Nik Aziz: Melawan sejuk dan 'rohok'
Selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-81 pada 10 Januari lalu, ketika kesihatannya menjadi tanda tanya, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau masih sihat, cuma selalu keletihan dan alah pada cuaca sejuk.
"Kesihatan saya macam inilah. Sekejap dia tenggelam, sekejap dia timbul. Tengok keadaan. Keadaan yang menyusahkan sayalah, cuaca.
"Cuaca sejuk memang saya banyak terganggu. Dia (jadi) letih, dia selesema banyak kalau sejuk," katanya ketika diwawancara di kediaman rasminya di Kota Bharu minggu lalu, dua hari selepas ulang tahun kelahirannya.
Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun "rohok" atau banyak kerja yang meletihkannya, beliau masih cuba menghadiri pelbagai program kerajaan negeri dan parti, termasuk berulang alik ke Kuala Lumpur.
"Iulah masalahnya, sebab itu kalau tak penting sangat mesyuarat (itu) saya tak pergi Kuala Lumpur. Kesian tubuh saya.
"Tapi kalau benda itu menyangkut jawatan saya sebagai menteri besar, pesuruhjaya, saya pergilah. Itu pun kadang-kadang tak boleh pergi juga," katanya yang kelihatan bertenaga, menyembunyikan keletihan di riak wajahnya.
Berbaju Melayu jingga dan berdasi labuh tebal di luarnya, veteran politik Malaysia itu percaya beliau terpaksa menggagahi diri dengan kerja-kerja melibatkan aktiviti fizikal kerana ia "penting untuk akhirat",
"Sebagaimana kita duduk atas dunia, umur 100 tahun misalnya pun kita nak kepada harta, nak kepada sokongan, nak kepada pengaruh. Itu baru 100 tahun. (Tetapi) akhirat kekal,..
"Harta di akhirat pula namanya pahala. Atas dunia namanya ringgit, dolar, yen," katanya yang terkenal dengan logik-logik mudah ketika berceramah atau memberikan kuliah.
Ditanya tentang status rawatannya, Nik Aziz berkata, beliau sebelum itu baru sahaja memeriksa status kesihatannya di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara dan doktor mengesahkannya "bagus" tetapi "rohok" atau banyak bekerja.
Kehadiran Nik Aziz akhir-akhir ini dikatakan kurang memuaskan dan menyebabkan kehadirannnya di Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar menarik menarik perhatian ramai.
Dalam program itu, beliau bagaimanapun menunjukkan kecergasan dan bingkas bangun apabila pemimpin Pakatan di pentas diminta berdiri untuk membaca ikrar bersama.
Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menceritakan kembali saat genting ketika Nik Aziz dibawa ke hospital sebelum itu mengumpamakan seperti saat terhentinya detikan jantung manusia pertama ke angkasa lepas Yuri Gagarin dalam pengembaraan itu.
Sementara itu, berbeza dengan menteri besar lain, Nik Aziz bukan sahaja terlibat dalam kerja-kerja pentadbiran kerajaan negeri, malah dilihat mengambil tempat di hati sebahagian besar rakyat Kelantan sebagai sebagai pemimpin agama.
Malah, sejurus sahaja tamat ditemubualMalaysiakini Khamis lalu, azan Zohor seperti biasa dilaungkan di ruang tamu kediaman rasminya dan sejarah segera dihampar untuk diimamkannya.
Bukan sahaja kakitangan pejabat dan pembantunya, pengunjung yang mahu menemuinya di rumahnya - yang tiada langsung protokol ketat - juga turut bersolat bersama-sama.
Nik Aziz membuktikan kenapa beliau seorang menteri besar yang berbeza.
Nik Aziz diwawancara Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.

No comments:
Post a Comment