Kesesatan Lagu Lady Gaga : Judas Posted on Thursday, July 07 @ 01:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: zharifjenn
"
Kesesatan Lagu Lady Gaga : Judas Posted on Thursday, July 07 @ 01:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Julai: “Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berada di Mekah waktu ini kerana menunaikan umrah menyatakan demikian di dalam suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Berikut adalah kandungan penuh surat berkenaan. Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj. Bismillahir Rahmanir Rahim. Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT. Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand. Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Patik yang menjunjung kasih, YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS). Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M |
Cara Pengebumian Muslim Boleh Jadi Pintu Hidayah Masuk ISLAM |
“Oh ye ke? Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang masuk ISLAM. Dulu dia Buddha. Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan” kata saya.
“Tu yang murah punya rasanya. Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.
“Alhamdulillah, kos pengebumian kita takdelah mahal macam tu kan. Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja kan. Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali. Murah kan…” saya menambah.
“Ya, murah je. Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung beres oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa…” sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang praktis pengurusan jenazah di taman perumahan kami.
“Alhamdulillah. Itulah antara yang cantiknya ISLAM ni. Cara pengebumian orang ISLAM ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan ISLAM untuk masuk ISLAM. Simple dan tak menyusahkan waris…” saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad. Tak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.
Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi. Sungguh, memang cara pengebumian ummat ISLAM boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan ISLAM untuk tertarik dengan ISLAM. Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya. Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan sangat pihak waris.
Saya teringat akan dua kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu tentang bagaimana dua orang Kristian yang masuk ISLAM disebabkan oleh tertarik dengan cara pengebumian orang ISLAM yang cukup sederhana dan ringkas sifatnya.
Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk ISLAM setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu. Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.
Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu ialah bagaimana ISLAM bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa. Telah ditayangkan bagaimana jenazah Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd. Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa. Walaupun sudah bertahun-tahun beliau diajak masuk ISLAM dan tetap berdegil, namun dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah membuatkan beliau pasrah dengan keindahan ISLAM, seterusnya masuk ISLAM.
Kisah kedua berlaku kepada seorang nenek di USA. Cucu beliau telah pun masuk ISLAM dan menjadi salah seorang yang giat berdakwah di tempat mereka. Puas si cucu ini memujuk si nenek tersebut untuk masuk ISLAM, tetapi tidak berjaya dipujuknya. Pada suatu hari telah berlaku kematian di kalangan orang ISLAM di tempat mereka. Disebabkan orang ISLAM yang meninggal dunia itu adalah terdiri barangkali keluarga terdekat atau jiran mereka, maka si nenek pun hadir sama ke upacara pengebumian si muslim yang meninggal dunia itu.
Selepas upacara pengebumian tersebut, si nenek itu telah berkata kepada si cucu tadi, “Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam itu juga”, beliau merujuk kepada cara pengebumian si muslim tersebut. Dengan hidayah dan taufiq dari ALLAH, maka si nenek itu pun masuk ISLAM. Beliau masuk ISLAM lantaran tertarik dengan cara pengebumian ISLAM yang sederhana dan menginsafkan. Selang beberapa tahun kemudian, si nenek itu pun meninggal dunia. Dan beliau dikebumikan dengan cara yang beliau mahu iaitu meninggal dunia sebagai muslim dan dikebumikan dengan cara pengebumian muslim. Kisah ini telah disampaikan oleh cucu beliau yang merupakan seorang pendakwah ISLAM yang aktif berdakwah di USA.
Itulah dua kisah yang mungkin dapat kita pelajari dan ambil iktibar. Betapa kesederhanaan dan mudahnya ISLAM ini bisa menambat hati fitrah manusia.
Justeru, amalkanlah ISLAM mengikut contoh yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Jangan menyusah-nyusahkan dengan upacara tambahan dan rekaan. Sungguh, pada kesederhanaanlah, ISLAM ini dilihat cantik.
WAllahu Ta`ala A`lam.
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pakatan Rakyat menggesa Putrajaya harus melepaskan semua tahanan yang ditahan kerana terlibat dengan aktiviti Bersih 2.0 serta menarik balik semua bentuk pengharaman terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk kemeja-T.
Selain itu, tegas pemimpin Pakatan Rakyat, enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, juga perlu dilepaskan.
Tindakan harus dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0, diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Selain itu, kata pemimpin Pakatan Rakyat, langkah Yang di-Pertuan Agong mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa pemandu Bersih termasuk pengerusi Datuk Ambiga Sreenevasan membuktikan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Kementerian Dalam Negeri.
“Ya, sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertitah dan memberi pandangan baginda dalam isu ini dan baginda tidak mengatakan Bersih adalah pertubuhan haram malah baginda juga meminta kerajaan sedia ada menyelesaikan perkara ini secara baik.
“Kalau Bersih ini pertubuhan haram, mengapa Yang di-Pertuan Agong mahu kerajaan berunding untuk mencari jalan penyelesaian? Malah baginda juga perkenan untuk membenarkan Bersih menghadap baginda untuk berbincang.
“Jadi atas hujah ini tidak timbul Bersih adalah pertubuhan haram atau sebagainya dan apa jua tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri dan polis sangat bertentangan dengan amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.
Oleh itu, tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu semua mereka yang ditahan perlu dibebaskan serta-merta dan semua pengharaman yang dibuat ke atas Bersih harus ditarik balik.
“Sesiapa sahaja yang ditahan dalam isu Bersih ini harus dibebaskan serta-merta kerana ia bertentangan dengan hasrat dan titah Yang di-Pertuan Agong.
“Malah semua pengharaman termasuk kemeja-T Bersih 2.0 juga harus ditarik balik,” katanya.
Minggu lalu Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, malah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.
Lebih 200 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan. Polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.
Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda.
Malah Yang di-Pertuan Agong bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.
Semalam, Bersih 2.0 mengumumkan perhimpunan akan diadakan di stadium seperti mana yang dicadangkan kerajaan.
Menurut Ambiga, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Sementara itu, Naib Presiden PKR N. Surendran berkata Putrajaya sepatutnya secara serta-merta membebaskan kesemua individu yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0.
Selain itu, tegas beliau, semua pengharaman terhadap Bersih 2.0 termasuk kemeja-T harus ditarik balik.
“Pandangan saya jelas semua mereka yang ditahan termasuk enam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat mesti dilepaskan dengan serta-merta kerana Yang di-Pertuan Agong tidak mengatakan Bersih dan Himpunan Bersih 2.0 adalah haram.
“Sepatutnya selepas titah Yang di-Pertuan Agong kerajaan harus membebaskan mereka semua dan semua pengharaman termasuk baju Bersih 2.0 ditarik balik malah ia dibenarkan dipakai secara terbuka,” katanya.
Tambah peguam hak asasi itu, namun sehingga kini Putrajata melalui Kementerian Dalam Negeri polis masih belum membebaskan semua tahanan sambil menyifatkan “melanggar titah Yang di-Pertuan Agong.”
“Sekarang Himpunan Bersih 2.0 akan dibuat di stadium, sepatutnya polis dan Kementerian Dalam Negeri melepaskan semua tahanan, tarik balik pengharaman dan ia jelas dalam mesej yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong tapi mereka enggan ikut.
“Yang paling penting adalah titah Yang di-Pertuan Agong, baginda tidak kata Bersih 2.0 ini pertubuhan haram... Agong kata ia harus diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menyerahkan keputusan kepada polis untuk menentukan nasib kesemua individu yang ditahan.
TITAH daripada RAJA yang BERSIH hatinya. Posted on Monday, July 04 @ 19:58:16 PDT Dilulus untuk paparan oleh aya |