Rihat Minda


Friday, 22 July 2011

Jamil Khir Buat Port Baru Di Mesir
Posted on Friday, July 22 @ 02:20:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

BeritaOleh: abu_zaim

"Mati-mati siswa/wi menganggap kedatangan Jamil Khir ke Mesir untuk melawat mereka. Menyantuni mereka dan mendengar masalah yang di hadapi oleh siswa/wi secara serius.

Frust pertama: Apabila memorundum ditolak mentah-mentah oleh Jamil Khir setelah mendengar briefing versi fitnah dari Pak Duta Fakerudin. Sepanjang dia berada di Mesir, Fakerudin menjadi abang angkatnya yang cumil. Walaupun raut wajah Jamil Khir kelihatan ganas dengan penampilan bermisai super mario, malangnya dia tetap takut menerima memorandum aduan salah laku pegawai-pegawai kedutaan dari siswa/wi. Buat malu askar pencen je.

Frust kedua: Sudahlah tidak ada yang sudi mendengar masalah, siswa/wi Melayu Mesir dikejutkan dengan berita bahawa antara tentatif utama Jamil Khir datang ke Kaherah ialah untuk melawat Rumah Kelab UMPORNO Kaherah yang belum siap. Untuk pengetahuan pembaca, Kelab UMPORNO di Mesir hanya dianggotai oleh pegawai-pegawai sahaja. Sekali pandang macam kelab underground pun ada. Yelah, tak tau apa yang dibuat dan jasa apa yang boleh dibanggakan. Justeru apa jadahnya siap nak buat rumah dan segala fasiliti untuk sebuah kelab yang hidup segan mati ‘mush ‘aiz’ (tak mahu).

Tambah mengecewakan apabila dikhabarkan Jamil Khir sanggup datang awal pagi untuk pergi meninjau Rumah Kelab UMNO dan mengikuti sesi penerangan dan mengumpat sesama mereka. Betapa bersungguhnya dia. Selepas sudah puas, barulah dia pergi ke Rumah Wilayah. Konon untuk menziarahi siswa/wi. Rancangan tersebut semata-mata untuk cover rancangan sebenarnya iaitu untuk mengukuhkan UMPORNO di Mesir. Semua siswa/wi kena tipu. Bila diajak bermesra dengan siswa, dengan selamba dia menjawab “saya takde masa” berulang-ulang kali seperti cd calar. Ada ketikanya seperti artis rappers pun ada. Lepak kat Ruma Kelab UMPORNO sambil menggentel misai boleh, nak layan siswa/wi satu minit pun tak boleh!

Mungkin melihat masa depan UMPORNO di Malaysia agak malap dan menunggu saat kejatuhanya, mereka mengambil inisiatif ingin buat port baru di Mesir dengan mengirim Jamil Khir untuk buat survey. Datang ke Mesir atas nama menteri dan kos ditanggung kerajaan, tetapi buat kerja UMPORNO. Bijak-bijak. Bak kata orang ‘sambil menyelam di loji, sambil mengunyah najis”.

Sila lihat gambar mereka

http://wismaserimelaka.blogspot.com/2011/07/mengiringi-menteri-agama-general-mej.html"

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive