Rihat Minda


Monday 6 June 2011

Siapa yang janji nak bina UiTM di Rembau tahun 2008?
Posted on Monday, June 06 @ 02:13:58 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur

ArtikelOleh: amkns

"Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula

Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi. Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. "Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI). http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 dihttp://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 dihttp://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

"

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Map

Blog Archive