Rihat Minda


Friday 13 January 2012

SATURDAY, JANUARY 14, 2012

Konvensyen PR ke 3 : Slogan Baru Untuk BN dari Timb Presiden PAS - "BN Menang Malaysia Bangrap"

Mat Sabu ajak PAS, PKR & DAP hayati semangat Piagam Madinah tumbangkan Umno

Timbalan Presiden PAS Tuan Mohamed Sabu pagi ini mengajak Pakatan Rakyat menghayati semangat Piagam Madinah bagi menumbangkan kezaliman Umno Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13.

Ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 pagi ini, beliau berkata mana-mana pemimpin tidak boleh mengkhianati persefahaman bersama antara PAS, PKR dan DAP dalam agenda menyelamatkan Malaysia.

“Sepanjang mana semua pihak tidak mengkhianati perjanjian Piagam Madinah ini, maka semua pihak yang memeterainya sama-sama junjung persefahaman ini untuk tumbangkan kezaliman,” ujarnya di Dewan Tertutup Sultan Abdul Halim dekat Alor Setar.

Beliau berkata pemimpin rasis Barisan Nasional khususnya Umno akan terus melaga-lagakan pemimpin pelbagai kaum dalam Pakatan Rakyat kononnya akan menghakis keistimewaan Melayu di negeri ini.

Menurut beliau, piagam yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri sebenarnya menerima partisipasi tiga Kaum Yahudi dan Majusi demi menyelamatkan negara moden Madinah.

“Rasulullah s.a.w bergabung dengan puak-puak Yahudi dan Majusi untuk menghadapi kezaliman, maka tidak salah kalau PAS bersama dengan kaum-kaum lain dari DAP dan PKR untuk tumbangkan kezaliman Umno di pilihan raya umum nanti,” ujar beliau.

Justeru, beliau mencadangkan slogan “BN menang, Malaysia Bankrap” sebagai ganti kepada slogan “BN menang, rakyat senang” sebagaimana yang digendangkan sempena menempuhi musim pilihan raya umum kali ini.

Slogan Mohamad itu disambut dengan penuh gema oleh peserta-peserta konvensyen yang hadir.

Turut berucap, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada sesi ucapan pembukaan ini.

Zainulfaqar Yaacob,
http://networkedblogs.com/sFWRQ

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive