Nasihat seorang Ibu kepada anak perempuannya
Pada waktu perkahwinan puterinya, seorang ibu muslimah membekalkannya dengan beberapa nasihat yang amat berharga. Dengan lemah lembut dan penuh kasih ibu itu berkata kepada puterinya, “ Wahai puteriku sayang, sesungguhnya wasiat itu merupakan peringatan bagi orang yang lupa, dan bantuan bagi orang yang berakal. Ketahuilah anakku, wanita itu diciptakan untuk lelaki, dan lelaki pun diciptakan untuk wanita.
Wahai puteriku, kalau engkau ingin agar pergaulanmu dengan suamimu abadi, maka jadilah engkau hamba sahajanya. Jadilah engkau buninya, maka dia akan senantiasa menjadi langitmu. Selain itu periharalah setiap butir wasiatku ini. InsyaAllah wasiat ini akan menjadi bekalmu dalam mengharungi hidup bersamanya :
> Hendaklah kau terima baik dia apa adanya.
> Pandai-pandailah mendengar bicaranya dan patuhi perintahnya.
> Fahamilah apa yang menjadi kesenangan mata dan hidungnya,jangan sampai dia
melihatmu dalam keadaan buruk dan menciummu dalam keadaan kurang sedap.
> Perhatikanlah waktu makan dan tidurnya, kerana lapar yang sangat boleh
menimbulkan marah dan kurang tidur boleh menggelisahkannya.
> Periharalah harta bendanya dan rawatlah sanak keluarganya dengan baik.
Dengan demikian engkau telah menjaga amanatnya.
> Jangan engkau membuka rahsianya dan jangan melanggar perintahnya. Kalau
engkau membuka rahsianya, bererti engkau telah mengobarkan amarahnya, dan
kalau melanggar perintahnya bererti engkau tidak akan aman dari tipu dayanya.
Kemudian ibu muslimah itu mengakhiri wasiatnya dengan pesannya:” Berhati-hatilah engkau bersenang-senang di hadapannya pada waktu dia sedang sedih, atau bersedih hati pada waktu dia sedang bersuka cita.”
No comments:
Post a Comment