Rihat Minda


Sunday, 26 July 2009

ISU MEMBERSIH FAHAMAN SALAH DALAM AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Pada pandangan saya isu-isu ini tidak akan dapat diatasi sampai bila-bila selagi individu-individu tersebut masih berterusan membuat kecaman dalam blog atau ceramah-ceramah menyalahkan antara satu sama lain, bagi saya apa juga pandangan atau pegangan asalkan dalam satu rujukan iaitu Al Qur'an dan As Sunnah atau dalam kata lain masih dalam Pegangan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka teruskan pendirian anda, bagi saya jalan paling mudah menyelesaikan masaalah ini ( sebagai contoh) Bacaan Yaasin malam Jumaat( mana berpendapat tidak ada dalam sunnah) tidak perlu buat dan yang nak buat, sila teruskan.

Yang menjadi masaalah hari ini, sahabat-sahabat yang mengikut pandangan Muhammad Abdul wahab sering pertikai perkara-perkara ini, masing-masing mazhab ada hujjah yang kukuh dan sahabat-sahabat perlu ikhlaskan niat, musuh-musuh Islam bertepuk tangan melihatkan perpecahan dalam perkara furuk ini, Para sahabat semua perlu sedar bahawa selagi hal-hal furuk ini masih menjadi isu, selagi itulah Kemenangan Mutlak Islam lambat tercapai.

Para-para pendakwah tidak perlu membuang masa memberi penerangan hal-hal ini kerana banyak lagi kerja-kerja Islam perlu dilakukan. sama-sama memikirkan bagaimana pendekatan yang perlu dilakukan dalam menarik Melayu yang menolak Islam kepada kembali kepada Islam. Fikirkanlah untuk kebaikan Islam kerana Islam itu untuk semua.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive