Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama.. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita..
Ya ikhwan,daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,jika kau hilangkan agama pada dirimu,hilanglah cintaku padamu.. Ya RABBI,kurniakan daku seseorang yang ku perlu,bukan yang ku mahu.. Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU,agar bertambah kekuatan cintaku kepadaMU..
Jagalah cintaku ini agar tidak melebihi daripada cintaMU..
Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,agar ku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu sahaja..
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMU,Ya ILAHI.. Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU.. Jagalah keni'matan mencintai kekasihMU,agar tidak melebihi keni'matan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..
Jagalah rinduku padanya agar tidak ku merindukan syurgaMU..
Ku mendambakan cinta suci yang terjaga,cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya,hubungan ini kan terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan YANG MAHA KUASA..
Ya ALLAH,Ya Rahman..Ya Rohiim..andainya dia adalah jodohku yang ditetapkan olehMU kepadaku,Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah cinta keranaMU,dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah cinta keranaMU jua..berikanlah kami kekuatan,kesabaran & keimanan yang teguh agar pasrah dalam menghadapi ujianMU.. ALLAHUMMA AMIIN......

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……
"Hargailah sahabat,teman & rakan anda..Sesungguhnya mereka adalah kurniaan ILAHI yang tidak terhingga..Menjadi pendamping kita dikala suka & duka..Doakan bersama,moga jalinan ukhuwah berkekalan selamanya dalam keredhaan ILAHI.."
No comments:
Post a Comment