Rihat Minda


Friday, 12 February 2010

LAPAN MASALAH YANG NYATA




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Di riwayat kan oleh Syaqiq Al Bakhi. Beliau pernah bertanya kepada seorang sahabatya yang sekali gus juga menjadi muridnya bernama Hatim. Beliau bertanya “ sudah lama engkau bersahabat denganku. Selama ini pelajaran dan hikmah apa saja yang telah engkau dapatkan?”

Maka Hatim menjawab

PERTAMA. Aku melihat setiap orang mempunyai kekasih pujaan hati nya. Tetapi apabila orang itu telah berada di kuburan (suah meninggal), ku lihat semua kekasihnya meninggalkan nya. Kerana itu lah aku menjadikan kebaikan dan segala amal ibadahku sebagai kekasihku kerana aku tahu ia sentiasa menyertaiku walaupun aku kelak telah di perkuburan ( telah meninggal)

KEDUA. Aku sentiasa berusaha untuk merenungi firman Allah “ dan ada pun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).” (An Naazi’at 40-41)

KETIGA. Aku melihat yang diperebutkan orang ada yang bernilai mengangkat tapi juga justeru menurunkan darjat orang itu. Akan tetapi setelah aku mengamati firman Allah yang bermaksud : “ Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal..” (An- Nahl;96), maka setiap aku memiliki sesuatu yang bernilai, aku” tabungkan” di jalan Allah supaya kelak “hartaku” itu kekal abadi di sisi-Nya.

KEEMPAT. Aku melihat orang berjuang mati-matian demi harta, pangkat dan kehormatan untuk mendapatkan kemuliaan. Padahal kalau kita mengamati firman Allah Ta’ala “ … Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu…” (Al-Hujurat:13), kita akan mengetahui bahawa sesungguhnya orang yang mendapatkan kemuliaan di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Kerana itulah aku berusaha untuk selalu meningkatkan ketaqwaanku supaya dapat mencapai kemuliaan yang lebih terjamin dari Allah SWT.

KELIMA. Aku melihat di dunia ini banyak terjadi permusuhan di antara manusia terutama disebabkan oleh hasad dengki soal rezeki, padahal Allah SWT jelas-jelas menyatakan firmanNya : “ Apakah mereka yang membagi-bagikan rahmat Tuhanmu, Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain..)” (Az-Zukhtuf:32). Maka itulah aku selalu berusaha menangglkan rasa hasut dan dengki kepada orang lain.

KEENAM. Aku melihat manusia pada umumnya memperuncing permusuhan di antara mereka, padahal musuh mereka yang sebenarnya berdasarkan petunjuk Allah SWT ialah syaitan, sebagaimana dijelaskan dalam firmanNya: “ Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (Faathu:6). Kerana itulah aku berusaha memutihkan hatiku terhadap siapapun, kecuali terhadap syaitan.

KETUJUH. Aku melihat banyak orang yang menghinakan diri demi memperoleh sesuap nasi pagi dan petang, padahal Allah SWT telah memberi jaminan yang jelas kepada kita semua dalam firmanNya: “ Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah lah yang memberikan rezekinya. Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan Kitab yang nyata(Lauh Mahfuzh).” (Hud;6). Kerana itulaha aku menyibukkan diri dengan kurnia yang diberikanNya kepadaku, dan aku berusaha meningglkan yang tidak diberikan kepadaku.

KELAPAN. Aku melihat banyak orang yang bertawakal dan lebih memusatkan segenap perhatian pada perdagangan, perindustrian, dan pada kesihatan badan mereka. Namun aku tidak menghendaki demikian. Aku hanya ingin bertawakal kepada Allah SWT..

wassalam...

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive