Posted on Sunday, December 25 @ 00:37:26 PST
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali
 Oleh: siasahkini
  Oleh: siasahkini"Meh korang tengok bukti-bukti kaitan umno dengan judi nih..Masalah judi nih memag dari dulu umno dah halalkan..apa kita nak herankan kan,kan.kan
nih surat judi dari umno.korang nak tengok dengan lebih jelas klik untuk besarkan
Di     atas adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN     UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim,     iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber     Asli dan Alam sekitar.
Surat Rasmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.
Di     bawah pula dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh    1951,  menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau     Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO     gunakan itu adalah HARAM.

Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM (Klik untuk besarkan imej) http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/tengokbukti-bukti-umno-sebati-dengan.html
Pada     1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953   loteri   tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO   adalah   parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.
Korang nak tau sapa syeikh abdullah fahim? mufti Pulau Pinang itu?
Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebelum nih iaitu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.
Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.
Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.
Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.
 Demikian     keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau  pinang    dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah   Al-khairiyyah,   pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri   oleh kira-kira 50   orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati   dipengerusikan oleh TUAN HAJI   ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan   Seberang Perai
Pengakuan     selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan    Pekerja  (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna    Islam  (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam  dinegara   ini.  Walaupun surat ini (gambar di atas) sudah lama, namun  hingga  kini  KWSP  masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat  Islam  yang  kini  melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan  riba.
Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;
1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.
Pelaburan     pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif  KWSP    dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat  mengecewakan    kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara  paksarela begitu    sahaja.
Dengan     organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk     membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan     perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?
Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia :

Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/korang-nak-tau-harta-anak-tun-det-ada.html
San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.

Tan    Sri Wan  Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent   Non-Executive   Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff   Member/Independent   Non-Executive Director

Ahli    Lembaga  Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen   (B)  Tan Sri  Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
NAJIB SURUH PEMUDA MELAYU CONTOHI SIFAT TOKEY JUDI
GENTING     HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri    Najib  Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada pengasas    Genting  Berhad Tan Sri Lim Goh Tong, yang meninggal dunia akibat sakit    tua pada  Selasa, sebagai seorang yang berpegang pada janji dan    terhormat.
Beliau     berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani     melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.
“Mendiang     merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa     apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh,     beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.
“Bukan     sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat     terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di     sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas     memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di     Gohtong Villa.
Timbalan     Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada balu Goh Tong, Puan     Sri Lee Kim Hua, dan anak mendiang Tan Sri Lim Kok Thay.
Najib diiringi adiknya Datuk Mohamed Nazim.
Goh     Tong, 90, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada  23    Okt meninggalkan enam orang anak dan 19 cucu. Mayat mendiang akan     disemadikan esok.
“Banyak     perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya     berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri,     khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang  dapat    diteladani oleh orang lain,” kata Najib.
Timbalan     Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham    datuknya  Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa    bersama.
Najib     berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an,    beliau  juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong    dengan  keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang    dan  juga di masa depan.
AKHBAR RASMI UMNO, IAITU UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN, SETIAP HARI MESTI MENGIKLAN KEPUTUSAN JUDI…
UMNO dan Genting
Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.
Tiga     tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting    Highlands  Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur    (BSKL)  dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel    Berhad.
Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.
Di     bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World   Berhad   dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian   ini  telah  berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.
Umno     melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan     oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World     Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara  termasuk    di atas kapal peranginan.
Manakala     sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah    yang  mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti    perniagaan  judi dan kasino.
Yayasan     Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun   Razak   dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang   kedua-duanya   adalah cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.
Antaranya     ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua     Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk  Paduka    Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.
Manakala     bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek   Wan   Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,   Tan  Sri  Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.
Ini     memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah   bertaut   sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan   muda  dalam  Umno.
UMNO dan Sports TOTO
Sports     Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat     berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada     tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam     penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan     dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.
Sehingga     kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan     mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines     Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun     kegiatan loteri di negara berkenaan.
Syarikat     ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad     yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan  Perdana    Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Berdasarkan     carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga     Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih     memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.
Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.
Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.
Selain     itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan     bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang  Melayu    dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan  Mohamed  Saleh   Gomu.
Selain     dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang    menjadi  pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki    saham  dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk    Sulaiman  Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang    memiliki  292,336,584 saham di dalam Sports Toto.
Manakala     dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis     masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki     284,644,046 saham di dalam Sports Toto.
Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.
UMNO dan MAGNUM 4D
Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.
Magnum     4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D   Selangor,   Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur   dan  Malaysia  Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat    Magnum 4D  Berhad.
Syarikat     ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan     Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan     Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum     4D.
Pertamanya     ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham     oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan     Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan     60,502,000 saham dalam 4D.
Ini     menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak     langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan     tersebut.
Keduanya,     Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting     Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting     yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed     Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.
Ini     menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan     Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua     syarikat.
Menyentuh     mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan     Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang  juga    bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam  Magnum dan    6,666 saham di dalam 4D.
Lebih     memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya  Hak    Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan  pegangan    sebanyak 1,666,666 saham.
Di     samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut     memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334     saham.
Lingkaran     dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan     pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan     bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.
Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang-melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor
Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari…












 
