Rihat Minda


Thursday, 23 April 2009

MEMASYARAKATKAN MASJID"Print

Khutbah Jumaat - 24 APRIL 2009  

Image Image Image Image

Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah S.W.T., dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Semoga dengan itu, kita akan sentiasa dirahmati allah S.W.T. didunia mahupun diakhirat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Masjid ialah rumah Allah dan juga pusat pembentukkan masyarakat,yang dapat memainkan peranan kearah meningkatkan syiar Islam . Masjid tidak hanya terbatas kepada ibadat khusus sahaja,seperti ibadat solat .Sebaliknya , konsep dan falsafah masjid yang telah ditunjukkan dan diperkatikkan oleh sirah Rasulullah S.A.W. merangkumi semua aspek termasuk perhubungan diantara manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia.Sebagai contoh, Masjid Nabawi di Madinah,adalah menjadi nadi kepada keutuhan masyarakat dan negara islam pertama,pusat perpaduan dan lambang kekuatan Islam.

Sirah Rasulullah S.A.W. merangkumi semua aspek termasuk perhubungan diantara manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia.Sebagai contoh, Masjid Nabawi di Madinah , adalah menjadi nadi kepada keutuhan masyarakat dan Negara Islam pertama,pusat perpaduan dan lambang kekuatan Islam.

Memasyarakatkan masjid bererti menjadikannya berperanan dengan lebih luas sebagaimana kesyumulan Islam itu sendiri seperti pusat pentadbiran, kebudayaan, ekonomi, dakwah islamiah, aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, pendidikan dan tarbiah, pusat perundangan, riadah, sumber maklumat, pusat khidmat dan nasihat, pusat ekonomi dan penyatuan ummah.

Sidang Jumaat yang mulia,

Masjid adalah rumah Allah yang dibina untuk memenuhi semua keperluan kehidupan umat Islam.Kemakmuran sesebuah masjid lazimnya bergantung kepada keberkesanan pegawai dan keseluruhan jawatankuasanya,keprihatinan dan rasa bertanggungjawab anak kariahnya serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampungnya atau persatuan penduduknya . Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Taubat ayat 18 :

"Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk".

Dasar memasyarakatkan masjid ini adalah saranan Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan melalui jabatan Agama Islam Selangor.Selaras dengan itu ia bertanggungjawab memantau kemajuan dan pembangunan masjid melalui pegawai-pegawai penyelaras diperingkat Negeri dan Daerah semata-mata ingin melihat bahawa masjid akan terus membangun dan makmur.

Pemantauan yang dibuat antaranya :-

(1) Memastikan pengimarahannya menjadi pusat pengembangan ilmu .

(2) Memastikan pentadbiran dan pengurusa yang cemerlang dengan wujudnya pusat pentadbiran masjid seperti pejabat,peralatan pejabat yang lengkap, dewan mesyuarat yang menepati keperluan,perjalanan mesyuarat bulanan terjadual, mesyuarat tahunan yang kemas dengan laporan aktiviti dan kewangan yang telus dan pentadbiran senarai anak kariah yang sentiasa terpantau.

(3) Memastikan aktiviti kebersihan dan keceriaan masjid.

(4) Memastikan aktiviti ekonomi seperti kutipan mingguan Jumaat, tanah wakaf dan sebagainya.

(5) Memastikan aktiviti kemasyarakatannya untuk semua peringkat seperti program mesra remaja contohnya program 'Summer Camp', motivasi,tusyen, laman web masjid,program mesra keluarga, program mesra masyarakat, program kebajikan dan lain-lain.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebenarnya,kejayaan memasyarakatkan masjid itu sangat bergantung kepada sejauh mana peranan dan fungsi yang dijalankan dapat menarik minat msyarakat Islam disekelilingnya dan mengubah masyarakat kepada cenderung beribadat dan menggunakan masjid tersebut untuk kebaikkan dan kebajikan.

Antara peranan yang perlu dilakukan oleh masjid untuk memasyarakatkan umat Islam kearah cemerlang ialah :

(1) Menyusun struktur kerja Masjid.

Salah satu ciri kejayaan sesebuah masjid untuk menjadi pusat pentadbiran dan perkembangan masyarakat islam adalah terletak pada jawatankuasa kerja yang dinamik dan berkalibar.

(2) Melahirkan pegawai jawatankuasa masjid yang cemerlang.

Pegawai dan jawatankuasa masjid sangat bergantung kepada kreativiti dan aktiviti yang diciptakannya untuk menghidupkan roh Islam dimasjid dan jamaahnya.Oleh itu pegawai dan jwatankuasa masjid perlulah mempunyai pengetahuan dan wawasan yang luas serta mampu menyelesaikan masalah kemasyarakatan dengan sebaik mungkin.

(3) Menyatukan umat islam.

Pegawai dan jawatankuasa masjid amat mementingkan semangat bersatu padu dikalangan para jamaahnya.Tindakkan seperti ini adalah untuk mewujudkan kesatuan dikalangan para jamaah.

(4) Menghidupkan semangat Musyawarah.

Masjid adalah tempat untuk bermusyawarah,bukan sahaja diantara para pentadbir dengan jawatankuasa dan para pentadbir dengan jamaah, diantara sesama ahli jamaah ataupun anak kariah.

(5) Memperkukuhkan akidah Ummah.

Dalam kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran dan tentangan, masjid perlu berperanan mengukuhkan akidah umat islam supaya tidak mudah terpengaruh dan terjerumus ke dalam unsur-unsur negatif. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Ahqaaf ayat 13 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah ", kemudian mereka tetapteguh diatas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu) ,maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik ) terhadap mereka , dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Oleh itu benteng akidah ini menjadi lebih penting lagi kerana dewasa ini tersebar ajaran-ajaran serta fahaman akidah yang menyesatkan.

(6) Mempererat kerjasama antara umat.

Untuk mewujudkan kemakmuran masjid serta menjadikan umat islam sebagai umat yang maju, memerlukan kerjasama erat dikalangan jamaah. Dalam rangka membentuk perpaduan jamaah ini, masjid perlu memanfaat dan menggabungkan potensi jamaah dengan sebaik mungkin untuk menyebar dan menegakkan agama Allah yang suci, firman Allah dalam surah As-Saff ayat 4 :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agmanya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".

(7) Masjid penghubungan masyarakat.

Melahirkan gambaran perdamaian dan keagungan islam sebagai agama. Dakwah adalah baik jika masjid dapat membuka pintu kepada mereka yang bukan islam untuk melawat ke rumah Allah ini, agar mereka dapat hadiah.

(8) Menentukan pembahagian kerja dan kegiatan Masjid.

Nazir hendaklah bijak membahagikan kerja kepada semua jawatankuasa pengurusan mengikut bidang tugas yang sesuai, begitu juga merancang aktiviti atau program tahunan berdasarkan pengurusan perancangan berokjektif.

(9) Menyusun struktur pengurusan masjid.

Ia wajar menyusun struktur pengurusan masjid. Dengan memiliki kepimpinan yang beramanah, jujur, berwawasan dan berkemampuan. Semangat Syura perlu dibudayakan dalam membuat keputusan untuk kepentingan aktiviti masjid.

"Sesungguhnya masjid yang telah didirikan diatas dasar taqwa pada hari pertama adalah lebih baik engkau solat didalamnya. Di masjid itu ada orang-orang lelaki yang ingin membersihkan (menyucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) ".

(Surah At-Taubat ayat 108)

Saudara-saudara sekalian.

Pada khutbah kedua ini marilah kita sama-sama renungkan beberapa langkah-langkah yang mesti dilaksanakan, contohnya:

1. Masjid hendaklah menjadi institusi ilmu yang sentiasa menyumbang kepada peningkatan penghayatan Islam dan akidah untuk kecemerlangan masyarakat islam.

2. Masjid sebagai pusat Dakwah Islamiah dengan penganjuran ceramah, forum atau dialog umum, bagi mendidik masyarakat memahami islam.

3. Masjid hendaklah menjadi pusat rujukan dalam pelbagai masalah kehidupan masyarakat Islam dan bukan Islam seperti menjadi pusat bantuan, khidmat nasihat (kaunseling), tempat sokongan dan dorongan dan penyelesaian masalah gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat ;

4. Masjid hendaklah menjadi tempat penyatuan dan pembinaan ummah sehingga umat islam bersatu, kuat dan gemilang.

5. Masjid hendaklah mampu menyediakan kemudahan fasiliti kepada pengguna masjid seperti ruang solat wanita, bilik perpustakaan, ruang seminar, bilik air yang bersih, persekitaran yang cantik dan menarik.

6. Masjid hendaklah bijak mengurus tabung, sumbangan atau kewangan masjid dengan profesional agar ianya telus dengan sistem pelaporan yang memberikan kepuasan kepada jamaah.

Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukhkan negara umat islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajika. Justeru kami pohon kehadratMu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Tarikh bacaan 24 April 2009.

 

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive