marshall Bersalaman dengan tok Guru


Tok Guru Melepaskan peserta International Bikers


Ha Tu Dia... Himpunan Motosikal Berkuasa Tinggi...

Terima kasih kepada Kelantan TV... baru aku perasan..pada hari sabtu yang lalu..banyak superbike masuk lebuh raya Gerik Jeli... aku ingat konvoi biasa je... rupanya ada perjumpaan International Bikers di Kota darul Naim pada 7/7/2012... bila pulang pun berderu deram superbike ni memotong kereta aku... memang terujala... ini gambar ori."
 

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive