Rihat Minda


Sunday, 1 January 2012

Tahun baru, azam baru,mahu kuasai PutraJaya dengan 1 undi dan 1 kerusi!
Posted on Saturday, December 31 @ 16:54:56 PST
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Analisis Isu Oleh: umnopenyangak

"Assalamulaikum, Ku Li menyatakan kemungkinan BN atau PR tidak akan memperolehi majoriti yang meyakinkan pada PRU akan datang dan sekiranya perkara ini berlaku negara mungkin menghadapi krisis.Kenyataan Ku Li ini sekali imbas menakutkan tetapi melihat kepada perkembangan politik negara kemungkinan besar krisis yang diramalkan Ku Li tidak akan berlaku.

Krisis sebenarnya sudah berlaku sekarang ini apabila BN tidak memperolehi majoriti 2/3 di parlimen.Berbagai bagai krisis sedang melanda negara dan yang berkemungkinan menjadi krisis terbesar mungkin berlaku pada 9hb januari 2012 nanti.Kita nantikan hari itu.

Krisis yang terjadi sekarang kerana BN sudah tidak menguasai 2/3 parlimen.Suara pembangkang dari PR menjadi semakin lantang sehingga MP BN termasuk menteri kelihatan menjadikan parlimen sebagai warung kopi dengan percakapan melalut.Akibatnya BN sudah tidak mampu mentadbir negara seperti sebelumnya, terpaksa cover line di sana sini sambil krisis demi krisis melanda negara.Index harga pengguna terus melambung, kekurangan bekalan barang keperluan terus terjadi dan BN semakin sesak nafas untuk menutup kes kes rasuah dan penyelewengan pemimpinnya yang terlondeh satu demi satu serta terhimpit untuk meneruskan agenda penipuan pilihanrayanya.

Krisis kemanusian terbesar bakal berlaku pada 9hb Januari 2012 seperti mana yang disebut Ku Li.Lepas itu lihatlah rentetan krisis yang melanda negara tanpa perlu melihat keputusan PRU nanti. Sekiranya BN menang, krisis akan bertambah teruk tetapi sekiranya PR menang dan memulakan usaha pemulihan, insyaallah masa depan negara menjadi lebih cerah.PR hanya perlukan majoriti 1 kerusi dan 1 undi untuk menguasai parlimen.Dengan majoriti yang paling minima, PR sudah mampu menguburkan BN untuk selama lamanya.

Fakta menunjukkan selama lebih 50 tahun BN memerintah negara, BN merupakan parti politik yang paling miskin dari segi kewangannya dan parti politik yang paling tidak pandai menjana pendapatan.Apa yang ada pada BN serta pemimpin dan ahlinya ialah wang rakyat yang dirompak kiri dan kanan.Tidak ada satupun hasil negara yang diberi kepada rakyat dan hari ini kita mendengar ramai kalangan penganut BN berkata pemimpin itu dan pemimpin ini mempunyai harta yang tidak habis makan sampai 7 keturunan.Begitu juga sesiapa juga yang mahu menyertai BN mesti mengambil peluang merompak wang rakyat kerana sekali mereka disingkir, satu apapun tidak ada.

Mahathir ketika berkuasa turut mengingatkan ahli UMNO supaya membuat harta ketika ada kuasa dan mentaliti untuk merompak wang rakyat sudah sebati dengan ahli BN dari semua parti komponen.Ezam pernah melaporkan kedudukan harta Samy Vellu yang membina jambatan di sungai yang tak ada air dan menyuruh puak Hindraf tinggal di matahari kalau tidak suka dengan bumi Malaysia.Ling Liong Sik didakwa kerana skandal PKFZ.Khir Toyo dihukum penjara setahun kerana merompak wang rakyat ketika berkuasa.Kalau digelidah lagi, keseluruhan pemimpin BN akan didakwa kerana kesalahan yang sama, merompak wang rakyat tetapi seperti kata Ku Li mereka tak mahu masuk penjara kerana itu mereka akan berusaha habis habisan agar tidak hilang kuasa pada PRU akan datang.

Kalau BN tewas, bermakna berakhirlah penguasaan mereka kepada sumber kewangan yang besar dan mudah.Ini juga bermakna mereka akan hilang sumber pendapatan.Dalam masa yang sama, ahli ahli BN juga tidak pandai mencari dana sendiri.Nak berniagapun tak pandai, nak bekerja tak berdaya dan akhirnya segala kekayaan yang terkumpul semasa berkuasa akan habis, ketika itu BN akan runtuh dan hilang dari persada politik tanah air.Sekalipun BN tewas dengan 1 kerusi dan 1 undi, perkara ini bakal terjadi.

Ketika BN tewas di Terengganu pada tahun 1999 dulu, ramai pemimpinnya termasuk MB sekarang kehilangan punca pendapatan sehingga terpaksa meminda sedekah dengan Mahathir agar wang royalti minyak diberikan kepada mereka bukan kerajaan PAS ketika itu.Dengan lagak ketua penyamun, Mahathir menyerahkan wang royalti yang berjumlah berbillion ringgit itu kepada mereka dan selepas itu berlagak sombonglah mereka dengan wang rakyat yang dirompak.Pemimpin BN Terengganu bernasib baik kerana pada tahun 1999, BN masih menguasai parlimen tetapi sekiranya kali ini parlimen gagal mereka kuasai, apa akan jadi kepda BN?

Kalau gagal menguasai parlimen, BN akan berkubur dan untuk menguburkan BN seperti yang pernah EZAM cita citakan, PR hanya perlu kelebihan 1 kerusi dan 1 undi kerana dengan kelebihan itu, BN akan diusir dari sumber pendapatan negara.Dengan pengusiran itu, riwayat hidup BN akan tamat tetapi untuk mendapatkan kelebihan 1 kerusi dan 1 undi itu bukanlah perkara yang mudah.Bukan mudah untuk mengatasi kelicikan penipuan BN walaupun undi popular merekodkan kedudukan PR menghampiri 50% dan BN berisiko tergelincir kebawah 50%.

Kata orang "so near, yet so far" dan dengan teori BN yang mengatakan DSAI mesti masuk penjara untuk memporakperandakan PR, BN masih menjadi duri dalam daging kepada Malaysia.Rakyat yang ingin berubah kepada kehidupan yang lebih baik tidak ada pilihan kecuali bersatu menentang BN sehingga BN berjaya ditewaskan.Jadikan fakta majoriti 1 kerusi dan 1 undi sebagai motivasi diri yang kuat untuk melawan BN.

Tahun baru, azam baru,mahu kuasai PutraJaya dengan 1 undi dn 1 kerusi!

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive