Khamis, 2009 Ogos 06
BIJAKSANA NABI PERTAHANKAN PRINSIP DALAM PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH
BIJAKSANA NABI PERTAHANKAN PRINSIP DALAM PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH
Perjanjian Al-Hudaibiyyah adalah satu perjanjian yang dimetrai sendiri oleh Nabi SAW. semasa perjanjian di lakukan, banyak perkara yang ditoleransikan oleh Nabi SAW sehingga mendapat tentangan dari sebilangan besar dari kalangan para sahabat.
Pun begitu, menyebabkan baginda SAW memandang akan maslahah Islam di masa akan datang, disamping menilai peluang dakwah di makkah akan terbuka dengan perjanjian tersebut, menyebabkan Nabi SAW mengambil sikap yang mengalah dalam banyak perkara yang disifatkan sebagai prinsip.
Dalam perjanjian tersbeut, termaktub satu janji bahawa mana-mana tawanan makkah yang beragama Islam terlepas ke Madinah, maka hendaklah tawanan tersebut dihantar balik ke Makkah.
Dalam sirah, dinyatakan seorang tawanan makkah bernama Abu Basir telah terlepas ke Madinah. di Madinah, beliau berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta perlindungan. Berjayanya Abu basir sampai ke Madinah sampai kepada pengetahuan kuffar Makkah, menyebabkan dua orang besar Makkah; Al-Akhnas As-Saqafi dan Al-Azhar telah menulis surat minta agar disempurnakan perjanjian yang dimetrai dalam perjanjian al-hudaibiyyah.
Apabila mendapat surat tersebut, Rasulullah SAW telah memanggil Abu Basir dan menyuruh agar beliau kembali ke Makkah. Suruhan Baginda SAW itu mendapat tentangan dari sebilangan besar para sahabat, lebih-lebih lagi Abu Basir sendiri menyebut;
“mereka akan memurtadkan aku wahai pesuruh Allah”.
Rasulullah SAW menjawab;
”mudah-mudahan Allah menjadikan kamu dan orang yang bersama kamu mendapat pembelaan dan pertolongan dari Allah”
Jawapan Rasulullah SAW itu menyebabkan Abu Basir akur[1].
Dari kisah yang diungkapkan, kita dapat melihat, bagaimana toleransinya Nabi SAW dalam mengadakan perjanjian Al-Hudaibiyyah, waimma mendapat tentangan dari sebilangan besar dari para sahabat dalam mempertahankan Prinsip islam.
apa yang pasti, tujuan Nabi SAW melakukan perbuatan tersebut adalah kerana Baginda melihat maslahah yang lebih besar kepada Islam untuk di masa akan datang. Waimma sekarang nampak seakan-akan rugi, tetapi sebenarnya ia memberikan kemenangan Islam yang gemilang di masa akan datang.
Dengan kebijaksanaan Nabi SAW dalam melakukan perjanjian Al-Hudaibiyyah, menyebabkan 10 tahun kemudian, islam telah berjaya menguasai Makkah dengan jayanya. Perkara ini diakui sendiri oleh Allah menerusi firman-Nya;
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
Maksudnya;
”Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”
(Surah Al-Fath : 18)
Justeru, bagaimana pula kita dalam mempertahankan prinsip???
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
No comments:
Post a Comment