Rihat Minda


Tuesday 17 January 2012

Bahasa

YB Yunus dilantik exco baru ganti Hasan Ali

TERKINI @ 12:05:07 PM 18-01-2012
January 18, 2012

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Kejutan berlaku di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai exco kerajaan negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.

Keputusan itu dilihat mengenepikan calon pilihan ramai iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Ahmad Yunus (gambar) mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi ini dengan disaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan ahli majlis mesyuarat yang lain.

Sebelum ini PAS Selangor sebulat suara mencadangkan Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru untuk menggantikan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keanggotaannya.

Semalam Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman menafikan dakwaan bahawa perselisihan dengan Istana akan menjejaskan peluang Abdul Rani dilantik exco.

Utusan Malaysia semalam menyebat Abdul Rani berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapat perkenan Sultan Selangor bagi dilantik sebagai exco berikutan pertikaiannya berhubung isu tauliah mengajar selain kritikan beliau terhadap pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada kerajaan negeri Perlis.

“Kita (PAS Selangor) sebulat suara mencadangkan pesuruhjaya (Abd Rani) untuk menggantikan Dr Hasan dan setakat ini kita lihat tiada masalah dengan cadangan itu.

“Kita hanya berikan satu nama sahaja kepada kepimpinan PAS pusat, tapi kita masih belum dapat sebarang maklumat terbaru daripada PAS pusat dan juga menteri besar,” kata Mohd Khairuddin.

Abdul Rani menjadi calon pilihan untuk menggantikan Hasan yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Hasan dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

Beliau dilihat tidak akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama walaupun diberikan tempoh 30 hari sehingga 7 Februari depan.

Ahmad Yunus merupakan Pembantu Exco Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia dan Sukan iaitu portfolio yang dipegang Khalid.

Abdul Rani juga hadir di upacara itu.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive