Isu 1 :              Notis  Arahan Pertukaran Tuan Haji Ahmad Fisol 
Bin  Mohd Nor, Yang DiPertua  Majlis Daerah Kubang Pasu Ke Kuala Muda,  
Sungai Petani yang ditandatangi  oleh Datuk Paduka Haji Rasli Bin Basir,
  Setiausaha Kerajaan Negeri  Kedah Darul Aman, Surat No rujukan:  
PSU(K)1239/1379 Jld 15(74) bertarikh  27 Ogos 2012 bersamaan 09 Syawal  
1433 iaitu sebelum mendapat kelulusan  Pihak Berkuasa Negeri. Ia  
menyebabkan berlakunya :-
 
                        (i)         Pentadbiran MDKP menjadi kucar-kacir
 
(ii)        Tindakan yang tidak sah dari awal yang membawa implikasi yang besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan
 
Isu 2 :              Tindakan  Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul 
 Aman, Datuk Paduka Rasli Bin  Basir yang secara sedar ataupun tidak  
sedar membelakangkan undang-undang  di dalam Seksyen 10 (1) (a) dan (b) 
 dan Seksyen 11, Akta Kerajaan  Tempatan 1976 (Akta 171) di dalam hal  
berkaitan perlantikan dan  pertukaran Yang DiPertua Pihak Berkuasa  
Tempatan di Kubang Pasu dan  daerah-daerah lain di negeri Kedah Darul  
Aman menyebabkan perjalanan PBT  menjadi kucar-kacir yang boleh  
menyebabkan :-
 
(i)                 Menjatuhkan  air muka dan kedaulatan Seri Paduka  
Baginda Yang DiPertuan Agong  Almu’tasimu billahi Muhibbuddin Tuanku Al 
 Haj Abdul Halim Muadzam Shah  Ibni Al Marhum Sultan Badlishah yang amat
  dihormati, disayangi dan  disanjungi oleh sekalian rakyat di Negeri  
Kedah khasnya dan Malaysia  amnya kerana baginda Tuanku telah memberi  
perkenan melantik Datuk Rasli  sebagai Ketua Pegawai Pentadbiran Negeri 
 Kedah atau Setiausaha Kerajaan  Negeri Kedah Darul Aman di atas  
kepercayaan baginda Tuanku bahawa beliau  (Datuk Rasli) dapat  
menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan  profesional dan  
berintegriti demi kepentingan rakyat dan kerajaan di  bawah naungan  
Tuanku Al Sultan di Negeri Kedah Darul Aman.
 
Isu 3 :              Isu  perlantikan Setiausaha Majlis Daerah Kubang 
 Pasu, Mohd Rezal Bin Datuk  Paduka Rasli oleh Setiausaha Kerajaan 
Negeri  Kedah Darul Aman, Datuk  Paduka Rasli Bin Basir. Di mana, Mohd 
Rezal  adalah anak kandungnya yang  boleh disabitkan dengan :-
 
(i)                 Berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest).
 
(ii)               Menggunakan kuasa secara melampau (ultra vires). 
 
(iii)             Tidak selari dengan amalan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Malaysia.
 
(iv)             Membelakangi kuasa Pihak Berkuasa Negeri.
 
(v)               Lain-lain undang-undang berkaitan perlantikan 
sesuatu  jawatan  penjawat awam yang berjalan di Malaysia (Jika Ada).
 
 
KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN  HAJI AHMAD FISOL BIN MOHD NOR, YANG DIPERTUA 
 MAJLIS DAERAH KUBANG PASU  DITUKAR KE KUALA MUDA, SUNGAI PETANI
 
(1)               Menganjurkan Program Keagamaan 
 
(a)    Program Mahabbah Ulamak
 
Program  ini telah dianjurkan oleh JK Kesejahteraan Sosial MDKP,  
melibatkan  tokoh-tokoh agama seperti Tuan Guru Haji Salleh (SIK) Ustaz 
 Mat Rejab  (Dewan Ulamak PAS Kedah), Tuan-Tuan Guru Pondok sekitar  
Kubang Pasu dan  Kedah. Ia turut dihadiri oleh YB. Datuk Dr Haji Abdul  
Isa Bin Ismail,  Speaker DUN Kedah dan YB. Datuk Amiruddin Hamzah, Exco 
 Kerajaan Negeri  Kedah.
 
Di  mana program ini tidak disenangi oleh UMNO/BN yang merasakan ia  
akan  menaikkan imej dan sokongan kepada kerajaan PR. Hal ini tidak  
disenangi  oleh UMNO/BN yang mengambil tindakan mendesak supaya Haji  
Ahmad Fisol  ditukar ke daerah lain.
 
(b)   Jelajah Takbir Aidil Fitri Peringkat Daerah Kubang Pasu
 
Program  ini disertai oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan,  
MDKP,  Ahli-Ahli Majlis, MKK dan Ngo yang mendapat sambutan yang amat   
menggalakkan. Penyertaan melebihi 60 buah kenderaan di malam Hari Raya  
 Aidil Fitri.
 
Maklumat  kami (Ahlimajlis) perolehi bahawa UMNO/BN membuat protes ke 
 atas Tuan  Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor supaya ia ditukarkan ke daerah
  lain.
 
            (c)Kulliah Mingguan Pagi Jumaat Di Kawasan Pasar Pekan Jitra
 
Program  ini aberjaya menarik mint orang ramai termasuk kakitangan  
kerajaan  untuk hadir. Kulliah disampaikan oleh tokoh-tokoh agama  
dikalangan ahli  dan penyokong PAS. Ia merupakan program yang julung  
kali berjaya  diadakan oleh MDKP sejak ia diperbadankan pada tahun 1978.
 
Maklumat  kami (ahlimajlis) juga mendapati bahawa UMNO/BN resah dan  
memprotes  program ini kepada pegawai tinggi kerajaan negeri supaya ia  
ditukar ke  daerah lain. 
 
         (d )Kulliah Mingguan Hari Rabu Di Pejabat Daerah Kubang Pasu
 
Pengisian  disampaikan oleh tokoh agamawan yang pro PAS. Ia dihadiri  
oleh  kakitangan kompleks pentadbiran daerah Kubang Pasu, penghulu dan  
MKK.  Program ini menaikkan  imej kerajaan PR di Kedah.
 
KESIMPULANNYA  program agama yang diusahakan oleh Haji Ahmad Fisol Bin
  Mohd Nor selaku  YDP MDKP dan Pegawai Daerah Kubang Pasu tidak 
disenangi  oleh UMNO/BN  dan boleh disabitkan sebagai dalang yang 
mempengaruhi  tindakan SUK  membuat tindakan menukar Haji Ahmad Fisol.
 
(2)               Isu Rakyat Miskin Tepi Sungai Keroncho, Mukim Jitra Dengan KEDA
 
Haji  Ahmad Fisol Bin Mohd Nor, mempengerusikan Mesyuarat Tindakan  
Daerah  Kubang Pasu telah memberi tekanan kepada KEDA yang  
melambat-lambat  proses memindahkan rakyat miskin di tepi Sungai  
Keroncho, Mukim Jitra,  walaupun peruntukkan telah disalurkan oleh  
kerajaan pusat.
 
Kegagalan  KEDA menguruskan proses pemindahan menyebabkan kerja-kerja 
 berkaitan  pembesaran dan mendalamkan Sungai Keroncho, Mukim Jitra 
tidak  dapat  dilaksanakan oleh JPS selaku agensi pelaksana. Sungai 
Keroncho  adalah  sungai utama di Pekan Jitra untuk mengatasi masalah 
banjir kilat  dan  banjir besar.
 
Ketegasan  Haji Ahmad Fisol telah mendapat perhatian pemimpin UMNO  
Kubang Pasu/  Kedah bertindak mendesak supaya ia ditukarkan ke daerah  
lain. 
 
(3)               Hubungan Tidak Mesra Antara Mohd Rezal (Setiausaha MDKP) Dengan Haji Ahmad Fisol (YDP MDKP)
 
Kami  (ahlimajlis) memang mendapati bahawa hubungan Mohd Rezal (SU  
MDKP)  dengan Haji Ahmad Fisol (YDP MDK) tidak mesra dari awal. Sering  
berlaku  percanggahan pendapat yang ketara di antara Haji Ahmad Fiso dan
  Mohd  Rezal di dalam Mesyurat Jawatankuasa Tetap dan Mesyuarat Penuh  
MDKP.
 
Banyak  keputusan MDKP yang tidak di ambil tindakan, sebaliknya  
bertindak tanpa  mengikut keputusan mesyuarat. Ia menyebabkan rakyat  
rasa tidak senang  hati dengan kerajaan yang memerintah sekarang.  Hal  
ini terjadi berkemungkinan kerana Mohd Rezal merasakan dia mempunyai  
‘kekebalan’ kerana bapanya adalah SUK.
 
(4)               Kerjasama Baik Haji Ahmad Fisol Dengan Ahli-Ahli Majlis MDKP
 
Hubungan  dan kerjasama baik di antara Haji Ahmad Fisol dan Ahli-Ahli 
 Majlis MDKP  tidak disenangi oleh Mohd Rezal. Dari sumber dipercayai  
bahawa dia  mendakwa  bahawa Haji Ahmad  Fisol sedang membina pengaruh  
dan imej sebagai Pegawai Daerah di Kubang  Pasu serta membantu PAS/PR  
untuk menumbangkan UMNO/BN di dalam PRU 13  akan datang.
 
Berdasarkan  lima  perkara di atas, kami (ahlimajlis) amat yakin ia  
adalah faktor yang  mempengaruhi SUK mengambil tindakan menukar Haji  
Ahmad Fisol Bin Mohd  Nor ke Kuala Muda, Sungai Petani. Alasan kerana  
hak prerogatif, tidak  masuk akal kerana kedudukan YDP bukan di bawah  
bidang kuasanya.
 
IMPLIKASI TERHADAP ISU DI ATAS
 
 (1)       Suatu  tindakan cuai boleh menyebabkan imej dan raputasi  
Pihak Berkuasa Negeri  Kedah Darul Aman dipandang rendah dan hilang  
kewibawaan dikalangan  orang ramai, orang asing, para pelabur serta  
boleh menyebabkan  pentadbiran kerajaan negeri Kedah menjadi  
kucar-kacir.
 
(2)        Tindakannya  secara langsung ataupun tidak langsung telah  
mencabuli Sekyen 10,  Ceraian (1)(a) & (b) serta Seksyen 11 dan  
lain-lain Seksyen, Akta  Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang  
menyebabkan perlantikan dan  pertukaran Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor  
adalah TIDAK SAH DARI MULA (void ab initio)  sebagai Yang  
DiPertua MDKP khususnya dan Yang DiPertua - Yang DiPertua  Pihak  
Berkuasa Tempatan daerah lain di negeri Kedah bagi menjalankan   
tugas-tugas mereka.  
 
(3)        Semua  arahan-arahan, perintah-perintah, keputusan dan  
tindakan yang  melibatkan Haji Ahmad Fisol Bin Mohd Nor selaku Yang  
DiPertua MDKP  boleh menjadi  TIDAK SAH DARI MULA (void ab initio)
   dan boleh menyebabkan pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu menjadi  
 kucar-kacir, menanggung kerugian dalam bentuk kewangan, masa dan tenaga
   serta  menjejaskan kepentingan orang ramai, kakitangan MDKP, 
ahli-ahli  majlis dan pelabur-pelabur. 
 
(4)        Orang  ramai berhak mempertikai dan mencabar semua tindakan
  dan keputusan  Majlis Daerah Kubang Pasu yang melibatkan Haji Ahmad  
Fisol Bin Mohd Nor  di mahkamah, sekali gus mereka boleh menuntut  
bayaran ganti rugi  kewangan dan seumpamanya bersesuaian dengan  
peruntukkan undang-undang  yang berjalan di Malaysia. Hal ini boleh  
menyebabkan MDKP menanggung  beban kewangan ataupun jatuh muflis.
 
(5)        Menjatuhkan  imej dan raputasi Majlis Daerah Kubang Pasu  
selaku Pihak Berkuasa  Tempatan juga merupakan kerajaan peringkat ketiga
  di dalam struktur  pentadbiran di Malaysia. Di samping, orang ramai  
akan hilang kepercayaan  kepada MDKP sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.
 
(6)        Seorang  Ketua Pegawai Pentadbiran Negeri Kedah yang gagal 
 menjalankan tugas  secara profesional yang menjatuhkan imej dan 
raputasi  perkhidmatan awam  di mata rakyat negeri Kedah khususnya serta
 Malaysia  dan seluruh dunia  amnya. Sebab SUK dikenali bukan sahaja di 
Kedah dan  Malaysia, malah  seantero dunia.
 
 
CADANGAN DAN HARAPAN AHLI-AHLI MDKP
 
(1)               Pihak  Berkuasa Negeri mempertimbangkan hasrat  
Ahli-Ahli Majlis MDKP supaya  melantik semula Haji Ahmad Fisol Bin Mohd 
 Nor sebagai Yang DiPertua  Majlis Daerah Kubang Pasu bagi meneruskan  
perancangan-perancangan yang  telah diatur.
 
(2)               Pihak  Berkuasa Negeri memastikan perlantikan dan  
pertukaran Datuk Bandar dan  Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan  
hendaklah mendapat kelulusan Pihak  Berkuasa Negeri terlebih dahulu dan 
 mengikut kehendak Akta 171.
 
(3)               Pihak  Berkuasa Negeri hendaklah tidak terikat 
dengan  perlantikan Datuk Bandar  dan Yang DiPertua dari kalangan 
pegawai  tinggi kerajaan negeri Kedah  (KCS) semata-mata, sebaliknya 
memilih  dikalangan individu yang difikir  layak dan berpengalaman dalam
 hal  ehwal PBT serta boleh melaksanakan  dasar-dasar kerajaan negeri. 
Ini  kerana, Datuk Bandar dan Yang DiPertua  adalah ‘jawatan terbuka’  
mengikut Akta 171.
 
(4)               Menyusun semula Yang DiPertua – Yang DiPertua PBT di seluruh negeri Kedah supaya menepati kehendak Akta 171. 
 
(5)               Menukar mana-mana Yang DiPertua yang didapati tidak 
 dapat memberi kerjasama dengan mana-mana Ahli-Ahli Majlis di PBT.
 
(6)               Memastikan  bahawa perlantikan Setiausaha Pihak  
Berkuasa Tempatan dikalangan  individu (pegawai tinggi kerajaan negeri) 
 yang berpengalaman dalam hal  ehwal PBT serta boleh berkerjasam dengan 
 Ahli-Ahli Majlis.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------- 
 
Laporan  ini dapat memberi gambaran tentang perjalanan Pihak Berkuasa 
 Tempatan  di negeri Kedah yang tidak mengikut Akta 171. Semoga akan  
berlaku suatu  perubahan demi kebaikan rakyat dan kerajaan yang  
memerintah.