Rihat Minda


Thursday 11 June 2009

SIS : Dr. Asri beri komen tanpa rujuk usul sebenar Pas

012995402

Komen mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata di mStar berhubung isu usul Sisters In Islam (SIS) yang diluluskan dalam Muktamar Pas baru-baru ini memperlihatkan bahawa beliau langsung tidak mengetahui kandungan usul itu. Yang beliu tahu Pas nak haramkan SIS. Maka komen berikut diberikan sebagai reaksinya pada media;

“Gerakan Islam perlu berfikir secara meluas, tidak boleh jumud. Besok, mungkin kumpulan lain pula terkena. Ianya perlukan satu pengadilan yang adil. Saya tidak bersetuju dengan desakan haram mengharam ini.

“Satu jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk menilai SIS. Dan mereka (SIS) pula hendaklah dipanggil kerana mereka ada hak membela diri.-Dr. Asri, mStar

 

 

Sebenarnya Pas lebih dulu mencadangkan ‘jawatankuasa’ itu dimana Pas meminta agar Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak untuk menyelidiki SIS. Terpulang pada Majlis Fatwa Kebangsaan jika mahu panggil mereka bela diri atau tidak. Jadi Pas melihat ‘Jawatankuasa’ adalah Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri.

Pas juga mencadangkan SIS diharamkan jika Majlis Fatwa mendapati mereka menyeleweng. Jika tidak mereka boleh meneruskan pertubuhan mereka.

Ketua Pemuda Pas Ousat, Ust. Nasaruddin Hassan pula menambah cadangan supaya SIS ditukar nama jika mereka mahu berjuang atas dasar hak asasi yang subjektif bagi mengelak umat Islam keliru dan menganggap mereka juga Gerakan Islam.

Jadi, Dr. Asri kena semak dulu sebelum beri komen yang boleh dipergunakan oleh pihak ketiga. Bagi saya pandangan Dr. Asri kali ini sama sahaja dengan pandangan pihak lain yang menentang usul Pas ini kerana mereka hanya baca ‘pengharaman’ sahaja bukan isu asal iaitu ‘Majlis Fatwa Kebangsaan perlu selidiki SIS’.

Tak pastilah sama ada Dr. Asri sememangnya tidak tahu, atau sekadar mengikut rentak Mahathir yang turun menyerang Pas dalam isu SIS ini. Kebetulan beliau bersama Mahathir dalam satu Pidato Perdana di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, baru-baru ini.


No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive