Rihat Minda


Tuesday, 26 May 2009

Berhati-hati Gerakan Kristianisasi
Posted on Monday, May 25 @ 16:09:07 PDT by TokPenghulu
Artikel Gerakan Kristianisasi (faktor-faktor yang menggalakkan gerakan ini) Oleh: allahummahdina

"

Oleh kerana politik sekarang amat berbahaya terutamanya terhadap umat Islam maka saya rasa ada baiknya juga umat Islam terutamanya para pembaca berkongsi rasa nota kuliah saya tentang betapa bahaya dan tersusunnya gerakan mereka.

1. Ketakutan dan kebimbangan yang amat akan berlakunya kesatuan umat Islam.

2. Menghapuskan agama-agama lain terutamanya agama Islam.

3. Keruntuhan dan kemunduran gereja Kristian.

4. Permusuhan dan dan dendam kesumat akibat kekalahan peperangan Salib.

5. Keinginan Yahudi untuk menghancurkan semua agama melalui Kristian. Bukanlah sesuatu yang pelik pendakwah kristian yang paling hebat dan bahaya ialah berketurunan yahudi (bahkan negara haram yahudi ditubuhkan oleh zionis kristian british).

Begitu juga yang paling hebat dan bahaya di kalangan orientalis ialah juga yahudi (saya rasa ia adalah faktor pertama dan utama berlakunya gerakan ini...). Beberapa cerdik pandai yahudi ada berkata, “kami mengiktiraf semua agama kemudian kami letakkan beberapa persoalan dan keraguan sehingga penganut-penganutnya sentiasa dalam keraguan lalu akan pergi kepada kami. Secara ringkasnya kami masuk ke dalam semua agama manusia dengan kekuatan ekonomi, perubatan dan persenjataan agar kami dapat membawa mereka kepada perpecahan dan kelompok-kelompok yang bercakaran”.

6. Kegagalan mereka untuk memurtadkan kaum muslimin dengan kekuatan. Mereka berkata, “janganlah kamu bertanyakan aku berapa ramai muslimkah yang berjaya aku kristiankan tapi tanyalah berapa muslimkah yang berjaya aku cacatkan keislamannya daripada bangsanya sendiri bagi menghancurkan Islam itu sendiri”.

Maka jelaslah kepada kita kenapa ia semuanya berlaku di negara kita.

Tujuan Kristianisasi sama saja dengan tujuan yahudi antaranya ;

1. Memastikan arab sentiasa dalam keadaan yang lemah. Mereka yang mudah memahami alQuran ini mesti dijauhkan daripada alQuran.

2. Menghancurkan kesatuan Islam. Mereka tak boleh bersatu atas nama Islam pun kerana mereka sangat jauh daripada Islam dan ilmunya. Sentiasa berhasad dengki dan penuh dengan sangkan buruk.

3. Menghilangkan kemulian Islam dan Islam itu sendiri dan memutuskan hubungan orang Islam dengan Allah taala.

Yang paling menakutkan ialah fahaman sekularisme. Akibat daripada ini lahirlah alim agama yang kurang keahliannya dalam bidang dunia dan mereka dikecilkan bidang kerjayanya. Lahirlah juga alim dunia tapi kurang keahliannya dalam ilmu agama dan mereka dibesarkan bidang kerjayanya.

4. Memburukkan Islam pada pandangan yang bukan Islam dengan mendakwa Islam membawa kemunduran, pengasingan gendre, tiada hubungannya dengan politik dan sebagainya. Orang bukan Islam ini dibentengkan daripada Islam oleh umat Islam sendiri yang sudah dicacatkan keislamannya.

5. Menguasai fikiran, hati, akhlak dan sejarah umat Islam. Sehingga idola mereka bukan lagi ulama’ yang soleh tapi barat dan sekutu-sekutu mereka.

(Di sekolah-sekolah pembelajaran sejarah Islam menampakkan kejahatan kerajaan Islam dulu bukannya kebaikan dan keagungan kerajaan dulu yang bersumberkan Islam. Pada hal barat sendiri mengkaguminya. Begitu juga PPSMI, pelaksanaannya hanyalah semata-semata kerana beberapa kerap yang berkuasa yang sangat tergila-gila barat bahkan mereka pun bukannya pandai sangat pun inggeris. Ilmu sains dan matematik mereka pun bukannya hebat.)

akan bersambung insha Allah...

(nota kuliah saya 1998)

amintahar.worldpress.com

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive