Rihat Minda
Saturday, 30 May 2009
Sebilangan ahli ilmu menyebut, hati manusia yang keras bisa dilembutkan dengan melakukan tiga (3) perkara, iaitu; (1) sentiasa menghadiri majlis ilmu yang dipenuhi dengan nasihat, peringatan dan kisah para solihin, (2) Melihat orang yang sedang nazak; sedang menghadapi sakaratul maut, (3) Banyak ingatkan perkara yang boleh menghapuskan keenakkan dunia.
Sesungguhnya hati manusia bisa mati apabila dia dimulai dengan hati yang keras. Hati menjadi keras, apabila kehidupan mereka dipenuhi dengan perkara yang menyanggahi syariah; hidup yang tidak lepas dari melakukan dosa, sama ada dosa itu besar, mahupun kecil.
Justeru itulah, kita akan dapati Islam menyeru umatnya agar sentiasa bertaubat. Adalah satu perkara yang mustahil, jika wujud manusia yang tidak pernah melakukan dosa. Pun begitu, dalam keadaan sedemikian pun, Allah menyuruh mereka bertaubat.
Taubat dilakukan dikala manusia itu melakukan maksiat. Antara perkara maksiat adalah, tidak melakukan Taat. Jika dihayati kepada Nabi SAW, tauladan dalam melakukan amalan taat adalah amalan taat yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Walaupun Nabi SAW adalah manusia yang ma’sum; terhindar dari sebarang amalan dosa, tetapi Nabi SAW tidak pernah mengabaikan dirinya dari melakukan ibadat-ibadat tambahan; ibadat-ibadat sunat dalam mencari redha Allah SWT.
Daripada Mughirah R.A berkata;
إِنْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَقُومُ لِيُصَلِّيَ حَتَّى تَرِمُ قَدَمَاهُ أَوْ سَاقَاهُ فَيُقَالُ لَهُ فَيَقُولُ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
Maksudnya;
“Nabi SAW sentiasa mendirikan solat hingga bengkak dua kaki dan dua betisnya. Apabila ditanya kepada baginda, pasti baginda SAW akan menjawab, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur[1]”
LEMBUTKAN HATI YANG KERAS
Tidak dinafikan, manusia adalah makhluk Allah yang sering lalai. Lalainya manusia merupakan perkara fitrah, yang bukan disengajakan oleh manusia itu sendiri.
Apabila manusia lalai, memungkinkan mereka lupa dari melakukan taat, bahkan kadang-kala menyebabkan mereka melakukan maksiat. Apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan hati mereka akan menjadi keras.
Justeru, bagi melembutkan hati yang keras, dinyatakan sebilangan ahli ilmu dengan sentiasa melazimkan diri dalam majlis-majlis ilmu yang dipenuhi dengan pengisian peringatan dan nasihat beragama.
Begitujuga, sentiasa mewujudkan perasaan kurang berminat dengan kelekaan dunia dengan hadir kepada orang yang sedang berada dalam nazak sakaratul maut dan ke tanah-tanah perkuburan.
Diceritakan bahawa Imam al-Hasan al-Basri telah menziarahi seorang yang sedang berada dalam nazak sakaratul maut. Apabila melihat keadaan susahnya orang yang nazak sakaratul maut itu, menyebabkan timbul kesan besar pada hati Al-Imam al-Hasan al-Basri.
Ketika berada bersama keluarganya, didapati wajahnya sentiasa suram dan muram. Apabila beliau dijemput makan dan minum, ditolaknya dengan menyatakan bahawa dia mempunyai selera makan seraya berkata;
”aku pasti tidak akan meninggalkan dari melakukan ibadat terhadap Allah sehingga aku berjumpa dengan Allah (maksudnya : meninggal dunia)”[2].
SENTIASA ZIARAH KUBUR
Kubur dikalangan orang melayu adalah tempat yang menggerunkan. Ditimbulkan perkara khurafat, seperti hantu kubur, polong, langsuir dan banyak lagi.
Padahal dalam Islam, kubur merupakan tempat yang perlu diziarahi, kerana ia adalah tempat yang bisa menghindarkan perasaan seronok dengan kelekaan dunia yang merosakan.
Daripada Ibnu Mas’ud R.A berkata, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda;
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ
Maksudnya;
”Aku dahulu pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia, kerana ia bisa menjadikan kamu zuhud di dunia dan bisa menjadikan kamu ingat kepada akhirat[3]”
Apabila kita hadir di tanah perkuburan, kadang-kadang kita akan terlihat kubur sahabat handai kita yang telah kembali ke rahmatullah. Dalam keadaan sedemikianlah, menyebabkan timbul perasaan bimbang dan gerun dalam hati untuk menghadapi kehidupan selepas dari mati; iaitu sentiasa bimbang, kerana takut-takut tidak mampu menjawab segala persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh Allah di alam kubur dan alam barsakh nanti.
Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti dalam menjalani kehidupan di dunia, kita akan berhati-hati sehingga melahirkan perasaan zuhud.
HUKUM ZIARAH KUBUR
Jumhur ulama menyatakan, hukum menziarahi kubur adalah sunat. Adapun mengikut pendapat Imam Ibnu Hazm, menziarahi kubur adalah wajib seumur hidup sekali. Menziarahi kubur bagi orang lelaki adalah disepakati keizinannya. Adapun bagi orang perempuan, ulama berselisih pendapat.
Walaubagaimanapun, perselisihan antara ulama dalam menentukan keizinan perempuan masuk ke tanah perkuburan kerana dibimbangi mereka meratap kematian yang diharamkan oleh Islam.
Begitujuga, ulama sepakat mengharamkan lelaki dan perempuan menziarahi kubur dalam keadaan boleh melahirkan fitnah, seperti bercampuran lelaki dan perempuan yang melampaui batas, kehadiran di tanah perkuburan dengan tidak menjaga adab-adab di tanah perkuburan dan sebagainya.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
Seseorang pemain bola yang baik, tidak akan mampu bermain bola sehingga mencapai kemenangan, jika dia tidak mempunyai latihan yang bagus. Begitujuga dalam menghadapi segala mehnah selepas dari mati.
Apa yang pasti, selepas kematian, bukan mulut lagi berkata; bukan akal lagi berfikir untuk menjawab segala soalan-soalan yang ditanya, malah yang menjawab ketika itu adalah anggota badan manusia.
Firman Allah;
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya;
“Hari ini, kami kunci mulut-mulut mereka, lalu bercakaplah tangan-tangan mereka, dan bersaksilah kaki-kaki mereka dengan apa yang mereka usahakan”
(Surah Yasin : 65)
Begitujuga dalam hadis ada menyebut, bahawa bagi mereka yang sering beramal soleh, segala amalan-amalan tersebut akan berbicara di depan Allah dengan tujuan memberikan syafaat kepada mereka yang beramal soleh.
Sabda Nabi SAW;
تَجِيءُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَتَجِيءُ الصَّلَاةُ فَتَقُولُ يَا رَبِّ أَنَا الصَّلَاةُ فَيَقُولُ إِنَّكِ عَلَى خَيْرٍ فَتَجِيءُ الصَّدَقَةُ فَتَقُولُ يَا رَبِّ أَنَا الصَّدَقَةُ فَيَقُولُ إِنَّكِ عَلَى خَيْرٍ ثُمَّ يَجِيءُ الصِّيَامُ فَيَقُولُ أَيْ يَا رَبِّ أَنَا الصِّيَامُ فَيَقُولُ إِنَّكَ عَلَى خَيْرٍ ثُمَّ تَجِيءُ الْأَعْمَالُ عَلَى ذَلِكَ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِنَّكَ عَلَى خَيْرٍ ثُمَّ يَجِيءُ الْإِسْلَامُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ أَنْتَ السَّلَامُ وَأَنَا الْإِسْلَامُ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِنَّكَ عَلَى خَيْرٍ بِكَ الْيَوْمَ آخُذُ وَبِكَ أُعْطِي فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي كِتَابِهِ { وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ }
Maksudnya;
“Amalan-amalan akan datang pada hari kiamat; solat datang mengadap Allah seraya berkata; Wahai tuhan, aku solat (aku datang untuk memberi syafaat kepada orang yang solat). Lalu menjawab Allah : kamu datang dengan tujuan baik (tapi tidak memadai). Kemudian datang pula Sedekah seraya berkata; Wahai tuhan, aku sedekah. Lalu menjawab Allah; kamu datang dengan tujuan yang baik. Kemudian datang pula puasa seraya berkata; Wahai tuhan, Aku puasa. Lalu menjawab Allah; kamu datang dengan tujuan yang baik. Kemudian datang segala amalan-amalan yang lain seraya berkata seperti berkatanya amalan-amalan yang lepas. Mendengar itu, Allah SWT menjawab; kamu semua datang dengan tujuan baik. Kemudiannya datang Islam seraya berkata; Wahai tuhan, kamu tuhan yang bernama As-Salam sedangkan aku adalah Islam. lalu menjawab Allah; kamu datang dengan tujuan baik. Dengan sebab kamu datang pada hari ini, aku menerima segala amalan yang lain dan dengan sebab kamu datang, aku akan membalas pahala terhadap segala amalan-amalan yang dilakukan. Lalu Allah SWT membaca firman-Nya dalam Al-Quran yang bermaksud ”barangsiapa yang mencari selain islam sebagai agama, maka dia tidak akan diterima. Dan dia di hari akhirat daripada kalangan orang-orang yang rugi[1]”
Apabila diketahui bahawa di akhirat nanti bukan mulut lagi bercakap, malah yang bercakap ketika itu adalah amalan dan anggota badan manusia, menyebabkan manusia tidak dapat tidak terpaksa menyiapkan diri dengan amalan-amalan soleh yang baik, disamping aqidah yang mantap dalam mengadapi kematian.
INGAT MATI
Latihan yang paling baik sebagai persiapan untuk menghadapi kematian adalah mengingati mati; dengan meninggalkan ingatan kita kepada perkara yang boleh menyeronokkan kita kepada kesedapan hidup di dunia.
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda;
أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ
Maksudnya;
“perbanyakkan mengingati perkara yang boleh menghindarkan keenakkan (iaitu kematian)[2]”
Menurut Imam Al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ulama-ulama tasawwuf ada menyatakan bahawa hadis ini adalah perkataan Nabi SAW yang ringkas, tetapi mempunyai maksud yang cukup padat. Ia mengandungi peringatan dan pesanan yang cukup mendalam. Ini kerana, mengingati mati merupakan hakikat yang paling kukuh untuk merendahkan kehendak dalam mencapai keseronokkan hidup di dunia yang dengannya melahirkan zuhud dihadapan Allah SWT[3].
Apabila manusia meletakkan ingatannya kepada mati, ia akan melahirkan perasaan zuhud daripada melekakan diri dari melayan kehendak nafsu. Dengan itu, terhindarlah diri seseorang itu daripada melakukan maksiat kepada Allah, bahkan akan bersungguh-sungguh dalam melakukan taat kepada Allah SWT.
Tindakan manusia yang tidak mahu mengingati mati, malah sering melayan kehendak nafsu; leka dengan keseronokkan dunia, maka tindakan itu sebenarnya melambangkan kebodohannya dalam menjalani kehidupannya di atas muka bumi Allah.
Masakan tidak, ini kerana walaupun mereka leka dengan kehidupan di dunia, tetapi sebenarnya mereka seakan-akan menafikan sesuatu hakikat yang mereka sendiri terpaksa hadapi, iaitu mereka pasti akan dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya akan dihidupkan balik dan kekal dengan kehidupan itu sampai bila-bila.
Ekoran dari itulah, tidak hairan kita akan dapati Nabi SAW menggambarkan bentuk dan ciri-ciri mukmin yang paling cerdik adalah mereka yang sering mengingati mati. Hal ini dinyatakan menerusi satu hadis daripada Ibni Omar yang berkata, bahawa beliau suatu hari bersama rasulullah SAW. Lalu datang seorang lelaki ansar kepada baginda SAW. Dia memberi salam kemudian bertanya;
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ
Maksudnya;
”Ya Rasulullah SAW, Siapakah orang mukmin yang paling afdhal? Nabi SAW menjawab : orang yang paling baik akhlaknya. Bertanya lagi; siapakah dikalangan mukmin yang paling cerdik? Nabi SAW menjawab : mereka yang paling banyak mengingati mati, dan melakukan sebaik-baik persiapan untuk menghadapi kehidupan selepas daripada mati. Merekalah orang yang paling cerdik[4]”
Nyatanya, kecerdikan mengikut konsep Nabawi adalah dengan mengingati mati. Dengan mengingati mati, mewarisi perasaan berhati-hati ketika berada di mahligai sementara, disamping mempunyai kesungguhan di setiap detik dalam usaha untuk mencapai mahligai yang kekal abadi.
Ingatan kepada mati ini adalah perkara yang penting, ini kerana, manusia tidak pernah diberitahu secara tetap; masa dan tempat mereka akan dimatikan. Justeru, melupakan perkara keseronokkan dunia, bisa melahirkan perasaan ingatkan mati. Makanya, manusia akan sentiasa beribadat dengan bersungguh-sungguh, kerana mereka sebenarnya berada dalam persiapan menuju alam akhirat yang penuh dengan pancaroba yang maha hebat.
Memahami inilah, pasti kita tidak akan hairan seorang ulama bernama Ibnu Ad-Daqaiq ada menyebut bahawa apabila seseorang itu telah mengingati mati, dia telah dimuliakan Allah dengan dia melakukan tiga perkara, iaitu (1) sentiasa bersegera dalam bertaubat, (2) hatinya sentiasa berpuas hati dengan Allah, (3) badannya akan cergas dalam melakukan ibadat. Pun begitu, Ibnu Ad-Daqaiq menyatakan juga, jika seseorang itu lalai dari mengingati mati, dia akan akan dihina oleh Allah dengan dia melakukan tiga perkara, iaitu, (1) melengah-lengahkan bertaubat, (2) sentiasa tidak berpuas hati dengan Allah, (3) malas dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT[5].
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
Thursday, 28 May 2009
KHAMIS, 2009 MEI 28
Nasihat Teman Buat Akhil Hai
Bila cerita buruk-buruk tentang Akil Hai banyak diperkatakan, teman tumpang sedih.
Sesungguhnya teman sayang pada budak ini. Teman suka bila dia mengalunkan bacaan al-qur'an. Tergugah jiwa teman mendengarnya. Teman suka mendengar ceramahnya walaupun teman tak berkenaan dengan dua tiga hadis yang dibawanya yang jelas 'maudhu'.
Teman suka sangat bila dia berdiri di atas pentas Pas.Teman juga suka apabila dia kerap kali dijemput berceramah motivasi agama oleh pelbagai pihak. Teman suka dia sentiasa mengajak anak-anak muda, khususnya kembali dan sayangi Islam.
Masa dia rajin berceramah suatu ketika dulu , Raden Zahid Hamidi tak pernah bercakap tentang isu communism yang dikatakan sedang hendak dihidupkan semula oleh kumpulan tertentu di Malaya ini.
Kalaulah masa itu, Raden Zahid Hamidi bercakap tentang ideologi Karl Mark, hampir pasti Akhil Hai dalam ceramahnya akan berkata: " Apa barang ni Zahid!!!, cakap tentang ideologi yang semakin pupus dan tak laku. Fahaman yang masih tak kojol-kojol ialah nasionalisme. Pemujanya ialah dari parti sebelah sana.Kedua-dua ideologi ciptaan manusia adalah haram untuk dianuti".
Teman tahu Akhil Hai dari seorang penyanyi rock kapak beliau kemudiannya beralih ke dunia dakwah. Ramai jugak pengikutnya dikalangan muda mudi. Kelebihan beliau dalam berdakwah ialah kelakarnya ala Ustaz Ismail Kamus dan sambil berceramah dia menyelitkan beberapa buah lagu. Kelebihan beliau ini sudah tentu tidak ada pada Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz.
Sentiasa teman berdoa supaya dia istiqamah dalam perjuangan Islam. Dan pernah teman cuba menghubunginya supaya dapat bekerjasama dalam menghasilkan lagu dan muzik yang islamik dalam pelbagai genre yang kontemporari. Tambahan pula teman pun memiliki studio rakaman. Dengan kehadirannya teman harap dapatlah dia membantu teman dalam usaha mentarbiah pemain muzik teman yang hanya islam dari segi nama tapi amalan fardhu Ain selalu terabai. Sayang sekali semasa itu dia telah pun mengikat kontrak dengan syarikat INTEAM.
Dan kini cerita isterinya meminta cerai mula muncul. Sedih teman mendengarnya. Ada orang kata dia telah karam bercinta dengan Wahida dan mula menjadi artis yang mencari glamor.
Teman merayu pada Tok Guru , para ustaz dan kawan-kawan yang mengenali Akhil Hai supaya menasihatinya. Mungkin masih belum terlambat lagi .Akhil Hai orang seni dan dia pun ada asas agama yang agak kuat. Orang sepertinya, mempunyai jiwa yang halus. Kita jangan hanya pandai memarahinya, tapi kita perlu bawa dia ke pangkuan jemaah. Mungkin hari ini, tuhan uji dia dengan kemewahan dan glamor, esok mungkin anak atau diri kita sendiri diuji oleh tuhan. Oleh itu tolonglah nasihatkan si Akil Hai yang teman rasa masih punya nur dalam dadanya.
Buat Akhil Hai teman nasihatkan kembalilah pada isteri dan anak-anak dan rapatkanlah diri dengan jemaah. Perjuangan dakwah ini tidak boleh dilakukan seorang diri. Keberkatan ada dalam jemaah Islam. Percayalah. Dan ingatlah madah yang pernah akhi selalu selitkan dalam ceramah pada suatu kektika dulu:-
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabilamasyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negaramenjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadihormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabilatempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mulamengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat
Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak ben da ' bulat ' .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
.Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.
Akhirkata, salam ukhwah buat Akhil Hai dari saudara tua anta!!!
May 28, 2009 | Last update on 28/05/2009 20:11 |
Zambry Ikut Pakatan Rakyat Puasa Sunat |
Mungkin tidak mahu ketinggalan dalam meraih pahala dan manfaat daripada kempen amalan puasa sunat anjuran Pakatan Rakyat, "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir juga terpanggil untuk menyahut seruan pemimpin Pakatan Rakyat yang menganjurkan supaya umat Islam Perak berpuasa sunat sejak hari Selasa. |
More News |
MUFTI JANGAN JADI SYAITAN BISU
”Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan,
Ia turut melalaporkan;
”Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah”
Maksudnya : Orang yang senyap dari menyatakan kebenaran ia adalah syaitan bisu.
BESAR DAN BERATNYA TANGGUNGJAWAB ULAMA' YANG PERLU DIGALAS
Sebab itu ulama’ diibaratkan sebagai lampu yang bersinar menyuluh kegelapan yang melanda planet bumi ini. Di bumi mereka laksana bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada kegelapan didarat dan dilautan. Allahu Akbar….Sungguh besar peranan ulama yang menjadi pewaris kepada Nabi-nabi dalam kehidupan dunia ini
- Rasulullah SAW umpamakan para ulama’ sebagai kompas kepada manusia di muka bumi ini. Sabda Nabi SAW :
أن مثل العلماء فى الأرض كمثل النجوم فى السماء يهتدى بها فى ظلمات البرِّ والبحر فإذا طمست النجوم أوشك أن تضلَّ الهداة
Maksudnya: Sesungguhnya perumpamaan ulama’ dimuka bumi laksana bintang dilangit yang menjadi pedoman didalam kegelapan didarat dan dilaut. Maka apabila bintang telah gelap maka hampirlah juru petunjuk itu sesat. (H.R Ahmad)
- Rasulullah SAW membuat perbandingan diantara keistimewaan ulama dengan orang yang kuat beribadah.Sabda Nabi SAW:
وأن العالم ليستغفرله من فى السموات ومن فى الأرض حتَّى الحيتان فى الماء وفضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب ان العلماء ورثة الأنبياء
Maksudnya: Sesungguhnya orang alim (ulama’) itu, diminta ampunkan (dosanya)oleh sesiapa yang dibumi dan di langit sehingga didalam air dan kelebihan orang alim (ulama’) keatas orang yang beribadat seperti kelebihan bulan diatas segala bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ itu adalah pewaris para nabi. (H.R Abu Dawud dan At-Tarmizi).
- Rasulullah SAW menyebut tentang tanggungjawab yang begitu berat untuk mereka berhadapan dengan pemerintah. Sabda Nabi SAW:
من رأى سلطانا جائرا مستحلَّا لحرم الله ناكثا لعهد الله مخالفا لسنَّة رسول الله يعلم فى عباد الله بالإثم والعدوان فلم يغَيِّر بقول ولا فعل كان حقَّا على الله أن يدخله مدخله
Maksudnya: 'Barangsiapa yang melihat seorang penguasa zalim yang menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah, melanggar perjanjian Allah, menentang sunah Rasulullah, dan berbuat dosa dan permusuhan terhadap hamba-hamba Allah, lalu dia tidak berusaha untuk merubahnya dengan perkataan dan perbuatan, maka Allah berhak untuk memasukkannya ke dalam tempat masuk penguasa zalim tersebut
Tugas para pewaris nabi-nabi ini terlalu berat untuk mereka pikul keseorangan, (tugas dakwah, tarbiyyah dan berpolitik), maka yang lain perlulah membantu para ulama’ untuk melicinkan perjalanan gerak kerja amal islami ini.Alangkah manisnya jika jemaah kita pada hari ini bersikap demikian.
28 MAY 2009
Bersabar Lah NENEK Ku...Semoga ROH mu berada dalam Golongan BerIMAN...
Oleh ummu asiah
"Cepat datang rumah, nenek tenat dan tak sedarkan diri" itu saja yang sempat dinyatakan oleh Mak Su Sarah, ibu saudara Suhaib yang bungsu sebelah Abah.
Aku ketika itu baru saja meletakkan kepala dibantal setelah menyelesaikan beberapa urusan.Ku lihat jam menunjukkan 1.50 pagi. Aku segera bersiap-siap dan mengejutkan Suhaib yang sedang tidur lena . Aku mengingatkan diriku beberapa kali supaya jangan panik dan bersangka baik pada Allah SWT serta meminta dari Nya supaya nenek sihat kembali.Aku memandu kereta dengan perlahan walaupun jalanraya lengang ketika itu.
Tiba dirumah nenek, semua adik-beradik Abah telah berada disitu. Ku lihat nenek terbaring , matanya terbeliak keatas dan lidahnya kelu.Nenek tidak kenal kami semua dan beliau tidak dapat bercakap!! Wajah dan tubuh nenek kelihatan bengkak disana-sini. Kak Long, Kak Yah, Kak Jun, Yanti dan Pija asyik menangis saja. Abang Ramli sedang baca Surah Yaasin. Nafas nenek kuat seperti orang berdengkur dan bila ku pegang jari-jemarinya, sukar untuk ku menarik semula dari pegangannya. Kami bergilir-gilir membaca Surah Yaasin yang boleh menjadi ubat bagi memberi ketenangan spiritual pada orang yang sedang sakit.......
Perlahan-lahan ku perhatikan mata nenek tertutup dan dengkurannya menjadi perlahan.Pernafasannya kembali normal walaupun jari-jemarinya masih kelihatan kejang. Nenek baru saja pulang dari wad kerana rawatan kencing manis di HUKM selama hampir tiga minggu. Doktor benarkan nenek pulang untuk berehat beberapa hari dirumah...
Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Walaupun hati ini masih curiga dengan perubahan itu, mataku tidak lepas memerhatikan dada nenek yang masih berombak perlahan ...sambil berdoa supaya beliau akan terus diberi kehidupan oleh Yang Maha Esa, Allah SWT.
Akhirnya aku teringat satu nombor kepunyaan seorang SB yang pernah diberikan oleh seorang bekas tahanan ISA yang telah bebas. Aku hubungi nombor itu dan SB tersebut telah memaklumkan permintaanku supaya Abah dibenarkan pulang menziarahi ibunya yang sedang tenat.
Seperti yang telah dijanjikan , Abah dapat pulang untuk menziarahi ibunya. Lebih 10 orang polis berpakaian biasa "mengiringi" kepulangan beliau.Semua adik-beradik dan saudara mara yang hadir ketika itu, sebak dan ramai yang menangis melihat Abah...... Mereka sedih kerana tahanan ISA yang lain semuanya telah dibebaskan, tetapi Abah masih lagi terus menerus dikurung di Kem......
Nenek kelihatan baring tak bermaya...namun, kami semua terkejut bila saja Abah tiba dari Taiping, beliau kelihatan begitu segar dan mampu bercakap kembali!!.Alhamdulillah !!! Nenek minta duduk disebelah dan makan bersama Abah yang begitu sabar menyuapkan makanan ke mulut nenek. Ku perhatikan beberapa orang jiran yang datang, mengesat mata masing-masing melihat keadaan dua beranak itu....
Abah dibenarkan berjumpa nenek selama sejam . Ketika lawatan seperti ini, semua adik beradik dan juga Suhaib dapat bersalaman dan memeluk Abah. Suasana pertemuan itu gembira berbaur sedih. Gembira kerana dapat bertemu namun rasa sedih... lebih lagi dirasakan kerana selepas itu, Abah terpaksa dibawa keluar dari rumah untuk bermalam di salah sebuah balai Polis di Kuala Lumpur...
Keesokan harinya iaitu hari Isnin, Abah dibenarkan melawat nenek untuk kali kedua selama sejam dan selepas itu beliau terus dihantar pulang ke Kem tahanan ISA di Kamunting, Perak.
Admin : Sewaktu artikal ini disiarkan NENEK telah meninggalkan Kita Semua.. AL FATIHAH untuk arwah NENEK.....
Tuesday, 26 May 2009
|
Mei 2009: Kisah Juraij dan Ibunya |
Kolum - Dara.com: Cahaya Rohani | |
Thursday, 07 May 2009 | |
Satu masa lalu terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Be first to comment this article | Add as favourites (13) | Quote this article on your site | Views: 505 | |
Baca lagi... |
Mei 2009: Doa Kepada Para Pemimpin |
Makalah - Majalah i : 40,000 kaki | |
Thursday, 07 May 2009 | |
Teringat saya kepada sebuah riwayat, apabila ditanya kepada seorang tokoh Ahlus Sunnah generasi awal: “Jika anda hanya memiliki satu pilihan berdoa, apakah yang akan anda doakan?” Beliau menjawab: “Saya akan mendoakan kebaikan kepada pemimpin.” Beliau ditanya lagi: “Kenapa?” Beliau menjawab: “Jika pemimpin itu baik, maka baiklah keadaan rakyat. Jika pemimpin itu rosak, maka rosaklah keadaan rakyat.” Demikianlah perbezaan antara Ahlus Sunnah dengan aliran lain. Aliran lain memberi fokus kepada menukar dan mengkritik pemimpin, Ahlus Sunnah memberi fokus kepada membantu pemimpin dalam ketaatan dan kebaikan, serta mendoakannya. | |
Baca lagi... |
Mac 2009: Apabila Keldai Ketawa |
Makalah - Majalah i : 40,000 kaki | |
Thursday, 16 April 2009 | |
KFC, Hungry Jacks dan McDonalds. Demikian tiga restoran makanan segera yang tersusun sebelah menyebelah di William street, berhampiran persimpangan Murray Mall street. Dari sudut hukum fiqh, ketiga-tiga restoran itu halal kerana merupakan sembelihan ahli kitab, sekalipun hukum ini agak kurang masyhur di kalangan muslimin Malaysia. Walaubagaimanapun selera saya untuk sarapan di Perth, Australia pada pagi itu ialah kedai kecil milik warga Turki yang menjual kebab ayam dan kambing. | |
Baca lagi... |
FEEDJIT Live Traffic Map
Blog Archive
-
►
2013
(14)
- ► 03/17 - 03/24 (7)
- ► 02/03 - 02/10 (7)
-
►
2012
(139)
- ► 12/16 - 12/23 (2)
- ► 11/18 - 11/25 (7)
- ► 11/04 - 11/11 (1)
- ► 10/21 - 10/28 (2)
- ► 10/07 - 10/14 (1)
- ► 09/02 - 09/09 (4)
- ► 08/05 - 08/12 (5)
- ► 07/22 - 07/29 (2)
- ► 07/15 - 07/22 (3)
- ► 07/08 - 07/15 (4)
- ► 06/24 - 07/01 (4)
- ► 05/20 - 05/27 (3)
- ► 04/29 - 05/06 (11)
- ► 04/22 - 04/29 (6)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 03/11 - 03/18 (2)
- ► 03/04 - 03/11 (3)
- ► 02/26 - 03/04 (14)
- ► 02/19 - 02/26 (2)
- ► 02/12 - 02/19 (8)
- ► 02/05 - 02/12 (5)
- ► 01/29 - 02/05 (1)
- ► 01/22 - 01/29 (11)
- ► 01/15 - 01/22 (22)
- ► 01/08 - 01/15 (9)
- ► 01/01 - 01/08 (1)
-
►
2011
(108)
- ► 12/25 - 01/01 (1)
- ► 12/18 - 12/25 (4)
- ► 11/27 - 12/04 (2)
- ► 11/06 - 11/13 (4)
- ► 10/02 - 10/09 (1)
- ► 09/11 - 09/18 (2)
- ► 09/04 - 09/11 (6)
- ► 08/28 - 09/04 (5)
- ► 08/14 - 08/21 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (7)
- ► 07/24 - 07/31 (8)
- ► 07/17 - 07/24 (27)
- ► 07/10 - 07/17 (14)
- ► 07/03 - 07/10 (7)
- ► 06/19 - 06/26 (2)
- ► 06/12 - 06/19 (2)
- ► 06/05 - 06/12 (9)
- ► 05/29 - 06/05 (1)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
-
►
2010
(169)
- ► 06/27 - 07/04 (2)
- ► 06/20 - 06/27 (2)
- ► 05/30 - 06/06 (1)
- ► 05/23 - 05/30 (5)
- ► 05/09 - 05/16 (2)
- ► 05/02 - 05/09 (3)
- ► 04/25 - 05/02 (1)
- ► 03/28 - 04/04 (1)
- ► 03/14 - 03/21 (3)
- ► 03/07 - 03/14 (3)
- ► 02/28 - 03/07 (11)
- ► 02/21 - 02/28 (11)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (17)
- ► 01/31 - 02/07 (11)
- ► 01/24 - 01/31 (13)
- ► 01/17 - 01/24 (20)
- ► 01/10 - 01/17 (18)
- ► 01/03 - 01/10 (16)
-
▼
2009
(286)
- ► 12/27 - 01/03 (18)
- ► 12/20 - 12/27 (13)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 12/06 - 12/13 (1)
- ► 11/29 - 12/06 (3)
- ► 11/22 - 11/29 (4)
- ► 11/15 - 11/22 (7)
- ► 11/08 - 11/15 (10)
- ► 11/01 - 11/08 (8)
- ► 10/04 - 10/11 (4)
- ► 09/27 - 10/04 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (2)
- ► 09/13 - 09/20 (3)
- ► 09/06 - 09/13 (10)
- ► 08/30 - 09/06 (7)
- ► 08/23 - 08/30 (12)
- ► 08/16 - 08/23 (8)
- ► 08/09 - 08/16 (8)
- ► 08/02 - 08/09 (9)
- ► 07/26 - 08/02 (11)
- ► 07/19 - 07/26 (6)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 06/14 - 06/21 (9)
- ► 06/07 - 06/14 (15)
- ► 05/31 - 06/07 (7)
-
▼
05/24 - 05/31
(14)
- ZUHUD DI DUNIA, INGATKAN AKHIRATSebilangan ahli il...
- PERSIAPAN MENGHADAPI MATISeseorang pemain bola yan...
- KHAMIS, 2009 MEI 28Nasihat Teman Buat Akhil HaiBil...
- May 28, 2009 | Last update on 28/05/2009 20:11
- MUFTI JANGAN JADI SYAITAN BISU
- BESAR DAN BERATNYA TANGGUNGJAWAB ULAMA' YANG PERLU...
- 28 MAY 2009Bersabar Lah NENEK Ku...Semoga ROH mu b...
- No title
- Mei 2009: Kisah Juraij dan Ibunya
- Berhati-hati Gerakan KristianisasiPosted on Monday...
- Sheikh Qardawi - Mogok lapar tidak haram bahkan di...
- Pujuk Rayu Ibliswww.iluvislam.comal-mujahidinEdito...
- Puasa-Puasa sunat.Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'...
- SUNDAY, MAY 24, 2009Surat Husam kepada Perdana Men...
- ► 05/17 - 05/24 (12)
- ► 05/10 - 05/17 (16)
- ► 05/03 - 05/10 (14)
- ► 04/26 - 05/03 (9)
- ► 04/19 - 04/26 (8)
- ► 04/12 - 04/19 (6)
- ► 04/05 - 04/12 (3)
- ► 03/29 - 04/05 (5)
- ► 03/22 - 03/29 (2)
- ► 03/15 - 03/22 (3)