Rihat Minda


Sunday, 22 January 2012

‘Dari Beri RM500 Kpd Ahli PAS, Baik Beri Makan Rimau’
Posted on Sunday, January 22 @ 19:20:06 PST
Dilulus untuk paparan oleh cosa

ArtikelOleh: ustaznik

"

Zoo KemamanSeseorang memberitahu saya bahawa ada pemimpin tertinggi Umno Terengganu berceramah sebegini baru-baru ini di sekitar Kemaman. Saya tak pasti maklumat ini. Kalau maklumat ini silap, maka saya pohon maaf. Tapi kalau benar bagai dikata (dan dia menyebutkan nama penceramah itu), maka ucapan ini sangat malang bagi orang yang diberi amanah memerintah di Terengganu (walaupun cara menang boleh dipertikai ketelusannya).



Ahli PAS adalah warganegara Malaysia asal, bukan dikutip dari Myanmar atau Kemboja. Ahli PAS juga rakyat Terengganu yang berhak menerima dana ini jika mereka penuhi syarat yang ditetapkan.

Tidakkah pemimpin BN sendiri yang mengatakan pemberian RM500 ini tiada tujuan politik? Tapi dari hamburan ayat yang keluar dari penceramah di atas, nampaknya hasad dan nafsu ammarah kepada ahli PAS tidak dapat dibendung. Adakah kerana penceramah atau wakil rakyat PAS mempertikaikan cara urus tadbir pemimpin BN Terengganu yang melebihkan peruntukan Zoo Kemaman dari pendidikan rakyat, maka ia dicela sedemikian?

Kita pun mahu bertanya, manusia lebih penting atau harimau di Zoo Kemaman lebih penting? Si fulan yang beritahu saya tentang penceramah Umno itu dengan berseloroh dan geram berkata: ‘Kalau PAS menang dalam PRU 13 nanti, kita bebaskan harimau itu dan biarkan ia membaham si penceramah itu.’

artikel berkaitan:

RM50j Untuk Pertingkat Zoo Kemaman Menjadikannya Bertaraf Dunia

Kemudahan di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman akan ditingkatkan secara berperingkat-peringkat bagi memenuhi standard piawaian antarabangsa, sekaligus menjadikannya zoo bertaraf dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata peruntukan RM50 juta disediakan melalui Rancangan Malaysia Ke-10 bagi menambah bilangan haiwan serta pelbagai kemudahan bagi menempatkan lebih banyak haiwan di zoo tersebut.

“Kita mahu menyediakan ruang yang lebih besar bagi meletakkan pelbagai jenis haiwan seperti yang ditetapkan piawaian antarabangsa bagi menjadikan zoo ini bertaraf antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Haiwan Untuk Ditempatkan Di Pusat Pemuliharaan Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Datuk Mohamed Awang Tera dan Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Rashid Shamsuddin.

Perhilitan menyerahkan 13 ekor singai, dua tapir dan dua pasang ungka untuk dibela di zoo tersebut.

Menteri Besar berkata, zoo berkenaan bukan saja menjadi tempat belaan pelbagai jenis haiwan untuk ditonton orang ramai, tetapi pada masa yang sama akan menjadi tempat pemuliharaan haiwan, terutama daripapada spesies yang hampir pupus.

Katanya, zoo itu juga kini dalam proses menyediakan ‘African Safari’ yang bakal menempatkan pelbagai haiwan dari Afrika, tidak lama lagi.

Mari kita ikut Islam, peduli agama, peduli negeri dan negara

Sunday, 18 December 2011 15:40

ust md nor hamzahMaka kita kena ikut islam, yang pertama kena belajar, kena mengaji, kita mari (ke sini) hari ini tujuan kita untuk belajar, nak belajar benda-benda yang asas untuk jati diri kita, biar bila kita balik nanti jadi sebenar jati diri kita molek sebagai hamba Allah kita bukan hamba duit, kita bukan hamba syaitan, kita buka hamba nafsu, kita bukan hamba orang, kita hamba Allah.

Tapi musuh Islam ni, tak sunguh kita ni jadi orang bijak, orang cerdik. Negeri Terengganu ni, kaya, ada hasil minyak, kita tengok di Paka dan Kerteh, (industri) minyak banyak di situ. Siapa pekerja ramai sekali? Yang pertama; (orang) Indonesia, yang kedua, (orang) Bangla (desh), tokey dia (orang) Cina, orang melayu sikit je.


Negeri kita yang kaya ni, tuan-tuan yang duduk di Kemaman, mini zoo kemaman itu, kerajaan peruntukkan RM24 juta pada tahun ni, tahun hadapan kerajaan tambah lagi perutukkan RM9 juta, jadi RM33 juta hanya untuk mini zoo di Kemaman , untuk bagi makan singa, bagi makan ular, untuk bagi makan rusa, bagi makan beruk RM33 juta.

Tapi kerajaan negeri Terengganu peruntukkan untuk pinjaman orang yang ingin melanjutkan pengajian, (pada) tahun 2011 sebanyak RM5 juta, tahun 2012 RM4 juta, (Untuk) 2 tahun RM9 juta sahaja untuk orang di negeri Terengganu yang akan melanjutkan pelajaran untuk dapat pinjaman daripada Yayasan (Terengganu). Yang lain mana? PTPTN belake?

Sebab dia menganggap negeri Terengganu ni tak penting. Yang mengaji, ia tanggungjawab orang lain, jadi banyak (peruntukkan untuk) kera makan, banyak (untuk) monyet habis pitis!

Kita kena faham Islam ni, kalau tak faham Islam, (jadi) rosak !! Le ni (sekarang ni) orang cakap pasal hukum Hudud , hukum Hudud adalah hukum islam yang datang daripada Allah, Allah Ta’ala sendiri yang susun, Allah Ta’ala sendiri buat, Allah Taala sampai kepada nabi Muhammad, Nabi Muhammad buat, Nabi suruh kita buat sebab kita ini hamba Allah.

Ada juga orang kata hukum Hudud ni zalim , MCA kata, presiden MCA kata lagi teruk, dia kata orang puan (perempuan) Islam ni, tak (ber) salam dengan orang lelaki ajnabi, teruk!

Mana boleh, bukan setakat salam, tengok mata pun (ter)liur dah wase (berasa). Lepas 3 hari program ni, tengok lah ada lalu masuk minang. Tangan orang puan ni, lebih lembut daripada tisu, lebih wangi daripada minyak wangi .

Tapi musuh Islam, Presiden MCA hina wanita islam, dia kata wanita Islam tidak bersikap terbuka, Cikgu mala tidak bersalam dengan orang lelaki , ketinggalan zaman, sedangkan itu maruah orang melayu Islam.

Pengerusi MCA negeri Terengganu kutuk hukum hudud, dia kata, hukum hudud ketinggalan zaman, hukum hudud zalim, hukum hudud ekstrimis. Semua kenyataan itu, sebenarnya bukan sahaja mengutuk Islam, tapi menghina Allah, menghina Nabi, menghina kita semua, kerana kita semua ini adalah umat Islam yang dicipta oleh Allah.

Kita sanggup ke tidak orang hina hukum kita? Ugama kita, kita sanggup tak? Orang kutuk agama kita walaupun kadang-kadang sembahyang pun lewat, tapi jangan hina Islam. Oleh kerana itu, mana-mana pemimpin yang hina hukum Allah, agama Allah, ini adalah pemimpin yang hina Allah Taala.

Perdana Menteri sendiri kata, kita takkan izinkan pelaksanaan hukum hudud dalam Negara kita, hukum Hudud ni, hukum Allah Taala, kita pijak bumi siapa? Bumi Allah Taala juga. Langit siapa yang kita junjung? langit Allah, udara yang kita hidu, Allah yang buat, semua makanan yang kita makan, Allah yang buat. Tiba-tiba tak mengizinkan hukum Allah untuk dibuat di muka bumi ini?

Sebab itu lah Negara kita mewah, tapi tahu sendiri lah mewah pun, beli itik kat Kenyir tu, ada itik angsa, ada burung, harga dia RM4 ribu seekor, sedor-sedor makan di biawak , makan di burung helang, habis duit, umat Islam jauh dari agama.

Jadi persoalan yang ada pada hari ini, dengan kekayaan yang Allah beri kepada negeri dan Negara kita, isu yang berkait dengan apa-apa, pemuda kena ambil cakna, itu pitis dia, takdop, atas dunia ni bukan pitis orang, tapi milik Allah, milik rakyat.

RM250 juta, beli lembu 1000 ekor, orang boleh projek, RM250 juta, tiba-tiba RM250 juta duit rakyat, duit kerajaan, kata nak bela lembu, lembu hanya 1000 ekor sahaja. Berapa harga sekor lembu? Kita dapat RM100 ringgit je, dah lah RM100 ringgit, kena potong PIBG, nak beli nasi lemak dok dang, takdok blake doh okk? Dok dang 2 hari, dok dang buke sekolah lagi, habis dah!

Sebab itu kita kena letak dekat dengan agama, mari kita sepakat sayang Islam, jadi hamba Allah, hidup kita mesti sayang akan agama Allah, hidup kita mesti bela agama kita, hidup kita mesti kenal agama Allah SubhanaWaTaala.

Ambil peduli tentang agama, tentang negeri dan Negara. Jangan biarkan orang guna sebarang harta yang dikurniakan Allah Taala untuk diri mereka sehingga mereka punah dan rosak dan jauh daripada agama.

*** Sedutan dari Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong, sewaktu merasmikan Kem Jati Diri Remaja dan Pemukiman DUN Kijal pada Jumaat 16 Disember, 2011

"

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive