Rihat Minda


Monday, 11 May 2009

1 comments ]


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi benar-benar memalukan Barisan Nasional kerana mahkamah memutuskan, YB Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah. 

Ternyata kaedah yang telah digunakan oleh BN untuk menawan semula Perak didapati bertentangan dengan perlembagaan dan juga undang-undang tubuh negeri Perak. 

Natijahnya, sejak 6 Februari lalu, Perak telah ditadbir oleh seorang Menteri Besar yang tidak sah sehingga berlakunya sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2008 dan Raja Nazrin terpaksa menunggu lebih 5 jam untuk merasmikan sidang DUN yang begitu kontroversi pada minggu lalu.

Bahkan juga, 64 rakyat Malaysia terpaksa ditahan dalam lokap, beribu anggota polis terpaksa dikerah untuk mengawal keadaan dan entah berapa juta wang rakyat yang terpaksa digunakan untuk membiayai operasi itu.

Foto Speaker DUN Perak yang diusung keluar secara paksa sudahpun ditonton oleh berjuta penduduk Malaysia dan dunia. Nama Perak dan Malaysia sudah pun terjejas di mata dunia, akibat sikap terburu-buru kerajaan BN yang mahu menawan semula Perak sepertimana yang telah dijelaskan oleh Tun Mahathir sebelum ini. 

Manakala gelaran MB haram yang diberikan kepada Zambry selama ini sudah terbukti benar. Beliau yang hanya menurut kata ‘orang atasannya’ terpaksa menanggung malu yang amat sangat. Keluarganya juga terpaksa menanggung aib yang amat berat.

Tatkala banyak pihak meramalkan keputusan mahkamah akan memihak pada BN, ternyata mahkamah mempunyai alasan untuk mengubah persepsi itu. 

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).


Esok pagi, Nizar akan memohon untuk menghadap Sultan Perak. Jika diperkenankan, sudah pasti Nizar mahu mengusulkan kepada Sultan agar DUN Perak dibubarkan secepat mungkin. Persoalannya kini, adakah Sultan akan bersetuju dengan permintaan itu? 

Manakala Najib pula memberitahu wartawan, BN akan membuat rayuan secepat mungkin. Adakah Sultan Perak mahu menunggu kes rayuan itu didengar terlebih dahulu sebelum Baginda mahu memutuskan untuk membubarkan DUN Perak?

Pada saya, adalah lebih afdal jika Sultan Perak membubarkan DUN Perak dan BN pula hendaklah membatalkan hasrat mereka untuk membuat rayuan kes itu di mahkamah. Biarkan rakyat jelata membuat keputusan. Jika BN fikir pilihanraya kecil satu pembaziran, boikot sajalah pilihanraya kecil itu. 

Bagaimanapun, saya tidak fikir Sultan mahu membubarkan DUN Perak. Apapun, keputusan Sultan esok bakal menentukan samada kemelut politik Perak akan berakhir ataupun ianya akan terus berpanjangan. 



TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive