Rihat Minda


Monday 1 August 2011

Ku Li ganti Anwar: ‘Lawak jenaka’, kata Nik Aziz

August 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang sebagai satu “lawak jenaka.”

“Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS menerusi tulisan laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz beliau mahu menasihatkan pihak-pihak terbabti agar sempena bulan Ramadan, “tulislah perkara-perkara yang betul dan benar.”

“Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak,” katanya lagi.

Kata Nik Aziz, peliknya ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Anwar akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

“Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?

“Setakat itulah sahaja saya ingin memberikan respons tehadap ‘lawak jenaka’ media masa terbaru milik Umno atau Barisan Nasional ini,” katanya lagi.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive