Posted on Saturday, July 16 @ 18:58:36 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
 Oleh Zulkifli Yahaya
 Oleh Zulkifli Yahaya Pelbagai  tuduhan dilemparkan terhadap Bersih 2.0 oleh BN dan  konco-konconya  mengapa himpunan raksasa rakyat Malaysia itu diadakan.  Tuduhan yang  paling popular ialah mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar  Ibrahim; nak  tutup isu video, nak alih isu liwat, nak tumbangkan  kerajaan melalui  kekerasan untuk beliau jadi Perdana Menteri dan  macam-macam lagi.
Pelbagai  tuduhan dilemparkan terhadap Bersih 2.0 oleh BN dan  konco-konconya  mengapa himpunan raksasa rakyat Malaysia itu diadakan.  Tuduhan yang  paling popular ialah mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar  Ibrahim; nak  tutup isu video, nak alih isu liwat, nak tumbangkan  kerajaan melalui  kekerasan untuk beliau jadi Perdana Menteri dan  macam-macam lagi.Manusia yang kedua teruk menjadi bahan belasahan BN dalam isu Bersih ialah Datuk Ambiga.Beliau digelar ‘Raja Murtad’ maksudnya ketua bagi segala manusia yang murtad. Bila pula Ambiga pernah menjadi Islam tiba-tiba jadi murtad? Entahlah, mungkin tidak faham apa itu murtad.
BN yang menggubal undang-undang membenarkan orang Islam murtad, tiba-tiba sensitif pula dengan isu murtad. Walhal berdekad-dekad pemimpin parti asobiyah itu asyik mempersenda hudud dan hukum Islam yang boleh menyebabkan seseorang Muslim jatuh murtad.
 Lapan tuntutan Bersih 2.0 tiada kena mengena langsung dengan isu murtad   atau liwat. Andai kata pihak yang memperjuangkan Bersih bukan Ambiga   atau Anwar, maka himpunan Bersih 2.0 tetap akan dihadiri oleh ratusan   ribu rakyat Malaysia seperti yang dipamerkan pada 9 Julai lalu.
 Mempertikaikan Ambiga dan mengaitkan dengan isu murtad, setelah BN  gagal  menghalang kebangkitan rakyat tidak lebih dari cubaan mengalih  isu. Ia  juga merupakan tindakan ‘tak dapat kepala, tanduk dipulas’.  Ambiga bukan  pemimpin parti politik dalam Pakatan Rakyat. Ambiga bukan  ahli politik,  dia tidak akan bertanding pilihanraya dan tidak akan jadi  Perdana  Menteri. Dia memimpin NGO bernama Bersih dengan konsensus dari  lebih 60  NGO yang bergabung di dalamnya kerana profesionalismenya di  bidang  guaman serta relevan dengan isu yang diperjuangkan.
Macam  jurulatih bolasepak kebangsaan Jayagopal dipilih. Apabila  seluruh  rakyat malaysia menyokong pasukan Malaysia, apakah bermakna  mereka  telah menyokong agama hindu anutan Jayagopal? (Tidak pasti dia  Hindu  atau Kristian tapi yg pasti dia kafir) Tidak cerdik sangatlah jika  ada  pihak yang mempertikaikan Jayagobal dipilih sebagai jurulatih  kerana  dia India non-Muslim. Tiada kena mengena ketuanan Melayu dengan   bolasepak. Itu tamsilan yang sangat mudah untuk difahami.
 Selepas himpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpunkan beratus ribu   rakyat jelata, muncul pula soalan, apa yang penganjur himpunan Bersih   dapat selain dari (kononnya) menyusahkan orang ramai? Sebenarnya yang   jadi punca rakyat susah ialah kawalan dan sekatan yang bukan-bukan oleh   pihak tertentu atas arahan BN. Namun beban kesusahan yang dihadapi   rakyat tidaklah seteruk beban kesusahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan   juak-juaknya merasa ketakutan yang luarbiasa terhadap gelombang   kebangkitan rakyat menuntut perubahan.
Seperti dijangka lapan  tuntutan Bersih tidak akan dipedulikan oleh BN  namun banyak manfaat  diperolehi dari penganjuran Bersih 2.0, antaranya:
1.  Menyerlahkan gelombang kebangkitan rakyat, PR kembali memperolehi   momentum untuk memacu perjuangan sehingga pilihanraya setelah agak lama   defensif. Tiba-tiba PR dari pucuk pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong   bawahan kembali bersemangat. Komitment untuk hadir ke program anjuran   parti meningkat dengan mendadak di seluruh negara.
2. Berjaya  mengkucar-kacirkan dalaman BN. Bila ada kelompok di kalangan  mereka  yang bersetuju akan demonstrasi (Perkasa dan Patriot) dan ada  yang  menentang, ada yang setuju Najib tawarkan stadium dan ada pulak  yang  tidak; maka nampaklah kecelaruan mereka. Dalam media maya, Ketua  Pemuda  UMNO Khairy Jamaludin adalah mangsa serangan yang teruk oleh  laman  maya arus perdana UMNO.
3. Memberitahu bahawa sebahagian besar  rakyat Malaysia sudah tidak takut  lagi akan ugutan oleh pihak berkuasa  kerana mereka sudah celik hak  asasi dan tahu undang-undang. Serbuan  polis, sekatan jalanraya,  pekeliling ketua jabatan tidak dapat  menghalang beratus ribu rakyat  Malaysia keluar ke jalanraya menuntut  demokrasi yang adil. Ramai  kakitangan kerajaan serta pelajar IPTA  terbabit sebagai peserta  demonstrasi, tiada lagi rasa takut.
 4. Media-media arus perdana yang dikuasai BN tidak lagi berkuasa   melakukan perang saraf, manipulasi dan propaganda untuk menipu rakyat.   Keupayaan mereka hanyalah untuk menipu penyokong tegar sendiri.
 5. Media-media maya tiba-tiba dikuasai oleh penyokong PR. Serangan   bertubi-tubi terhadap BN melalui laman social meningkat secara mendadak.
 6. Menyerlahkan kebangkitan golongan muda dalam menentang kerajaan tua   BN. Situasi ini amat membimbangkan BN kerana tidak kurang dari 80   peratus peserta himpunan Bersih adalah anak-anak muda. Video perhimpunan   dan perarakan Bersih yang boleh diakses dengan mudah di medan maya   menunjukkan dengan jelas bahawa golongan muda yang menguasai.
 7. Berjaya meruntuhkan reputasi kerajaan BN di mata dunia. Pejuang hak   asasi manusia menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang   yang tidak layak menerima hamparan permaidani merah di pentas dunia. Apa   untungnya jika kerajaan BN ditekan pihak antarabangsa? Untungnya ialah   mereka berjaya dilemahkan, justeru tidak berupaya pula menekan pihak   pembangkang dengan kekuatan yang maksimum.
8. Pengiktirafan  oleh Yang Di-Pertuan Agong terhadap Bersih adalah  catatan kejayaan  Bersih yang sangat besar. Ia mengesahkan bahawa Bersih  bukan pertubuhan  haram, perusuh atau pengacau. Khabarnya selepas Bersih  terdapat sebuah  NGO rasis cuba mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong  tetapi tidak  berjaya.
9. Menyerlahkan ketakutan BN yang bukan kepalang.  Mereka takut  perhimpunan aman bertukar jadi revolusi yang menjatuh  pemimpin kerajaan  macam di Mesir dan Tunisia. Perbagai bentuk provokasi  dan manipulasi  dibuat untuk menggagalkan Bersih termasuk mengadakan  cerita komunis,  senjata dan bom petrol.
10. Kejayaan  penggembelingan tenaga pelbagai kaum dalam PR. Kalau Bersih  kali  pertama, hampir keseluruhan peserta adalah berbangsa Melayu tetapi  kini  pelbagai bangsa turun memberi sokongan. 
 
 
No comments:
Post a Comment