Rihat Minda


Friday 15 January 2010

Eropah bakal diislamkan?


PRAGUE (Rep Czech): Biskop Prague, Miloslav Vlk memberi amaran kemungkinan Eropah bakal diIslamkan jika penganut Kristian tidak kembali ke ajaran sebenar.
“Eropah tidak lagi mengamalkan asas ajaran sebenar yang mampu menangkis penyebaran Islam yang kini semakin nyata di benua ini.
“Jika Eropah tidak berubah dan kembali kepada asas Kristian, ia akan diIslamkan,” kata Vlk, 77, yang dilantik sebagai Biskop Prague oleh Paus John Paul II pada 1991.
Beliau mendakwa penghijrahan imigran dan kadar kelahiran tinggi penganut Islam menyebabkan mereka mampu mengisi kekosongan jiwa akibat tindakan penganut Kristian Eropah yang melupakan asas ajaran agama itu dalam hidup mereka.
“Pada era moden, Islam gagal menawan Eropah dengan menggunakan senjata, mereka tewas kepada angkatan Kristian.
“Namun, mereka menakluk Eropah melalui kerohanian yang kini amat tipis di kalangan penduduk Eropah manakala penganut Islam pula tebal dengan senjata ini.
“Kejatuhan Kristian di Eropah kini semakin hampir,” katanya lagi.

Ulasan

Nampaknya empayar kuffar semakin takut dengan kebangkitan islam.Kegagalan transformasi Eropah daripada kristian kepada sekularisme semakin nampak kepincangannya.Walaupun ia nampak berjaya dari sudut material dan fizikal namun ia tidak dapat mengikis golongan yang mencari kebenaran dalam hidup yakni islam.

Kini mereka mulai tergugat dan cuba untuk menghalang kebangkitan ini.Maka benarlah kata-kata Sultan Abdul Hamid II dalam memorialnya bahawa wanita Turki mengandungkan benih kristian manakala wanita Eropah mengandungkan benih islam.Hal ini telah terbukti walaupun masyarakat eropah cuba dimomokkan dengan sindrom islamophobia namun kekuasaan Allah swt mengatasi segala-galanya.



Allahuakbar!!,Allahuakbar!!,Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive