Rihat Minda


Thursday, 16 February 2012

Aqidah: Tiada Kompromi Walaupun Mereka Pemimpin Besar Negara.
Posted on Thursday, February 16 @ 03:23:28 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelOleh: Tok Janggut

Bukan sekali dua ulama tertentu menegur pemimpin Kerajaan Pusat dari kalangan UMNO supaya berhati-hati dalam soal aqidah samada dari segi perbuatan atau pun percakapan. Sebagai umat Islam kita wajib tahu akan batas-batas yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul dalam setiap tindakan dan kenyataan kita.

Umat Islam boleh terbatal aqidahnya samada termasuk dalam dosa syirik, kufur atau murtad dalam salah satu dari tiga keadaan. Melalui hati, perbuatan dan percakapan.

Niat di hati hanya Allah sahaja yang boleh menghukumnya kerana manusia tidak punya kemampuan untuk menilai atau menjatuhkan hukuman tetapi manusia boleh menghukum berasaskan percakapan dan perbuatan seseorang itu, bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud "manusia boleh berhukum berdasarkan yang zahirnya sahaja". Tetapi untuk menghukum seseorang itu samada jatuh syirik, kufur atau murtad mestilah kita mendengar atau melihat sendiri perbuatan atau tindakanya itu dengan telinga atau dengan mata kita sendiri bukanya mendengar dari mulut ke mulut yang dibawa oleh orang lain.

Itu sebabnya tuduhan seperti seseorang itu berzina atau meliwat tidak boleh dipercayai sekiranya kita sendiri tidak melihatnya secara jelas dengan mata kita sendiri. Mendengar dari mulut orang lain tidak boleh dibuat hukum walaupun mereka membuktikan dengan teknologi canggih seperti video atau cd kerana itu semua boleh direka walaupun hakikatnya memang perkara itu benar-benar berlaku sekalipun. Mempercayai sesuatu tuduhan sedangkan kita sendiri tidak melihat dengan mata sendiri dan kita menyebarkanya pula kepada orang lain, maka ianya termasuk dalam kategori "fitnah".

Seperti apa yang sering dilakukan oleh pemimpin UMNO bertafakur di Tugu Negara, perbuatan ini telah difatwakan sebagai syirik, tetapi perkara seumpama ini masih juga dilakukan, maka tidak salah kita sebagai orang awam yang melihat perbuatan itu menghukum sipelakunya sebagai syirik. Begitu juga berita hangat yang terbaru apabila Perdana Menteri dan isterinya meraikan perayaan keagamaan kaum Hindu di Batu Caves baru-baru ini.

Perbuatan ini tidak ada khilaf lagi bahawa ianya membawa kepada syirik, kufur atau murtad. Alasan pihak tertentu bahawa ianya sebagai penghormatan dari seorang Perdana Menteri kepada penganut agama Hindu tidak boleh diterima kerana dalam Islam soal aqidah tidak ada kompromi atau alasan untuk menghalalkanya. Bolehkah kita kita menegur seseorang yang mengatakan umat Islam yang berkerja di kilang arak itu haram dan semua amal ibadahnya tidak diterima oleh Allah dengan berkata "tak boleh kata begitu, niat dia baik untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya".

Hanya orang jahil dan buta hati saja yang akan berkata begitu kerana hukum sebegini telah jelas dinyatakan dalam Quran dan Hadis Nabi termasuk dalam kategori "haram" hukumnya.

Begitu juga dengan melalui percakapan seperti menghina atau mempersendakan hukum Allah, Sunnah Nabi dan nasihat ulama yang berasaskan Quran dan Hadis, maka ianya juga membuatkan seseorang itu jatuh kufur atau murtad. Masalah dalam hatinya itu urusan Allah, kita sebagai manusia dizinkan menjatuhkan hukum berasaskan pada zahirnya yang kita lihat dan dengar.

Bukankah sekiranya kita menafikan satu-satu hukum itu boleh menyebabkan kita juga boleh jatuh kufur, syirik dan murtad kerana ia bermakna kita menafikan ayat Allah dan hadis Nabi?

Tapi sayangnya, manusia, pemimpin dan parti yang menjadikan kerja syirik, kufur dan boleh menjerumus kepada murtad sebagai salah satu dasar pejuangan untuk mendapatkan sokongan dan undi inilah yang dibanggakan, disokong dan dipertahankan oleh manusia Melayu yang mengaku beragama Islam dalam negara ini.

Sedangkan bagi orang yang beriman dan bertaqwa wajib menjauhi golongan seperti ini malahan menjadi wajib hukumnya menentang dan menjatuhkan mereka-mereka ini dari terus berkuasa kerana mereka inilah puncanya mengapa maksiat, kemungkaran, kezaliman, fitnah, penindasan, penghinaan terhadap syariat Allah dan Sunnah Nabi dan kerja syirik, kufur dan murtad makin menjadi-jadi dan bermaharajalela dalam negara kita ini. Apakah kita rasa kita tidak sama menanggung dosanya di hadapan Allah kelak? Apakah kita rasa Nabi akan mengaku kita sebagai umatnya nanti? Tak mungkin dan tak mungkin.

Apabila manusia menjadikan syaitan dan Iblis sebagai idelo dan bahan rujukan manakala musuh Allah, rasul dan seluruh umat Islam yakni puak Yahudi/Israel dijadikan teman, penasihat serta teman dagangan, maka Allah biarkan mereka-mereka ini jauh sesat dan sesesatnya. Maka mereka-mereka ini juga akan Allah kumpulkan semula bersama puak iblis, syaitan dan yahudi/Israel ketika di Padang Mahsyar nanti dalam satu kandang dan akan dilemparkan bersama-sama ke neraka Allah.

Adanya tokoh agama dalam kalangan mereka hanyalah sebagai pembaca doa dan merasmikan majlis sahaja. Untuk menegur? Jauh sekali kerana bagi mereka yang lebih penting ialah poket, kereta besar, rumah mewah dan kedudukan yang dihormati mesti dijaga dan diutamakan. Mereka inilah iblis yang bertopengkan manusia dengan menjual agama untuk kepentingan duniawi.

Kalau ada yang menegur pun tak sampai seminggu tokoh agama ini akan menarik semula kenyataanya dan mempertahankan pula pihak yang pada mulanya dikatakan melakukan kerja syirik tadi dan menuduh pihak lain pula yang bersalah.

Inilah dia ulama yang dibayar gaji mereka oleh UMNO. Itu sebabnya umat Islam ramai sesat, puncanya ialah adanya ulama atau mufti yang bercakap bab hukum mengikut kehendak pemerintah. Oleh itu, umat islam tidak perlu menaruh harapan kepada Mufti atau ulama suruhan UMNO untuk mendapatkan sesuatu yang berkaitan dengan hukum kerana mereka ini boleh dijual beli oleh UMNO.

Tidak pernah pula kita mendengar kalau pemimpin besar Negara seperti Perdana Menteri, Sultan atau Presiden tidak batal aqidahnya jika menghadiri upacara keagamaan bagi penganut lain. Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin besar UMNO termasuk Mahathir dan Najib dulu begitu bebas menghina syariat Allah dan Sunnah Nabi kerana mereka kebal dan lebih maksum dari Nabi agaknya.

Tak tahulah mungkin juga pemimpin besar boleh membunuh, memfitnah orang dan merampas hak rakyat juga agaknya. Inilah kenyataan sesat. Golongan agama dalam UMNO seperti ini eloklah diberikan ladang untuk menternak babi, lagi baik.

Beliau tuduh pihak lain membuat kenyataan yang boleh mengeliru dan memporak-porandakan masyarakat Islam tetapi beliaulah sebenarnya yang melakukanya. Demi untuk menjaga nama Najib dan UMNO, beliau ubahsuai kenyataanya. Beliau ingat masyarakat sekarang ini bodoh dan jahil seperti puak UMNO? Patutlah kita lihat muka-muka mufti dan tokoh agama UMNO ni tak ada "nur" langsung. Seiras air muka dengan Mahathir, Ibrahim, Zul Kulim, Ali Rustam, Najib dan Ahmad Said sahaja nampaknya. Muka Abu Lahab dan Abu Jahal.

Bagaimana pula perbuatan mereka-mereka ini yang menggunakan bomoh, melakukan sihir semata-mata untuk mengekalkan kuasa dan menjatuhkan lawan mereka. Ini juga jelas syirik tetapi ada juga manusia yang sudi mencium tangan mereka ini ketika bersalam. Inilah akibatnya apabila ajaran Islam di ketepikan dan periok nasi diutamakan. Oleh itu tidak peliklah apabila ramai ketua-ketua ajaran sesat dalam negara kita ini tidak ditangkap atau diambil tindakan apabila mereka itu bersedia mengisi borang untu menjadi ahli UMNO seumur hidup. Sesuai sangatlah tempat yang mereka pilih itu. Mufti pun gembira apabila ketua-ketua ajaran sesat ini mengisi borang UMNO.

Ini belum masuklah lagi kerja-kerja menipu yang jelas hukumnya haram. Menipu dalam pilihanraya semata-mata untuk menang. Ini adalah kerja yang ditiru dari golongan Yahudi dan Zionis. Dalam Islam tidak boleh dan tidak dibenarkan sekali-kali melakukan penipuan hatta untu menang dalam pilihanraya sekali pun.

Apabila menang pun ia tetap termasuk dalam istilah "haram". Apabila haram maka semua hasil pendapatan atau elaun yang diperolehi termasuk juga dalam hasil haram. Maka diberikan anak isteri makan dengan hasil itu sedangkan Nabi sudah memberi amaran bahawa sesiapa yang memasukan sumber haram dalam tubuhnya maka nerakalah yang layak untuknya kelak.

Pergi haji, puasa, tunai zakat, sedekah guna pula wang hasil haram itu, maka dapat dosa pula. Pengundi pula yang dibayar untuk mengundi lebih dari satu tempat dan dibayar pula juga termasuk melakukan penipuan dan kerjanya haram dan upahnya yang diperolehinya juga adalah haram. Mereka ini juga kena jawab depan Allah nanti. Tidak padan dengan jumlah upah yang mereka perolehi jika dibandingkan dengan azab yang bakal mereka terima kerana bersubahat dengan kerja menipu yang jelas haram dalam Islam. Inilah Islam.

Lain dari agama lain. Itu sebabnya sesiapa yang mengatakan semua agama itu sama saja atau mengatakan semua agama itu baik belaka kerana masing-masing pun inginkan kebaikan maka orang itu jatuh kufur dan murtad. Islam adalah agama Allah. Islam adalah yang tertinggi dan tiada yang tinggi darinya. Islam adalah agama kebenaran, selainya darinya adalah bathil.

Oleh itu, jangan sekali-kali kita mereka-reka alasan untuk membenarkan atau mempertahankan pihak-pihak yang jelas melakukan kerja syirik atau kufur itu kelak kita juga termasuk dalam golongan itu. Jalan terbaik untuk menyelamatkan iman dan aqidah, tolak dan jangan lagi menyokong golongan seperti itu, jika tidak tidak ada bezanya kita dengan mereka. Beribadah dalam keadaan kufur.

Beribadah dalam keadaan syirik dan murtad. Kejahilan dalam agama adalah punca utama mengapa semua perkara ini berlaku. Jika ajaran agama sendiri pun tidak diminati, tidak dicari, tidak dipelajari dan diamalkan malahan dibenci dan dipersendakan, jangan salahkan Allah dan Rasul diakhirat nanti. Tanggunglah sendiri. Dalam UMNO itu berkeliaran manusia berakhlak dan beraqidah seperti warga Arab yang bernama Hamza Kashgari yang dihantar pulang itu, tetapi mengapa tidak diambil tindakan dan dihukum? Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive