Rihat Minda
Saturday, 16 July 2011
Posted on Saturday, July 16 @ 23:39:06 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh PUTERI BULAN
Rhosek sana..rhosek sini, kaieh sana…kaieh sini…selongkaq sana..selongkaq sini..UMNO/BE END nak cari bahan habuan nak pukul kerajaan negeri Kedah. Cari punya carilah dapatlah satu cerita yang bunyinya lebih kurang macam nilah…… ‘PAS tunduk lagi’….(rujuk Mingguan Meloya Ahad 17/7/2011).
Konon2nya laa..Kerajaan negeri kedah ni tunduk kepada kehendak DAP apabila memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.
UMNO/BE END cuba nak putaq belit cerita kononnya atas desakan DAP maka keputusan yang dibuat akan dikaji agar tidak mengecil hati orang-orang DAP.
Sudah2lah wahai sahabatku UMNO/BE END…Puteri pernah kata…UMNO ni dulu2 dia bagi gambaran buruk tentang PAS pada bukan Islam..tapi bila bukan Islam dah kenai PAS..dia konar guna sentimen perkauman terutama kepada orang-orang kampung. Tulah kerja UMNO/BE END yang cakap tak pernah ikut fakta tapi ikut selera.
Nak bagitau kat hampa..baca elok2..celik mata tu luas-luas…kerajaan negeri tidak melarang orang bukan Islam membuka pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan ini kerana itu merupakan hak mereka dan kita tak boleh kacau. TAPI…ORANG ISLAM TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI PREMIS TERSEBUT.
Mana-mana premis yang membenarkan orang-orang Islam menjadi pelanggan mereka dalam tempoh tersebut, lesen premis mereka akan ditarik. Oleh itu perkara tersebut lansung tidak menjejaskan mana2 pihak samada bukan Islam atau orang Islam sendiri.
Puteri rasa keputusan tu bukan sahaja mengecewakan harapan UMNO/BE END yang cuba nak pecah belahkan Pakatan Rakyat tapi juga mengecewakan kaki2 hiburan (orang Islam) yang nak tumpang sekaki. Maklumlah… nak hilangkan letih berpuasa sementara nak tunggu masa berbuka..(iyee tak)
Posted on Saturday, July 16 @ 23:28:10 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Muslim
ALOR SETAR, 17 Julai 2011 – Demi menjaga kepentingan bersama dan untuk membolehkan penyelesaian ‘menang-menang’ dicapai mengenai isu larangan pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadhan baru-baru ini, Kerajaan Negeri Kedah membenarkan pusat hiburan dibuka sepanjang Ramadhan tetapi bersyarat.
Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, operasi pusat hiburan dapat diteruskan seperti biasa jika beberapa syarat yang ditetapkan dapat dipenuhi antaranya tidak membenarkan orang Islam memasuki premis berkenaan dan ianya juga adalah demi menjaga kepentingan kira-kira 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis penyerahan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan oleh Dewan Perhimpunan Cina (DPC) Kedah kepada beliau di Seri Mentalon.
“Bagi mendapatkan persetujuan bersama dalam soal penetapan syarat, kita telah mengarahkan pentadbiran kerajaan negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berjumpa dengan pengusaha-pengusaha pusat hiburan.
“Selain itu, mengenai penetapan syarat, kita lihat bagaimana perbincangan di antara SUK dengan pengusaha dan mungkin beberapa syarat berat diletakkan seperti menarik balik lesen operasi sekiranya pengusaha membenarkan orang Islam memasuki pusat hiburan mereka,” terangnya.
Katanya lagi, walaubagaimanapun terpulang kepada kerajaan negeri untuk menentukan syarat-syarat yang sesuai memandangkan ianya dibuat untuk menyelesaikan masalah dan bukan untuk menambah masalah.
Demi menjaga kesucian bulan Ramadhan, umat Islam sememangnya tidak dibenarkan memasuki pusat hiburan yang mempunyai arak.
Turut hadir, Penasihat Dewan Perhimpunan Cina (DPC) Kedah, Tan Sri Wiliam Chek Lin Kwai, Timbalan Pengerusi, Dato’ Tan Son Lee dan Bendahari DPC Kedah, Oon Pheng Khoon.
“Untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai maka kerajaan negeri turut mengarahkan SUK dan pentadbiran kerajaan negeri untuk menyenaraikan jenis pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.
“Selain itu, sebelum ini ramai orang kata cyber kafe, bowling dan pusat snuker tidak dibenarkan sedangkan ianya lebih kepada sekadar pusat rekreasi berbanding pusat hiburan,” katanya.
Tambah Dato’ Azizan, penguatkuasaan Enakmen 1997 juga memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk membanteras kewujudan pusat hiburan haram dan tidak berlesen yang banyak beroperasi terutamanya di luar bandar.
Sementara itu, Pengerusi DPC Dato’ Cheng Lai Hock menafikan bahawa ada pengusaha yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri dan menganggap keyataan itu hanya dikemukakan pemimpin parti politik tertentu.
“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana melonggarkan syarat penguatkuasaan Enakmen 1997 dan bersedia menerima mempertimbangkan rayuan kira-kira 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah.
“Dalam memastikan perniagaan mereka beroperasi di bulan Ramadhan, pengusaha-pengusaha pusat hiburan sudah menyatakan kesediaan untuk memenuhi apa jua ketetapan kerajaan negeri termasuk melarang umat Islam memasuki premis mereka,” ujarnya.
Beliau berkata lagi, DPC juga menyerahkan satu memorandum rayuan kepada Dato’ Seri Azizan untuk mempertimbangkan nasib pengusaha dan kira-kira 6 ribu pekerja pusat hiburan dan kami amat bebesar hati kerana ianya dapat diselesaikan secara menang-menang.
Posted on Saturday, July 16 @ 18:58:36 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Zulkifli Yahaya
Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Bersih 2.0 oleh BN dan konco-konconya mengapa himpunan raksasa rakyat Malaysia itu diadakan. Tuduhan yang paling popular ialah mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; nak tutup isu video, nak alih isu liwat, nak tumbangkan kerajaan melalui kekerasan untuk beliau jadi Perdana Menteri dan macam-macam lagi.
Manusia yang kedua teruk menjadi bahan belasahan BN dalam isu Bersih ialah Datuk Ambiga.Beliau digelar ‘Raja Murtad’ maksudnya ketua bagi segala manusia yang murtad. Bila pula Ambiga pernah menjadi Islam tiba-tiba jadi murtad? Entahlah, mungkin tidak faham apa itu murtad.
BN yang menggubal undang-undang membenarkan orang Islam murtad, tiba-tiba sensitif pula dengan isu murtad. Walhal berdekad-dekad pemimpin parti asobiyah itu asyik mempersenda hudud dan hukum Islam yang boleh menyebabkan seseorang Muslim jatuh murtad.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 tiada kena mengena langsung dengan isu murtad atau liwat. Andai kata pihak yang memperjuangkan Bersih bukan Ambiga atau Anwar, maka himpunan Bersih 2.0 tetap akan dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia seperti yang dipamerkan pada 9 Julai lalu.
Mempertikaikan Ambiga dan mengaitkan dengan isu murtad, setelah BN gagal menghalang kebangkitan rakyat tidak lebih dari cubaan mengalih isu. Ia juga merupakan tindakan ‘tak dapat kepala, tanduk dipulas’. Ambiga bukan pemimpin parti politik dalam Pakatan Rakyat. Ambiga bukan ahli politik, dia tidak akan bertanding pilihanraya dan tidak akan jadi Perdana Menteri. Dia memimpin NGO bernama Bersih dengan konsensus dari lebih 60 NGO yang bergabung di dalamnya kerana profesionalismenya di bidang guaman serta relevan dengan isu yang diperjuangkan.
Macam jurulatih bolasepak kebangsaan Jayagopal dipilih. Apabila seluruh rakyat malaysia menyokong pasukan Malaysia, apakah bermakna mereka telah menyokong agama hindu anutan Jayagopal? (Tidak pasti dia Hindu atau Kristian tapi yg pasti dia kafir) Tidak cerdik sangatlah jika ada pihak yang mempertikaikan Jayagobal dipilih sebagai jurulatih kerana dia India non-Muslim. Tiada kena mengena ketuanan Melayu dengan bolasepak. Itu tamsilan yang sangat mudah untuk difahami.
Selepas himpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpunkan beratus ribu rakyat jelata, muncul pula soalan, apa yang penganjur himpunan Bersih dapat selain dari (kononnya) menyusahkan orang ramai? Sebenarnya yang jadi punca rakyat susah ialah kawalan dan sekatan yang bukan-bukan oleh pihak tertentu atas arahan BN. Namun beban kesusahan yang dihadapi rakyat tidaklah seteruk beban kesusahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan juak-juaknya merasa ketakutan yang luarbiasa terhadap gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan.
Seperti dijangka lapan tuntutan Bersih tidak akan dipedulikan oleh BN namun banyak manfaat diperolehi dari penganjuran Bersih 2.0, antaranya:
1. Menyerlahkan gelombang kebangkitan rakyat, PR kembali memperolehi momentum untuk memacu perjuangan sehingga pilihanraya setelah agak lama defensif. Tiba-tiba PR dari pucuk pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong bawahan kembali bersemangat. Komitment untuk hadir ke program anjuran parti meningkat dengan mendadak di seluruh negara.
2. Berjaya mengkucar-kacirkan dalaman BN. Bila ada kelompok di kalangan mereka yang bersetuju akan demonstrasi (Perkasa dan Patriot) dan ada yang menentang, ada yang setuju Najib tawarkan stadium dan ada pulak yang tidak; maka nampaklah kecelaruan mereka. Dalam media maya, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin adalah mangsa serangan yang teruk oleh laman maya arus perdana UMNO.
3. Memberitahu bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi akan ugutan oleh pihak berkuasa kerana mereka sudah celik hak asasi dan tahu undang-undang. Serbuan polis, sekatan jalanraya, pekeliling ketua jabatan tidak dapat menghalang beratus ribu rakyat Malaysia keluar ke jalanraya menuntut demokrasi yang adil. Ramai kakitangan kerajaan serta pelajar IPTA terbabit sebagai peserta demonstrasi, tiada lagi rasa takut.
4. Media-media arus perdana yang dikuasai BN tidak lagi berkuasa melakukan perang saraf, manipulasi dan propaganda untuk menipu rakyat. Keupayaan mereka hanyalah untuk menipu penyokong tegar sendiri.
5. Media-media maya tiba-tiba dikuasai oleh penyokong PR. Serangan bertubi-tubi terhadap BN melalui laman social meningkat secara mendadak.
6. Menyerlahkan kebangkitan golongan muda dalam menentang kerajaan tua BN. Situasi ini amat membimbangkan BN kerana tidak kurang dari 80 peratus peserta himpunan Bersih adalah anak-anak muda. Video perhimpunan dan perarakan Bersih yang boleh diakses dengan mudah di medan maya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan muda yang menguasai.
7. Berjaya meruntuhkan reputasi kerajaan BN di mata dunia. Pejuang hak asasi manusia menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang yang tidak layak menerima hamparan permaidani merah di pentas dunia. Apa untungnya jika kerajaan BN ditekan pihak antarabangsa? Untungnya ialah mereka berjaya dilemahkan, justeru tidak berupaya pula menekan pihak pembangkang dengan kekuatan yang maksimum.
8. Pengiktirafan oleh Yang Di-Pertuan Agong terhadap Bersih adalah catatan kejayaan Bersih yang sangat besar. Ia mengesahkan bahawa Bersih bukan pertubuhan haram, perusuh atau pengacau. Khabarnya selepas Bersih terdapat sebuah NGO rasis cuba mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong tetapi tidak berjaya.
9. Menyerlahkan ketakutan BN yang bukan kepalang. Mereka takut perhimpunan aman bertukar jadi revolusi yang menjatuh pemimpin kerajaan macam di Mesir dan Tunisia. Perbagai bentuk provokasi dan manipulasi dibuat untuk menggagalkan Bersih termasuk mengadakan cerita komunis, senjata dan bom petrol.
10. Kejayaan penggembelingan tenaga pelbagai kaum dalam PR. Kalau Bersih kali pertama, hampir keseluruhan peserta adalah berbangsa Melayu tetapi kini pelbagai bangsa turun memberi sokongan.
Friday, 15 July 2011
Menurutnya Himpunan Aman BERSIH 2.0 Sabtu lalu memaparkan perpaduan berbilang kaum mengatasi kempen Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.
“Tarikh 9 Julai, adalah tanda hari kemenangan bagi rakyat Malaysia. Itulah sebenarnya, OneMalaysia. 1Malaysia yang tidak dapat ‘dinikmati’ oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
“Walau pun beliau (Najib) terpaksa terpekik-terlolong, bersyarah di seluruh negara dengan slogan ‘Onemalaysia’. Tetapi yang berjayanya ialah kita pada hari tersebut,” tegasnya pada Majlis Ceramah Pra-PRU Ke-13, di Kampung Padang Hiliran, Kuala Terengganu, 14 Julai lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata Bersih 1.0 yang dilaksanakan pada tahun 2007 tidak sama dengan Bersih 2.0 yang lalu.
Katanya, berlaku suatu fenomena era baru dalam politik Malaysia terutama di kalangan anak-anak muda.
“Bersih 1.0 tidak sama dengan Bersih 2.0 kerana pada tahun 2007, Bersih 1.0 saya berani katakan 95 peratus pesertanya adalah majoriti orang Melayu Islam sahaja.
“Tetapi Bersih 2.0 adalah suatu fenomena dan senario yang jauh berbeza dan kita dapat lihat suatu kebangkitan. Berlaku suatu era baru dalam politik Malaysia khususnya anak-anak muda Malaysia.
“Orang Cina, orang India, orang Melayu hingga kepada kumpulan-kumpulan etnik dari Sabah dan Sarawak datang untuk menyemarakkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan satu tekad dan matlamat untuk kita mendesak supaya diadakan suatu sistem pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara kita,” jelasnya.
Katanya, PAS akan terus menyokong perjuangan tuntutan Bersih 2.0 hingga menjadi satu kenyataan kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya, tidak ada istilah berputus-asa dalam perjuangan menuntut keadilan bersama Bersih 2.0 kerana tidak terkeluar dari lunas-lunas dan undang-undang.
“Kita (PAS) akan terus berjuang untuk kita menjadikan tuntutan Bersih 2.0 itu satu kenyataan, Insya’Allah. Kami rakyat Malaysia, kami tidak akan putus-asa dan kami tetap akan berjuang kerana apa yang Bersih 2.0 tuntut, tidak pernah terkeluar dari lunas-lunas, undang-undang.
“Apa yang Bersih 2.0 perjuangkan tidak pernah mencabar ketinggian Perlembagaan Negara dan apa yang Bersih 2.0 perjuangkan tidak pernah menderhaka titah Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong.
“Kita akan terus mara, Insya’Allah. Kita hendak menumbangkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang,” ujarnya
Salahuddin menggesa agar rakyat Terengganu berani membuat perubahan kerana dengan sistem pilihan raya yang bersih mampu menawan semula Wisma Darul Iman.
Thursday, 14 July 2011
Tuntutan BERSIH sepatutnya 9.
Jul 14, 11
5:00pm
"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.
Ketika diwawancaraMalaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".
"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.
Kepimpinan 'bangsawan'
Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.
"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.
"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".
Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.
Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".
"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).
"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.
Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.
"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.
Khalid Samad: Bersih 2.0, pengalaman saya |
Khalid Samad |
Pengalaman saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apabila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA. Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong. Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral. (Khalid Samad sejurus selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke atas kepalanya. Ketika gambar diambil, kepala sudah berbungkus dengan kain puteh) Kelihatan juga beberapa wanita yang terduduk di atas jalan, tercungap-cungap kepedihan, hadiah dari BN yang ingin terus mempertahankan proses pilihan raya yang kotor. Mereka sedar akan risikonya tetapi mereka ingin juga melihat perubahan dan keadilan. Apa akan mereka warisi sekiranya kepincangan diteruskan dan kekayaan negara terus disalah-gunakan? Oleh itu mereka datang walaupun tahu kemungkinan mereka akan dilayani sebegitu rupa oleh BN. (Kesan jahitan pada kepala Khalid Samad) |
Tuesday, 12 July 2011
Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS Posted on Tuesday, July 12 @ 00:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Petikan merdekareview.com
... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.
Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.
Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.
Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!
Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.
Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.
"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.
Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.
Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!
Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!
Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.
Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.
Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.
Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"
Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....
Matlamat sama..
Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"
Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.
Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.
Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.
*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.
Sumber: MerdekaReview
Jul 12, 11
8:56am
Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri?
Bagi rakyat biasa, sesuatu pihak dikira melakukan keganasan apabila menyerang dengan segala kudrat dan senjata yang ada pada mereka (gas pemedih mata, air berkimia, menumbuk dan memijak) terhadap sasaran yang tidak bersenjata (kecuali botol air mineral) tetapi hanya berhimpun secara aman.
Inilah yang berlaku pada 9 Julai.
Tidak perlu Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengemukakan video untuk membuktikan sebaliknya kerana begitu banyak rakaman yang sudah sedia ada dalam laman-laman blog untuk tatapan seluruh dunia.
Dan jika bukti video itu tidak mencukupi, gambar-gambar Mohamad Sabu di atas kerusi roda dan foto enam jahitan di kepala ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad boleh juga diperolehi dengan mudah oleh Najib, Hisham dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk melakukan penilaian.
Kalau masih tidak memadai, mungkin ada pihak perlu memberi peringatan bahawa sebuah keluarga kini berkabung kerana kehilangan ketua keluarga mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.
Kematian allahyarham Baharuddin Ahmad diselubungi dengan pelbagai dakwaan namun hakikatnya ialah beliau menemui ajal semasa asakan polis bagi menyuraikan sebuah perhimpunan bersih dan aman.
Remehkan kecederaan
Namun semua fakta ini tidak akan memberi kesan kepada Najib, Hishamuddin dan Ismail kerana mereka terpaksa mempertahankan kredibiliti Polis Diraja Malaysia.
Maka, oleh kerana itulah Najib meremehkan kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mengakui ketua pembangkang itu ditembak dengan gas pemedih mata.
Ketua Polis Negara sebelum ini menafikan Anwar ditembak dengan gas pemedih mata, sungguhpun visual dan keterangan saksi menunjukkan keadaan sebaliknya.
Hishamuddin pula enggan mengakui polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu.
Ismail sekali lagi menafikan insiden memalukan itu sungguhpun, wujud foto dan keterangan saksi yang menempelak penafian itu.
Tentunya Najib dan Hishamuddin tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas sebarang kekerasan polis sungguhpun apa yang berlaku Sabtu lalu lebih berpunca daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka berdua.
Bertukar ganas
Persoalan asas ialah bila dan pada tahap mana perhimpunan aman BERSIH 2.0 bertukar menjadi ganas Sabtu lalu?
“Keganasan” itu jelas tercetus apabila polis mula menyembur air berkimia dan gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rawak ke atas sesiapa disyaki mendokong BERSIH 2.0.
Namun “keganasan” yang berlaku adalah pada satu pihak sahaja. Tidak ada tindak balas daripada rakyat yang menjadi sasaran.
Respon paling “agresif” beberapa peserta BERSIH ialah melontar balik sarung gas pemedih mata ke arah polis atau membuangnya ke dalam longkang dan sungai berdekatan.
Mereka mengharungi segala kesakitan akibat terhidu gas beracun atau terkena pancutan air berkimia atau kedua-duanya sekali. Rasa pedih dan loya dan sesak nafas hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang terpaksa diharungi mereka.
Hakikat bahawa polis akan menggunakan kekerasan menjadi satu kepastian jauh sebelum 9 Julai menyingsing.
Aparatus polis
Ia menjadi satu hakikat apabila Hishamuddin bingkas mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram minggu lalu.
Hanya beliau dan Najib boleh menerangkan keperluan untuk sebuah rangkaian kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba-tiba boleh menjadi musuh kerajaan hanya kerana menuntut pilihan raya adil dan telus.
Apa yang jelas ialah Hishamuddin dan Najib menggunakan segala aparatus polis untuk memaksa penganjur BERSIH 2.0 membatalkan perhimpunan mereka, dengan disokong oleh media arus perdana dan institusi awam yang lain.
Namun rancangan itu tersasar kerana BERSIH 2.0 tidak beralah daripada matlamatnya mengadakan perhimpunan aman walaupun penyokongnya mula ditangkap di seluruh negara dan pemimpinnya diaibkan di media arus perdana.
Terima tamparan
Najib dan Hishamuddin juga menerima tamparan apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil peranan negarawan dan berjaya “memujuk” BERSIH 2.0 membatalkan perarakan di jalan raya.
Campurtangan Seri Paduka itu membuka ruang untuk Najib dan Hishamuddin menyelesaikan kemelut BERSIH 2.0 secara baik, khususnya apabila penganjur bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan diadakan di sebuah stadium.
Namun belum sempat rakyat menarik nafas lega, gandingan sepupu ini mengisytiharkan bahawa BERSIH 2.0 pertubuhan haram dan tidak layak memohon permit.
Permohonan BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka ditolak dan sebaliknya penganjur “diarah” mengadakan perhimpunan di stadium-stadium yang terletak di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Tujuan arahan itu adalah jelas – Perdana Menteri cuba menyempitkan gerakan BERSIH 2.0 kepada sesuatu yang didalangi oleh pembangkang dan bukannya cetusan suara rakyat.
Justin Bieber lebih berhak
Najib memberi alasan kononnya Stadium Merdeka tidak boleh digunakan oleh BERSIH 2.0 kerana ia adalah mercu atau simbol negara, tidak masuk akal.
Stadium Merdeka telah berkali-kali digunakan untuk konsert rock dan hiburan termasuk pertunjukan Justin Bieber pada 21 April lalu.
Apakah Justin Bieber lebih berhak menggunakan Stadium Merdeka daripada ribuan rakyat negara ini yang mahu menyuarakan keperluan pilihan raya yang adil dan telus secara aman?
Tentunya tidak. Namun inilah alasan yang dijaja oleh Najib kepada penyokong-penyokong Umno, ahli pertubuhan silat dan sebagainya, sehari selepas perhimpunan BERSIH 2.0.
Penganjur BERSIH menyedari perangkap yang diletakkan oleh Najib dan Hishamuddin dan terus berpegang kepada hak mereka mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, walaupun di luar perkarangannya.
Ini kerana Stadium Merdeka adalah kawasan “neutral” dan adalah “milik” rakyat Malaysia serta bukan di bawah telunjuk mana-mana parti politik.
Patahkan BERSIH
Apabila penganjur mengambil ketetapan ini, maka arahan dikeluarkan kepada pihak polis untuk melakukan apa yang perlu bagi mematahkan rancangan BERSIH.
Justeru diadakan sekatan-sekatan jalanraya, penutupan kawasan tertentu, pembekuan permit bas ke Kuala Lumpur dan pemeriksaan di hotel-hotel menjelang 9 Julai.
Perintah mahkamah diperolehi untuk menghalang penganjur dan pemimpin politik tertentu daripada memasuki Kuala Lumpur. Ibu negara seolah-olah dalam keadaan darurat.
Dengan kongkongan sebegitu, tidak hairanlah pada 9 Julai, pancutan air berkimia, gas pemedih mata polis menunggu puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang keluar beramai-ramai menghala ke Stadium Merdeka.
Hak mereka untuk berjalan secara aman dicabuli dengan sewenang-wenang di atas nama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.
Najib harus menerangkan bagaimana satu “perjalanan demokrasi” oleh rakyat untuk dua tiga jam di beberapa kerat jalanraya boleh menjadi isu keselamatan negara dan mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada peniaga, jika tidak ada provokasi polis!
Rakyat dihukum
Jika polis telah memberi kerjasama kepada lebih 5,000 pengawal yang disediakan oleh penganjur BERSIH untuk mengawal lalu lintas dan aspek keselamatan lain, apakah kita akan menyaksikan adegan-adegan yang terpampang di Internet sekarang.
Rasanya tidak!
Akibat agenda politik Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, puluhan ribu rakyat yang “berani” menyokong BERSIH seolah-olah dikumpulkan di Kuala Lumpur dan “dihukum” dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.
Lebih 1,600 orang ditangkap untuk diheret ke mahkamah, seorang mati dan tidak kurang yang menyimpan parut luka atau kenangan “ikhlas”dari polis.
Justeru, janganlah Perdana Menteri dan sepupunya terlalu bingkas menuding jari kepada penganjur BERSIH 2.0 di atas kekecohan Sabtu lalu.
Tidak dinafikan keganasan berlaku, tetapi siapa yang mencetuskannya dan siapa pula yang mengganas?
Bak kata Karam Singh Walia dari TV3: Siapa pula yang melontar batu dan menyembunyi tangan?
Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik
FEEDJIT Live Traffic Map
Blog Archive
-
►
2013
(14)
- ► 03/17 - 03/24 (7)
- ► 02/03 - 02/10 (7)
-
►
2012
(139)
- ► 12/16 - 12/23 (2)
- ► 11/18 - 11/25 (7)
- ► 11/04 - 11/11 (1)
- ► 10/21 - 10/28 (2)
- ► 10/07 - 10/14 (1)
- ► 09/02 - 09/09 (4)
- ► 08/05 - 08/12 (5)
- ► 07/22 - 07/29 (2)
- ► 07/15 - 07/22 (3)
- ► 07/08 - 07/15 (4)
- ► 06/24 - 07/01 (4)
- ► 05/20 - 05/27 (3)
- ► 04/29 - 05/06 (11)
- ► 04/22 - 04/29 (6)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 03/11 - 03/18 (2)
- ► 03/04 - 03/11 (3)
- ► 02/26 - 03/04 (14)
- ► 02/19 - 02/26 (2)
- ► 02/12 - 02/19 (8)
- ► 02/05 - 02/12 (5)
- ► 01/29 - 02/05 (1)
- ► 01/22 - 01/29 (11)
- ► 01/15 - 01/22 (22)
- ► 01/08 - 01/15 (9)
- ► 01/01 - 01/08 (1)
-
▼
2011
(108)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 12/18 - 12/25 (4)
- ► 11/27 - 12/04 (2)
- ► 11/06 - 11/13 (4)
- ► 10/02 - 10/09 (1)
- ► 09/11 - 09/18 (2)
- ► 09/04 - 09/11 (6)
- ► 08/28 - 09/04 (5)
- ► 08/14 - 08/21 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (7)
- ► 07/24 - 07/31 (8)
- ► 07/17 - 07/24 (27)
-
▼
07/10 - 07/17
(14)
- Pecahkan Pakatan Rakyat: 'UMNO gagal lagi'Posted o...
- Boleh buka pusat hiburan, tapi hanya untuk pelangg...
- Siapa kata Bersih 2.0 gagal, inilah hasilnya...Pos...
- No title
- Tuntutan BERSIH sepatutnya 9.- oleh BayangDiAirAma...
- Samad Said: Najib 'memang kejamlah'Abdul Rahim Sab...
- Khalid Samad: Bersih 2.0, pengalaman sayaKhalid Sa...
- Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat be...
- 9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tanganWira Arju...
- Bersih 2.0: Abim gesa semua pihak mula rundingan k...
- 10 Soalan Untuk Ketua Polis Negara
- Bersih 2.0: Pemuda PAS mahu Suhakam arah KDN, poli...
- Bersih 2.0: Suhakam dakwa tindakan polis cabuli ha...
- Tahniah Tok Non dan Saiburi Sudin jadi VIP kat Pul...
- ► 07/03 - 07/10 (7)
- ► 06/19 - 06/26 (2)
- ► 06/12 - 06/19 (2)
- ► 06/05 - 06/12 (9)
- ► 05/29 - 06/05 (1)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
-
►
2010
(169)
- ► 06/27 - 07/04 (2)
- ► 06/20 - 06/27 (2)
- ► 05/30 - 06/06 (1)
- ► 05/23 - 05/30 (5)
- ► 05/09 - 05/16 (2)
- ► 05/02 - 05/09 (3)
- ► 04/25 - 05/02 (1)
- ► 03/28 - 04/04 (1)
- ► 03/14 - 03/21 (3)
- ► 03/07 - 03/14 (3)
- ► 02/28 - 03/07 (11)
- ► 02/21 - 02/28 (11)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (17)
- ► 01/31 - 02/07 (11)
- ► 01/24 - 01/31 (13)
- ► 01/17 - 01/24 (20)
- ► 01/10 - 01/17 (18)
- ► 01/03 - 01/10 (16)
-
►
2009
(286)
- ► 12/27 - 01/03 (18)
- ► 12/20 - 12/27 (13)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 12/06 - 12/13 (1)
- ► 11/29 - 12/06 (3)
- ► 11/22 - 11/29 (4)
- ► 11/15 - 11/22 (7)
- ► 11/08 - 11/15 (10)
- ► 11/01 - 11/08 (8)
- ► 10/04 - 10/11 (4)
- ► 09/27 - 10/04 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (2)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/06 - 09/13 (10)
- ► 08/30 - 09/06 (7)
- ► 08/23 - 08/30 (12)
- ► 08/16 - 08/23 (8)
- ► 08/09 - 08/16 (8)
- ► 08/02 - 08/09 (9)
- ► 07/26 - 08/02 (11)
- ► 07/19 - 07/26 (6)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 06/14 - 06/21 (9)
- ► 06/07 - 06/14 (15)
- ► 05/31 - 06/07 (7)
- ► 05/24 - 05/31 (14)
- ► 05/17 - 05/24 (12)
- ► 05/10 - 05/17 (16)
- ► 05/03 - 05/10 (14)
- ► 04/26 - 05/03 (9)
- ► 04/19 - 04/26 (8)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 03/22 - 03/29 (2)
- ► 03/15 - 03/22 (3)