Rihat Minda


Friday, 24 April 2009

USRAH;Membina Ukhuwah , Bergerak Seiring


Usrah perkataan bahasa Arab yang sudah menjadi bahasa pertuturan bagi kebanyakkan masyarakat kita. Usrah bererti keluarga. Usrah kalau dikaji dan dihalusi merupakan elimen penting dalam pembinaan sebuah masyarakat dan kelansungan tamadun. Bagi mereka yang berada dalam gerakan Islam "Usrah" adalah mekanisma penting untuk melahirkan kesatuan dan wehdah dalam perjuangan.


Konsep yang telah dibina oleh Rasulullah bermula di rumah Al Arqam Bin Abi Al Arqam dikembang biak oleh generasi penerus perjuangan dan akan berterusan sehingga Allah mewarisi dunia fana ini. Konsep Asas yang telah dibina oleh Rasullullah menjadi rujukan setiap dekad dan zaman. As Syahid Hassan Al Banna misalnya menggagaskan konsep usrah ini perlu dijadikan pendekatan penting dalam dunia semakin mencabar ini guna menjamin kelansungan gerakan Islam, bergerak di landasannya.


Penyusunan konsep usrah yang didisiplinkan oleh As Syahid Hassan Al Banna dan rakan yang sealiran dengannya menjadi rujukan pergerakan terutama dalam usaha mentarbiah generasi peneraju dan penerus perjuangan. Lihat sahaja pada rukun usrah ;Taaruf,Tafahum dan Takaful kalau dihalusi merupakan mekanisma utama yang perlu dijagai dan dibajai setiap detik dan ketika. Melihat dalam pengertian usrah;(merujuk keluarga sebuah rumahtangga), jika 3 elimen dalam rukun usrah ini di abaikan apakah akan terbentuk hakikat usrah yang didambakan. Begitulah juga dalam usrah sesebuah gerakan keseluruh elimen berkaitan seharusnya menjadi prasyarat kepada seluruh anak-anak pejuang menghayati,menerobosi dan mengimplimentasi dalam diri sebelum berada dalam landasan perjuangan sebear.


Kalau hendak dibicarakan tentang usrah ini terlalu banyak perkara yang perlu diperincikan.Namun pada kesempatan ini saya ingin ketengahkan peranan pembinaan ukhuwah dalam melahirkan pejuang yang bergerak seiring dalam ertikata seiringan mentaati perintah Allah dan Rasul serta seiring mentaati keputusan jamaah dan pimpinan. Generasi pertama AL Quran telah membuktikan hampirnya diri mereka dan sentiasa mendampingi Rasulullah telah melenyapkan syakwasangka,irihati dan cemburu sebaliknya berlumba lumba untuk mentaati segala perintah kerana amalan mentaati itu adalah ibadah yang cukup besar pahalanya.


Ukhuwah atau persaudaraan telah dipersembahkan kepada kita konsepnya dan amalannya dalam peristiwa "persaudaraan Ansar dan Muhajirin" oleh Rasulullah ketika Hijrah ke Madinah.Sehinggakan dengan persaudaraan ini tidak lagi adanya istilah Ansar ataupun Muhajirin yang ada hanyalah kalimah keramat "Muslimun" yang bertunjangkan aqidah dan kepatuhan terhadap perintah Allah.


Ukhuwah yang terbina atas dasar taqwa akan melahirkan natijah yang cukup berguna;


a) Melahirkan pejuang yang rela berqurban

b) Melahirkan pejuang yang saling berpesan kepada ketaatan

c) Melahirkan pejuang yang sentiasa berhati-hati dengan amaran dan kemurkaan Allah

d) Melahirkan pejuang yang berlumba-lumba menabur bakti dan khidmat

e) Melahirkan pejuang yang tidak mengharap habuan dunia semata

f) Melahirkan pejuang yang sentiasa thabat dan istiqamah dalam perjuangan lantaran bahu membahu dan tidak berasa keseorangan dalam perjuangan.

g) Melahirkan pejuang yang sabar dengan karenah dan saling betul membetuli antara satu sama lain bukan menunding jari terhadap kesalahan serta mengelakkan budaya jatuh menjatuh sesama anggota.

h) Melahirkan pejuang yang terasa manisnya perjuangan apabila bergerak seiring menuju matlamat yang satu

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive