Rihat Minda


Thursday 28 May 2009


MUFTI JANGAN JADI SYAITAN BISU


Di dalam muka hadapan Utusan Malaysia semalam memetik kata-kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut;

”Orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus dalam perjuangannya, sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian”.

Sehari sebelum itu, di dalam akhbar yang sama melaporkan;
”Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan,

umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu”
Ia turut melalaporkan;

”Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara”

Beberapa hari sebelum itu pula;
”Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah”

Naskhah hijau diatas saya terlihat didalam laman tranungkite.net . Saya tidak mahu mengulas tentang hukum berkaitan dengan mogok lapar sebagaimana yang dipalu oleh penasihat agama johor dan mufti-mufti yang berkenaan, kerana hukumnya berlaku khilaf di kalangan ulama'-ulama' ( sila rujukhttp://www.episodeperjuangan.blogspot.com/ danhttp://www.al-muqry.blogspot.com/ ).Lagipun Yb Dato' Sri Mohd Nizar Jamaluddin menyarankan kepada ummat islam supaya berpuasa untuk berhadapan dengan kes yang berlaku di negeri Perak ini.

Yang menariknya ialah mufti-mufti ini, apabila berkait dengan pembangkang, terlalu pantas mereka mengeluarkan fatwa-fatwa mereka sama seperti yang berlaku kepada Yb Nga Kor Ming yang membaca ayat suci Al-quran. Sedangkan YAB Najib Tun Razak semasa menjadi Timb. Perdana Menteri dulu pernah meluluskan 10 lesen judi. Tetapi semua mufti-mufti di atas membisu.Habis lidah-lidah ulama' ini menjadi kelu bila berhadapan dengan kebathilan.

Ingat.....Nabi SAW bersabda :
الساكت عن الحق شيطان أخرس
Maksudnya : Orang yang senyap dari menyatakan kebenaran ia adalah syaitan bisu.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive