
Cinta yang kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan rasul akan memperolehi syafaat darinya di hari kemudian nanti, lambang orang yang mencintai rasul adalah seperti sentiasa berselawat kepadanya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat. Cinta yang ketiga adalah kepada para alim ulamak, kerana mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah dan menggadaikan jiwa, raga, penat lelah, harta dan sebagainya kerana untuk menyebarkan syiar Islam. Cinta yang keempat ialah cintakan ibu bapa, kerana tanpa mereka kemanalah kita semua, mereka juga banyak berkorban untuk anak yang tercinta demi memastikan anak mereka memperolehi kejayaan di hari kelak nanti. Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana isteri atau suami dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur dan menceriakan suasana kehidupan seseorang.
Cinta yang telah disenaraikan di atas ini, adalah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab kita semua, jika ini dapat ditegakkan maka seseorang itu tidak akan terlari dari landasan yang dituntut dalam Islam. Masalah pada masa sekarang ini, ialah ramai umat Islam yang menyambut kekasihnya dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Contohnya dapat dilihat pada tarikh 14 Febuari setiap tahun ramai umat Islam menyambut hari kekasih (Valentine Day). Ramai ulamak Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :
“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut. Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam

Kesimpulan dari fatwa Mufti Perak ini ialah, sesiapa yang menyambut hari kekasih ini adalah haram dan murtad kerana mereka mengikuti jejak langkah agama lain dalam menyambut upacara keagamaannya. Nama sambutan hari kekasih ialah Valentine yang bersempena nama padri yang dibunuh oleh pemerintah Rom ketika itu, kerana beliau mengahwinkan seorang tentera Rom. Sambutan hari kekasih ini juga disambut oleh penganut-penganut kristian dan ini adalah salah satu sambutan keagamaan mereka. Haram kepada umat Islam menyambut hari kekasih ini dan sesiapa yang menyambutnya dikuatiri murtad dari agama Islam.
Sebenarnya sambutan hari kekasih ini juga bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai muda-mudi Islam yang ternanti-nanti untuk merayakan hari kekasih ini dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32).
Dari ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Islam melarang umatnya menghampiri zina, kerana zina itu adalah haram dan merosakkan hati umat Islam. Kesan dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berlakunya kes-kes pembuangan anak, pengguguran, anak luar nikah makin bertambah dan sebagainya. Ini juga memalukan keluarga dan pasangan yang melakukan kerana perbuatan maksiat atau zina ini sangat di hina oleh masyarakat dan Islam.

Untuk melihat artikel sepenuhnya dan lain-lain artikel sila layari di http://ustaznoramin.blogspot.com


Commenting option has been turned off for this articl
No comments:
Post a Comment