Rihat Minda


Thursday, 12 January 2012

Sedangkan Adam alaihissalam pun di keluarkan dari syurga… — Aspan Alias

January 12, 2012

12 JAN — Saya masih tidak memahami kenapa isu pemecatan Hasan Ali dari PAS mengambil tempat di dada media dengan begitu meluas sekali. Jawapannya tentulah mudah… kerana pilihanraya sudah menghampiri kita maka isu seperti ini menjadi hangat dan panas kerana kepanasan isu ini menjadi harapan bagi setengah pihak untuk mendapat “ganjaran” politik darinya.

Pertemuan di antara Hasan dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat beberapa ketika dahulu sepatutnya telah meredakan keadaan kerana di pihak Nik Aziz beliau telah pun memaafkan Hasan jika ada apa-apa kesalahan dari pihak Hasan. Maksudnya pertemuan itu adalah pertemuan memaafkan di antara satu dengan yang lain.

Tetapi ego dan keperongosan Hasan membuatkan keadaan bertambah rumit dengan memarahi pihak lain kononya beliau tidak pernah meminta maaf kepada TGNA. Hasan merasakan beliau begitu besar darjatnya, lebih besar dari aulia dan ambia dan elemen meminta maaf itu tidak ada dalam dirinya. Meminta maaf itu adalah perkara yang beliau anggap seperti suatu fitnah pada dirinya. Saya tidak tahu di mana yang dikatakan Hasan sebagai pejuang Islam dan Raja itu ada ke relevanannya.

Baiklah, kalau Hasan sudah tidak serasi dengan PAS, maka pemecatannya dari PAS itu sepatutnya di ambil sebagai perkara yang baik untuk dirinya. Tidak payahlah menuduh yang pemecatannya dari PAS itu adalah kerana Anwar Ibrahim. Tidak payahlah Hasan bersikap terlalu “apologetic” sangat terhadap kekurangan yang ada pada diri sendiri itu. Semua manusia ada kekurangan walaupun sifatnya adalah sifat yang secantik-cantik kejadian Tuhan.

Pemecatan ini tidak ada apa-apa “significance” terhadap kedua-dua belah pihak. Kalau benar-benar Hasan hendak teruskan perjuangan Islamnya banyak lagi “premise” yang lain untuk beliau berjuang. Elok kita perjuangkan Islam kepada diri kita yang sebenar-benarnya, diri kita dahulu sebelum kita memperjuangkan dakwah Islam itu.

Sedangkan Nabi Adam as pun dipecat dari Syurga apa sangatlah isu Hasan yang dikeluarkan dari PAS ini. Apa lagi tempat yang paling indah dari syurga dan dari syurga itulah Adam as di keluarkan dan dihantar kedunia ini.

Tetapi Adam telah melakukan tanggungjawab yang tidak ada tolok bandingnya terhadap Tuhannya walaupun dikeluarkan dari syurga itu… iaitu mengembangkan umat Tuhan yang menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Adam telah memaparkan kebesaran Tuhan dengan menambah umat untuk melakukan tawajjuh dan tawassul kepada Rasul dan Tuhannya.

Jadi Hasan boleh mengambil iktibar dan pelajaran dari ini. Berjuanglah untuk Islam sebagaimana yang beliau laungkan itu walaupun tidak berada dalam PAS lagi. Tetapi hakikatnya Hasan adalah seorang ahli politik seperti yang lain-lain juga.

Hanya Hasan tidak mempunyai kudrat untuk mengakuinya, tetapi semua orang faham apa sebenarnya matlamat Hasan. DAN Hasan sendiri lebih mengetahui tentang dirinya.

Hanya satu yang Hasan sudah terlupa, apabila berada di dalam politik itu, jejak kita di dalam air pun boleh diikuti oleh orang lain

Tugas yang paling mulia yang sepatutnya di lakukan oleh Hasan ialah untuk mengosongkan kerusi exco kerajaan negeri Selangor itu. Itu sepatutnya di lakukan oleh Hasan secara “gentleman”.

Walau bagaimana pun ini hanyalah pandangan peribadi saya. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive