Rihat Minda


Friday 1 January 2010

Friday, January 1, 2010

Memali: Muzium PDRM Hina Sultan Kedah? -Dr Hj Mohd Hasyim.

oleh Asyok Kumar

Catatan ini fitnah..

Muzium PDRM di Jalan Perdana KL.

As-syahid Ibrahim Libya

KL. Jan 01, 10: BOLEHKAH dikatakan Muzium PDRM menghina DYMM Tuanku Sultan Kedah apabila dipaparkan di dalam skrin di muzium itu sewaktu disentuh keluar catatan mengenai 'Tragedi Memali' berbunyi..

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....",seperti gambar di atas?

Demikian pertanyaan yang dikemukakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, editor Blog Ibnu Hasyim, setelah merujuk kepadahttp://tukulbesi.blogspot.com/ atau 'Membongkar Sebelum Terbenam'.

Menurut blog itu, baru sahaja 19 November lalu kita sama-sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali, Baling Kedah. Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.

Menurutnya lagi, selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan, akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali. Apapun sekurang-kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.

"Kalaulah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan. Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

"Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah. Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu, dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah, pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu." Tulis blog itu.

Sebenarnya pagi tadi penulis blog itu baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam, Masjid Negara dan Pusat Islam.

"Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah? Apa jenayah dia buat. Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam. Sultan Kedah pun ziarah kubur dia. Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?" Tanya Tukul Besi lagi.

Kepada pemimpin PAS, "Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS, tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah. Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu. Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.

Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata. Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.
" Rayunya.

Komen Dr Haji Mohd, "Saya sokong penulis blog itu, kerana saya sendiri pernah menziari Ustaz Ibrahim Libya semasa beliau masih hidup, iaitu kira-kira beberapa bulan sebelum syahid. "As-syahid mempertahankan kebenaran di rumahnya, beliau mempertahankan diri, beliau tiada senjata api, beliau dikepung di rumahnya. Mengapa pertumpahan darah tidak dapat dielakkan oleh pihak berkuasa? Ini misterinya!"

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive