Rihat Minda


Saturday, 18 July 2009

SAIF terbakar,0.5 juta ditaksir rugi

JERAI, Kedah, 18 Julai- Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak, dekat sini terbakar jam 10.00 pagi tadi (17 Julai) menyebabkan kerugian anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000.

Menurut Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ustaz Mussodak Haji Ahmad, kebakaran itu telah mengakibatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan dan dua buah bilik darjah musnah.

Turut terlibat adalah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit mesin fotostat yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari, 65 unit meja dan kerusi murid.

Pihak Bomba dari Guar Chempedak dan bomba sukarela termasuk dari Bukit Pinang tiba bagi membantu usaha memadam kebakaran dan berjayakan selamatkan bangunan surau serta asrama pelajar yang berada bersebelahan.

Menyedari kepulan asap yang tebal di bilik darjah selepas diberitahu pelajar, Musoddak yang berada di pejabat bergegas ke tempat tersebut dan mendapati api telah marak.

Katanya, pihak Lembaga tadbir mengadakan mesyuarat tergempat jam 1.00 petang tadi dan memutuskan memberi cuti kepada semua pelajar sehingga 27 Julai ini.

Dalam pada itu, ujarnya, bagi menggantikan dua buah bilik darjah yang musnah pihak sekolah akan memasang khemah sebagai bilik darjah sementara.

Sehubungan itu, tambahnya, pejabat sementara sekolah akan ditempat di tingkat bawah bangunan Tabung Haji yang bersebelahan dengan sekolah.

SAIF adalah di bawah pentadbiran Muassah Darul Ulum dan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2006.

Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada penggembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran terarah.

Kini mempunyai 217 pelajar terdiri dari 145 putera dan 72 puteri dari tahun satu hingga empat sementara bilangan guru pula seramai 17 orang dan 8 staf.

Musoddak berkata, bagi mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no. akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi beliau di talian 012-4827563 atau Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah, Ustaz Mohamad Ismail (019- 4227323).


PRK MANIK URAI: TIDAK ADA BEZANYA MAJORITI 62 UNDI PRK DENGAN MAJORITI 53 UNDI PRU11

UMUMNYA KEPUTUSAN PRK MANIK URAI TELAHPUN DIKETAHUI UMUM DAN BERBAGAI ANDAIAN DAN RUMUSAN TELAH DIBUAT OLEH PARA PENGANALISA POLITIK NEGARA INI BERIKUTAN KEMENANGAN TIPIS PAS DENGAN MAJORITI HANYA 62 UNDIBERBANDING DENGAN MAJORITI PRU12 IAITU 1,352 UNDI. PADA PRK LALU, CALON PAS, MOHD FAUZI ABDULLAH MEMPEROLEHI 5,348 UNDI MANAKALA CALON BN, TUAN AZIZ TUAN MAT MEMPEROLEHI 5,283 UNDI.

APAPUN ANALISA DAN PANDANGAN YG DIBUAT OLEH KEDUA2 PIHAK YG BERTANDING ITU MUNGKIN ADA KEBENARANYA. DAKWAAN UMNO/BN KINI SUDAH MULA MENDAPAT SOKONGAN MORAL MUNGKIN JUGA ADA KEBENARANNYA DAN DAKWAAN PAS PULA MENYATAKAN ADANYA SOGOKAN WANG MUNGKIN JUGA ADA KEBENARANNYA.

NAMUN BEGITU ADA JUGA PARA PEMERHATI POLITIK MENDAKWA, UNDI MAJORITI YG DIPEROLEHI PADA PRK KALI INI TIDAK BOLEH DI JADIKAN UKURAN OLEH UMNO/BN BAHAWA PENGUNDI KHUSUSNYA RAKYAT KELANTAN TELAH MULAI SEDAR DANMENYOKONG MEREKA. INI KERANA IANYA TIDAK BANYAK BEZANYA SEPERTI KEMENANGAN BN PADA PRU11 YANG MENDAPAT MAJORITI 53 UNDI DAN UNDI ROSAK JUGA MELEBIHI MAJORITI UNDI IAITU 105 UNDI.

PADA PRU12 PULA, PAS MERAMPAS KEMBALI DUN MANIK URAI DENGAN JUMLAH MAJORITI YG BANYAK IAITU 1,352 UNDI. KALAU DILIHAT SENARIO PRK KALI INI, KEDUA2 PARTI MEMPUNYAI PENGUNDI YG SEIMBANG IAITU MASING2 BOLEH DIKATAKAN MEMILIKI PENGUNDI TETAP IAITU 5,000 PENGUNDI. JUSTERU BOLEH DIKATAKAN MAJORITI UNDI YANG SERAMAI 1,352 SEMASA PRU12 YG LALU ADALAH MERUPAKAN PENGUNDI ATAS PAGAR PADA PRK MANIK URAI KALI INI YG HANYA MENUNGGU ARAHAN UNTUK MEMANGKAH DI SAMPING ADA HABUAN YG MENUNGGU.

DIFAHAMKAN SEHINGGA KINI MASIH LAGI KECOH KERANA PENGUNDI ATAS PAGAR MENDAKWA MASIH ADA LAGI YG TIDAK MENERIMA WANG YG DIJANJIKAN OLEH PIHAK2 TERTENTU. MANAKALA KETUA DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN TELAHPUN MENDAPAT MAKLUMAT DAN DIJANGKA AKAN MEMBUAT LAPORAN KEPADA POLISDAN PIHAK SPRM KERANA MENDAKWA ADA SOGOKAN WANG SEMASA PENGUNDIAN DAN ITULAH SEBAB MUNGKIN MAJORITI PAS MENURUN. WALLAHUAALAM.

SUNDAY, JULY 19, 2009

Berzikir dengan alat Tasbih


Dalil penggunaan alat tasbih

عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه أنه دخل مع رسول الله صلى الله عليه على امرأة وبين يديها نوى أو حصى تسبحبه فقال: أخبرك بما هو أيسر عليك من هذا أو أفضل؟ فقال: سبحان الله عدد ما خلق في السماء وسبحان الله ما عدد في الأرض وسبحان الله عدد ما بين ذلك وسبحان الله عدد ما هو خالق والحمد لله مثل ذلك والله أكبر مثل ذلك ولا إله إلا الله مثل ذلك ولا حول ولا قوة إلا بالله مثل ذلك

Daripada Saad bin Abi Waqqas RA sesungguhnya Rasulullah SAW menemui seorang wanita yang sedang bertasbih dengan biji tamar atau batu. Nabi SAW bersabda: Aku hendak memberitahu perkara yang lebih mudah dari apa yang engkau lakukan atau yang lebih baik. Iaitu ucapan zikir "maha suci Allah sebanyak bilangan makhluk di langit, maha suci Allah sebanyak bilangan makhluk di bumi, maha suci Allah sebanyak bilangan mahkluk yang berada di antara langit dan bumi, maha suci Allah sebanyak bilangan mahkluk yang Allah ciptakan, segala puji bagi Allah sebanyak itu juga, Allah maha besar sebanyak itu juga, Allah maha besar sebanyak itu juga, tiada tuhan melainkan Allah sebanyak itu juga dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah sebanyak itu juga.

Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim.

Sahabat yang menggunakan alat bantu zikir.

Qasim bin Abdur Rahman berkata:

"Abu Darda memiliki biji kurma yang diletakkan dalam beg plastic. Apabila telah selesai solat subuh beliau akan mengeluarkannya satu persatu sambil bertasbih sehinggalah habis biji kurma tersebut dikeluarkan."

Naim bin Muharrar bin Abu Hurairah cucu Abu hurairah telah berkata:

"Sesungguhnya Abu Hurairah memiliki 2000 lembar benang . Beliau tidak akan tidur melainkan setelah bertasbih sebanyak lembaran benang tersebut."

Pandangan Ulama

Imam Syaukani menyatakan:

"Dua hadis yang lain menunjukkan kepada pengharusan bertasbih dengan batu dan biji kurma. Demikian juga harus dengan tasbih kerana tiada perbezaan diantara keduanya. Ini berdasarkan mendiamkan apa yang dilakukan oleh dua wanita tersebut dalam dua hadis. Tiada bangkangan Nabi SAW terhadap perbuatan wanita yang bertasbih menunjukkan pengharusan dan baginda menunjukkan zikir yang lebih baik tidak menafikan pengharusan."

Imam Ibnul Jauzi berkata:

"Sesungguhnya berzikir dengan tasbih adalah sunat berdasarkan hadis Sofiyah yang bertasbih dengan biji kurma atau batu."

Dalam kitab Dururul Mukhtar (mazhab Hanafi) ada menyebutkan:

"Tidak mengapa mengunakan tasbih sekiranya tidak riya"

Ali al-Qari dalam kitabnya Mirqah telah berkata:

"Ini (hadis lepas) adalah dalil yang sahih yang mengharuskan penggunaan tasbih kerana Nabi saw mengakui wanita yang menggunakan tasbih tersebut."


Bertasbih dengan ruas jari

Rasulullah saw bersabda:

عليكن بالتسبيح والتهليل والتقديس واعقدن بالأنامل فإنها مسئولات مستنطقات

"Hendaklah kamu mengucapkan tasbih (subhanallah), tahlil (La ilaha illa Allah) dan menyucikan Allah. Hitung zikir2 tersebut dengan ruas2 jari. Sesungguhnya ia akan ditanya dan akan diminta untuk bertutur." (Hr Abu Daud - hasan sahih)

Ibun Amru ra berkata:

رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يعقد التسبيح بيده

"Aku melihat Nabi saw membilang ucapan subhanallah dengan tangannya." (Hr Tirmzi)

Sebahgian ulama berkata:

"Menghitung tasbih dengan ruas jari lebih baik dari alat tasbih berdasrkan hadis ibnu Amru. Tetapi ini jika mampu mengira tasbih dengan baik dengan ruas jari, maka itulah yang lebih baik. Kalau sebaliknya, gunakan alat tasbih lebih baik."

Kesimpulan

Ini adalah gabungan yang baik. Kesimpulannya sebaikkanya gunakan jari. Namun untuk mengira zikir yang banyak dan takut tersilap kira seeloknya guna alat tasbih. Namun bagi yang tetap ingin berpegang dengan pendapat ulama saudi yang melarangnya hormatilah pandangan masing2. Kitakan sesama Islam yang perlu bersatu menentang musuh2 Islam. KITA ADALAH SAUDARA.

Rujukan: al-Bayan oleh Dr Ali Jummah, Mausuah Yusufiah oleh Dr Yusuf Khattar dan Al-Hawi Lil Fatawa oleh Imam Suyuti.

::LONTARKAN LUAHAN AKALMU::


::6 Pesanan untukmu wanita::
Oleh :ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur bacaHadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yag soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah di amalkan.

Semoga mendapat manafaat..
Wallahua'lam

Saturday, July 18, 2009

Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melakukan ‘vandalisme’ terhadap ADUN Bangi.


Dalam satu kempen yang konon namanya “mencegah vandalisme” kerajaan pusat sebenarnya telah melakukan satu ‘vandalisme’ kepada wakil rakyat yang secara demokrasi dipilih oleh rakyat kawasan Bangi. Lebih buruk lagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperalatkan pihak berkuasa tempatan (MPKj) . Pihak penganjur sekurang-kurangnya perlu menghormati Dr. Shafie Abu Bakar sebagai wakil rakyat kawasan tersebut samada memaklumkan kepada beliau atau menjemput sebagai tetamu. Apatah lagi program tersebut dijalankan dibelakang pejabat ADUN Bangi. Lebih perit lagi bila mengetahui pihak MPKj telah diugut untuk ditarik balik peruntukkan sekiranya menjemput atau membenarkan wakilrakyat dari Pakatan Rakyat hadir ke majlis tersebut.
Dr. Shafie merasa kesal dengan apa yang berlaku disebalik kempen Satu Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mula menampakkan belangnya.

Friday, 17 July 2009

Ramuan Al-Fatih Takluki Konstantinople
www.iLuvislam.com
hishashi*
Editor: b_b


Terbaca kisah kisah Al-Fatih yang berjaya menakluki Konstantinople.

Konstantinople kota milik empayar Byzantine merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan.

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bhosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, antaranya seperti:
  1. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
  2. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
  3. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
  4. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
  5. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantina
pole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi SAW, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran
Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Tentu bukan mudah untuk Sultan Muhammad al Fatih untuk menakluki kota tersebut. Peribadi baginda dan tentera-tentera baginda juga menjadi ramuan kemenangan ini.





Perkara ini dapat disaksikan semasa baginda dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine.

Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan:
"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya,
"Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah,
"Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul. Mungkin inilah satu faktor kemenangan Baginda dan tentera baginda. Mereka betul-betul berhak untuk mendapat gelaran seperti yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW itu.

Renung-renungkan.





* Sumber: Blog penulis

Melayu Hari Ini
www.iluvislam.com
habuk*
Editor: lailatulema

Di mana boleh cari ramai Melayu,
Pastinya di Kelantan dan Terengganu,
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu,
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu,
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu,
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu.
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu,
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu,
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu,
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru,
Terkinja-kinja menari macam hantu.


Apa hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Berlepak buang masa tak jemu-jemu,
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu,
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru,
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu,
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku,
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru,
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu,
Mana tak gendut berpenyakit selalu.

Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu,
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu,
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu,
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu,
Ada tapi kurang sangat mereka di situ.

Kenapa melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu,
Nak harap Kerajaan saja membantu,
Terutama sekali kontraktor kelas satu,
Tak habis-habis gaduh nak jatuhkan siapa dulu,
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu,
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu.

Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju,
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu,
Pertama dengan banyak menguasai ilmu,( Kembali kepada Al Qur'an & As Sunnah )
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku,
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu.


Pesanan editor: Puisi di atas dikongsi atas niat untuk mengajak sahabat bermuhasabah diri. Di mana letak diri dan apa tindakan kita untuk membaiki bukan sahaja diri sendiri bahkan masyarakat dan bangsa sendiri.Seperti mana firmanNya yang bererti, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri (8:53). Sama-sama berlapang dada,bak kata pepatah, ambil yang jernih buanglah yang keruh.Jangan lupa juga pada kata pepatah, siapa yang makan cili,dialah yang akan terasa pedasnya.

*Sumber adalah dari laman web http://phatfamily.blogspot.com/



16 Comments · 923 Reads · Print

Wednesday, 15 July 2009

KULIAH TETAP BULAN SURAU AL MUTTAQIN BS 2 RAWANG , SELANGOR

Kuliah Maghrib InsyaAllah akan dipimpin oleh:

USTAZ KHAIRUZAMAN ABD KADIR

HARI: AHAD KEDUA SETIAP BULAN

BAB: Membaiki & Meningkatkan Mutu Solat Kita.

Semua Dijemput Hadir

Tuesday, 14 July 2009


Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah
www.iluvislam.com
Yussamir Yusof
Editor: arisHa27

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.


Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:

“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.


18 Comments · 2879 Reads · Print

Senjata Menghalang Syaitan
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: Nursyadza_fasya
Editor: ar-ruhul JADEED


  1. Membaca Bismillahirrahmanirrahim (menjadi kunci kepada perbuatan baik)
  2. Banyakkan berzikir
  3. Banyakkan Beristighfar
  4. Membaca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntuminaz zoli min"
  5. Membaca doa pada pagi dan petang
  6. Bersugi
  7. Melaksanakan solat jemaah
  8. Berwudhuk sebelum tidur
  9. Menutup aurat
  10. Membaca doa masuk tandas
  11. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
  12. Bertaubat, beristighfar
  13. Banyakkan membaca Al-Quran
  14. Membaca surah Yassin pada setiap pagi

Sumber:
Buku "Jin dan Manusia"


14 JULY 2009

PRK MANEK URAI : PROSES PENGIRAAN BERLANGSUNG DI SAAT PENYOKONG PAS SUDAH PUN MERAYAKAN KEMENANGAN

Suasana ceria dilihat diluar kesemua 9 pusat pengundian di mana penyokong dan petugas PAS berkumpul beramai-ramai di luar pagar pusat tersebut. Manakala penyokong BN sudahpun bungkus balik dengan muka yang muram dan merah padam. Malah Taukeh Jambatan juga dilaporkan sudah membawa diri pulang ke Kuala Lumpur dengan malu yang amat besar.
Proses pengundian sedang rancak berlangsung sekarang. Maklumat yang diterima dari 'Counting Agent' di beberapa peti undi adalah amat memberangsangkan. Menurut mereka kebanyakan tong undi yang dibuka menampakkan dengan jelas undi PAS jauh lebih banyak dari undi BN. Suatu perkara yang memang dijangkakan sebelum ini.
Adalah dijangkakan keputusan tidak rasmi akan diketahui seawal jam 7.30 malam apabila kebanyakan proses di pengundian di semua saluran selesai. Petugas PAS akan memaklumkan bilangan undi yang diperolehi kepada petugas PAS di Markaz Besar DUN Manek Urai untuk penjumlahan undi. Diberitakan markaz besar PAS tersebut mula dipenuhi dengan penyokong PAS dari dalam dan luar Kelantan.

Monday, 13 July 2009

Adun Permatang Pasir dianugerahi gelaran Dato'
Mohd Sabri Said
Sat | Jul 11, 09 | 7:04:57 pm MYT

GEORGETOWN, 11 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran 'Dato' sempena ulangtahun Tun Yang Terutama Tun Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas yang ke-71 di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Hamdan yang pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun selepas Tuan Guru Haji Zabidi Ali meninggal dunia merupakan tokoh PAS pertama negeri ini yang mendapat gelaran sedemikian.

Selain beliau 38 orang lagi yang tersenarai mendapat gelaran Dato' ialah bekas YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang kini menjawat jawatan Pegawai Kewangan Negeri, Haji Farizan Darus dan penyanyi kumpulan Alleycat, mendiang Loganathan Arumugam.

Manakala Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pula merupakan satu-satunya pimpinan tertinggi kerajaan yang dianugerahkan Darjah Utama Pangkuang Negeri (D.U.P.N) yang mebawa gelaran Dato' Seri Utama. Walau bagaimanapun beliau tidak kelihatan dalam majlis berkenaan pagi tadi.

Tiga individu dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato' Seri termasuk Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang, Dato' Zahrain Mohamed Hashim.

Sempena ulangtahun TYT kali ini seramai 793 orang menerima pingat yang membawa berbagai gelaran.

Majlis anugerah itu diadakan selama tiga hari iaitu hari ini, Isnin dan Selasa.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika dihubungi melahirkan kegembiraan kerana Hamdan memang selayaknya menerima kerana sumbangan bakti kepada parti, masyarakat dan rakyat Pulau Pinang sepanjang menjawat jawatan Pesuruhjaya dan Adun sekarang ini.

Menurutnya, kerja buat Hamdan ketika menjadi Pesuruhjaya tempuhari tidak dinafikan memang terpuji ekoran mempunyai ideal serta agenda membangunkan PAS Negeri disamping berjaya meningkatkan sokongan pada PAS.

"YB Hamdan memang layak menerima anugerah tersebut dengan pengorbananya yang tinggi terhadap perjuangan parti. Kini sebagai Adun beliau juga aktif merancang program dan dikenali sebagai salah seorang Adun di Pulau Pinang yang aktif mendampingi rakyat, " ujarnya yang merasai penganugerahan itu menandakan satu penghargaan yang tinggi terhadap PAS. - mks._

Sunday, 12 July 2009

SUNDAY, JULY 12, 2009

Kelantan istihar cuti peristiwa esok

Oleh Salma Husain

KOTA BHARU, 13 Julai: Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat ‘cuti am’, esok 14 Julai 2009 yang diambil atas ‘Cuti Peristiwa’.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

“Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,”ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah membuat perkara yang sama di negeri itu dengan mengisytiharkan cuti pada hari pilihan raya kecil Penanti kerana ia telah jatuh pada hari bekerja.

Pengundi Manek Urai menghadapi masalah untuk pergi mengundi apabila hari bekerja (Selasa) dan pertengahan bulan (14 Julai) dipilih sebagai hari mengundi.
Lebih 2,500 pengundi kawasan itu pula berada di luar kawasan termasuk di luar dari negeri Kelantan.

Siasah sebelum ini menjadikan berita muka depannya tentang kecemasan jentera PAS kerana ramai pengundi di sini berada di luar kawasan.

Menurut Nik Aziz, walaupun pilihan raya hanya diadakan di Dun Manek Urai, tetapi terdapat ramai juga pengundi yang berada di luar Kelantan, termasuk luar jajahan disamping.

“Lagipun ada juga pengundi di Dun Manek Urai terdiri dari pegawai kerajaan, oleh yang demikian bagi mengurangkan kesulitan mereka, kita mengisytiharkan cuti tersebut."

Sambungnya lagi, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja begitu pelik berbanding sebelum ini pilihan raya diadakan pada hari Sabtu.

“Saya pun tak tahu kenapa SPR buat cuti pada hari bekerja dan bukannya hari Sabtu sebagaimana biasa,”ujarnya lagi.

Menyentuh tentang cuti am itu bakal menjadi rungutan khususnya bagi pihak swasta, beliau berkata “Ya lah takkan lah pihak majikan nak kira untungnya sahaja.”

Anwar bidas Muhyiddin 'ugut' pembangunan

KUALA KRAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat janji berbentuk ugutan kepada pengundi Manik Urai sebagai menyalahi undang-undang.

Tegas beliau, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai dan perlu disalurkan berasaskan keperluan semasa rakyat, bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Saya minta SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau dihadapan lebih lima ribu yang mendengar pidatonya di Sungai peria dekat sini.

Anwar turut menambah, cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.

"Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri," katanya.

Muhyiddin dalam satu program kempennya dekat sini menabur janji untuk membina jambatan baru menghubungkan Manik Urai lama dan Manik Urai baru dengan syarat pengundi mesti memilih calon Umno sebagai wakil rakyat mereka.

Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir - kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.

"Tujuan pembinaan masjid itu juga salah. Asas membina masjid bukan untuk menang pilihan raya," bidas Anwar lagi.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berucap dalam majlis itu turut membidas secara sinis janji yang ditabur Timbalan Perdana Menteri.

"Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lalu masih belum tertunai sehingga sekarang, hari ini tabur lagi janji baru," kata beliau.

Malahan kata Nik Aziz pengundi diminta tidak mudah terpengaruh dengan janji manis waktu pilihan raya keraja janji Abdullah yang dilancar projeknya secara rasmipun masih gagal untuk ditunaikan.

"Lagipun tidak perlu mengundi Umno untuk dapat projek kerana BN sebagai kerajaan tetap akan membawa projek juga ke negeri ini. Undi PAS projek PAS pun dapat projek BN pun dapat," katanya merujuk beberapa projek kerajaan pusat yang telah ada di Kelantan.

Isu pembangunan dilihat menjadi modal utama kempen Umno di Manik Urai selain isu taraf pendidikan calon PAS yang dikatakan hanyalah seorang peraih ikan.

Justeru, disaat-saat akhir sebelum hari membuang undi kempen PAS dilihat menangkis propoganda tersebut habis-habisan termasuk mendatangkan nama-nama besar seperti Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi penerangan kepada pengundi Manik Urai.

Jumaat lalu, PAS menganjurkan himpunan para peniaga ikan seluruh negeri Kelantan dengan menaikkan sepanduk 'jangan hina pekerjaan kami' - dlihat sebagai usaha menangkis satu lagi myang dikatakan mampu mempengaruhi pengundi.

Himpunan yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan di Laloh itu disifatkan pemerhati berjaya mempengaruhi pengundi khususnya meraih undi simpati. tetapi sumber-sumber PAS menyebut isu menyerang peribadi calon tidak akan berhenti di mana risalah-risalah memburukkan calon PAS dipercayai akan digunakan pada saat-saat akhir.

Berhubung isu pembangunan, kata Anwar, ia bukan lagi menjadi isu utama dalam negara ini kerana yang lebih penting dan diberi perhatian oleh rakyat adalah soal kepimpinan.

Beliau menjelaskan kepimpinan yang berakhlak dalam menjalankan amanah mereka menguruskan negara gagal diwujudkan oleh Umno sehingga berlakunya penyelewengan demi penyelewengan.

"Adakah ada pemimpin Umno sanggup bersumpah di Manik Urai ini untuk menguruskan wang rakyat dengan baik, tidak...mereka hanya berani menabur janji-janji manis sahaja," bidas Anwar lagi.

Beliau juga mencabar Umno mengembalikan wang royalti petroleum kepada Kelantan jika serius bercakap tentang pembangunan.

Katanya, rakyat perlu menilai sebelum membuat pilihan antara komitmen PAS dan Umno dalam menyediakan kepimpinan yang benar-benar amanah dari segi mengurus dan mentadbir.

"Soal ini yang lebih penting. Sebab itu perlunya memilih calon PAS untuk mempertahankan kepimpinan yang baik, yang menjadi prinsip kepimpinan PAS khususnya dalam mentadbir Kelantan, katanya.

Beliau juga menambah: "Masalah dunia hari ini bukan lagi kerana wang tetapi ketandusan pemimpin yang amanah."

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive